Malaysia Negara Asean Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf Di Gaza





 

SITI NUR ZAWANIJanuary 30, 2025Malaysia bakal mencipta sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf di Gaza melalui Projek Bandar Wakaf Malaysia yang akan dilancarkan selepas bulan Ramadan.


Projek berimpak tinggi ini berada di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan peranan beliau sebagai peneraju ASEAN yang menekankan solidariti dan pembelaan terhadap rakyat Palestin.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Datuk Sani Araby, pembangunan wakaf pertama ini mampu dijadikan model dan contoh di peringkat global.


Beliau yang juga Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, berkata, beliau optimis projek high-impact ini dapat dibangunkan dengan sokongan langsung perdana menteri, dan menteri Kabinet termasuklah badan korporat dan juga rakan NGO .




“Pembangunan bandar wakaf ini bukan sekadar inisiatif bantuan, tetapi model pembangunan wakaf pertama Malaysia di bumi Palestin yang boleh dijadikan contoh di peringkat global.


“Ini adalah himpunan hati dan solidariti Malaysia merangkumi semua bangsa dan agama yang menjayakan untuk bina semula Gaza,” katanya.


Keseluruhan anggaran kos dijangkakan berjumlah RM120 juta untuk projek dengan pemberian tanah wakaf seluas 87 ekar yang telah dimeterai perjanjian pada Februari 2023.


Sehingga kini pihak sekretariat sudah pun menerima persetujuan wakaf bernilai RM40 juta.


Sani Araby berkata, pengalaman MAPIM serta rakan sinergi CGM, Gagasan MyAqsa Defender telah berjaya membina 10 buah masjid di Gaza serta membantu membaik-pulih semula hospital dan sekolah yang menjadi pengalaman penting untuk kesinambungan projek ini.


“Malaysia telah lakarkan sejarah berjaya menghantar bantuan kemanusiaan siri demi siri dari ops ihsan, MAPIM hinggalah misi-misi khas termasuk merawat keluarga Gaza di Malaysia dan mengeluarkan keluarga Nadir Al-Nuri.


“Kami komited dalam membangunkan semula Gaza dengan konsep wakaf yang mampan dan jangka panjang. Ini adalah langkah ke hadapan dalam usaha kita memastikan rakyat Palestin dapat kembali menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Mengenai Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza
Majlis pelancaran rasmi projek ini akan diumumkan dalam masa terdekat dan dijangka menjadi satu peristiwa bersejarah dalam hubungan diplomasi dan kemanusiaan Malaysia-Palestin.


Projek ini juga bakal memperkukuh agenda Malaysia MADANI yang menekankan keprihatinan terhadap isu global, khususnya dalam memperjuangkan keadilan dan hak asasi manusia di Palestin.


Untuk rekod, projek ini melibatkan pembinaan 14 blok apartmen wakaf mewakili semua negeri dalam Malaysia, sebuah masjid berkembar dengan Masjid Shah Alam, sebuah sekolah Malaysia, taman rekreasi, 56 unit premis perniagaan di bawah program Mikro-Kredit Khardul Hasan, sebuah klinik kesihatan, serta menara tangki air, menjadikannya satu ekosistem pembangunan yang lengkap dan mampan.


Beberapa komponen utama dalam pembangunan ini telah disumbangkan oleh pelbagai pihak termasuk:


 Masjid Berkembar Shah Alam, Apartmen Wakaf Selangor, dan Menara Tangki Air – diwakaf oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebahagian daripada komitmen negeri dalam membantu membangunkan semula Gaza.


 Sekolah Malaysia di Bandar Wakaf Gaza – diwakafkan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM) yang diketuai oleh Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri, yang juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza.


 Malaysia Central Kitchen dan Apartmen Wakaf Putrajaya – Ditaja oleh JAKIM dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), dengan penglibatan langsung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sebagai pusat makanan komuniti yang akan menyediakan bantuan makanan harian kepada penduduk Gaza.


 Apartmen Wakaf oleh Negeri-Negeri Lain – Kerajaan negeri Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Melaka, dan Pulau Pinang telah bersetuju untuk sinergi wakaf di Gaza sebagai sebahagian daripada inisiatif ini.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/malaysia-negara-asean-pertama-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bandar Wakaf Malaysia Di Gaza Platform Pengukuhan Ekonomi Sosial Ummah

Bandar Wakaf Malaysia Di Gaza Platform Pengukuhan Ekonomi Sosial Ummah

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 100 hits
Pembangunan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza akan merubah lanskap wilayah yang hancur dibedil rejim Israel selain menjadi model terbaik peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi dan sosial umat Islam KUALA LUMPUR 2 Feb Peranan wakaf sebagai plat...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 216 hits
USAHA kerajaan untuk membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin mendapat pujian dan reaksi positif dalam kalangan orang ramai Rata rata mereka ditemui Edisi Rakyat berkata usaha dibuat kerajaan Malaysia yang diterajui Perdana Menteri Datu...
Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 174 hits
malaysiakini comBekas menteri Rafidah Aziz menyarankan kerajaan agar memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu dalam negara terlebih dahulu sebelum menyatakan komitmen untuk membangunkan semula Gaza Mengulas pengumuman Perdana Menteri Anwar...
Malaysia Akan Gerakkan Usaha Bina Semula Sekolah Masjid Dan Hospital Di Gaza Pm Anwar

Malaysia Akan Gerakkan Usaha Bina Semula Sekolah Masjid Dan Hospital Di Gaza Pm Anwar

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 158 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi perkembangan usaha Malaysia dan Jepun membangunkan semula Gaza selepas gencatan senjata baru baru ini Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 29 Jan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program...
Negara Barat Had Jualan Arak Malaysia Bebas

Negara Barat Had Jualan Arak Malaysia Bebas

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 122 hits
harakahdaily comJanuary 29 2025GEORGE TOWN Isu berkaitan minuman keras yang dibangkitkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sangat mengecewakan banyak pihak khususnya umat Islam di negara ini Pengerusi Persatuan Pengguna P...
A Call To Solidarity Malaysia S Role In Gaza S Reconstruction

A Call To Solidarity Malaysia S Role In Gaza S Reconstruction

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 147 hits
From Kua Kia SoongWatching the carnage of the Gaza genocide over the last 15 months as a Malaysian I could not but marvel at the existence of the Indonesian Hospital which was destroyed like all the other hospitals by Israel and its Western...
Navigating Trump 2 0 Malaysia S Role As 2025 Asean Chairman

Navigating Trump 2 0 Malaysia S Role As 2025 Asean Chairman

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 219 hits
From Shakila YacobAs Malaysia prepares to be the chair of Asean in 2025 the region must navigate the complexities of a Donald Trump 2 0 presidency US foreign policy has undergone a dramatic shift making Asean unity and strategic diplomacy m...
Malaysia Antara 5 Negara Penyumbang Al Quran

Malaysia Antara 5 Negara Penyumbang Al Quran

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 157 hits
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al Quran peringkat global kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid yang juga Penaung Program Wakaf Al Quran peringkat kebangsa...
Malaysia To Build School Hospital And Mosque In Gaza Says Anwar

Malaysia To Build School Hospital And Mosque In Gaza Says Anwar

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 170 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said Malaysia and Japan are working together to establish a fund under the East Asian Cooperation Framework for Palestinian Development to accelerate Gaza s reconstruction PETALING JAYA Malaysia will begin rebui...
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala