Falsafah Islam Berdepan Penyakit Wabak


DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN

ULASAN | Islam adalah agama yang diutuskan oleh Allah untuk kemaslahatan manusia. Ia adalah panduan dan ketetapan demi kebaikan manusia semata. Ia adalah ajaran Allah bagi menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh manusia dalam berbagai sudut. Ajarannya mengandungi kepercayaan lurus yang wajib dipasakkan dalam jiwa insan, juga mengandungi tindakan tepat dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, Islam memandu jiwa insan, demikian ia juga memandu amalan dan tindakannya

Fahami konsep

Kebahagiaan hidup insan itu diatur dengan jiwa yang baik, juga kebendaan yang mencukupi. Maka Islam memerintah insan supaya beriman dan berusaha dengan sebaiknya mengelakkan diri dari bahaya. Kegagalan usaha adalah ujian Allah yang biasanya berlaku disebabkan sistem atau perjalanan alam yang Allah tetapkan juga. Ini seperti kemarau, hujan, kezaliman, persaingan hamba-hamba Allah yang lain dan seumpamanya.

Allah tidak menzalimi hamba-Nya, namun dunia ini bukan dihuni oleh cuma seorang, tetapi berkongsi dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Juga dunia ini ada sistem yang berjalan seperti hujan, panas, kematian, kehidupan, malam, siang, tua, sakit dan seumpamanya yang tidak boleh diubah melainkan dengan kehendak Allah semata.

Maka insan hendaklah sedar, ketika dia berusaha, dia sebenarnya menunaikan perintah Allah dan merupakan amal ibadah buatnya di akhirat. Jika dia gagal, bukan bererti Allah menzaliminya tetapi dia adalah makhluk yang terpaksa tunduk kepada perjalanan alam yang Allah ciptakan. Kekerdilan insan tidak mungkin membolehkan dia mengatasi segala cabaran alam dengan sekadar usaha semata, maka di situ dia disuruh bertawakkal dan berdoa. Hanya Allah yang Maha Berkuasa boleh mengubah perkara yang lazim bagi alam.

Jika setelah berdoa dia tetap diuji, bererti dia mesti terus berusaha sementara Allah tetap memberi pahala kepadanya. Dengan itu dia telah menggabungkan iktikad dan tindakan. Menyebabkan dia cuba mematuhi tuntutan alam yang Allah tetapkan, dalam masa yang sama jiwanya bergantung kepada Allah.

Wabak dan penyakit

Memahami konsep ini adalah penting dalam kehidupan muslim agar betul iman dan tindakan. Dalam menghadapi bahaya yang mengancam; Islam melarang manusia memusnahkan diri mereka secara sia-sia. Diharamkan membunuh diri sendiri atau orang lain, mencederakan diri atau orang lain. Semua itu dilarang melainkan dengan sebab yang sah seperti perang, bunuh balas, hukuman dan seumpamanya.

Firman Allah (bermaksud):

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).
Firman-Nya juga (bermaksud):

“Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang taun menyebut (bermaksud):

“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini, Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi SAW:

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya.

Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.

Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka.” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Jika tiada pilihan

Jika segala langkah telah diambil, namun penyakit atau wabak terkena juga sehingga mungkin membawa maut, maka ketika itu keadaan berada di luar dari penguasaan insan. Bukan semestinya tanda seseorang itu bersalah atau dibenci oleh Allah.

Ini sama seperti seseorang yang memandu kenderaan dengan cermat dan mematuhi undang- undang, namun tiba-tiba pihak lain melanggarnya, atau keretanya rosak dengan tiba-tiba, sudah pasti dia tidak dipersalahkan. Juga dia terpaksa menerima hakikat bahawa bukan dia seorang pengguna jalan raya.

Sikap cermat adalah satu faktor keselamatan, tetapi bukan segalanya. Namun apa yang dia mampu usaha hanyalah faktor tersebut, yang lain diluar bidang usahanya. Demikian insan dan penyakit.

Justeru itu, jika segala usaha telah dibuat untuk mengelakkannya, namun wabak dan penyakit menimpa juga, maka Nabi SW pernah bersabda (bermaksud):

“‘Siapakah yang kamu hitung sebagai syahid dalam kalangan kamu?’. Jawab para sahabat: ‘Wahai Rasulullah! Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid’. Jawab baginda: ‘Kalau begitu, para syuhada umatku sedikit’. Tanya mereka: ‘Siapakah mereka (syuhada) wahai Rasulullah?’. Jawab baginda: ‘Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan taun maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan sakit perut maka dia syahid.’” (Riwayat Muslim).

Dengan itu Islam cuba mengatasi bahaya kehidupan di dunia, dan dalam masa yang sama memberikan jaminan kehidupan di akhirat. Di sudut lain, Islam memberikan keselamatan kepada jasad, dan kerehatan kepada jiwa jika jasad gagal diselamatkan.

Justeru insan Muslim akan berusaha menyelamatkan diri dari bahaya penyakit, dan akan reda kepada Allah jika gagal.
* DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN ialah mufti Perlis.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/falsafah-islam-berdepan-penyakit-wabak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Sebab Mengapa Haiwan Eksotik Berbisa Diharamkan Islam Antaranya Punca Wabak Penyakit

Ada Sebab Mengapa Haiwan Eksotik Berbisa Diharamkan Islam Antaranya Punca Wabak Penyakit

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 971 hits
Ada Sebab Mengapa Haiwan Eksotik Berbisa Diharamkan Islam Antaranya Punca Wabak Penyakit Situasi trending yang sedang menakutkan kebanyakan negara terutamanya di benua Asia buat masa ini tak lain tak bukan ialah wabak Virus Corona Walaupun ...
Mampukah Wabak Penyakit Koronavirus Menjadi Tentera Serangan

Mampukah Wabak Penyakit Koronavirus Menjadi Tentera Serangan

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 652 hits
TAHUN baharu 2020 bermula suram apabila dunia dikejutkan dengan serangan dahsyat koronavirus yang bermula di Wuhan China sebelum merebak ke seluruh dunia Koronavirus atau singkatannya CoV dikatakan sangat berbahaya Virus yang menjangkiti pa...
Amaran Wabak Penyakit Ross River Virus Pula Australia Diserang Nyamuk Sebesar Syiling 20 Sen

Amaran Wabak Penyakit Ross River Virus Pula Australia Diserang Nyamuk Sebesar Syiling 20 Sen

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 588 hits
Baru baru ni pakar ni Australia baru jer menemui nyamuk yang dikatakan bersaiz sebesar duit syiling 20 sen Fuhh Besar gila weh Nyamuk gajah atau Toxorhynchites ni jumlahnya semakin meningkatn di Queensland dan dikatakan akan menyebabkan pen...
Apakah Penularan Wabak Penyakit Merbahaya Berlaku Pada Setiap 100 Tahun Jom Baca Fakta

Apakah Penularan Wabak Penyakit Merbahaya Berlaku Pada Setiap 100 Tahun Jom Baca Fakta

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 732 hits
Selalu tiap 100 tahun atau dlm tempuh satu masa akan berlaku revolusi mengikut zaman rupa nya wabak juga menyesuaikan diri mengikut zaman rupanya Coincidence Kalau dibaca ia mungkin kedengaran seperti memes atau bahan jenaka dikaitkan denga...
Doa Minta Elak Dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

Doa Minta Elak Dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1122 hits
Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak InfluenzaDoa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza Penyakit influenza merupakan jangkitan oleh virus influenza yang menyebabkan gejala seperti demam selesema atau flu sak...
Doa Menghindarkan Dari Perkara Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit Dan Lain Lain

Doa Menghindarkan Dari Perkara Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit Dan Lain Lain

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 2072 hits
Doa Menghindarkan Dari Perkara Perkara Memudharat dan Bala Bencana Seperti Penyakit WabakAssalamualaikum Doa Menghindarkan Dari Perkara Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit Coronavirus Perkongsian ini adalah disebabkan isu yang seda...
Kkm Senaraikan 9 Langkah Respon Berdepan Wabak Koronavirus

Kkm Senaraikan 9 Langkah Respon Berdepan Wabak Koronavirus

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 308 hits
Umum telah mengetahui bahawa wabak novel koronavirus yang kian tular pada hari ini kian hampir masuk ke negara kita Sehingga ke hari ini wabak virus yang berasal dari China ini telah meragut sebanyak 26 nyawa dan ratusan kes baharu dicatatk...
Anda Mungkin Terkejut Dengan Anggaran Kos Rawatan Bagi Penyakit Penyakit Ini

Anda Mungkin Terkejut Dengan Anggaran Kos Rawatan Bagi Penyakit Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 332 hits
Kos perubatan sememangnya sesuatu yang sangat mahal Ada saja golongan yang kurang berkemampuan tidak mendapatkan rawatan kerana kekurangan wang Namun begitu ada sahaja kos perubatan yang ditanggung oleh pihak kerajaan supaya golongan yang k...
Disambut Satu Sekolah Ini Kisah Haru Bocah Lawan Penyakit Kanker

Disambut Satu Sekolah Ini Kisah Haru Bocah Lawan Penyakit Kanker

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 261 hits
Menderita penyakit kronis kanker tentunya bukan hal yang diharapkan seseorang Selain berbahaya kanker juga dapat merenggut nyawa
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord