Sri Ram 99 9 Peratus Dokumen Telah Diserah Kepada Peguam Rosmah



Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur diberitahu hampir 99.9 peratus dokumen berkaitan kes isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas 17 tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah diserahkan kepada pihak pembelaan dalam kes itu.

Perkara itu dimaklumkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan pada prosiding sebutan semula kes hari ini di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Kami telah menyerahkan dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak pembelaan,” kata Sri Ram.


Loading... Sementara itu peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Rosmah memaklumkan pihaknya telah menerima 600 muka surat dokumen berkaitan kes itu pada 30 Okt lepas.

“Kami cadangkan sebulan untuk sebutan semula kes. Kami belum berkesempatan untuk meneliti dokumen itu,” katanya menambah hanya satu dokumen belum lagi diperolehi iaitu penyata bank.

Pihak pembelaan turut memaklumkan akan membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh terdekat.

Azura kemudian menetapkan 6 Dis untuk sebutan semula kes.

Rosmah, 67, yang memakai baju kurung jingga kekuningan sedondon dengan selendangnya kelihatan tenang di kandang tertuduh dan ketika prosiding berlangsung, seorang pembantu wanitanya dilihat sempat meletakkan bantal kecil sebagai penyandar di belakang Rosmah.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, seorang lagi peguam yang mewakili Rosmah iaitu Datuk Geethan Ram Vincent berkata pihaknya akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin sebelum 6 Dis.

Pada 4 Okt lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada LHDN.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, Rosmah didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu dengan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi melibatkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.1 juta dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Berhad milik Rosmah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148 Jalan Ampang di sini antara 4 Dis 2013 dan Jun 8 Jun 2017.

Bagi pertuduhan pertama hingga kelapan, dia dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan sembilan hingga ke-12, Rosmah didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam 227 transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5,997,750 yang dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Berhad milik rosmah.

Pertuduhan kesembilan hingga ke-12 dibuat mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosmah juga mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan kepada ketua pengarah LHDN.

Mengikut pertuduhan ke-13 hingga ke-17, dia didakwa melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan, kesemuanya berjumlah RM7,097,750.00 yang telah dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Berhad miliknya antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017.

Sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan suatu penyata bagi tahun taksiran antara 2013 dan 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah bertentang dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan ke-13, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ke-14 hingga ke-17, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/sri-ram-999-peratus-dokumen-telah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Gopal Sri Ram Sudah Jadi Peguam Negara Malaysia

Adakah Gopal Sri Ram Sudah Jadi Peguam Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 466 hits
oleh Ab Jalil Backer Syarat pelantikan beliau sebagai pandakwaraya khas khusus untuk kes 1MDB sahaja Sekarang beliau melangkaui batas dengan mendakwa banyak kes membabitkan pemimpin UMNO termasuk yang terbaharu kes ke atas Musa Aman Jika da...
Dokumen Kes Rosmah Sudah Diserah

Dokumen Kes Rosmah Sudah Diserah

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 233 hits
Hakim menetapkan 6 Disember untuk sebutan semula kes
Sri Ram Prosecutors Had Strong Case Against Musa But It Was Ordered Closed

Sri Ram Prosecutors Had Strong Case Against Musa But It Was Ordered Closed

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 300 hits
Gopal Sri Ram told the Kuala Lumpur Sessions Court today that the prosecution has a strong case against former Sabah Chief Minister Musa Aman The special prosecutor added that the case against Musa had already been investigated by the MACC ...
Gopal Sri Ram Berperang Dengan Shafee Abdullah Isu Ikat Jamin Najib Dan Irwan Serigar Rm3 Juta

Gopal Sri Ram Berperang Dengan Shafee Abdullah Isu Ikat Jamin Najib Dan Irwan Serigar Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 377 hits
Peguam kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendawaan ke atas Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM3 juta seorang ke atas kedua dua tertuduh Bagaimanapun peguam b...
Pihak Pembelaan Rosmah Terima Dokumen 600 Muka Surat Untuk Perbicaraan

Pihak Pembelaan Rosmah Terima Dokumen 600 Muka Surat Untuk Perbicaraan

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 296 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDIN 08 November 2018 11 11 AM KUALA LUMPUR ndash Pihak pembelaan dalam kes isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas
Rosmah Tiba Di Sprm Beri Keterangan Kes Penyelewengan Panel Solar Sekolah Di Sarawak

Rosmah Tiba Di Sprm Beri Keterangan Kes Penyelewengan Panel Solar Sekolah Di Sarawak

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 236 hits
JUNHAIRI ALYASA 14 November 2018 11 43 AM PUTRAJAYA Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Rosmah Tengku Adnan Dan Rizal Ke Sprm Esok

Rosmah Tengku Adnan Dan Rizal Ke Sprm Esok

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 355 hits
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diberikan notis untuk hadir bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia esok Loading Men...
Rosmah Ditahan Sprm Kes Solar

Rosmah Ditahan Sprm Kes Solar

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 283 hits
Isteri Najib Razak Rosmah Mansor disiasat SPRM bagi kes penyelewengan projek tenaga solar hibrid di sekolah sekolah di Sarawak Foto Free Malaysia Today PUTRAJAYA Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan