Status Solat Di Atas Sejadah Yang Empuk Dan Lembut



SOALAN:
Dalam pasaran hari ini terdapat pelbagai jenis sejadah. Antaranya, ada yang sangat empuk dan lembut sehingga tenggelam dahi apabila sujud. Sesetengah orang berpendapat bahawa ia menambahkan lagi kekusyukan dalam solat. Sesetengah orang lagi berpendapat tidak sah kerana tidak tetap dahi. Soalan saya, adakah dibolehkan dan sah solat di atas sejadah yang empuk dan lembut tersebut?

JAWAPAN:
Pertamanya, hukum meletakkan alas hamparan di atas tempat sujud seperti kain, tikar atau sejadah adalah harus dan dibolehkan. Ini kerana ia dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW seperti dalam hadith berikut:

عن أبي سعيد الخدري : أنَّه دَخَلَ على النبيِّ صَلّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ قالَ: فَرَأَيْتُهُ يُصَلِّي على حَصِيرٍ يَسْجُدُ عليه
Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, bahawa beliau masuk untuk menemui Nabi SAW dan beliau berkata: “Aku melihat Baginda SAW sedang mendirikan solat di atas hamparan yang dia sujud di atasnya.” [Riwayat Muslim (519)]

Begitu juga, dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah R.Anha bahawa beliau berkata:

كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَرِجْلاَيَ فِي قِبْلَتِهِ ، فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي ، فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ ، فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا
“Pada suatu hari, aku tidur di sisi Rasulullah SAW dan kedua-dua kakiku menghala ke arah kiblat. Apabila Baginda SAW ingin sujud, dia memberi isyarat kepada-ku dan aku mendakap kedua-dua kaki-ku. Apabila Baginda SAW berdiri, maka aku melepaskan kedua-dua kaki-ku.” [Riwayat al-Bukhari (382)]

Imam al-Bukhari meletakkan hadith di atas pada bab menyatakan tentang solat Nabi SAW di atas tikar (الصلاة على الحصير). Ibn Rajab al-Hambali dalam mensyarahkan hadith ini berkata:

هذا يدل على أنه كان يسجد على طرف الفراش الذي كانت نائمة عليه ، وكانت رجلاها عليه
“Hadith ini menunjukkan bahawa Baginda SAW sujud di hujung katil (tikar) yang Sayyidatina Aisyah R.Anha tidur di atasnya dan kedua-dua kakinya turut berada di atas tikar itu.” (Rujuk: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 3:27)

Namun begitu, secara asasnya Rasulullah SAW telah menetapkan tujuh anggota perlu disentuhkan di atas tempat sujud ketika sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak jari kaki. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُمِرْتُ أنْ أسْجُدَ على سَبْعَةِ أعْظُمٍ على الجَبْهَةِ، وأَشارَ بيَدِهِ على أنْفِهِ واليَدَيْنِ والرُّكْبَتَيْنِ، وأَطْرافِ القَدَمَيْنِ
“Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, iaitu dahi (sambil Baginda SAW mengisyaratkan tangganya ke bahagian atas hidung), kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.” [Riwayat al-Bukhari (812) dan Muslim (490)]

Hal ini juga seperti yang disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh al-Syafie, antaranya Syeikh Hasan al-Kaff dengan berkata bahawa:

أَن يَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْضاءٍ : الجبهة و بطون اليدين و الركبتين و و بطون أصابع الرجلين
“Hendaklah seseorang itu sujud di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak jari kaki.” (Rujuk: al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 221)

Justeru itu, daripada syarat sujud di atas, maka dahi mestilah diletakkan dan ditempelkan di atas tempat sujud, tidak kira sama ada seseorang itu sujud di atas tanah atau di atas alas seperti tikar, sejadah atau tilam. Selain itu, disyaratkan juga ketika sujud untuk menekan dan memberatkan kepalanya sehingga tetap dan berjejak dahinya pada tempat sujud. Syeikh Hasan al-Kaff menyebutkan perkara ini bahawa:

التَحَامُل بِراْسِهِ : بِحيْثُ لَوْ سَجَدَ عَلَى قُطنٍ لانكبست
“Disyaratkan untuk menekan kepalanya (pada tempat sujud sehingga tetap dahi), iaitu pada kadar jika sekiranya dia sujud di atas kapas, maka ia melekat.” (Rujuk: al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 221)

Oleh sebab itu, hendaklah diperhatikan kepada ketebalan sejadah tersebut, sama ada ia boleh untuk tetap dan berjejak dahinya ketika sujud ataupun tidak. Sekiranya ketebalan dan kelembutan sejadah tersebut menyebabkan dahi tidak tetap dan tidak boleh ditekan, seolah-olah berada dalam keadaan terapung kerana terlalu lembut, maka tidak sah sujudnya.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa hukum sujud di atas sejadah yang empuk dan lembut adalah sah dan dibolehkan jika sekiranya apabila ditekan dahi padanya, maka dahi itu tetap dan berjejak pada tempat sujud tersebut. Ini kerana antara syarat sah sujud adalah meletakkan tujuh anggota iaitu iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak jari kaki pada tempat sujud. Selain itu disyaratkan juga, untuk menekan dan memberatkan kepalanya sehingga tetap dan berjejak dahinya pada tempat sujud.

Oleh itu, jika sekiranya sejadah tersebut terlalu empuk dan lembut sehingga tidak menjadikan dahi seseorang tetap dan berjejak pada tempat sujud dan dirasakan seolah-olah terapung, maka tidak sah sujudnya di atas sejadah seperti itu.

Akhir sekali, ketahuilah bahawa sujud merupakan keadaan paling dekat seseorang hamba dengan Allah SWT dan Baginda SAW menganjurkan supaya memperbanyakkan doa pada ketika tersebut. Rasulullah SAW bersabda:

أَقْرَبُ ما يَكونُ العَبْدُ مِن رَبِّهِ، وهو ساجِدٌ، فأكْثِرُوا الدُّعاءَ
“Keadaan yang paling hampir seseorang itu kepada Tuhan-nya adalah ketika dia sedang sujud. Oleh itu, perbanyakkanlah doa ketika sujud.” [Riwayat Muslim (482)]

Justeru itu, marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk berdoa sebanyak-banyaknya ketika kita tunduk bersujud kepada Allah SWT dan janganlah terlalu cepat mengangkat kepala kita untuk bergegas kepada hal-hal keduniaan. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/status-solat-di-atas-sejadah-yang-empuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Status Solat Seseorang Jika Kucing Bermain Di Kaki

Status Solat Seseorang Jika Kucing Bermain Di Kaki

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 311 hits
SOALAN Saya memelihara seekor kucing Namun saya ada kemusykilan berkenaan ibadah solat saya kerana ketika saya sedang solat kucing peliharaan saya selalu mengganggu saya Contohnya bermain main di kaki dan melintasi sejadah tempat saya solat...
Tulis Nombor Telefon Atas Kertas Cikgu Azlan Kongsi Cerita Tackle Elly Mazlein Sweet Habis

Tulis Nombor Telefon Atas Kertas Cikgu Azlan Kongsi Cerita Tackle Elly Mazlein Sweet Habis

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 842 hits
Pasangan mempelai Elly Mazlein dan Mohamad Azlan sah bergelar suami isteri pada 18 Januari 2020 dengan majlis bertemakan Bagai Bulan Di Pagar Bintang yang telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur Tulis Nombor Telefon Atas Kertas Ci...
Anwar Arah Mulakan Saman Fitnah Ke Atas Yusoff Rawther

Anwar Arah Mulakan Saman Fitnah Ke Atas Yusoff Rawther

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 323 hits
Ramkarpal Sigh Foto Bernama SHAH ALAM Peguam Ramkarpal Sigh mengesahkan beliau telah menerima arahan daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan saman fitnah terhadap Muhammed Yusoff Rawther Menurut Ramk...
Dua Nama Calon Wagub Dki Atas Kesepakatan Prabowo Dan Sohibul Iman

Dua Nama Calon Wagub Dki Atas Kesepakatan Prabowo Dan Sohibul Iman

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 223 hits
Partai Gerindra dan Partai Keadilan Sejahtera mengusulkan dua nama wakil gubernur DKI Jakarta pengganti Sandiaga Uno Dua nama itu ialah kader PKS Nurmasyah Lubis dan Ketua DPP Gerindra Ahmad Riza Patria
Tiger Wong Ditengok Tamu Jauh Si Cantik Neelofa Artis Papan Atas Malaysia

Tiger Wong Ditengok Tamu Jauh Si Cantik Neelofa Artis Papan Atas Malaysia

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 823 hits
Ucapan selamat tak henti hentinya di dapatkan oleh pasangan Baim dan Paula pasca Paula melahirkan anak pertamanya Banyak teman dari kalangan selebriti juga hadir menjenguk bayi laki laki yang diberi nama Kiano itu Termasuk salah satu aktris...
Pasangan Mata Wang Aud Usd Bertindak Balas Di Atas Tahap Sokongan Utama Sekarang

Pasangan Mata Wang Aud Usd Bertindak Balas Di Atas Tahap Sokongan Utama Sekarang

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 337 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan 0 68735Alasan untuk Kemasukan 61 8 Anjakan semula FibonacciAmbil Keuntungan 0 69255Alasan untuk Ambil Keuntungan Anjakan semula Fibonacci 38 2 Ayunan mendatar tinggiStop Loss 0 68492Alasan untuk Stop Loss ayuna...
Disebabkan Tom Tangkap Tikus Selama 2 Hari Pelajar Bagi Reward Tidur Atas Katil

Disebabkan Tom Tangkap Tikus Selama 2 Hari Pelajar Bagi Reward Tidur Atas Katil

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 519 hits
Korang pernah tengok tak kartun Tom and Jerry masa korang kecil dulu Mestilah pernah kan Haa kalau korang nak tahu sebenarnya ada kucing seperti Tom memang wujud in real life tau Psst Ohmedia rasa semua kucing macam Tom Ada tak kucing yang ...
Terlentang Atas Jalan Pemandu Ford Ranger Sondol Abang Motor Di Lebuhraya

Terlentang Atas Jalan Pemandu Ford Ranger Sondol Abang Motor Di Lebuhraya

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 322 hits
Kemalangan berlaku tanpa diundang Namun begitu hal seperti ini dapat dielakkan jika pengguna jalan raya memandu secara berhemah dan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan Banyak kes kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada hari ...
Tanggapan Hotman Paris Soal Kalimat Di Atas Langit Masih Ada Hotman Paris

Tanggapan Hotman Paris Soal Kalimat Di Atas Langit Masih Ada Hotman Paris

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 191 hits
Kamu pasti familiar dengan kalimat Di atas langit masih ada Hotman Paris benar kan Nah Hotman memberikan tanggapan untuk kalimat tersebut
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda