Spr Tiada Ceramah Ziarah Atau Perhimpunan Untuk Prk Chini


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) baru untuk pilihan raya kecil (PRK) Chini yang akan diadakan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) Covid-19.
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata empat aspek utama yang harus diutamakan pada hari penamaan calon hingga pengundian adalah garis panduan jarak sosial, memakai pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan dan saringan suhu badan.
"SOP khas ini akan dilaksanakan dengan ketat di semua proses pilihan
raya iaitu taklimat petugas, proses penamaan calon, proses cetakandan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos,
semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi
dan penjumlahan rasmi undi," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Jelas Azhar, tidak seperti pilihan raya sebelum ini, prosedur baru itu tidak membenarkan perarakan atau perhimpunan penyokong diadakan pada hari penamaan calon dan pengundian.
"Hanya calon, seorang pencadang calon dan seorang penyokong calon
sahaja dibenarkan memasuki pusat penamaan calon.
"Ini bagi meminimumkan perhimpunan orang ramai serta mengurangkan risiko penularan wabak di sekitar pusat penamaan calon.
"SOP yang sama juga perlu dipatuhi oleh calon semasa berada di pusat
penjumlahan rasmi undi. SPR akan bekerjasama dengan pihak polis
bagi memantau pematuhan SOP khas ini," katanya.
Jelas Azhar lagi, bagi tempoh berkempen, calon atau parti hanya dibenarkan untuk membuka satu Bilik Jawatankuasa (Bilik Gerakan Utama) dan tiada Bilik Gerakan Kecil atau tempat perkumpulan lain bagi calon atau parti dibenarkan.
Katanya, bagi mematuhi penjarakan sosial, tiada ceramah yang menghimpunkan orang ramai dibenarkan.
"Begitu juga aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah-rumah pengundi adalah tidak dibenarkan.
"Calon boleh memaksimumkan kaedah kempen menggunakan medium dalam talian atau melalui saluran media sosial," katanya.
Kata Azhar, SPR melalui tiga Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) akan memantau semua aktiviti calon ketika berkempen termasuk pematuhan terhadap SOP khas ini.
Pengundi yang bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan pula, jelasnya, akan tetap dibenarkan mengundi di khemah khas yang dipantau oleh pegawai kesihatan.
"Pengundi berkenaan akan diuruskan oleh pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.
"Berhubung pesakit positif Covid-19, individu yang diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan individu yang bergejala yang sedang dalam rawatan (PUI), SPR akan mengumumkan maklumat lanjut berhubung pengundian melibatkan individu daripada kategori tersebut dalam masa terdekat.
"SPR akan mengemaskini SOP ini selaras dengan apa-apa arahan terkini di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.
Hari pengundian telah ditetapkan pada 4 Julai dan Azizan berkata semua pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencatat suhu badan.
Kerusi Chini kosong setelah penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, dari BN, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung pada 6 Mei.
Pada pilihan raya umum ke-14 yang diadakan pada Mei 2018, Allahyarham Abu Bakar memperoleh 10,027 undi untuk memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,622 undi berbanding calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065 undi). #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/06/spr-tiada-ceramah-ziarah-atau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Jangka Kos Prk Dun Chini Meningkat Dua Kali Ganda

Spr Jangka Kos Prk Dun Chini Meningkat Dua Kali Ganda

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 476 hits
SHAH ALAM 14 JUN Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan kos Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini meningkat hampir dua kali ganda sekitar RM4 7 juta kata pengerusinya Datuk Azhar Azizan Harun berkata peningkatan itu berikutan langka...
Spr Tubuh 3 Pasukan Penguatkuasa Pantau Kempen Prk Chini

Spr Tubuh 3 Pasukan Penguatkuasa Pantau Kempen Prk Chini

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 384 hits
SPR tubuh 3 pasukan penguatkuasa pantau kempen PRK Chini nbsp Dikemas kini 44 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Jun 2020 1
Prk Chini Jangan Suburkan Persepsi Umno Milik Golongan Elit

Prk Chini Jangan Suburkan Persepsi Umno Milik Golongan Elit

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 406 hits
SPR menetapkan tariklh 20 Jun 2020 sebagai hari penamaan calon dan 4 Julai 2020 sebagai hari mengundi bagi PRK Chini Pahang PRK Chini yang berada di dalam Parlimen Pekan akan diadakan kerana kematian ADUN Chini Allahyarham Datuk Seri Abu Ba...
Kkm Sedia Sop Untuk Pesakit Covid 19 Keluar Mengundi Dalam Prk Chini

Kkm Sedia Sop Untuk Pesakit Covid 19 Keluar Mengundi Dalam Prk Chini

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 411 hits
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata SOP untuk pesakit Covid 19 keluar mengundi dalam PRK DUN Chini 4 Julai ini tertakluk kepada kelulusan KKM PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan bersama agensi berkaitan akan menyediakan prosedur...
Keadilan Tidak Bertanding Prk Dun Chini Kerana Covid 19 Saifuddin Nasution

Keadilan Tidak Bertanding Prk Dun Chini Kerana Covid 19 Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 384 hits
PRK DUN CHINI Umum sedia maklum masalah wabak Covid 19 masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara kita Usaha gigih Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan telah berupaya mengekang penularan yang lebih meluas Pada masa yang sama...
Penduduk Mahu Calon Anak Tempatan Ustaz Bertanding Prk Chini

Penduduk Mahu Calon Anak Tempatan Ustaz Bertanding Prk Chini

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 293 hits
KUANTAN Pertubuhan Suara Anak Pahang turun ke Chini berjumpa dengan penduduk termasuk di kampung tradisional bagi bertanyakan berhubung calon yang diingini mereka pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini yang dijadualkan pada 4 J...
Prk Chini Penanda Aras Undian Ketika Covid 19

Prk Chini Penanda Aras Undian Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 256 hits
PILIHAN Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Pahang akan diadakan pada 4 Julai ini manakala hari penamaan calon adalah pada 20 Jun Tarikh bagi pengundian awal pula adalah pada 30 Jun PRK kali ini mencatatkan sejarah yang tersendiri apabil...
Prk Chini Penyokong Tak Dibenarkan Berarak Iring Calon

Prk Chini Penyokong Tak Dibenarkan Berarak Iring Calon

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 310 hits
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya akan melaksanakan prosedur operasi standard yang ketat sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini ekoran penularan Covid 19 Pengerusin...
Jentera Bn Di Chini Cukup Bersedia Dengan Sop Normal Baharu Prk

Jentera Bn Di Chini Cukup Bersedia Dengan Sop Normal Baharu Prk

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 279 hits
PEKAN Walaupun Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini belum diketahui dengan jelas sama ada berlaku pertandingan atau sebaliknya rata rata jentera Barisan Nasional setempat dilihat menyerlah dan cukup bersedia Perkara tersebut diaku...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia