Bolehkah Anak Muda Mendominasi Politik Malaysia Pada 2021


 
By Khoo Ying Hooi -11 Dec 20200sPhotograph: Eric ThooPergerakan anak muda barangkali boleh menjadi atma jiwa dalam mengubati kelelahan politik yang menyelubungi negara kita, tulis Khoo Ying Hooi.
Kita akan memasuki tahun 2021 kurang dari sebulan lagi. Tahun ini merupakan tempoh yang bergelora bagi Malaysia di dalam beberapa hal.
Kita menyaksikan perubahan kerajaan yang tidak dijangka serta kontroversi dari Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional pada Februari 2020. Ramai warga Malaysia merasa tertipu kerana mereka mengundi PH pada pilihanraya umum yang lalu serta tidak memilih PN sebagai kerajaan pemerintah.
Pandemik koronavirus yang meletus tanpa disangka turut mengganggu hampir segenap kehidupan kita – secara politik, ekonomi serta sosialnya.
Tingkah kerajaan PN di dalam menguruskan sidang parlimen jauh dari memuaskan. Sebagai sebuah badan legislatif di dalam demokrasi yang berfungsi, Parlimen merupakan platform bagi wakil yang dilantik rakyat untuk berbicara dan bersuara bagi kawasan mereka.

Walau bagaimanapun, kita melihat bagaimana keputusan diambil bagi mengehadkan peranan serta keberkesanan Parlimen seperti sepatutnya. Sidang parlimen selama sehari pada 18 Mei, konon kerana risiko Covid-19, merupakan salah satu contohnya.
Bagi sidang yang sedang berlangsung sekarang, hanya 80 wakil rakyat yang dibenarkan untuk hadir ke Parlimen secara fizikal pada satu-satu waktu, dan sesi perlu berakhir pada 2 petang. Ianya cukup memalukan, kerana banyak negara di seluruh dunia cuba untuk memastikan sidang parlimen untuk berlaku tanpa gangguan, sambil mengambil langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Walaupun senario politik yang kelam serta gangguan politik yang dihadapi negara, namun, muncul juga tanda-tanda positif. Seperti yang diterangkan lewat kenyataan media Aliran selepas mesyuarat agung tahunan, negara ini boleh menyaksikan bagaimana anak muda akan memainkan peranan yang lebih luas serta bermakna di dalam masyarakat.
READ MORE:  Politik yang tak pernah terjadi seperti sebelum ini!Di rantau ini sendiri, kita menyaksikan bagaimana anak muda bangkit di dalam peristiwa serta melibatkan kemampuan yang pelbagai. Parti Solidariti Indonesia digerakkan anak muda Indonesia serta Parti Future Forward yang diharamkan di Thailand merupakan dua contoh. Penubuhan Malaysian United Democratic Alliance (Muda) oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mengembalikan harapan bagi anak muda di dalam negara kita – walaupun ianya masih awal untuk mengetahui apakah ianya berkesan. Namun, pergerakan anak muda barangkali boleh menjadi atma jiwa dalam mengubati kelelahan politik yang menyelubungi negara kita.
Pembentukan parti politik anak muda sudah lama dinantikan. Satu sebab mengapa anak muda dipinggirkan sekian lama adalah kerana struktur politik dominan yang dimiliki kita: di mana personaliti ‘tua’ seringkali diberikan lebih perhatian serta dianggap lebih ‘dipercayai’. Politik personaliti, bagaimanapun, bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia mahupun di Asia Tenggara.
Selain Muda, kita juga tidak boleh mengenepikan potensi positif kelompok anak muda, seperti Undi18, yang cuba untuk menghubungkan jurang di antara ahli politik, pembuat dasar serta anak muda.
Pada 4-5 Julai, beberapa kelompok anak muda Malaysia berjaya mengadakan parlimen olok-olok secara maya, dikenali sebagai Parlimen Digital. Acara ini menyaksikan 222 anak muda Malaysia, mewakili kawasan sebenar, berdebat isu dari cabaran ekonomi sehinggalah keadaan sistem pendidikan nasional. Usaha ini mendapat pujian pelbagai pihak: ramai yang kagum dengan kematangan serta kualiti perdebatannya.
Data pertengahan 2018 dari Jabatan Statistik menunjukkan bahawa 14 juta dari 32.4 juta penduduk di Malaysia berusia di antara 15 dan 40 tahun. Dengan Dewan Rakyat meluluskan pindaan pada Julai 2019 untuk menurunkan had umur anak muda dari umur 40 tahun ke 30 tahun, populasi anak muda di Malaysia akan mengecut sehingga sembilan juta, apabila pindaan kepada Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia berkuat-kuasa.
Namun, adakah penglibatan anak muda di dalam politik lewat Muda, Parlimen Digital serta usaha-usaha lain mewakili anak muda di beberapa lokasi lain di dalam negara?
Di sebalik perkembangan positif, kesan dari kelelahan politik oleh anak muda adalah sebuah kenyataan. Soalan yang sering ditimbulkan: mengapa tidak ramai anak muda yang terlibat politik? Ramai yang mempersoalkan kerelevanan sesebuah isu politik bagi mereka – terutamanya jika ahli politik berterusan bermain dengan percaturan politik, misalnya bertukar parti politik sesedap hati mereka serta melepaskan ikatan kepada ideologi atau prinsip yang sepatutnya dipegang selaku wakil rakyat yang dipilih rakyat untuk mentadbir.
Kepercayaan umum kepada sistem politik kita turut menyusut. Kita seringkali mendengar tanggapan sebegini: ahli politik semuanya sama. Ramai termasuklah anak muda sudah hilang percaya kepada kemampuan kerajaan untuk menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Di Malaysia, purata umur menteri di dalam kabinet sekarang adalah di atas umur 50 tahun.
Perubahan kerajaan dari Barisan Nasional ke PH menyaksikan kemunculan beberapa wajah segar, namun ‘politik orang tua’ tetap berterusan.
Bolehkan anak muda mendominasi politik Malaysia pada tahun 2021? Saya percaya mereka boleh, namun perubahan struktural serta persepsi mesti berlaku. Bagi sesebuah sistem politik untuk terwakili, ianya mestilah melibatkan semua bahagian masyarakat. Kita sudah sengsara akibat dari sebuah sistem politik yang tidak inklusif: anak muda kurang terlibat di dalam proses politik, dan sekaligus mengurangkan pengaruh mereka di dalam membuat keputusan melibatkan kehidupan mereka.
Berdekad lamanya, apa yang berlaku adalah anak muda percaya bahawa suara mereka tidak akan didengari ataupun mereka tidak akan diambil serius walaupun suara mereka didengari. Ini memberikan kesan jangka masa panjang, kerana anak muda adalah aset, dan jika kita tidak memberdayakan mereka, kita berisiko untuk mempunyai pimpinan yang lemah mentadbir negara ini
Untuk bergerak ke hadapan, saya percaya kepada strategi bermata dua amat diperlukan. Apa yang diperlukan bukan sekadar peluang dan kepercayaan kepada anak muda dari masyarakat serta pentadbiran, namun anak muda sendiri perlu memberdaya mereka sendiri dengan meluaskan jaringan melibatkan kelompok anak muda yang rencam.
Khoo Ying Hooi
Editor bersama, Surat berita Aliran
1 Disember 2020


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/bolehkah-anak-muda-mendominasi-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Tunjukan Anak Muda Di Malaysia Yang Boleh Kita Angkat Jadi Pemimpin

Boleh Tunjukan Anak Muda Di Malaysia Yang Boleh Kita Angkat Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 402 hits
Rakyat tak nak yang ada bau korup sedangkan usia masih muda Netizen tak nak anak muda berguru dan merujuk penyamun untuk menjadi pemimpin Kita tak nak anak muda yang lari panjat pagar bila negara ada masalah Anak muda jangan ada ciri mudah ...
Koalisi Atau Gabungan Politik Apa Realiti Di Malaysia

Koalisi Atau Gabungan Politik Apa Realiti Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 249 hits
June 2020 Dato Jo dedahkan DSAI dah pernah kata JIKA TIADA Pilihan Keadilan bersedia jalan SOLO Cuma pimpinan masih mengharapkan PH dapat diperkukuhkan Malangnya utk mengukuhkan PH memerlukan kerjasama semua dlm PKR DAP dan Amanah Tak boleh...
Anak Menantu Maju Ke Pilkada Media Asing Soroti Dinasti Politik Keluarga Jokowi

Anak Menantu Maju Ke Pilkada Media Asing Soroti Dinasti Politik Keluarga Jokowi

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 226 hits
Anak sulung serta menantu dari Presiden Joko Widodo akan maju dalam Pilkada Serentak yang digelar pada 9 Desember 2020 mendatang Hal ini rupanya menjadi sorotan dari media asing Dalam artikel yang berjudul Indonesian politics is becoming a ...
Politik Malaysia Makin Hilang Keupayaan

Politik Malaysia Makin Hilang Keupayaan

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 201 hits
Zamzuri Ardani Sistem politik negara kita sudah rosak teruk Sejak merdeka negara diperintah oleh parti yang sama Dalam tempoh itu telah banyak kerosakan yang telah dilakukan Semua parti politik yang mahu membentuk kerajaan di negara kita pe...
Dijangka Lahir April 2021 Siti Nurhaliza Bakal Timang Anak Lelaki

Dijangka Lahir April 2021 Siti Nurhaliza Bakal Timang Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 352 hits
Mendedahkan dirinya hamil anak kedua penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mengumumkan beliau bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan var currentUrlThree window location hostna
Pendengaran Rayuan Najib Anak Berhubung Bayaran Cukai Kepada Lhdn Pada 16 Jun 2021

Pendengaran Rayuan Najib Anak Berhubung Bayaran Cukai Kepada Lhdn Pada 16 Jun 2021

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 330 hits
PUTRAJAYA Rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembayaran cukai berjumlah RM1 69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri di Mahkamah Rayuan akan didengar pada 16 Jun tahun depan Peguam Muhammad Farhan Muhammad ...
2021 Malaysia School Calendar

2021 Malaysia School Calendar

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 672 hits
This 2021 Malaysia School Calendar is on a monthly basis and for schools in Kumpulan B ie schools in Kuala Lumpur Labuan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perlis Pulau Pinang Perak Putrajaya Sabah Sarawak Selangor Kumpulan A schools ie schools ...
Kita Pasti Akan Menang Pilihan Raya Rajinikanth Umum Tubuh Parti Politik Januari 2021

Kita Pasti Akan Menang Pilihan Raya Rajinikanth Umum Tubuh Parti Politik Januari 2021

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 411 hits
Pelakon terkenal India Rajinikanth 69 pada Khamis lalu berkata dia akan melancarkan parti politiknya pada Januari 2021 dan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya pada 31 Disember 2020 Bercakap kepada media dia mengatakan bahawa rancangan...
Jadual Liga Premier Malaysia 2021

Jadual Liga Premier Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 369 hits
Jadual Liga Premier Malaysia 2021 BILAKAH tarikh aksi perlawanan Liga Premier Malaysia musim 2021 bakal berlangsung Untuk makluman anda Liga Perdana Malaysia 2021 atau juga dikenali sebagai Liga Premier dijangka bakal berlangsung secara ras...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

The Fight For Syria


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told