Bila Peguam Negara Sendiri Membunuh Kedaulatan Undang Undang Negara



Peguam Negara adalah satu jawatan amat besar dengan tugas utamanya untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dengan kuasa budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan...

Disebabkan tugas amat penting dan kuasa amat luas inilah maka penjawat jawatan Peguam Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, mestilah dipastikan mempunyai integriti yang amat tinggi...


Institusi Peguam Negara adalah lambang Kedaulatan Undang-Undang bagi Malaysia...

Seseorang yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai Peguam Negara, mestilah dalam setiap keadaan dan masa memastikan dirinya dan institusi Peguam Negara bebas dari segala pengaruh dan tekanan mana-mana pihak terutamanya dari ahli politik...

Malangnya integriti Peguam Negara sekarang, Tommy Thomas, kini boleh dipertikaikan setelah beliau :

》Mengumumkan akan menarik balik keputusan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dari tuduhan mendedahkan data perbankan dari akaun NFC setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelumnya...

Apakah Tommy Thomas merasakan sebagai Peguam Negara, beliau boleh dengan sewenang-wenangnya membatalkan keputusan yang telah ditetapkan oleh mahkamah?

Tindakan beliau menarik balik keputusan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut pula adalah bercanggah dengan amalan lazim Jabatan Peguam Negara yang menimbulkan persoalan mengenai kemampuan beliau menegakkan keadilan 'without fear or favour'...


》Mengumumkan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawainya yang telah memfailkan rayuan tersebut kerana 'insubordination'!!! (BACA DI SINI)...

Tindakan beliau mengumumkan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawainya yang telah memfailkan rayuan tersebut, yang dibuat serta merta dan secara terbuka tanpa terlebih dahulu membuat siasatan dalaman, juga menunjukkan beliau tidak mampu memberi keadilan kepada pegawai-pegawainya...


》Menyatakan keputusan untuk tidak memfailkan rayuan tersebut dibuat selepas beliau berbincang dengan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun...

4. Secara tiba-tiba sahaja setelah Azhar Azizan Harun membuat kenyataan bahawa beliau TIDAK pernah berbincang dengan Tommy Thomas mengenai kes Rafizi Ramli, Tommy Thomas pun mengakui beliau tidak berbincang dengan Azhar Azizan Harun mengenainya!!! (BACA DI SINI)...

Kenyataan Tommy Thomas yang membabitkan Azhar Azizan Harun, kemudian pernyataan di sebaliknya, tanpa sebarang pengakuan atas kesilapan, permohonan maaf kepada Azhar Azizan Harun atau tindakan kepada media jika media salah lapor, menunjukkan Tommy Thomas tidak mempunyai tahap integriti tinggi yang WAJIB ada pada seseorang Peguam Negara...

Ia juga menunjukkan Tommy Thomas sangat tidak cermat dalam melaksanakan tugas beliau di mana keadaan ini memungkinkan banyak kesilapan lain mungkin telah dilakukan oleh beliau pada masa lalu di samping banyak lagi kesilapan lain mungkin akan dilakukan oleh beliau pada masa depan...

Kesemua ini, di samping pelbagai kontroversi lain membabitkan beliau yang pernah timbul sebelum ini, menunjukkan keberadaan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara amat perlu dikaji semula oleh pihak berwajib...



Petikan dari tulisan asal :

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali At Takiri 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/12/bila-peguam-negara-sendiri-membunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Pilih Peguam Negara Daripada Golongan Kafir Undang Undang Malaysia Kini Huru Hara

Akibat Pilih Peguam Negara Daripada Golongan Kafir Undang Undang Malaysia Kini Huru Hara

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 457 hits
Tommy bersama sifunya pemimpin komunis Chin Peng Pembunuh rakyat Malaysia Ramai macai PH puji bila PH lantik seorang kafir sebagai peguam negara Namun Tommy membuktikan kafir tetap kafir tiada lebih pun hebatnya dan lagi teruk apabila undan...
Hakam Sambut Baik Keputusan Pejabat Peguam Negara

Hakam Sambut Baik Keputusan Pejabat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 258 hits
Hakam sambut baik keputusan Pejabat Peguam Negara Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Dec 2019 10 56PM
Apabila Tommy Thomas Si Peguam Negara Yang Serba Tak Tahu

Apabila Tommy Thomas Si Peguam Negara Yang Serba Tak Tahu

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 427 hits
Tommy Thomas merupakan watak yang cukup menarik Bermula dengan pembatalan sidang media apabila dia gagal bertutur dalam Bahasa Melayu dan keinginannya agar perbicaraan Najib dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris Sehinggalah apabila To...
Chin Peng Rakyat Perhati Tindakan Peguam Negara

Chin Peng Rakyat Perhati Tindakan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 355 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Kredibiliti Tommy Thomas diragui kerana pernah wakili pengkhianatBANGI Sikap tidak telus dan berintegriti terhadap kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohamad Kassim menyebabkan rakyat semakin sangsi dengan kred...
Masalah Integriti Kedudukan Peguam Negara Perlu Dikaji Semula

Masalah Integriti Kedudukan Peguam Negara Perlu Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 326 hits
oleh nbsp DATO DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT TAKIRI nbsp 1 Peguam Negara adalah satu jawatan amat besar dengan tugas utamanya untuk menasihati Yang di Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana mana Menteri mengenai apa apa perkara und...
Keluar Duit Sendiri Untuk Sukan Sea Demi Negara Atlet Raih Pingat Perak Sedih Dituduh Membazir

Keluar Duit Sendiri Untuk Sukan Sea Demi Negara Atlet Raih Pingat Perak Sedih Dituduh Membazir

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 333 hits
Kegagalan kontinjen Malaysia dalam mencapai sasaran pungutan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina tempoh hari perlu dikaji serta dijadikan pengajaran oleh semua pihak yang terlibat Sungguhpun begitu kudrat se...
Mamat Sepah Undang Kontroversi Cemar Maruah Sendiri

Mamat Sepah Undang Kontroversi Cemar Maruah Sendiri

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 584 hits
Bekas anggota kumpulan lawak Sepah ini nampaknya tidak habis habis dengan kontroversi yang melanda dirinya Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad 27 pada mulanya dikatakan penyebab perpecahan Sepah walaupun ketika itu populariti kumpula...
Kedaulatan Undang Undang Telah Mati Di Malaysia Ismail Sabri

Kedaulatan Undang Undang Telah Mati Di Malaysia Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 266 hits
Ismail Sabri KUALA LUMPUR Kedaulatan undang undang telah mati di Malaysia tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata demikian mengulas kes Akta Bank dan Institusi Institusi Kewangan melibatkan Naib Presiden Parti ...
Kes Tidak Didakwa Jejas Kepercayaan Kepada Polis Dan Peguam Negara

Kes Tidak Didakwa Jejas Kepercayaan Kepada Polis Dan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 513 hits
Tidak salah jika seseorang ingin tahu perkembangan sesudah laporan polis dibuat Samantha Chong yang juga bekas peguam ingin tahu kenapa tidak ada perkembangan mengenai laporan polis yang difailkan enam bulan lalu mendakwa dirinya telah dise...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package