Selera Sungguh Berbuka Puasa Dengan Menu Resepi Warisan Meldrum Gbw Hotel Jb
Selera Sungguh Berbuka Puasa dengan Menu Resepi Warisan Meldrum, GBW Hotel, JB! || Yaaa, berselera sungguh me and my mom makan juadah berbuka puasa kat sini hari Ahad baru ni! 😍 Mostly sedap makanan berat sampailah ke dessert! Memenuhi citarasa tekak Dan perut kami... Hihi!
Dahlah sedap, harganya pun murah, tak sampai RM100, lepastu korang boleh berjimat RM20 tau kalau book time early bird ni, RM78 untuk dewasa weh! Mak aku pun sampai rambang mata nengok banyak giler makanan yang ada terhidang untuk buffet Ramadan kalini kat sini.. Nyummyylicious ui!
Nasi Briyani Ambok
Nasinya lembut, isinya pun sesedap rasa. Selain daripada nasi Briyani, ada jugak menu nasi lemak kukus kat sini. Makan nasi lemak dengan telur rebus atau telur goreng Dan Ayam Berempah.. Menu Ayam Berempah akan dirotate selalu. Contoh; Maybe harini Ayam Goreng, keesokan hari lain menu ayamnya... Gituh.. Tapi serious, sedap sangat, lebih lebih lagi sambal tu ngam rasanya..Memang berselera terus kita wak
Kambing Golek Panggang Dua Hari Satu Malam
Kemain namanya ek..! Yang penting, sedap, cukup masak Dan enak dimakan bersama sos nya 😍
Udang Masak Lemak Cili Padi mantap
Kupang Masak Merah Berserai
Pelbagai lauk yang membangkit selera kitaorang. Antaranya seperti Siput Sedut Masak Lemak, sayur Lemak Pucuk Ubi, Ayam Rendang, Ikan Kari, Sotong Sambal Petai, Sayur Lemak Nenas Ikan Masin Dan lain lain yang enak Dan lazat betul
Segala ulam ulaman dan sayur sayuran disediakan sekali 👍 Dimakan pulak dengan bermacam macam jenis sambal seperti sambal belacan, budu, Dan lelain. Fuh, memang padu
Selain daripada makanan berlauk pauk, ada jugak Aneka Mee seperti kueteow, Mee goreng, Mee rebus, Dan banyak lagi lah! Aku macam, Ehh..iye ke harganya?! Macam banyak betul menu sesedap je nih 😂 Tak percaya pulak harga semurah itu di zaman ini 🌹
Lepastu kan, ada Shanghai Yong Tau Fu, roti Jala, durian goren, Murtabak mini, Dan Sate!👍
Aneka sup. Tengok bawang goreng pun aku terliur time Ramadan nih! 😂
Dessert yang baanyaakkk, Dan menggiurkan saya! Kuih Muih? Sudah tentu kena ada sekali. Tak sah berbuka takda manisan, kan 😁 Buah buahan jugak turut berada bersama sama dessert nun. Ui, sedap belaka! 😃 ABC? Pun ada! Harga begini, dapat macam macam ni? I'm amaze
Perghhh, inilah ruangan air yang sangat meriah Dan aku suka! Tahu tak nanti dekat dekat nak buka, dorang letak aiskrim atas air jagung Dan coklat. Terliur tengok soya cincau, dengan air biru tu jugak, my favourite!! Aku yang pada asalnya berniat nak minum air suam jela, tetiba amek air coklat float! Phew! Sebab nengokkan aiskrim yang menggiurkan di atas air tersebut..!
Buka puasa dengan emak. Semangkuk siput sedut kena ada! Hehe...
Overall, semua padu, mantap Dan tak rugi bayar datang berbuka puasa kat sini! Suggested sangat, sangat ui! Gambar menu lain yang menggiurkan ada kt Facebook Nona Qiyah ✅
Resepi Warisan Meldrum Ramadan Buffet Dinner 📌 Hotel GBW 📅24 March - 20 April 2023⏰️6.30pm - 9.30pm
❣️EARLY BIRD PRICE(Mesti beli sebelum 31 March 2023)▶️ RM78 Dewasa
❣️ NORMAL PRICE▶️ RM98 Adult▶️ RM48 Senior citizen (>60 thn) ▶️ RM48 Children (6~12thn)
Untuk pertanyaan Dan tempahan, Sila hubungi:☎️ +6016-710 0048 (Syahmi) ☎️ +6016-723 3558 (Aiza)☎️ +6016-710 0073 (Urfa)
🕌Ruangan solat disediakan di Level 7
Notahati: Teringin la makan lagi kat sini 😂
#SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/03/selera-sungguh-berbuka-puasa-dengan.html