Status Solat Tidak Pasti Keluar Mazi Ketika Solat Namun Ada Kesan Pada Kain



SOALAN:
Sewaktu melakukan solat saya tidak pasti air mazi saya keluar ataupun tidak. Kemudian selepas solat saya lihat terdapat beberapa kesan pada kain sembahyang saya. Adakah sah solat saya sebelum itu atau saya kena qadha solat tersebut?

JAWAPAN:
Air mazi menurut istilah fiqh adalah air jernih yang melekit keluar ketika timbulnya syahwat (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhyyah al-Kuwaitiyyah, 36/315)

Imam al-Nawawi di dalam kitabnya menyatakan perbezaan antara mani dan mazi adalah, air mani keluar ketika kemuncak syahwat serta mengakibatkan kepenatan. Adapun mazi keluar ketika bersyahwat tidak mengakibatkan kepenatan. (Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/141)

Mazi termasuk di dalam kategori najis Mutawassithoh (sederhana), ia perlu dihilangkan ain (bau, rasa dan warna) serta menyucikannya menggunakan air mutlak. Keluar mazi merupakan perkara yang membatalkan wudhu' dan tidak perlu kepada mandi. Ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali R.A katanya:

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَاسْتَحْيَيْتُ أَنْ أَسْأَلَ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بن الأسود فَسَأَلَهُ فَقَالَ: فِيهِ الْوُضُوءُ، وَلِمُسْلِمٍ: يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ
“Aku seorang yang selalu keluar mazi dan aku berasa malu untuk bertanya kepada Rasulullah SAW. Aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad menanyakannya. Baginda menjawab: “Dia hendaklah berwudhu’.” Dalam riwayat Muslim: “Dia hendaklah membasuh zakarnya dan berwudhu’.” [Riwayat al-Bukhari (176) dan Muslim (303)]

Perkara yang membatalkan Solat

Perkara yang membatalkan solat adalah tidak suci daripada hadas seperti hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Sabda Nabi SAW:

لاَ يَقْبَلُ اللَّهُ صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ
“Tidak diterima Allah SWT akan solat seseorang itu apabila ia berhadas sehingga ia berwudhu'.” [Riwayat al-Bukhari (6954)]

Imam al-Nawawi menyatakan: “Sesuatu yang keluar daripada qubul dan dubur adalah perkara yang membatalkan wudhu'. Sama ada najis, kencing, angin, ulat, muntah darah batu-batu dan lain-lain dan ini tidak dibezakan antara jarang berlaku atau kebiasaannya.” (Lihat: al-Majmu’ syarh al-Muhazzab, 2/4)

Selain itu, perkara yang membatalkan solat adalah berhadas sebelum memberi salam yang pertama. Ini seperti yang diterangkan di dalam al-Fiqh al-Manhaji bahawa tidak ada perbezaan sekiranya ia berhadas secara sengaja atau terlupa, ini kerana hilangnya salah satu daripada syarat solat iaitu bersuci daripada hadas sebelum sempurna daripada melakukan setiap rukun solat. Adapun sekiranya berhadas selepas memberi salam yang pertama sebelum salam yang kedua maka sah solatnya. Ini merupakan ijma’ para fuqha’. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 1/169)

Syarat Sah Solat

Di dalam perkara ini, Dr. Muhammad Zuhaili menyatakan di dalam kitabnya di antaranya adalah: “Meninggalkan salah satu daripada syarat solat. Seperti bersuci daripada hadas, suci daripada najis pada pakaian, menghadap kiblat, menutup aurat dan masuknya waktu solat. Dan apabila hilang salah satu daripada syarat ini maka batallah solatnya.” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 1/333)

Begitu juga disyaratkan supaya suci badan, tempat solat dan pakaian seseorang itu darupada segala najis. Firman Allah SWT:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
“Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (Surah Al-Muddatthir: 4)

Sheikh Abdurrahman Al-Sa’di di dalam tafsirnya bahawa yang dimaksudkan juga di dalam ayat tersebut ialah membersihkan pakaian daripada najis. Ini kerana ianya merupakan salah satu kesempurnaan amalan khususnya di dalam solat. Oleh sebab itu diperintahkan untuk membersihkan pakaian daripada segala jenis najis pada setiap waktu khususnya waktu solat. (Lihat: Taysir Al-Karim Al-Rahman Fi Tafsir Al-Kalam Al-Mannan, 2/132)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan di atas dan berdasarkan perbahasan yang diberikan, dapat kami simpulkan sini kepada beberapa keadaan:

Sekiranya semasa melakukan solat terdapat tanda-tanda keluarnya mazi seperti dapat merasakan sesuatu yang keluar daripada kemaluannya serta terdapat kesan basah pada pakaiannya, maka perkara itu membatalkan solat dan wajib untuk mengulanginya.Begitu juga, sekiranya telah sempurna solatnya kemudian terdapat kesan mazi pada pakaiannya, maka wajib mengulangi solat semula. Ini kerana terdapat najis pada pakaian dan bersuci daripada najis merupakan syarat sah solat. Oleh itu, ia harus menyucikan kesan najis tersebut sekiranya hendak menggunakan pakaian itu semula di dalam solat.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/status-solat-tidak-pasti-keluar-mazi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Status Solat Dengan Pakaian Yang Terkena Susu Badan

Status Solat Dengan Pakaian Yang Terkena Susu Badan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 253 hits
SOALAN Saya mempunyai susu badan yang berlebihan Dan kadang kadang susu tersebut keluar sendiri dan terkena pada pakaian saya Adakah sah solat saya dengan pakaian tersebut Mohon penjelasan JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Dan se...
Status Solat Di Atas Sejadah Yang Empuk Dan Lembut

Status Solat Di Atas Sejadah Yang Empuk Dan Lembut

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 424 hits
SOALAN Dalam pasaran hari ini terdapat pelbagai jenis sejadah Antaranya ada yang sangat empuk dan lembut sehingga tenggelam dahi apabila sujud Sesetengah orang berpendapat bahawa ia menambahkan lagi kekusyukan dalam solat Sesetengah orang l...
Jaga Hubungan Dengan Allah Jaga Solat Pasti Allah Sayang

Jaga Hubungan Dengan Allah Jaga Solat Pasti Allah Sayang

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 336 hits
Jaga Hubungan Dengan Allah Jaga Solat Pasti Allah Sayang Asaalamualaikum Salam Sejahtera Semua Aku pasti Allah melihat mendengar memerhatikan aku dan keluargaku anak anak ku Allah itu maha hebat maha luar biasa maha besar dan amat mengetahu...
7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu

7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 235 hits
Umum sedia maklum tentang kebaikan meminum air putih kepada tubuh badan Namun ramai yang tak tahu kesannya apabila minum air putih ketika perut kosong Berikut merupakan 7 kesan minum air putih ketika perut kosong 1 Buang racun dalam badanKe...
Israel Lepaskan Tembakan Ketika Warga Palestin Solat Subuh Di Masjid Al Aqsa

Israel Lepaskan Tembakan Ketika Warga Palestin Solat Subuh Di Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 285 hits
Tentera Israel sekali lagi bertindak menyerbu perkarangan Masjid Al Aqsa ketika umat Islam sedang menunaikan solat Subuh di masjid ketiga paling suci oleh umat Islam itu Menerusi video yang dikongsikan di Twitter pihak Israel dikatakan tela...
Polis Beri Amaran Elak Provokasi Ketika Perarakan Thaipusam

Polis Beri Amaran Elak Provokasi Ketika Perarakan Thaipusam

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 425 hits
Perayaan Thaipusam disambut oleh penganut agama Hindu bagi menghormati Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 5 Feb Polis memberi amaran kepada mana mana individu yang cuba menimbulkan pr...
Ketika Terlantar Saya Ditatang Bagai Seorang Bayi 15 Tahun Dijaga Edika Yusof Ini Luahan Isteri

Ketika Terlantar Saya Ditatang Bagai Seorang Bayi 15 Tahun Dijaga Edika Yusof Ini Luahan Isteri

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 501 hits
Edika Yusof merupakan seorang pelakon yang masih menghiasi kaca televisyen dan diminati ramai sehingga kini Apa yang lebih menarik mengenai pelakon lelaki ini adalah apabila beliau dikatakan sanggup menjaga isterinya yang lumpuh dengan sepe...
2 Sambal Hitam Wajib Bawa Ketika Travel Sambal Mook Dan Lava Crunchy Dari Kayu Tiga

2 Sambal Hitam Wajib Bawa Ketika Travel Sambal Mook Dan Lava Crunchy Dari Kayu Tiga

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 577 hits
2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa suka makan pedas Siapa yang boleh putus selera kalau tak ada makanan yang pedas Okay sebenarnya mummy lah ...
Lelaki Warga Malaysia Dipercayai Dijangkiti Koronavirus Ketika Hadiri Mesyuarat Di Negara Jiran

Lelaki Warga Malaysia Dipercayai Dijangkiti Koronavirus Ketika Hadiri Mesyuarat Di Negara Jiran

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 436 hits
Baru baru ini hangat diperkatakan tentang jangkitan Coronavirus di China Coronavirus adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS CoV dan SARS CoV Walaupun Novel Coronavirus...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord