Stadium Mini Ffira Mikah Tiada Kaitan Nama Saya Hakim Ariff


ALOR SETAR - Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor menyangkal dakwaan yang tular bahawa beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah di daerah itu sempena dengan namanya yang diterbalikkan.
Menurut beliau, nama baharu stadium berkenaan tiada kaitan dengan namanya dan hanya secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan.
“Tiada kena mengena dengan nama saya. Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran.
"Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, ‘Ffira’ bermaksud sesuatu yang hebat, manakala ‘Mikah’ dalam bahasa Arab sempena nama malaikat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Hakim Ariff yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap berkata, selepas dilakukan penambahbaikan dan penjenamaan semula stadium berkenaan, pihaknya mahu menyuntik semangat baharu dengan pemilihan nama unik bagi menarik perhatian ramai.

“Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi merungkai isu tular di media sosial berkaitan nama stadium mini di Padang Terap itu yang didakwa menggunakan namanya secara terbalik sekali gus dipersoalkan oleh netizen.
Stadium Mini Ffira Mikah Kuala Nerang itu dimiliki Majlis Daerah Padang Terap dan dirasmikan oleh beliau selaku Pegawai Daerah pada 7 Disember lalu selepas dinaik taraf.
Sebuah video berdurasi dua minit mempromosikan stadium berkenaan yang diurus oleh sebuah persatuan bola sepak turut tular sejak kelmarin.
Mengulas lanjut, Hakim Ariff berkata, beliau memohon peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk kerja-kerja menaik taraf stadium berkenaan yang sebelum ini amat daif.
“Stadium itu sebelum ini keadaannya buruk dan persekitaran terbiar, banyak aspek dan fasiliti dibaiki antaranya tandas, bilik mandi dan padang. Kita cat warna-warni untuk tampil keceriaan agar ada tarikan.
"Pada masa sama, saya mahu jadikan stadium itu sebagai pusat kecemerlangan bagi melonjakkan semula sukan bola sepak sebagai produk daerah. Pengisian stadium itu lebih penting berbanding namanya,” katanya.
Katanya, pihaknya tiada masalah untuk menukar nama kontroversi itu dan bersedia menurunkan papan nama Ffira Mikah bagi melenyapkan dakwaan.
“Selepas ini, ia akan dikenali sebagai Stadium Mini Kuala Nerang dan kita akan turunkan papan nama yang mengundang kontroversi itu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/37dUYcZ
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/12/stadium-mini-ffira-mikah-tiada-kaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Stadium Ffira Mikah Dibatal Hakim Ariff Akan Dikenakan Tindakan

Nama Stadium Ffira Mikah Dibatal Hakim Ariff Akan Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 265 hits
Salim AzizDisember 16 2020Stadium kontroversi Ffira Mikah telah dibatalkan serta merta penggunaan namanya dan kerajaan negeri Kedah akan ambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab yang memilih nama berkenaan tegas Menteri Besar Gambar f...
Naming Of Ffira Mikah Mini Stadium Didn T Follow Procedure Kedah Mb

Naming Of Ffira Mikah Mini Stadium Didn T Follow Procedure Kedah Mb

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 255 hits
The process of naming a mini stadium in Kuala Nerang near Padang Terap Kedah which went viral and stirred up controversy recently was not done in accordance with the proper procedures set by the state government Kedah Menteri Besar Muhammad...
Akhirnya Papan Tanda Mini Stadium Ffira Mikah Diturunkan

Akhirnya Papan Tanda Mini Stadium Ffira Mikah Diturunkan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 279 hits
Papan tanda Mini Stadium Ffira Mikah di sebuah stadium di Kuala NeranG di sini diturunkan selepas penggunaan nama yang didakwa bersempena nama pegawai daerahnya itu menerima kecaman pelbagai pihak KN Kiara Football Club menerusi akaun Faceb...
Mb Proses Namakan Stadium Mini Ffira Mikah Tak Ikut Prosedur

Mb Proses Namakan Stadium Mini Ffira Mikah Tak Ikut Prosedur

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 348 hits
Proses menamakan stadium mini di Kuala Nerang dekat Padang Terap yang tular sehingga menimbulkan kontroversi baru baru ini tidak dibuat mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor ...
Saya Sendiri Pun Tak Setuju Dengan Nama Tu Beri Nama Stadium Tanpa Kelulusan Hakim Ariff Akan Dikenakan Tindakan

Saya Sendiri Pun Tak Setuju Dengan Nama Tu Beri Nama Stadium Tanpa Kelulusan Hakim Ariff Akan Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 224 hits
Ahad lalu Kerajaan Negeri Kedah dilaporkan mengarah nama Stadium Mini Ffira Mikah di Padang Terap ditukar kepada nama lain kerana timbulnya kontroversi yang mengaitkan nama itu dengan nama seorang Pegawai Daerah Padang Terap Hakim Ariff Md ...
Pegawai Daerah Ffira Mikah Itu Bahasa Greek Dan Arab Bukan Nama Saya

Pegawai Daerah Ffira Mikah Itu Bahasa Greek Dan Arab Bukan Nama Saya

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 295 hits
Kontroversi mengenai nama baharu sebuah stadium mini di Kuala Nerang yang dipilih sempena nama Pegawai Daerah Padang Terang Hakim Ariff Md Noor akhirnya dijawab sendiri oleh pemilik nama berkenaan Menurut sumber dari Sinar Harian Hakim mena...
Najib Menyesal Lupa Tukar Nama Stadium Dengan Nama Najib Bijan

Najib Menyesal Lupa Tukar Nama Stadium Dengan Nama Najib Bijan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 349 hits
Tak terfikir namakan stadium Kazar Bijan sindir NajibDecember 13 2020Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut sama menyindir isu nama Stadium Mini Ffira Mikah di Padang Terap Katanya beliau sebelum ini terlupa untuk meletakkan nam...
Jangan Kontroversi Ffira Mikah Berulang Lagi

Jangan Kontroversi Ffira Mikah Berulang Lagi

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 246 hits
Sementara itu Bernama melaporkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebagai berkata perkara tersebut hanya dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan dan tidak dibawa untuk tindakan dalam Mesyuarat Exco kerajaan negeri bagi t...
Bos Bernama Ffira Mikah

Bos Bernama Ffira Mikah

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 185 hits
December 17 2020 Jika Islam yang diamalkan di negara ini tidak terlalu menitik beratkan hukum hakam atau aspek syariat Ffira Mikah tidak dapat bernafas Ffira yang gila berpurdah sejak berhijrah itu memang gilakan fikah Segalanya fikah Macam...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yosvany Terry Exploring Afro Cuban Music Traditions

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite