Status Solat Dengan Pakaian Yang Terkena Susu Badan



SOALAN:
Saya mempunyai susu badan yang berlebihan. Dan kadang-kadang susu tersebut keluar sendiri dan terkena pada pakaian saya. Adakah sah solat saya dengan pakaian tersebut? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُسْقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِلشَّارِبِينَ
“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terhasil dari dalam perutnya, yang lahir daripada antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.” (Surah al-Nahl: 66)

Syeikh Abd al-Rahman al-Sa’di menyebutkan: “Sesungguhnya pada haiwan-haiwan ternakan itu yang mana Allah SWT telah tundukkan (sediakan) buat manfaat kamu semua, ada sesuatu yang boleh kamu ambil pelajaran daripadanya iaitu ia menunjukkan kepada kesempurnaan kekuasaan Allah serta luasnya belas kasihan-Nya. Bila mana Dia telah memberi kamu minum apa yang terhasil daripada dalam perut haiwan-haiwan tersebut yang terdiri daripada kotoran dan darah. Dia telah keluarkan daripada antara kedua-dua perkara tersebut, susu yang bersih daripada apa-apa yang mengeruhkannya (tidak bercampur dengan apa-apa selainnya), yang menyenangkan orang-orang yang meminumnya kerana kelazatannya. Juga kerana ia menghilangkan dahaga serta mengenyangkan. Tidaklah perkara-perkara ini (terjadi) melainkan dengan kekuasaan Allah SWT, bukan semata-mata tabiat semulajadi. Apakah ada sesuatu yang secara tabiat semulajadinya boleh menukarkan kotoran yang di makan oleh haiwan-haiwan serta minuman yang diminumnya yang terdiri daripada air tawar dan masin menjadi susu yang bersih (daripada sebarang anasir-anasir lain), yang menyenangkan orang-orang yang meminumnya.” (Lihat: Tafsir al-Sa’di, hlm. 443)

Susu ibu suci atau tidak?

Mengenai kesucian susu ibu, Imam al-Nawawi ada menyebutkan bahawa:

لَبَنُ الْآدَمِيِّ وَهُوَ طَاهِرٌ عَلَى الْمَذْهَبِ ... وَبِهِ قَطَعَ الْأَصْحَابُ إلَّا صَاحِبَ الْحَاوِي فَإِنَّهُ حَكَى عَنْ الْأَنْمَاطِيِّ مِنْ أَصْحَابِنَا أَنَّهُ نَجِسٌ وَإِنَّمَا يَحِلُّ شُرْبُهُ لِلطِّفْلِ لِلضَّرُورَةِ ... وَهَذَا ليس بشئ بَلْ هُوَ خَطَأٌ ظَاهِرٌ وَإِنَّمَا حَكَى مِثْلَهُ لِلتَّحْذِيرِ مِنْ الِاغْتِرَارِ بِهِ وَقَدْ نَقَلَ الشَّيْخُ أَبُو حَامِدٍ إجْمَاعَ الْمُسْلِمِينَ عَلَى طَهَارَتِهِ قَالَ الرُّويَانِيُّ ... إذَا قُلْنَا بِالْمَذْهَبِ إنَّ الْآدَمِيَّةَ لَا تَنْجُسُ بِالْمَوْتِ فَمَاتَتْ وَفِي ثَدْيِهَا لَبَنٌ فَهُوَ طَاهِرٌ يَجُوزُ شُرْبُهُ وَبَيْعُهُ
“Susu badan adalah suci menurut mazhab Syafie… dan ianya adalah pendapat yang diputuskan oleh para ashab (ulama' Syafi’iyyah) kecuali penulis kitab al-Hawi. Beliau telah menukilkan satu pendapat daripada al-Anmathi yang merupakan salah seorang daripada ulama' Syafi’iyyah bahawa susu badan adalah najis. Dan ia halal diminum oleh kanak-kanak kerana darurat… Dan pendapat ini tiada apa-apa (nilai) bahkan telah jelas kesilapannya. Akan tetapi beliau telah menukilkan pendapat seperti ini bertujuan supaya berhati-hati daripada ditipu dengannya (pendapat tersebut). Sesungguhnya Syeikh Abu Hamid telah menukilkan bahawa kaum Muslimin telah ijma’ akan kesuciannya. Al-Ruyani telah berkata… sekiranya kita mengatakan, mengikut pendapat mazhab (Syafie) bahawa manusia itu tidak menjadi najis disebabkan oleh kematiannya. Maka, apabila seorang wanita itu mati dan di dalam buah dadanya ada susu. Susu tersebut adalah suci serta harus (hukumnya) untuk diminum dan dijual.” (Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/569)

Selain itu, al-Khatib al-Syirbini juga ada mengatakan bahawa:

أَمَّا لَبَنُ مَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ كَلَبَنِ الْفَرَسِ وَإِنْ وَلَدَتْ بَغْلًا فَطَاهِرٌ. قَالَ تَعَالَى : {لَبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِلشَّارِبِينَ} [النحل : 66] وَكَذَا لَبَنُ الْآدَمِيِّ، إذْ لَا يَلِيقُ بِكَرَامَتِهِ أَنْ يَكُونَ مَنْشَؤُهُ نَجِسًا.
“Adapun susu haiwan yang dimakan dagingnya seperti susu kuda, sekalipun ia telah melahirkan baghal adalah suci. Firman Allah SWT: “(Iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.” [Surah al-Nahl: 66] Dan demikianlah juga susu manusia kerana tidak sesuai dengan kemuliaannya untuk (dikatakan) ia berasal (sumber) daripada najis.” (Lihat: Mughni al-Muhtaj, 1/234)

Begitu juga al-Mardawi juga ada menyatakan bahawa susu manusia dan susu haiwan yang dimakan adalah suci secara sepakat para ulama' (tanpa perselisihan). (Lihat: al-Insof fi Ma’rifah al-Rajih min al-Khilaf, 1/343)

Maka, kita ketahui bahawa susu manusia adalah suci dan bukannya najis.

Solat dengan pakaian yang terkena susu badan

Sebelum menjawab soalan di atas, kita mesti mengetahui bahawa di antara syarat sah solat ialah suci pakaian daripada najis. Tidak memadai badan sahaja yang suci daripada najis malah pakaian orang yang bersolat juga hendaklah suci daripadanya. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 1/122)

Hal ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
“Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (Surah al-Muddathir: 4)

Sementara dalam hadith pula, daripada Abu Hurairah R.A: Khaulah binti Yasar menemui Nabi SAW, lalu berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِى إِلاَّ ثَوْبٌ وَاحِدٌ وَأَنَا أَحِيضُ فِيهِ فَكَيْفَ أَصْنَعُ؟ قَالَ: إِذَا طَهُرْتِ فَاغْسِلِيهِ ثُمَّ صَلِّى عَلَيهِ. فَقَالَتْ فَإِنْ لَمْ يَخْرُجِ الدَّمُ؟ قَالَ: يَكْفِيكِ غَسْلُ الدَّمِ وَلاَ يَضُرُّكِ أَثَرُهُ
“Wahai Rasulullah! Aku mempunyai sehelai pakaian sahaja, dan aku kedatangan haid yang kena pada pakaianku. Bagaimanakah yang sepatutnya aku lakukan?” Sabda Baginda: “Apabila engkau telah suci basuhlah pakaian itu dan bersolatlah dengan pakaian tersebut.” Dia bertanya lagi: “Bagaimanakah sekiranya darah itu tidak hilang?” Sabda Baginda: “Memadailah dengan membasuh darah tersebut dan tidak mengapa kesannya yang masih ada itu.” [HR. Abu Daud (365)]

Oleh itu, kita dapat fahami bahawa seseorang yang hendak menunaikan solat mesti menjaga kesucian pakaiannya daripada sebarang najis kerana ia adalah merupakan sebahagian daripada syarat sah solat.

Berbalik kepada soalan di atas, kita semua telah jelas bahawa susu ibu adalah suci dan bersih. Maka, sekiranya seseorang itu telah solat dengan pakaian yang terkena susu ibu, solatnya adalah sah sekalipun dia tidak membasuhnya terlebih dahulu kerana susu ibu adalah suci (bukan najis) seperti mana benda-benda suci yang lain.

Kesimpulannya

Setelah diteliti pandangan para ulama', kami menyimpulkan bahawa susu ibu adalah suci dan bukannya najis. Malah para ulama' telah sepakat dalam hal tersebut. Begitu juga, seseorang yang solat dengan pakaian yang terkena susu ibu (badan), solatnya adalah sah kerana susu ibu adalah suci.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/status-solat-dengan-pakaian-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suffy Goat Selepas Susu Badan

Suffy Goat Selepas Susu Badan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 420 hits
Si adik nak masuk 2 tahun dah bulan 3 ni tapi masih menyusu badan Aku ingat senang je nak tukar susu si adik ni rupa nya lagi susah dari Asyraf Even asyraf yang hisap botol sepenuh nya dari ebm pun senang je bagi susu formula Si adik berapa...
Status Wudhu Jika Menyentuh Anggota Badan Berlainan Jantina Yang Terputus

Status Wudhu Jika Menyentuh Anggota Badan Berlainan Jantina Yang Terputus

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 182 hits
SOALAN Apakah hukum anggota pasukan penyelamat atau perubatan seperti bomba dan pihak hospital menyentuh cebisan daging dan kulit mangsa musibah jika berlainan jantina dan tidak berlapik Adakah berdosa dan membatalkan wudhu JAWAPAN Pada asa...
Tak Cukup Menyusu Badan Sebab Tu Meragam Bagi Je Susu Formula Down Rasa

Tak Cukup Menyusu Badan Sebab Tu Meragam Bagi Je Susu Formula Down Rasa

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 576 hits
Banyak cabaran yang perlu dilalui oleh para ibu untuk menjayakan proses ini Untuk menyusukan bayi ibu perlulah rajin mencari informasi yang tepat dan sentiasa belajar apa tentang penyusuan bagi melancarkan perjalanan untuk memberi susu bada...
Status Solat Di Atas Sejadah Yang Empuk Dan Lembut

Status Solat Di Atas Sejadah Yang Empuk Dan Lembut

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 423 hits
SOALAN Dalam pasaran hari ini terdapat pelbagai jenis sejadah Antaranya ada yang sangat empuk dan lembut sehingga tenggelam dahi apabila sujud Sesetengah orang berpendapat bahawa ia menambahkan lagi kekusyukan dalam solat Sesetengah orang l...
Status Solat Tidak Pasti Keluar Mazi Ketika Solat Namun Ada Kesan Pada Kain

Status Solat Tidak Pasti Keluar Mazi Ketika Solat Namun Ada Kesan Pada Kain

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 357 hits
SOALAN Sewaktu melakukan solat saya tidak pasti air mazi saya keluar ataupun tidak Kemudian selepas solat saya lihat terdapat beberapa kesan pada kain sembahyang saya Adakah sah solat saya sebelum itu atau saya kena qadha solat tersebut JAW...
Susu Badan Drop Pegang 9 Cara Ini Saja Gerenti Boleh Penyusuan Eksklusif

Susu Badan Drop Pegang 9 Cara Ini Saja Gerenti Boleh Penyusuan Eksklusif

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 373 hits
Bila susu drop berhenti fikir makanan apa yang boleh bantu banyakkan susu Sebaliknya buat dulu APA yang sepatutnya anda buat kerana makanan semata mata tak membantu anda naikkan hormon prolaktin Apa cara yang boleh membantu ibu dalam mengat...
Kelopak Mata Terkoyak Terkena Besi Rak Pakaian Di Kedai Kanak Kanak 6 Tahun Hampir Buta

Kelopak Mata Terkoyak Terkena Besi Rak Pakaian Di Kedai Kanak Kanak 6 Tahun Hampir Buta

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 750 hits
Seorang kanak kanak perempuan mengalami kesan parut seumur hidup apabila kelopak matanya terkoyak selepas dia terjatuh dan mukanya terkena rak pakaian di sebuah premis Cecilia Chen 6 tahun hampir buta akibat insiden itu Ketika kejadian dia ...
Belum Rezeki Dapat Anak Tapi Susu Badan Meriah Dah 4 Anak Susuan Rasa Nikmat Ini

Belum Rezeki Dapat Anak Tapi Susu Badan Meriah Dah 4 Anak Susuan Rasa Nikmat Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 445 hits
Rasanya ramai yang tak percaya bagaimana seorang wanita yang tak mengandung tetapi boleh mempunyai susu badan yang banyak sehingga boleh dibuat stok Bukan itu saja mampu lagi menyusukan beberapa orang anak susuan tanpa masalah Inilah yang d...
Jom Minum Susu C2joy Susu Keluaran Muslim Paling Viral Untuk Menjaga Kesihatan Anda

Jom Minum Susu C2joy Susu Keluaran Muslim Paling Viral Untuk Menjaga Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 875 hits
Jom sihat bersama C2JOY Jom sihat bersama C2JOY C2JOY adalah kombinasi susu Kolostrum dan Kalsium yang paling sempurna di pasaran saat ini dengan satu harga Anda dapat 2 produk yang berkualiti dunia Anda tak perlu beli Kolostrum dan Kalsium...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu