Staycation Dan Berbuka Puasa Di Times Square


Minggu lepas k.fiezz & family mertua berbuka puasa di Berjaya Times Square, pakej sekali staycation di apartment Times Square. Wah kemain staycation kat Times Square, mesti mahal kan?Nak kata mahal tu tak pasti lah tapi rate apartment yang kitaorang dapat masa duk kat sini RM299 (kalau tak silap), booked melalui Agoda. Part ni adik ipar yang uruskan. Mula-mula booked 1 malam je. Adik ipar & mr hubby discuss nak tengok dulu apartment dia okey ke idak sebab bila baca review macam kurang memberangsangkan tapi lepas dah check in & tengok keadaan apartment tak lah teruk benor, so adik ipar & mr hubby decide tambah lagi satu malam. Untuk tambahan ni terus direct deal dengan owner. Mula-mula owner letak harga RM400 tapi lepas bincang punya bincang, dapat RM350.00 (kalau tak silap juga), sebab k.fiezz dengar gitu-gitu je proses tawar-menawar ni..
STAYCATION DI APARTMENT TIMES SQUAREApartment Times Square yang kitaorang sewa ni ada 2 bilik. Sorry tak ada gambor tau sebab biasa lah sis ni sejenis pemalu sikit nak ambil gambor bila dah ramai (walaupun family mertua je, tetap sis pemalu.hehe)..K.fiezz cerita je lah yea apartment yang kitaorang menginap selama 2 malam kat Times Square ni. 
Macamana ke rupa apartment Times Square yang jadi tempat penginapan kitaorang selama 2 malam ni?
So let's k.fiezz share. Masuk je dari pintu utama, lalu bahagian dapur yang ada sinki, kabinet dapur (lengkap dengan kelengkapan macam cawan, piring/pinggan, sudu, garfu), microwave, mini peti ais. Lepas tu baru ke ruang tamu pula yang ada perabot (sofa, tv, meja makan, meja komputer). Next  bilik pula. Ada 2 bilik, satu katil king size & extra tilam, bilik air (yang ni ada bath tub). Satu lagi bilik dua katil single & sharing bilik air. Kat ruang tamu ada extra katil single. Overall okey apartment dia. Tak lah seteruk macam baca dalam review kat Agoda cuma  salah satu bilik air, pengaliran air dia tak cantik. Bertakung kat lantai & sinki. Adeh..Failed sikit kat situ. Bilik air satu lagi tak ada masalah.
Hah, lebih kurang macam tu lah gambaran aparment times square yang kitaorang menginap minggu lepas. Sorry tak ada gambor..hehe..
BERBUKA PUASA KAT DALAM TIMES SQUARE
Dah duduk kat sini, kitaorang ambil sekali buffet berbuka puasa di Berjaya Cafe, Berjaya Times Square. Rate RM12X / seorang.. Cafe ni kat tingkat 14. 
Untuk buffet ramadhan ni sampai 9.30mlm. Berkonsepkan citarasa bandar, pelbagai jenis menu berat, pencuci mulut, air, buah-buahan & kuih-muih. Masuk je kat situ, macam-macam jenis menu sepanjang laluan dari pintu masuk sampai ke dewan makan. Rambang mata sis nak ambil yang mana. Banyak sangat. Kitaorang duduk kat sini dari pukul 7mlm sampai 9.30mlm. haha. Surau ada disediakan, so lepas solat boleh sambung lagi makan. Sambil makan ada orang menyanyi juga tapi dalam 2-3 buah lagu je lepas tu diaorang tukar ke dewan sebelah pula. Gilir-gilir gitu.

Menu yang ada, tak silap k.fiezz - kambing golek, kari kepala ikan, masakan berlauk, nasi putih, nasi hujan panas, makanan barat, beraneka pencuci mulut, kuih-muih, buah-buahan, air panas, air sejuk.



Tunjuk gigi masing-masing..hehe.


Ni menu pilihan k.fiezz. Perut sis jenis kecil jadi memang ambil portion sikit. Sis kalau bawa ke makan jenis buffet macam ni rugi sebab makan tak banyak.



Ni sebelum berbuka, baru lepas check in. Wefie sikit dalam bilik..K.fiezz & mr hubby duk sebilik dengan mak mertua & adik ipar.  K.fiezz, mak mertua & adik ipar tidur atas katil, mr hubby tidur kat tilam extra. Kitaorang dah siap bawa toto, risau tak cukup katil. Dah sampai sini, lega tengok ada tilam extra & katil besor...

So hari kedua, kitaorang ke jalan TAR untuk cuci mata & berbuka puasa kat apartment je. Buka puasa, kitaorang beli KFC & makanan lain (semua beli dalam Times Square) lepas tu berbuka kat apartment. Tak lalu nak berbuka kat luar sebab masing-masing dah kepenatan berjalan ke Jalan TAR..Masa kitaorang ke situ, dengan panas lit lit nya, lepas tu penat turun naik MRT & LRT..Jadi kita berbuka simple-simple je. 
Sahur makan apa pula?Hari pertama, kitaorang beli makanan siap pek (nasi goreng kampung) kat 7-Eleven. Beli siap-siap malam sebelum, masa sahur panaskan je. Hari ke-dua pula kitaorang sahur Shwarma viral B.Bintang. Hat ni k.fiezz, adik ipar 2 orang & anak buah gigih jalan kaki dari hotel ke Shwarma Damascus B.Bintang lepas berbuka. Dah balik semula ke aparment tak ada selera nak makan sebab kepenatan jadi simpan makan masa sahur. Lepas beli shwarma ni, rasa nak patah kaki lepas dah sampai aparment semula. haha. 
So overall staycation kat Times Square ni okey dan berjalan lancar.. Sesekali kita staycation area KL pun layan juga..hehe

LAYAN STAYCATION DI BULAN PUASA...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/04/Staycation-dan-Berbuka-Puasa-Di-Times-Square.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohon Sumbangan Berbuka Puasa Untuk Asnaf

Mohon Sumbangan Berbuka Puasa Untuk Asnaf

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 255 hits
Sempena Ramadan pada tahun ini Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan menyerahkan sedekah kepada golongan asnaf Program tersebut dicadangkan dilangsungkan pada 20 Ramadan ini Justeru untuk menampung perbe...
Berbuka 5 Puasa Tapau Lauk Dapur Asmara

Berbuka 5 Puasa Tapau Lauk Dapur Asmara

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum WBTSEPANJANG bulan Ramadhan ini staf di syarikat Sk bekerja mendapat pelepasan pulang awal Kalau sebelum PKP dulu seingat Sk kami dapat balik sejam awal tapi pasca PKP ni sejak tahun 2022 waktu balik setiap hari Ahad hingga ...
Berbuka Solo 6 Puasa

Berbuka Solo 6 Puasa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM Pak Inche memenuhi jemputan berbuka puasa Ranhill SAJ di Double Tree By Hilton Lepas tu kena bertugas pulak liputan perlawanan bolasepak antara Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim Tinggallah Sk ...
Selera Sungguh Berbuka Puasa Dengan Menu Resepi Warisan Meldrum Gbw Hotel Jb

Selera Sungguh Berbuka Puasa Dengan Menu Resepi Warisan Meldrum Gbw Hotel Jb

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 898 hits
Selera Sungguh Berbuka Puasa dengan Menu Resepi Warisan Meldrum GBW Hotel JB Yaaa berselera sungguh me and my mom makan juadah berbuka puasa kat sini hari Ahad baru ni Mostly sedap makanan berat sampailah ke dessert Memenuhi citarasa tekak ...
Menu Berbuka Puasa Ke 5

Menu Berbuka Puasa Ke 5

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 372 hits
Assalamualaikum Semalam dah puasa yang ke 5 kan so menu berbuka puasa semalam adalah yang paling simple simple pun berat jugak la tapi semalam kan SA kerja so Pak Zain la masak berdua ditemani Mak Pah SA sampai rumah pukul 6 40pm lebih kura...
Menu Ramadan Hari Ke 5 Berbuka Puasa Dengan Apam Balik

Menu Ramadan Hari Ke 5 Berbuka Puasa Dengan Apam Balik

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 293 hits
Menu Ramadan Hari Ke 5 Berbuka Puasa Dengan Apam Balik Yeayy Alhamdulillah Dari sebelum puasa sampailah dah masuk hari ke 4 ramadan baru dapat makan apam balik istimewa iaitu apam balik gebu gebas inti kacang dan jagung Nak apam balik kena ...
Dapat Jugak Roti Khurasan Sebagai Menu Berbuka Puasa Hari Ke 5 Ramadan

Dapat Jugak Roti Khurasan Sebagai Menu Berbuka Puasa Hari Ke 5 Ramadan

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 294 hits
Dapat Jugak Roti Khurasan Sebagai Menu Berbuka Puasa Hari Ke 5 Ramadan Alhamdulillah dah 5 hari Cepat jugak masa Kalini cari makanan berbuka di Bazar Ramadan Taman Cahaya Masai Pasir Gudang Johor First time datang sebab teringin nak berjala...
Berbuka 4 Puasa Di Gbw Hotel Johor Bahru Foto Bersama Rakan Media

Berbuka 4 Puasa Di Gbw Hotel Johor Bahru Foto Bersama Rakan Media

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum WBTNAMPAKNYA sepanjang bulan puasa ni kena hadaplah limpahan kenderaan atas jalanraya dua kali ganda berbanding bulan lain Semalam Sk keluar rumah 6 40 pagi dan sampai lewat tau entah kenapa tah jalan dah mula sesak sebelum ...
4 Beradik Maut Dalam Kebakaran Ketika Ibu Keluar Sekejap Untuk Beli Kelengkapan Berbuka Puasa

4 Beradik Maut Dalam Kebakaran Ketika Ibu Keluar Sekejap Untuk Beli Kelengkapan Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 226 hits
Empat beradik dilaporkan maut dalam kebakaran selepas kediaman mereka terbakar dalam kejadian jam 7 49 petang Rabu 29 Mac 2023 nbsp Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata k...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa