Status Wudhu Jika Menyentuh Anggota Badan Berlainan Jantina Yang Terputus



SOALAN:
Apakah hukum anggota pasukan penyelamat atau perubatan seperti bomba dan pihak hospital menyentuh cebisan daging dan kulit mangsa musibah jika berlainan jantina dan tidak berlapik? Adakah berdosa dan membatalkan wudhu’?

JAWAPAN:
Pada asalnya, hukum menyentuh kulit yang berlainan jantina adalah membatalkan wudhu’. Namun, jika anggota itu sudah terpisah maka hukumnya sudah berbeza.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu’lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah -debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah -debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Maidah: 6)

Imam al-Syafie Rahimahullah ketika menghuraikan ayat di atas menyebut: “Maka diserupakan hukum dengan wajibnya wudhu’ apabila membuang air besar dan bersentuhan (dengan wanita). Bersentuhan disebut secara bersambung dengan membuang air besar, selepas ayat itu menyebut tentang berjunub, maka hukumnya sama dengan bersentuhan. Bersentuhan itu boleh jadi menyentuh dengan tangan dan juga cium, walaupun tanpa berjunub.

Telah mengkhabarkan kami akan Malik daripada Ibn Syihab, daripada Salim bin Abdillah, daripada ayahnya, (Ibn Umar) yang berkata: “Ciuman lelaki terhadap isterinya, dan menyentuhnya dengan tangan, ialah mulamasah (bersentuhan), maka barangsiapa yang mencium isterinya atau menyentuhnya dengan isterinya maka wajib dia berwudhu’.” Telah sampai kepada kami riwayat daripada Ibn Mas’ud yang mempunyai makna yang dekat dengan pendapat Ibn Umar.”

Beliau juga berkata: “Tidak diertikan (sentuhan itu) mesti bersyahwat, kerana itu merupakan pekerjaan hati. Cukup erti itu pada perbuatan (menyentuh).” [Rujuk: al-Umm (1/29-30); al-Muwatta’ oleh Imam Malik (64) dan (65)]

Berkata Syeikh Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj: “Tidak batal wudhu’ (menyentuh) anggota yang terpisah, selain faraj, maka jika seorang wanita terbelah dua, maka adakah batal wuduk kalau menyentuh faraj yang terbelah itu? Terdapat dua pandangan tetapi yang lebih tepat ialah tidak batal.” [Rujuk: Mughni al-Muhtaj (1/146); Hasyiah al-Bijairimi (1/214)]

Adapun hukum melihat dan menyentuhnya, maka berkata Imam al-Suyuti: “Setiap anggota yang diharamkan untuk dilihat maka adalah haram untuk disentuh.” [Rujuk: al-Asybah wa al-Nazhair (ms. 475)]

Manakala Imam Tajuddin al-Subki dalam kitab Asybah-nya (1/367) meletakkan salah satu pengecualian bagi kaedah di atas ialah kepada tabib sekiranya terdapat hajat keperluan untuk menyentuh. Begitu juga hajat untuk melihat.

Al-Suyuti menyambung: “Menyentuh anggota yang terputus daripada perempuan (oleh lelaki) terdapat dua pandangan; pandangan yang paling sahih ialah tidak membatalkan wudhu’, kerana anggota itu tidak dinamakan perempuan, sedangkan batal wudhu’ tertakluk hukumnya pada perbuatan menyentuh perempuan.

Memandang anggota yang terputus daripada perempuan yang asing, maka terdapat dua pandangan; yang lebih sahih ialah diharamkan melihat kepadanya. Manakala pandangan yang bertentangan dengannya ialah (diharuskan) kerana sifatnya yang jarang mendatangkan fitnah (syahwat kepada pelihatnya).” [Rujuk: al-Asybah wa al-Nazhair (ms. 475)]

Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, hukum anggota pasukan penyelamat atau perubatan seperti bomba dan pihak hospital menyentuh cebisan daging dan kulit mangsa musibah jika berlainan jantina dan tidak berlapik adalah diharuskan dan tidak membatalkan wudhu’, kerana alasan berikut:

• Wujud hajat keperluan untuk mengumpulkannya dan menguruskannya dengan cara terhormat.
• Sudah hilang sebab fitnah dan syahwat.

Semoga Allah SWT menerima amalan baik kita semua. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/status-wudhu-jika-menyentuh-anggota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Status Solat Dengan Pakaian Yang Terkena Susu Badan

Status Solat Dengan Pakaian Yang Terkena Susu Badan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 262 hits
SOALAN Saya mempunyai susu badan yang berlebihan Dan kadang kadang susu tersebut keluar sendiri dan terkena pada pakaian saya Adakah sah solat saya dengan pakaian tersebut Mohon penjelasan JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Dan se...
Saat Mulan Jameela Pertanyakan Status Badan Pengelola Kekayaan Migas Indonesia

Saat Mulan Jameela Pertanyakan Status Badan Pengelola Kekayaan Migas Indonesia

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 136 hits
Anggota Komisi VII Dewan Perwakilan Rakyat Mulan Jameela mempertanyakan status sementara Satuan Kerja Khusus Pelaksana Kegiatan Hulu Minyak dan Gas Bumi sebagai lembaga yang menaungi kegiatan produksi migas Indonesia Sebab menurutnya hal in...
Badan Berlipat Dipukul Dengan Kayu Kucing Jalanan Tanggung Derita Sampai Mati

Badan Berlipat Dipukul Dengan Kayu Kucing Jalanan Tanggung Derita Sampai Mati

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 288 hits
KERAP kali kita dengar kes penderaan melibatkan haiwan jalanan seperti kucing di media sosial sehingga menimbulkan rasa duka dalam kalangan netizen Lebih teruk haiwan jalanan ini didera termasuklah dipukul tanpa belas kasihan sehingga ada y...
Kanak Kanak Memang Mudah Kena Sakit Doktor Cadang Beberapa Jenis Makanan Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

Kanak Kanak Memang Mudah Kena Sakit Doktor Cadang Beberapa Jenis Makanan Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 539 hits
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak anak yang masih kecil selain mengambil langkah langkah pencegahan seperti yang di...
Amk Pandang Serius Penahanan Anggota Amk

Amk Pandang Serius Penahanan Anggota Amk

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Biro Disiplin Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius terhadap penahanan Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz dalam satu operasi polis pagi semalam Mohd Akmal Hisyam adalah Anggota Majlis Pimpinan Pusat AMK Pengerusi Biro Di...
Ikut Rapat Paripurna Anggota Dpr Penampilan Krisdayanti Malah Bikin Salfok

Ikut Rapat Paripurna Anggota Dpr Penampilan Krisdayanti Malah Bikin Salfok

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 189 hits
Krisdayanti kembali menjadi perbincangan publik di dunia maya Hal ini terkait postingan terbarunya di instagram
Pesta Sabu Di Asrama Polisi 3 Anggota Polda Maluku Ditahan

Pesta Sabu Di Asrama Polisi 3 Anggota Polda Maluku Ditahan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 282 hits
Para tersangka ini juga diduga sudah beberapa kali menggunakan narkoba karena terbukti dari hasil pemeriksaan urine positif
Dkpp Periksa Eks Anggota Kpu Wahyu Setiawan Besok

Dkpp Periksa Eks Anggota Kpu Wahyu Setiawan Besok

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 213 hits
InsyaAllah besok pukul 14 00 akan kita lakukan pemeriksaan etik kepada saudara WS kata dia
Berapa Jumlah Vitamin C Diperlukan Badan

Berapa Jumlah Vitamin C Diperlukan Badan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 1007 hits
Vitamin C juga dikenali dengan nama saintifiknya asid askorbik adalah sejenis vitamin larut air Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasil...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi