Sprm Sekadar Senjata Politik Dan Rasuah Yang Semakin Menjengkelkan


SPRM, yang berikrar memberi perhatian serius terhadap penurunan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara selama dua tahun berturut-turut, bukanlah penyelesaian kepada isu rasuah tetapi sebaliknya merupakan masalah itu sendiri.


Ini kerana SPRM digunakan sebagai senjata politik terhadap ahli politik pembangkang dan ia gagal bertindak sewajarnya dalam beberapa kes salah guna kuasa yang ketara.

Malaysia merekodkan prestasi terburuk dalam penarafan TI-CPI dan SPRM hanya mampu berkata bahawa akan memberikan perhatian serius serta mengemukakan cadangan yang serius terhadap penurunan CPI negara selama dua tahun berturut-turut sejak kerajaan pintu belakang menggantikan kerajaan yang dipilih rakyat pada 2020.

Yang pelik adalah, SPRM masih tidak tahu punca penurunan kedudukan CPI daripada tangga 51 dalam Laporan TI-CPI 2019 dengan 53 mata berbanding kedudukan semasa iaitu tangga 62 dengan hanya 48 mata dalam Laporan 2021.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, SPRM secara konsisten dan berterusan membenarkan badan tersebut digunakan sebagai senjata politik terhadap ahli politik pembangkang dengan ancaman penyiasatan dan pendakwaan yang hanya akan gugur secara ajaib apabila ahli parlimen pembangkang tersebut berpaling tadah dan menyokong perdana menteri yang tidak dipilih.

SPRM telah gagal melaksanakan kewajipan undang-undangnya untuk bertindak secara adil, bebas dan profesional dalam cara yang telus tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Lebih teruk lagi, SPRM sendiri dipenuhi dengan salah guna kuasa dan amalan rasuah apabila penguatkuasa undang-undang menjadi penjenayah.

CPI 2021, yang dikeluarkan oleh Transparency International-Malaysia (TI-M) pada 25 Jan, menunjukkan skor negara merosot kepada 48, berbanding 51 pada tahun sebelumnya dan 53 mata pada 2019.

Malaysia juga turun lima anak tangga dalam CPI 2021, ke kedudukan ke-62 daripada 180 negara dari segi rasuah sektor awam.

Dalam maklum balas segera, SPRM berikrar memberi perhatian serius mengenai perkara itu dan berkata ia akan menyemak semula penemuan laporan TI-CPI 2021 dan mengeluarkan cadangan.

Setakat ini juga, ada 17 kes salah guna kuasa yang ketara, tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya oleh SPRM.

Ini termasuk kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, kertas Pandora, dakwaan kes melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun, Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ahli Parlimen Tajuddin Abdul Rahman dan Dr Xavier Jeyakumar.

SPRM mesti tampil membersihkan namanya dan menjelaskan mengapa masih tiada tindakan terhadap 17 kes ini.

Kegagalan untuk melaksanakan tugas secara profesional dan bertanggungjawab, hanya akan menyebabkan kedudukan CPI Malaysia merosot lagi tahun 2022 ini dan menyebabkan keyakinan pelabur dan daya saing Malaysia semakin merosot.

SEMAKIN MENJENGKELKAN!

Sementara itu, Gerakan Anti Rasuah Nasional (GARAS) menyifatkan kemerosotan negara untuk Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 adalah satu keputusan memalukan dan menjengkelkan seluruh rakyat Malaysia.

Pengerusinya, Dr Maimunah Sargeant berkata, kajian dapatan yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) itu bukan sahaja memalukan rakyat, malah imej kerajaan di mata dunia

Keputusan tersebut menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah kemerosotan dari segi membanteras rasuah, menyokong hak asasi manusia dan demokrasi secara keseluruhannya.

Kedudukan Malaysia yang terus merosot iaitu di tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 amat menjengkelkan dan pastinya ini amat mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.

Antara menjadi penyebab utama menyumbang kepada kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021 adalah tindakan terpilih dan berhati-hati oleh pihak kerajaan dalam membendung aktiviti rasuah politik yang semakin 'membarah' dalam masyarakat.

Selain itu, kemerosotan CPI negara juga terjadi akibat kegagalan berterusan pihak kerajaan dalam mengukuhkan hak asasi manusia di peringkat Parlimen.

Malah, isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengenai 'integriti' telah menambah luka kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021.

Isu Azam menjadikan SPRM seolah-olah sebuah institusi yang benar-benar tidak bebas, di samping kurangnya ketelusan dalam hal berkepentingan awam seperti kontrak rundingan langsung disebabkan tafsiran longgar mengenai Akta Rahsia Rasmi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Ciri-ciri Negara Kleptokrasi, Perbezaan Negara Yang Dipengaruhi Dan Dikuasai RasuahApabila Pemimpin Mencintai Dunia Dan Takut Mati
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/02/rasuah-di-malaysia-menjengkelkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Maszle Cabar Sprm Buktikan Rasuah Yang Dilakukan

Dr Maszle Cabar Sprm Buktikan Rasuah Yang Dilakukan

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 191 hits
Penyangkalan Dakwaan Rasuah Membabitkan Maszlee Malik Berhubungan dakwaan rasuah yang melibatkan diri saya ditimbulkan oleh pihak tertentu Saya mengalu alukan sebarang siasatan dengan tangan yang terbuka kerana hakikatnya tiada apa yang per...
Adakah Program Program Pendidikan Lebih Berbahaya Daripada Gejala Rasuah Yang Semakin Berleluasa Di Negara Kita

Adakah Program Program Pendidikan Lebih Berbahaya Daripada Gejala Rasuah Yang Semakin Berleluasa Di Negara Kita

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 180 hits
DR MAZLEE MALEKPusat Khidmat Rakyat Parlimen P151 Simpang Renggam sentiasa komited dalam melakukan aktiviti aktiviti dan program program demi kesejahteraan dan kebajikan warga Parlimen Simpang Renggam Baru baru ini juga Parlimen Simpang Ren...
Sprm Perlu Siasat Azam Baki Sebelum Baiki Indeks Rasuah

Sprm Perlu Siasat Azam Baki Sebelum Baiki Indeks Rasuah

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 202 hits
Skor dan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2021 yang dikeluarkan Transparency International Malaysia baru baru ini mengejutkan rakyat Berdasarkan indeks itu kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara...
Mn Sekadar Kuda Tunggangan Umno Demi Survival Politik

Mn Sekadar Kuda Tunggangan Umno Demi Survival Politik

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 207 hits
Ia muslihat politik perdaya orang Melayu sahaja BANGI Jangka hayat Muafakat Nasional yang kini kelihatan berada di hujung tanduk seolah olah sudah dijangka Meskipun pernah dianggap sebagai payung kepada parti politik Melayu dan Islam namun ...
Jangan Politikkan Isu Rasuah

Jangan Politikkan Isu Rasuah

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 164 hits
1 Saya merujuk kenyataan Tun Mahathir pada 4 Feb 2022 Beliau menyatakan keputusan Parti Pejuang sertai PRN Johor untuk pastikan kelompok perasuah tidak dapat kuasa 2 Saya dipenjarakan dibawah Akta Rahsia Rasmi semasa Tun Mahathir berkuasa s...
Masa Ph Perintah Nama Malaysia Ok Tapi Sekarang Rasuah

Masa Ph Perintah Nama Malaysia Ok Tapi Sekarang Rasuah

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 204 hits
Saja nak share Rasa seronok tengok ada mention nama Malaysia Waktu itu seorang menteri wanita bukan Melayu apatah lagi ulama berani pulangkan semula sampah kembali ke negara asal sampah itu Tapi itu dulu Waktu Malaysia diperintah oleh PH ya...
Isu Utama Prn Johor Rasuah Hassan Karim

Isu Utama Prn Johor Rasuah Hassan Karim

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 213 hits
Gejala rasuah yang semakin berleluasa atau pun sistemik di Malaysia perlu dihadam oleh pengundi Johor untuk diterjemahkan ke dalam peti undi pada bulan Mac ini Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim gejala rasuah yang telah m...
Prn Johor Terangkan Isu Rasuah Secara Menyeluruh

Prn Johor Terangkan Isu Rasuah Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 170 hits
Isu korupsi yang masih membelenggu negara selepas dua dekad Reformasi seharusnya diterangkan secara tuntas kepada pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjuangan melawan rasuah yang mem...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Umno Tidak Mampu Bertahan Sendiri Zahid Hamidi Bertaruh Nasib Dengan Pakatan Harapa

Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam