Prn Johor Terangkan Isu Rasuah Secara Menyeluruh



Isu korupsi yang masih membelenggu negara selepas dua dekad Reformasi seharusnya diterangkan secara tuntas kepada pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjuangan melawan rasuah yang memiskinkan negara adalah hal yang membezakan antara Pakatan Harapan (PH) dan parti parti lain di Malaysia.
“Dalam hal ini berlaku pertelagahan antara dua aliran fikiran berbeza. Satu mengatakan Perlembagana kita pertahankan, bahasa Melayu, Islam agama Persekutuan, Raja Melayu.
“Itu tidak dipertikai tetapi negara ini harus menjamin semua rakyat merasa selesa dengan hak sebagai rakyat. Tidak disisihkan, tidak dianaktirikan.
“Ini yang utama yang tidak diterima oleh BN. Yang bicara tentang ketuanan Melayu pergi ke kampung lihat pegawai kerajaan pangkat rendah, B40 Melayu, apa yang mereka dapat? Yang kaya golongan konglomerat di kalangan pimpinan Umno. Seorang meninggal dunia bergaduh isteri dengan mertuanya. Harta dipunggah berbilion ringgit.
“Cis, apa makna ini semua kepada rkayat? Rakyat nak dapat RM40 tambahan elaun sebulan sukar.
“Ada lagi, 1MDB, sekarang kena bayar RM36 bilion. (Yang didapati bersalah) masih boleh berkeliaran, ada macai, pencacai yang cium tangan. Apa jenis manusia begini?” soalnya dalam ceramah di perkarangan pejabat KEADILAN Johor di Danga Utama, Skudai, malam tadi.
Anwar mengingatkan jentera KEADILAN harus menyampaikan maklumat kepada semua rakyat di segala ceruk rantau, yang tidak mungkin disampaikan oleh media arus perdana seperti RTM atau TV3.
Selain itu, beliau juga menyelar pelampau bukan Melayu yang menuduh kaum Melayu dapat semua melalui dasar afirmatif, sedangkan hanya Melayu elit yang mendapat keistimewaan.
“Kamu buta fakta kalau begitu, majoriti Melayu tidak dapat. Yang dapat di atas. Maka kita Melayu, Cina, India dan ini bangsa Johor, harus sepakat bangun menolak yang atas dan rasuah itu. Yang rasuah bukan semua Melayu, Cina pun ramai, India pun ada, di Sarawak Iban pun ada.
“Oleh yang demikian rakyat di bawah harus bangkit mewakili semua kaum junjung Perlembagaan negara,” katanya.
Pengerusi Pakatah Harapan itu juga menyentuh mengenai hubungan parti parti dalam PH yang disifatkannya sebagai agenda ‘orang lain’ sedangkan beliau bersama Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng setiap hari merancang strategi PRN Johor bersama.
“Soal masa hadapan PH ini agenda orang. Saya dengan Guan Eng, Mat Sabu setiap hari ada contact. Soal logo keputusan kita KEADILAN, tetapi yang penting kita bersama.
“Kalau ada ahli kita di kawasan DAP, itu kewajiban dia, tidak ada tolak ansur sama sekali untuk mempastikan kemenangan calon kita (PH) yang bertanding. Sama ada calon kita dengan logo KEADILAN atau Amanah dan DAP dengan logo PH, yang juga merupakan logo kita,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/34009

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Utama Prn Johor Rasuah Hassan Karim

Isu Utama Prn Johor Rasuah Hassan Karim

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 252 hits
Gejala rasuah yang semakin berleluasa atau pun sistemik di Malaysia perlu dihadam oleh pengundi Johor untuk diterjemahkan ke dalam peti undi pada bulan Mac ini Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim gejala rasuah yang telah m...
Peluang Pekerjaan Gaji Tidak Sepadan Antara Isu Kempen Prn Johor

Peluang Pekerjaan Gaji Tidak Sepadan Antara Isu Kempen Prn Johor

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 185 hits
Inisiatif Jelajah Johor Bangkit yang bermula esok antaranya akan menumpukan agenda menyedarkan bangsa Johor bahawa kerajaan BN telah gagal menyediakan peluang pekerjaan secukupnya kepada rakyat negeri berkenaan sehingga mereka terpaksa menc...
Prn Johor Ph Capai Konsensus Isu Logo Kerusi

Prn Johor Ph Capai Konsensus Isu Logo Kerusi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 273 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah mencapai kata sepakat dan menyelesaikan mengenai pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Johor Menurut Majlis Presiden kerusi kerusi tersebut muktamad diagih agihkan sesama komponen PH Mes...
Umno Perlu Buang Imej Rasuah Sebelum Prn Johor Dan Pru 15

Umno Perlu Buang Imej Rasuah Sebelum Prn Johor Dan Pru 15

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 409 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Dalam ucapan dan rencana saya semenjak tahun 2012 iaitu dua tahun sebelum PRU 14 saya secara konsisten berkata bahawa UMNO berada di atas landasan yang betul tetapi masalahnya adalah pemimpin pemimpinnya Untuk p...
Prn Johor Logo Keadilan Untuk Keadilan Logo Ph Untuk Dap Amanah

Prn Johor Logo Keadilan Untuk Keadilan Logo Ph Untuk Dap Amanah

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 278 hits
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan petang ini telah memutuskan isu mengenai penggunaan logo dalam Pilihan Raya Negeri Johor yang dijadualkan akan diadakan pada bulan hadapan Menurut Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsen...
Langkah Pkr Guna Logo Sendiri Dalam Prn Johor Berisiko

Langkah Pkr Guna Logo Sendiri Dalam Prn Johor Berisiko

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 359 hits
K ParkaranPETALING JAYA Kekalahan PKR dalam pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak baru baru ini boleh menjadi faktor parti itu memutuskan untuk menggunakan logonya dan bukannya logo Pakatan Harapan dalam PRN Johor akan datang Namun pengana...
Prn Johor Bn Tidak Letak Kuota Untuk Calon Muda Hasni

Prn Johor Bn Tidak Letak Kuota Untuk Calon Muda Hasni

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 254 hits
PRN Johor BN tidak letak kuota untuk calon muda Hasni Barisan Nasional Johor tidak akan meletakkan sebarang kuota atau peratusan kerusi untuk calon muda bagi Pilihan Raya Negeri akan datang Sebaliknya semua aspek akan dinilai bagi menentuka...
Prn Johor Pas Bersatu Bertanding Bawah Pn

Prn Johor Pas Bersatu Bertanding Bawah Pn

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 228 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini berkata sokongan PAS dan Bersatu dalam kerajaan persekutuan adalah bersyarat perlu dihormati dan dirundingi SHAH ALAM PAS dan Bersatu mengumumkan akan bertanding dala...
Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Tidak Semua Perlu Ditanggapi Bedakan Antara Taghaful Dan Tajahul

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Malaysian Travellers In 2025 Smart Digital Intentional


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

Al Quran Khadeeja Naskhah Ibrah Keindahan Jiwa Wanita Muslimah