Status Anak Luar Nikah Di Malaysia Dari Aspek Perundangan


Status Anak Luar Nikah Di Malaysia Dari Aspek Perundangan | Anak Tak Sah Taraf juga dikenali sebagai ‘Anak Luar Nikah’ dalam masyarakat Melayu atau ‘Anak Zina’ mengikut hukum syarak. Anak luar nikah atau “tidak sah taraf” ini berhubung dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah. Untuk lebih jelas lagi, anak tidak sah taraf ini ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina ataupun disebabkan menjadi mangsa rogol.   Anak tidak sah taraf ini bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan anak perhambaan. Penggubalan undang-undang keluarga Islam (UUKI), Negeri-negeri di Malaysia bertujuan memelihara kesucian institusi perkahwinan dan keluarga umat Islam di Negara ini.   Sebagai contoh :Prosedur berkahwin Prosedur berpoligami Pendaftaran perkahwinan dalam dan luar Negara Penalti bagi yang melanggar peruntukan berkenaan

Isu Status Anak Luar Nikah Lelaki & Perempuan Di Malaysia Isu anak luar nikah ini memang tak pernah berkesudahan di Malaysia. Hari-hari ada saja kes yang berlaku dan akibatnya timbulnya isu yang sukar yang berkaitan dengan harta pusaka, waris, soal nikah kahwin untuk anak tak sah taraf ini, soal nama bin atau binti untuk anak luar nikah dan lain-lain lagi. Secara kasarnya, anak Muslim yang dilahirkan di luar nikah akan berdepan dengan pelbagai keadaan sulit jika si ibu sama sekali tidak memahami situasi perkara-perkara yang berkaitan. #1 - Bin atau Binti Anak Luar NikahDari segi nasab dan penentuan bin atau binti anak, hukum asal anak luar nikah hendaklah dibinkan kepada ibunya berdasarkan hadis Rasulullah SAW: Anak (luar nikah) itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja (rejam). (HR Bukhari dan Muslim) 
Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf tidak boleh dibin atau binti dengan nama bapanya.
Namun, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1981 memutuskan anak zina atau anak di luar nikah sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua-dua ibu bapa atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah atau kepada nama Allah (Asma ul-Husna) yang lain.


[ Artikel Berkaitan : Panduan Lengkap Cara Buat Surat Beranak Untuk Anak Luar Nikah ]


#2 - Hak Bapak Terhadap Anak Luar Nikah Untuk Urusan Nikah Kahwin Si Anak Amalan di Malaysia, anak tidak sah taraf perlu memohon kebenaran mahkamah untuk bernikah dengan menggunakan wali hakim. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri ada memperuntukkannya di bawah Seksyen 18. 
Perkahwinan anak tak sah taraf perempuan mesti diwalikan oleh wali hakim. Bapa tidak layak menjadi wali kepada anak tak sah tarafnya. Anak tak sah taraf (lelaki) tidak boleh menjadi wali sepertimana susunan wali dalam pernikahan. Pemohonan wali hakim perlu dirujuk ke Jabatan Agama Islam Negeri atau Pejabat Agama Islam Daerah.
Dalam permohonan untuk bernikah menggunakan wali hakim, mahkamah akan menyiasat latar belakang anak serta mengambil keterangan ibu atau bapanya. Seandainya ada pengakuan daripada ibu dan bapanya bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan anak itu akan diperintahkan berwalikan hakim. 
Sekiranya bapa itu yakin dengan status anak adalah anaknya tetapi berasa malu untuk bertindak sebagai wali, beliau boleh mewakilkan perwalian kepada jurunikah bertauliah.
#3 - Isu Harta Pusaka Untuk Anak Luar Nikah Di Malaysia Ibu dan anak tak sah taraf boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain. Jika ibu meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi pusaka ibunya bersama-sama ahli waris sebelah ibunya dan sebaliknya. 
Anak tak sah taraf tidak boleh mewarisi harta pusaka bapanya dan keluarga sebelah bapanya dan begitu juga sebaliknya.
#4 - Agama Untuk Anak Tak Sah Taraf Kematian anak tak sah taraf yang belum baligh adalah menurut agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, dia diuruskan dengan cara pengurusan jenazah Islam. Jika ibunya bukan Islam, dia diurus dengan cara bukan Islam walaupun lelaki yang menyetubuhi ibunya beragama Islam.
#5 - Status Hubungan Hubungan Anak Luar Nikah Dengan Bapak Kandung Sekiranya anak tersebut lahir selepas enam bulan dari tempoh perkahwinan, maka dia adalah dianggap sebagai anak sah taraf kepada bapa kandungnya. Maka ibu dan adik beradik perempuan kepada bapanya itu adalah mahram buat dirinya. Implikasinya, haram untuk mereka berkahwin serta boleh untuk bersalaman sesama mereka. 
Namun jika anak tersebut lahir kurang dari enam bulan setelah perkahwinan, maka ia dianggap sebagai anak tidak sah taraf kepada bapa kandungnya. Oleh itu, ibu dan adik beradik perempuan kepada pemilik air mani tersebut adalah bukan mahram bagi anak ini. Wallahu A’lam.
 
Jangan Tahu Nak Seronok Kerana Nafsu, Tolong Fikir Kesan!!Dari dulu sampai sekarang, kes zina, jenayah rogol, mengandung anak luar nikah dan seterusnya pembuangan bayi, masih tetap berlaku bagaikan keadaan ini tak ada penghujungnya. Hal yang sama tetap berlaku berulang kali baik pada individu yang sama mahupun pada individu yang lain. Jawapan paling tepat, sudah tentulah kerana nafsu!  

Nasihat abang pada adik adik lelaki di luar sana. Masa belajar, kita belajar. Nak cinta tak salah, abang dulu umur 18 tahun dah terjatuh hati pada orang rumah. Tapi, janganlah sampai tahap begini. Belajar dulu hingga tahap yang dirasakan boleh kemudian start cari kerja.
Bila dah kerja kumpul duit sikit-sikit, jumpa mana-mana perempuan yang dirasakan suka dan layak untuk buat isteri, haaa terus ajak nikah! Lepas tu terpulanglah nak buat apa pun. Mungkin ada yang akan cakap, apa barang nikah ni! Buatnya dah kahwin kena control lepas tu rasa tak sesuai dah sampai tahap bercerai. 
Untuk perkara begini, cuba adik fikir jauh sikit dengan mata yang lebih luas. 
- usia tu makin pendek dan bermakna akan makin tua
- bila dah tua, nak tinggal dengan siapa? Bukan dengan anak bini?
- bila dah berkeluarga ada anak bini, ada pula anak lelaki dan perempuan
- bila dah ada anak perempuan, apa rasa kalau anak kita orang lelaki buat perkara yang sama
Hidup di dunia ni kita semua akan mati bila tiba masa sebab ada Tuhan kat atas yang memerhati. Ada karma juga jadi jangan nak jadi bodoh sampai terpaksa tanggung akibat yang lebih dasyat di kemudian hari. Cepat-cepatlah bawa bawa bertaubat selagi ada masa bro! 
Yang perempuan abang tak mau cakap banyak cuma yang abang tau kata, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik jadi cepat-cepatlah insaf jika mahu mendapat jodoh dengan lelaki yang baik dari Allah SWT. Ada je artis yang dulu seksi sekarang dipinang oleh lelaki baik agamanya lepas mereka bertaubat jadi jangan terus cop atas dahi bahawa sekali dah terjebak maka akan terus kekal jadi jahat. 
 
Kesan Psikologi Terhadap Anak Tidak Sah TarafKesan anak luar nikah ini pada psikologi mereka adalah sangat tinggi. Kerana itu si ibu dan ayah perlu menyelami perasaan mereka dan perlu juga melayan mereka secara adil tanpa ada sebarang rasa pilih kasih. Antara kesan-kesan psikologi terhadap anak luar nikah ini adalah : Anak berasa rendah diri terhadap status dirinya Cenderung untuk membenci ibu bapa Berasa terpinggir dalam kalangan ahli keluar dan masyarakat Cenderung terpengaruh dengan gejala negatif Mengalami kemurungan setelah mengetahui status dirinya 
Dah Mengandung Anak Luar Nikah, Apa Perlu Saya Buat? #1 - Berterus terang dengan mak ayah segera, biar kena pukul asalkan anak dalam kandungan selamat dengan bantuan mak ayah sendiri untuk selesaikan masalah tu. #2 - Jangan sesekali mengadu pada rakan sebaya kerana mereka tak boleh berfikir dengan waras dan tak tahu apa tindakan yang sepatutnya patut di buat. Ibubapa adalah tempat yang paling baik untuk adukan masalah adik tu. #3 - Tapi andainya diri menjadi salah seorang tempat mengadu rakan yang kebetulan sedang mengandung anak luar nikah, cepat-cepatlah adik maklumkan pada keluarga rakan adik tu supaya adik sendiri tidak dikatakan sebagai bersuhabat. Padah jadi orang yang bersubahat ni dik! Awas!
#4 - Setelah maklumkan pada ibubapa, jangan lupa untuk buat pemeriksaan di hospital. Jangan takut kerana nurse dan doktor tidak akan sesekali memandang serong sebaliknya mereka akan beri semangat kerana adik ambil tindakan yang betul. #5 - Teruskan hidup dan kembalilah berubah. Adik bakal menjadi seorang ibu dan bayi comel dalam kandungan sama sekali tidak berbuat salah apa-apa. Kasihanilah dia, dan jika adik tidak mahu menjaganya sama sekali, beri kebenaran pada pihak hospital untuk membantu adik demi keselamatan anak itu. Ramai pasangan dah berkahwin yang mahukan anak dan boleh beri kasih sayang yang melimpah ruah pada anak adik tu




Itulah serba sedikit info mengenai status anak luar nikah atau tidak sah taraf di Malaysia dari aspek perundangan. Terus terang abang tak rasa anak luar taraf ini perlu kita ejek, pulau atau sebagainya kerana mereka sama sekali tak salah apa-apa! 
Dan kepada si ibu ayah yang bersalah hingga terjadinya kelahiran anak di luar nikah ini, segeralah mencari info-info sebagaimana yang abang kongsikan di sini bagi mengelak masalah yang tak sepatutnya. 
Bukan sekadar cari info tentang prosedur lahir anak luar nikah di hospital tetapi kena tahu juga  tentang hak bapak terhadap anak luar nikah ini, kesan psikologi terhadap si anak, hubungan si anak dengan adik beradiknya yang bakal lahir kelak dan lain-lain lagi. 
Bukannya apa, kelahiran anak di luar nikah ini ada kaitan dengan undang-undang di Malaysia dan juga agama Islam. Jadinya, kita tak boleh buat-buat pandai dan perlu faham dan hadam perkara-perkara yang berkaitan supaya bila anak sudah besar nanti, kita sudah ada jawapan dan pengetahuan bagi mengelak perkara yang tak sepatutnya berlaku. 

Sumber : 
SPPIM 
HMetro 
MuftiWP


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.abangrock.com/2020/12/status-anak-luar-nikah-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 301 hits
UNTUK JAYAKAN SEBUAH EKONOMI BUKAN HANYA PERLUKAN MODAL TAPI JUGA PERLUKAN KEPADA IDEA DAN AKAL YANG BIJAK Bajet 2021 adalah rancangan kewangan khususnya dari aspek pendapatan dan perbelanjaan yg bakal dilaksana oleh kjaan sepanjang tahun 2...
Pelabur Luar Tidak Berani Labur Di Malaysia Kerana Kerajaan Malaysia

Pelabur Luar Tidak Berani Labur Di Malaysia Kerana Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 251 hits
1 Samsung and Apple factories going to Vietnam 2 Tesla building a factory in Indonesia and even contemplating of SpaceX launchpad too 3 Amazon invested building data center in Indonesia 4 GRAB moved to Singapore 5 Alibaba Bytedance and Tenc...
Boleh Tunjukan Anak Muda Di Malaysia Yang Boleh Kita Angkat Jadi Pemimpin

Boleh Tunjukan Anak Muda Di Malaysia Yang Boleh Kita Angkat Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 390 hits
Rakyat tak nak yang ada bau korup sedangkan usia masih muda Netizen tak nak anak muda berguru dan merujuk penyamun untuk menjadi pemimpin Kita tak nak anak muda yang lari panjat pagar bila negara ada masalah Anak muda jangan ada ciri mudah ...
Buang Bayi Luar Nikah Sebab Takut Ditinggalkan Suami

Buang Bayi Luar Nikah Sebab Takut Ditinggalkan Suami

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 227 hits
Mayat bayi baru lahir ditemui dalam bungkusan plastik menggemparkan penduduk Kampung Rancaseneng Indonesia yang dipercayai dibuang oleh ibunya kerana takut anak hasil dari hubungan luar nikah itu diketahui ahli keluarga nbsp Menurut sumber ...
Seronok Tengok Anak Happy Luar Biasa Perasaan Tu Bawa Anak Bercuti Lufya Gembira Tengok Keletah Anak

Seronok Tengok Anak Happy Luar Biasa Perasaan Tu Bawa Anak Bercuti Lufya Gembira Tengok Keletah Anak

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 487 hits
Anak anak pun sama macam kita sesekali bawa bercuti gembiranya bukan kepalang Pelakon dan penyanyi Lufya Omar turut membawa anaknya bercuti bersama baru baru ini Menerusi instagramnya Lufya meluahkan rasa teruja selepas berpeluang bercuti b...
Hiburan Muat Naik Status Mual Dan Nak Muntah Elfira Loy Nafi Hamil Anak Kedua

Hiburan Muat Naik Status Mual Dan Nak Muntah Elfira Loy Nafi Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 415 hits
Gara gara memuat naik status berasa mual dan hendak muntah ramai peminat tampil membuat spekulasi bahawa pelakon itu kini sedang hamil anak kedua Meskipun begitu Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri 26 telah menafi...
Bolehkah Anak Muda Mendominasi Politik Malaysia Pada 2021

Bolehkah Anak Muda Mendominasi Politik Malaysia Pada 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 270 hits
By 11 Dec 2020sPhotograph Eric ThooPergerakan anak muda barangkali boleh menjadi atma jiwa dalam mengubati kelelahan politik yang menyelubungi negara kita tulis Khoo Ying Hooi Kita akan memasuki tahun 2021 kurang dari sebulan lagi Tahun ini...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya