Sprm Dijangka Bertemu Pemimpin Kerajaan Pulau Pinang Esok


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kerajaan Pulau Pinang esok termasuk Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy.

Ketika mendedahkan perkara tersebut kepada pemberita, Ramasamy berkata pertemuan beliau dengan SPRM dijangka berlangsung di pejabatnya di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak di sini pada 9.30 pagi.


Menurutnya beliau juga difahamkan SPRM akan turut bertemu dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Exco negeri Zairil Khir Johari.

“Sebelum ini, saya pernah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terowong dasar laut pada 2018, namun ia terhenti. Walau bagaimanapun, kerajaan baharu sekarang ingin melihat perkara itu kembali,” katanya pada sidang media pengumuman penganjuran Ekspo Pendidikan dan TVET Pulau Pinang secara dalam talian 2020 hari ini.




Ramasamy berkata sekiranya pertemuan itu mempunyai kaitan dengan isu rasuah projek mega terowong dasar laut, beliau akan memberi kerjasama dan menerima kedatangan SPRM dengan hati terbuka.


Semalam, Chow memaklumkan kerajaan negeri telah menerima surat daripada SPRM untuk menemu bual beberapa Exco dan pemimpin negeri berhubung isu terowong dasar laut itu.


Bekas pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes SPRM. Difahamkan penahanan Chew adalah berkaitan siasatan kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Ekspo Pendidikan dan TVET secara dalam talian tersebut, Ramasamy berkata ekspo akan diadakan dari 10 hingga 12 Julai ini, bermula 10 pagi hingga 6 petang.

Beliau berkata sebanyak 23 institusi pengajian tinggi dan lima institusi TVET mengambil bahagian tahun ini termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Kolej Tuanku Abdul Rahman, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas dan Universiti Teknologi Petronas yang juga selaku penaja platinum.

“Pada tahun ini, ekspo pendidikan ini dilaksanakan secara dalam talian sebagai langkah mengekang penularan pandemik Covid-19. Ekspo adalah terbuka kepada pelajar tempatan dan pendaftaran adalah percuma,” katanya.

Pelajar yang berminat boleh mendaftar menerusi https://penangonlineeducationfair.com atau hubungi talian 012-422 4004 atau e-mel [email protected] untuk sebarang maklumat lanjut, katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/07/sprm-dijangka-bertemu-pemimpin-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chong Eng Akui Disoal Sprm Mengenai Terowong Dasar Laut Lebuh Raya

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chong Eng Akui Disoal Sprm Mengenai Terowong Dasar Laut Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 379 hits
Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita Chong Eng mengakui beliau disoal mengenai projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang Beliau yang ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Sur...
Sprm Buka Semula Kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Sprm Buka Semula Kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 641 hits
Meskipun telah wujud Jambatan Ke 2 Projek terowong dasar laut dan 3 lebuh raya bernilai RM6 3 bilion ini dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk mengurangkan lalu lintas di jambatan pertama more Tetapi dalam masa yang sama projek ini juga j...
Kerajaan Pulau Pinang Batal Majlis Rasmi Sambutan Ma Al Hijrah Hari Pahlawan Maulidur Rasul

Kerajaan Pulau Pinang Batal Majlis Rasmi Sambutan Ma Al Hijrah Hari Pahlawan Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 354 hits
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk menjadualkan semula sembilan majlis rasmi di peringkat negeri bagi tahun ini susulan penularan wabak koronavirus yang melanda dunia Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang...
Kes Terowong Sprm Kunjungi Pejabat Exco Pulau Pinang

Kes Terowong Sprm Kunjungi Pejabat Exco Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 507 hits
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah melawat pejabat dua Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang masing masing P Ramasamy dan Zairil Khir Johari pagi tadi Bagaimanapun agensi itu tidak merakam sebarang kenyataan daripada mereka Ketika ...
Ketua Menteri Pulau Pinang Disoal Sprm Berkenaan Isu Projek Terowong

Ketua Menteri Pulau Pinang Disoal Sprm Berkenaan Isu Projek Terowong

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 430 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal berhubung projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6 3 bilion Chow tiba di bangunan terletak di Jalan Northam itu pada...
3 Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada Sprm

3 Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 472 hits
GEORGE TOWN Tiga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang hari ini dipercayai berkait siasatan projek terowong dasar laut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan n...
Kerajaan Cina Dap Luluskan Pembukaan Masjid Di Pulau Pinang

Kerajaan Cina Dap Luluskan Pembukaan Masjid Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 327 hits
TUAH REEZAL YBAlhamdulillah I LOVE DAP Kerajaan Cina DAP Pulau Pinang dah luluskan pembukaan semula Masjid2 di seluruh Pulau Pinang Macam mana dengan Kerajaan Melayu Islam PAS Kedah Kelantan dan Terangganu bila nak bagi kebenaran untuk buka...
Pulau Pinang Pantau Pematuhan Sop Pkpp Melalui Cctv

Pulau Pinang Pantau Pematuhan Sop Pkpp Melalui Cctv

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 412 hits
Kerajaan Pulau Pinang akan menggunakan kamera litar tertutup yang dilengkapi sistem analitik video bersepadu untuk memantau premis di seluruh negeri bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerak...
Flora Di Taman Negara Pulau Pinang

Flora Di Taman Negara Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 837 hits
Bila merentas hutan mata saya memang sentiasa memerhati sekeliling Saya suka melihat segala tumbuhan yang ada semuanya nampak menarik Sehingga kadang kadang hampir tersandung akar pokok dek leka memerhati sekitar Kecuali pada laluan yang su...
Benarkah Rakyat Malaysia Semakin Susah Nak Hidup

Masak Mihun Goreng Letak Baby Kailan

Troponin Saya Tinggi Apa Yang Perlu Dibuat

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Luckin Coffee Meluaskan Siri Kelapa Terlaris Dengan Dua Minuman Segar Terbaharu

Can Mobile Games Really Compete With Console Games

Coming Soon The New Huawei Matepad 11 5 Papermatte Edition 2025

Amazing Italian Beef Recipe Eye Of Round


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buli Kenangan Silam Yang Kekal Dalam Ingatan

Resepi Adunan Tepung Ayam Goreng

Design Kotak Hardcover Yang Menarik Tingkatkan Nilai Jualan Produk

Agile Business Strategy

Compression Socks Explained Not Just For Athletes And Seniors Anymore

Intan Najuwa Raih Perhatian Bawa Pembantu Naik Business Class