Src International Najib Terima Bola Tanggung Dari Peguam Negara



[10 Disember 2019]
Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan marah dan hilang sabar seketika dengan soalan yang dikemukakan oleh Tan Sri Tommy Thomas ketika sesi soal balas pendakwaan pada perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. hari iniPerbicaraan yang masuk hari ke-62 menyaksikan bekas Perdana Menteri itu disoal balas oleh Tommy selepas beliau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh peguam bela, Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah
Tommy yang memulakan soalan tentang karier politik Najib dalam bahasa Inggeris namun Ahli Parlimen Pekan itu memilih untuk menjawab dalam Bahasa Melayu
Najib juga kelihatan tenang serta bersahaja namun soalan yang dibangkitkan oleh Tommy tampak tidak ‘relevan’ baginya untuk kes SRC International
Tommy mahu mengetahui latarbelakang politik Najib dan bekas Perdana Menteri itu menjawab bagaimana beliau tidak begitu teruja menjadi Menteri Besar Pahang suatu ketika dahulu
Najib juga memberitahu beliau pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika menjawat jawatan Menteri Besar Pahang
Tommy kemudian membangkitkan persoalan adakah Najib menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad ketika krisis 1986 ketika pemilihan Predisen UMNO antara Dr. Mahathr dan Tengku Razaliegh Hamzah.Tommy: Ketika perebutan kuasa antara kumpulan A dan B, antara Tun Mahathir dan Tengku Razaliegh, siapa yang kamu sokong?Adakah kamu menyokong Tun Mahathir pada masa itu?Najib: Yang Arif, adakah soalan ini relevan dengan kes? Ini persoalan politik, adakah saya perlu jawab
Tommy: Ya, kamu perlu jawab selagi tidak ada bantahan dari peguam anda
Najib: Saya sokong Tun Mahathir

Tommy kemudian beralih kepada soalan siapakah yang telah melantiknya menjadi Menteri Kewangan sebelum ini
Najib kemudian menjawab bekas Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melantiknya sebagai Meneri Kewangan pada masa itu lagi
Tommy: Adakah anda terus pegang jawatan berkenaan selepas menjadi Perdana Menteri? Anda jadi Menteri Kewangan ‘sendiri’
Najib kemudian membantah cara soalan yang dilontarkan oleh Tommy namun menjawabnya juga
“Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Kewangan. Ya, saya adalah Menteri Kewangan,” katanya ringkas kepada Tommy
Perbicaraan bersambung dengan Tommy terus menyoal balas di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nzalan Mohd Ghazali ketika ini
MalaysiaGazette
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆Najib jelaskan kenapa lantik diri sendiri PM, menteri kewangan...

Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau melantik dirinya sebagai menteri kewangan kerana mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan dan kewangan
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan membela diri terhadap 7 pertuduhan membabitkan dana RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd
Katanya, beliau dapat membangunkan negara selama 9 tahun sehingga Barisan Nasional (BN) disingkirkan pada pilihan raya umum tahun lalu, kerana pengetahuan dan pengalaman dalam kewangan serta perniagaan
“Saya tidak bercakap besar tetapi saya telah melakukannya,” katanya ketika disoal balas Peguam Negara Tommy Thomas pada hari ke-62 perbicaraan
Najib ditanya Thomas kenapa beliau melantik dirinya sebagai menteri kewangan, yang merupakan portfolio berat, dalam masa sama menjadi perdana menteri
Ahli Parlimen Pekan itu yang merupakan perdana menteri dari April 2009 hingga Mei tahun lalu, berkata beliau bukan yang pertama memegang kedua-dua jawatan pada masa yang sama
Beliau berkata pendahulunya, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi juga memegang kedua-dua jawatan tersebut
Najib berkata dalam kesnya, beliau juga melantik 2 menteri kewangan kedua untuk membantu melakukan kerja-kerjanya
Najib mula dilantik sebagai menteri kewangan pada 2008 oleh Abdullah. Beliau kemudian menjadi perdana menteri selepas Abdullah meletak jawatan, tetapi terus memegang portfolio kewangan sehingga pilihan raya umum lalu
Bekas pengerusi BN dan presiden Umno itu berkata ekonomi berkembang sebanyak 5.7% pada tahun 2017, dan mendahului 4 “harimau Asia” pada tahun itu.“Kami mempunyai pasaran saham paling lama menaik dan Bursa Malaysia menyentuh 1,900 mata. Ringgit stabil,” katanya sambil menambah rakyat mendapat manfaat daripada program kebajikannya.Najib berkata beliau layak sebagai ahli ekonomi industri walaupun tidak pernah menjadi ahli perniagaan
“Bagaimanapun, saya mempunyai pengalaman dalam perniagaan dan kewangan sejak saya berkhidmat sebagai menteri besar Pahang pada 1982,” katanya
Prosiding hari ini dilihat sebagai bersejarah kerana buat kali pertama peguam pegara, yang juga pendakwa raya, menyoal Najib, yang pernah memegang jawatan paling berkuasa
Najib berkata kedudukan perdana menteri membawa kuasa dan pengaruh yang besar
“Saya juga boleh melantik sesiapa menduduki pelbagai badan seperti Petronas dan Khazanah Nasional, tetapi kuasa saya tidak mutlak. Ia mesti digunakan secara berhemah,” katanya
Najib, yang memasuki arena politik pada 1976 selepas kematian bapanya, Abdul Razak Hussein, berkata barisan perdana menteri dalam 20 tahun sebelum ini membuat pelantikan-pelantikan penting dalam sektor ekonomi dan kewangan, berbanding zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pada 1957
“Ini perkembangan semula jadi,” katanya
Najib berkata seorang perdana menteri tidak mempunyai keputusan mutlak dalam pelantikan barisan menteri memandangkan Malaysia mengamalkan politik parti dan pakatan
“Saya perlu melantik ketua-ketua parti menjadi menteri kanan dan mereka mestilah ahli Parlimen atau senator untuk menjadi anggota Kabinet,” katanya
Najib berkata beliau memecat bekas timbalannya, Muhyiddin Yassin dan menteri pembangunan luar bandar, Shafie Apdal pada Julai 2015 selepas kedua-duanya membangkitkan isu 1MDB pada umum.“Saya membenarkan mereka bercakap dalam mesyuarat Kabinet. Tindakan yang saya ambil kerana mereka bercakap di luar, dan mereka dikeluarkan,” katanya.Najib dituduh menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan kepada pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Beliau juga didakwa dengan 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan 3 pertuduhan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta ke akaunnya dari bekas unit 1MDB itu
Perbicaraan di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali diteruskan
FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaramelayubaru.blogspot.com/2019/12/src-international-najib-terima-bola.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Src International Tuduhan Kabinet Rubber Stamping Satu Penghinaan Najib

Src International Tuduhan Kabinet Rubber Stamping Satu Penghinaan Najib

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 300 hits
4 Disember 2019 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa tidak senang dengan tuduhan kononnya Kabinet adalah satu badan yang hanya sekadar mengecop atau rubber stamping body Beliau berkata demikian ketika membacakan pern...
Najib Not Behind The Formation Of Src International

Najib Not Behind The Formation Of Src International

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 318 hits
Former prime minister Najib Razak told the High Court hearing his RM42 million SRC International Sdn Bhd money laundering and power abuse case that he did not order amendments to articles of the company s constitution that gave him control ...
Src International Bukan Syarikat Perdana Menteri Najib

Src International Bukan Syarikat Perdana Menteri Najib

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 209 hits
11 Disember 2019 Datuk Seri Najib Razak menegaskan SRC International Sdn Bhd bukanlah syarikat Perdana Menteri seperti yang dicadangkan oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan perbicaraan kes berkenaan Beka...
Src International Tommy Asak Najib Jawab Balik

Src International Tommy Asak Najib Jawab Balik

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 392 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak yang disoal balas pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semalam kelihatan begitu panas Pada perbicaaran kes berprofil tin...
Bursa Amerika Syarikat Pula Dakwa Najib Terima Sogokan

Bursa Amerika Syarikat Pula Dakwa Najib Terima Sogokan

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 258 hits
Najib Razak dinamakan sebagai penerima wang sogokan daripada bon 1MDB yang diraih Goldman Sachs melibatkan bekas eksekutifnya Tim Leissner Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat berkata demikan dalam cease and desist order bagi pro...
Bila Peguam Negara Sendiri Membunuh Kedaulatan Undang Undang Negara

Bila Peguam Negara Sendiri Membunuh Kedaulatan Undang Undang Negara

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 542 hits
Peguam Negara adalah satu jawatan amat besar dengan tugas utamanya untuk menasihati Yang di Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana mana Menteri mengenai apa apa perkara undang undang dengan kuasa budi bicaranya untuk memulakan menjalan...
Saya Terima As 1 05 Bilion Bagi Projek Csr Biayai Pru13 Kata Najib

Saya Terima As 1 05 Bilion Bagi Projek Csr Biayai Pru13 Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 244 hits
4 Disember 2019 Najib Razak memberitahu perbicaraan SRC International di Mahkamahh Tinggi di sini hari ini beliau menerima AS 1 05 bilion dari 2011 hingga 2013 untuk tujuan tanggungjawab sosial korporat dan membiayai Pilihan Raya Umum pada ...
Peguam Negara Pun Dipecat Serta Merta

Peguam Negara Pun Dipecat Serta Merta

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 428 hits
Pada tahun 2015 mantan PEGUAM NEGARA Tan Sri Gani Patail yang menyiasat kes rasuah dan seleweng 1MDB dan Perdana Menteri dipecat serta merta diarah kosongkan pejabat tanpa ambil apa dokumen dan pejabatnya dikawal ketat oleh anggota keselama...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp