Statut Rome Siapa Yang Bocorkan Rahsia Kabinet Viralhancing


MENTERI MANA YANG KECEWA SAMPAI BUKA RAHSIA KABINET?

Oleh: Kamarul Yusoff

Menarik bila membaca laporan akhbar The Star hari ini yang bertajuk ‘Government forced to retract treaty’ (‘Kerajaan dipaksa untuk menarik balik perjanjian’).


Laporan ini memetik seorang sumber yang tidak mahu dikenali yang menceritakan bahawa perbincangan Jemaah Menteri mengenai isu Statut Rom berlangsung dalam suasana panas dan memakan masa berjam-jam sebelum keputusan menarik diri dibuat.

Kata sumber ini, 90 peratus daripada Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan Statut Rom kerana ia dikatakan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi terdapat beberapa orang yang merasakan perlu menarik diri untuk kekal berkuasa.

Seorang lagi sumber yang tidak mahu dikenali menceritakan bahawa Ahli Jemaah Menteri yang tidak bersetuju kerajaan meratifikasi Statut Rom takut ia akan menjejaskan Raja-Raja Melayu dan takut rakyat tidak percaya kepada kerajaan akibat darinya.

Pada pandangan saya, tindakan membocorkan butiran perbincangan yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet oleh mana-mana Menteri, apa lagi tanpa mendedahkan identiti mereka, adalah bercanggah dengan etika kerahsiaan dan kebertanggungjawaban.

Tambahan pula bila didedahkan bahawa 90 peratus daripada Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan Statut Rom yang membawa makna bahawa, daripada 28 Ahli Kabinet, Menteri yang bersetuju adalah 25 manakala Menteri yang tidak bersetuju pula adalah 3.

Apa tujuan pembocoran ini dilakukan selain menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak sihat, umpamanya diguna untuk menunjukkan bahawa Perdana Menteri adalah seorang yang lemah atau yang kuat bergantung kepada persepsi masing-masing.

Dapat dilihat daripada nada kedua-dua sumber yang bercakap ini, boleh difahami bahawa mereka merasa kecewa dengan keputusan menarik diri dari Statut Rom dan kebetulannya mereka yang paling meluahkan rasa kecewa mereka dengannya ialah pemimpin DAP.

Ahli Parlimen DAP dari Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, dilaporkan oleh Sinar Harian menyebut secara terang-terang bahawa beliau sangat rasa kecewa tetapi menambah bahawa keputusan itu bukan kemahuan Kabinet tetapi kerana mereka rasa dipaksa oleh keadaan.   

Ahli Parlimen DAP dari Klang, Charles Santiago, pula dilaporkan oleh Free Malaysia Today menyalahkan Tun Dr Mahathir kerana membuatkan Kabinet kelihatan lemah dan bertanya mengapa beliau yang sebelum ini berani menghapuskan imuniti Raja-Raja kini berubah.

Ahli Parlimen DAP dari Batu Kawan, Kasthuri Patto, jauh lebih dahsyat dengan mengeluarkan tweet yang mensasarkan istilah-istilah “Bodoh”, “Bangang” dan “Selfish” kepada BN dan PAS yang didakwa menghalang kerajaan dari meratifikasi Statut Rom ini.

Kekecewaan pemimpin DAP ini sebenarnya tidak sukar untuk difahami kerana hansard Parlimen dan rekod DAP menunjukkan bahawa merekalah, termasuk Lim Kit Siang dan M Kulasegaran pada awalnya, yang paling lantang dan paling konsisten memperjuangkannya.

Begitupun, walaupun rasa kecewa, sangatlah tidak patut untuk pemimpin DAP, tambahan pula yang bertaraf Ahli Parlimen, untuk mengkritik keputusan tersebut, apa lagi untuk mengeluarkan istilah-istilah “Bodoh”, “Bangang” dan “Selfish” kepada BN dan PAS.

Dan jika diamat-amati maka akan didapati bahawa UMNO dan PAS tidaklah terlalu ke hadapan dalam menentang ratifikasi Statut Rom ini, di mana UMNO baru berkira-kira mahu menghadap Sultan Selangor manakala PAS pun belum menghadap Raja Melayu lagi.

Tetapi kalau ada ahli politik lain yang masuk menghadap itu kita tidak tahulah.

Apa pun, perbuatan membuka rahsia Kabinet adalah tidak bertanggungjawab.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.headbomb.net/2019/04/statut-rome-siapa-menteri-yang-bocorkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Statut Rome Malaysia Tarik Diri Kerana Rakyat Mudah Terpesong Dan Emosi Kata Perdana Menteri Viralhancing

Statut Rome Malaysia Tarik Diri Kerana Rakyat Mudah Terpesong Dan Emosi Kata Perdana Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 376 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang telah dimeterai negara Kami menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong ...
Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Kata Dr M

Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Kata Dr M

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 335 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang telah dimeterai negara Kami menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong ...
Statut Rome Menteri Dibidas Beri Jawapan Putar Belit Reezal Merican

Statut Rome Menteri Dibidas Beri Jawapan Putar Belit Reezal Merican

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR 26 Mac Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican membidas jawapan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkaitan penerangan yang diberi dalam isu Statut Rome Jelas beliau jawapan yang diberi menggambarkan seolah ola...
Statut Rome Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Statut Rome Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 212 hits
1 STATUT ROME PERJANJIAN ANTARABANGSAStatut Rome adalah perjanjian antarabangsa yang mewujudkan Mahkamah Jenay
Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Kerana Pm

Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Kerana Pm

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 403 hits
Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang telah dimeterai negara kerana rakyat mudah terpesong dengan perasaan dan emosi kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad lapor Untuk pengetahuan umum ICC...
Siapa Kecewa Buka Rahsia Kabinet Dr Kamarul Zaman

Siapa Kecewa Buka Rahsia Kabinet Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 349 hits
Menteri mana kecewa buka rahsia Kabinet DR KAMARUL ZAMAN YUSOFFMENARIK bila membaca laporan akhbar The Star hari ini yang bertajuk Government forced to retract treaty Laporan ini memetik seorang sumber yang tidak mahu dikenali yang mencerit...
Statut Rome Aktivis Siswa Desak Tmj Berhenti Kelirukan Rakyat

Statut Rome Aktivis Siswa Desak Tmj Berhenti Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 465 hits
Tunku Mahkota Johor Statut Rom untuk membuka laluan kepada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuka siasatan Pada 16 Januari 2015 Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa telahpun membuka siasatan awal ke atas Palestin Setelah...
Statut Rome Agong Dan Homoseksualiti

Statut Rome Agong Dan Homoseksualiti

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 310 hits
Oleh Statut Rome Agong dan Homoseksualiti1 Menurut laporan empat orang ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung ratifikasi Statut Rome YDP Agong boleh disiasat sekiranya Malaysia meletakkan homoseksualiti sebagai suatu jenayah 2 Kert...
Anasir Belakang Tabir Punca Putrajaya Tarik Diri Statut Rome

Anasir Belakang Tabir Punca Putrajaya Tarik Diri Statut Rome

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 335 hits
Anasir belakang tabir punca Putrajaya tarik diri Statut RomePosted By on April 08 2019Putrajaya menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom untuk mengelak isu itu dieksploitasi oleh anasir di belakang tabir atau daulah terpendam kata Khal...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City