Video Sesi Swafoto 3 Rakan Bertukar Seram Jelmaan Mona Fandey Tumpang Sekaki


Oleh Nur Ain Abu Talib- Wajah Emilia yang dirakam mirip Mona Fendey. “SENYUMANNYA sangat lebar, pakai gincu merah, bentuk muka bulat dan giginya ada taring, itu bukan sahabat saya”.
Demikian kongsi Ruzaliza Ruzlan, 36, menerusi satu video pendek di TikTok yang memaparkan wajah sahabatnya bertukar aneh ketika berswafoto bersama.
Malah rata-rata warganet yang menonton video berkenaan mengaitkan wajah jelmaan itu mirip Mona Fandey yang satu ketika dahulu pernah menggemparkan negara sekitar tahun 1993 yang membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mohd. Mazlaan Idris.
Pasangan bomoh Mona Fandey dan suaminya Mohd. Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka Juraimi Husin didapati bersalah pada 9 Februari 1995 membunuh Mazlan dengan mengerat 18 bahagian sebelum ditanam sedalam 1.8 meter di sebuah rumah di Felda Ulu Dong.
Emilia Azila (kanan sekali) yang dirakam sebelum kejadian aneh menimpa mereka Menceritakan kembali, Ruzliza mengatakan, dia bersama dua sahabatnya iaitu Sheila Sufia, 36, serta Emilia Azila Zainulhak, 46, mengambil gambar selepas beriadah di kawasan pusat beli-belah Star, Mentakab pada Ahad lalu.
Katanya, kelakuan salah seorang sahabatnya itu Emilia bertukar aneh dan tidak seperti yang dikenalinya sejak 12 tahun yang lalu.
“Kami biasa akan joging pada pukul 6:30 pagi selepas subuh. Sebelum pulang ke rumah, kami akan selfie sama-sama dan kawan saya ajak bergambar di tempat itu.
“Pada awalnya kami nak ubah tempat sebab tak cantik, tapi kawan saya (Emilia) tetap bertegas,” ceritanya.
Tambahnya, Emilia secara tiba-tiba terlalu ghairah untuk berswafoto, lalu terus memanjat kayu palet.
“Kami terkejut sebab itu bukan personaliti dia,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Jelasnya, ketika berswafoto rakannya tidak mengenakan sebarang solekan.
“Bentuk mukanya juga bujur, tidak mempunyai gigi taring dan senyumannya tidak seperti dalam gambar,” katanya.
Video pendek yang memaparkan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh @Ruzlizaruzlan di laman TikTok itu sehingga kini mendapat lebih 1 juta tontonan daripada warganet.
Sementara itu, tinjauan UtusanTV pada ruangan komen rata-rata netizen turut berkongsi cerita seakan serupa.
“Saya pernah jadi macam ini, suh anak sedara snap gambar kat jambatan. Gambar lain semua okay tiba-tiba satu gambar muka putih pucat, lipstick  merah menyala padahal saya tak make up pun,” kata @Eresmia.
“Dulu kawan saya ambil gambar bersanding. Dah siap bergambar nak tengok terkejut tengok muka sama dengan kawan berdiri belakang dia,” ujar @Umirozi443.
“Saya pernah kena macam ini, ambil gambar kawan. Kat rnr ambil gambar, tengok dalam fon muka putih, kelopak mata lebam sangat. Sangat lain,” kongsi @Fadhamid1903.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/video-sesi-swafoto-3-rakan-bertukar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Ben Mendelsohn Cobie Smulders Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran Secret Invasion

Video Ben Mendelsohn Cobie Smulders Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran Secret Invasion

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 165 hits
Produksi siri terbaru Marvel Disney Secret Invasion sedang rancak berjalan di Leeds dan kita kini dapat melihat pandangan pertama Samuel L Jackson dan pendatang baru MCU Emilia Clarke di set penggambaran Beberapa gambar dan video dari The p...
Pendayung Solo Rentas Atlantik Maut Di Tengah Laut Video

Pendayung Solo Rentas Atlantik Maut Di Tengah Laut Video

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 135 hits
PARIS Seorang lelaki Perancis berusia 75 tahun yang sedang dalam percubaan solo menyeberangi Lautan Atlantik ditemui mati di dalam kabin bot dayungnya yang terbalik lapor laman berita France 24 semalam Menurut pasukan penyelamat yang dikeja...
Nasa Dedahkan Letupan Gunung Berapi Tonga 100 Kali Lebih Kuat Daripada Bom Atom Video

Nasa Dedahkan Letupan Gunung Berapi Tonga 100 Kali Lebih Kuat Daripada Bom Atom Video

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 157 hits
IMEJ satelit menunjukkan letusan gunung berapi dasar laut Hunga Tonga Hunga Ha apai di Tonga AFP NASA dedahkan letupan gunung berapi Tonga 100 kali lebih kuat daripada bom atom VIDEO NUKUALOFA Tonga Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas ...
Create Beautiful Attention Grabbing Video Invitation With These Simple 8 Steps

Create Beautiful Attention Grabbing Video Invitation With These Simple 8 Steps

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 177 hits
Gone are the days when postcards emails and SMSs were the norm to send invitations The world is becoming more and more advanced technologically and we see its effects even in our daily life The Covid pandemic has made it impossible to inter...
Bakal Debut Solo Wonpil Day6 Rilis Video Teaser Untuk Album Pertama Pilmography

Bakal Debut Solo Wonpil Day6 Rilis Video Teaser Untuk Album Pertama Pilmography

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 197 hits
Won pil DAY6 akan membuat kemunculan pertamanya sebagai artis solo Pada 24 Januari JYP Entertainment telah melancarkan video mood film bagi mempromosikan album solo pertama Won pil DAY6 iaitu Pilmography Video tersebut mengikuti Won pil yan...
Video Kisah Kak Seto Gagal Jadi Dokter Adu Nasib Di Jakarta

Video Kisah Kak Seto Gagal Jadi Dokter Adu Nasib Di Jakarta

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 112 hits
Semasa kecil sosoknya dikenal bandel dan tak bisa diam Bahkan dia mengaku belum pernah melihat anak yang kenakalannya melebihi dirinya
Video Abang Bomba Beri Bantuan Pernafasan Mulut Tekad Selamatkan Kucing

Video Abang Bomba Beri Bantuan Pernafasan Mulut Tekad Selamatkan Kucing

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 190 hits
Tindakan seorang pegawai bomba yang berusaha menyelamatkan seekor kucing yang dikeluarkan semasa keb4karan di Miri Sarawak menjadi perhatian ramai Difahamkan kucing tersebut dipercayai terper4ngkap dan berjaya dikeluarkan oleh pemilik rumah...
What S Behind The Security Warnings For Pride Events

Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Bimbang Tentang Keselamatan Anak Anda Ketika Naik Motorsikal Dapatkan Helmet Ltd J

Wanita Masih Hidup Ada Kubur Sendiri

Penjawat Awam Cuba Bersama Remaja Bawah Umur Ditahan

Kad Bank Malaysia Support Apple Pay Google Pay

Rumah Maw Art Studio Seni Dan Kafe Moden Menarik Di Langkawi Kedah

Flanders House By Saota In Belgium



Info Sinopsis Kutipan The Experts Filem Malaysia 2024

10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia


Gumhealthfirst Utamakan Kesihatan Gusi Anda Dengan Systema

Warung Roti Canai Shahril Roti Canai Mak Mertua No 1 Shedap Shahril No 2

Petua Hidup Dalam Rahmat Allah

Navigating Parenthood With An Sen Child

Caj Bateri Untuk Seorang Isteri Dan Ibu

Is Menopause Causing Hair Thinning Nutrafol Women S Balance Can Help