Berbuka 5 Puasa Tapau Lauk Dapur Asmara
Assalamualaikum WBT
SEPANJANG bulan Ramadhan ini, staf di syarikat Sk bekerja mendapat pelepasan pulang awal. Kalau sebelum PKP dulu, seingat Sk, kami dapat balik sejam awal tapi pasca PKP ni, sejak tahun 2022, waktu balik setiap hari Ahad hingga Rabu ialah pada jam 3.30 petang manakala setiap Khamis, kami pulang jam 3 petang. Seronok giler ya dapat balik awal ni sebab jalan belum sesak lagi. Orang gomen balik jam 4 petang, kan. Eh, Sk bukan orang gomen ke??? Bukannnnnn.. hahahaha.
Hari Isnin, Pak Inche kata, nak tapau lauk kat Dapur Asmara. Sk masak nasi ajelah. Sebab tak memasak lauk-pauk, bolehlah buat kerja-kerja lain (tipu). Bila Pak Inche sampai jer kereta depan pintu, terus Sk keluar nak tolong angkatkan plastik-plastik lauk. Tu diaaaaaaaaaa.. kalau diberi mandat kan.. sekali tapau, lapan jenis lauk tidak termasuk kuih-muihnya
Lauk dari Dapur Asmara.. Kacang Buncis Goreng Tumis, Sotong Goreng Kunyit, Sambal Kerang, Kari Ayam, Kerabu Perut, Sambal Belacan dan Sambal Kicap, semua sekali RM21. Dah masuk Kangkar Pulai, Pak Inche singgah pulak Gerai Cucur Udang Utara, teringin katanya. Tambah lagi dua lauk pulak.. Kari Daging dan Hati Ayam Masak Kicap.. yassalammmmm. Eh, dia beli Ayam Percik jugak tuuuu.. tapi sampai sekarang ayam percik tu bertapa dalam peti sejuk
Hati Ayam Masak Kicap.. Kari Daging Sk tak keluarkan, masih dalam plastik masuk peti sejuk, huhu
Dah macam makan kat Buffet Ramadhon. Lauk-pauk Dapur Asmara ni jarang mengecewakan ya. Oh ya, nak beritahu, Dapur Asmara sekarang beroperasi di No 96, Jalan Sekoi, Bandar Baru Uda. Sepanjang Ramadhan ni waktu operasinya dari jam 3 petang hingga 9 malam atau sehingga lauk habis. Apa-apa boleh telefon 0187974469
Jenuh la tukang cuci pinggan mangkuk tak ada kat rumah, kan. Pak Inche cuci pinggan makan sendiri jer, mangkuk-mangkuk lauk ni takpa, Sk jer cuci. Tapi okey jer sebab dah dapat pelepasan gantung kuali kan
Seri Muka dan Nona Manis.. Pak Inche memang peminat kuih hijau.. hahaha. Yang dalam box tu, Pak Inche beli hari apatah.. tak habis makan masuk peti sejuk.. ehhhhh.. dia beli lagi pulak. Seri Muka tu tak pernah miss ya. Hurmmm.. tak sesuai lah kuih lembik-lembik masuk dalam plastik gitu aje.. sampai terbarai kuih nona manis tu
Lauk masih berbaki, Hati Ayam dan Sambal Kerang. Sk kukus sambil perangat nasi untuk sahur esoknya. Nasi memang Sk akan masak sekali waktu berbuka dengan sahur. Tu pun 1 1/2 pot aje
Kari Ayam tu, separuh aje Pak Inche makan ayamnya. Haaa.. ni sahur kami 6 Ramadhon.. Syukur Alhamdulillah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/03/berbuka-5-puasa-tapau-lauk-dapur-asmara.html