Penduduk Mahu Calon Anak Tempatan Ustaz Bertanding Prk Chini



KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) turun ke Chini berjumpa dengan penduduk termasuk di kampung tradisional bagi bertanyakan berhubung calon yang diingini mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang dijadualkan pada 4 Julai ini

Ini kerana, PSAP mendapat maklum dan membaca sendiri di laman media sosial dan media arus perdana banyak nama yang disebut-sebut akan menjadi pilihan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada PRK berkenaan. 
Antara nama yang popular disebut-sebut sehingga kini adalah anak kepada Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Mohd Nizar. 
Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli berkata,  hasil tinjauan PSAP dan pertemuan dengan penduduk, wakil penduduk, Ketua UMNO Cawangan termasuk penduduk di kampung tradisional di Chini, rata-rata penduduk mahu calon anak tempatan bertanding pada PRK berkenaan

Katanya, antara penduduk yang ditemui oleh PSAP di Kampung Salong adalah Mohd Rizal Ramli, Ab. Rahim Aw. Bakar, Mazlan Ramly dan Mohd Hisam Kadir yang semuanya mahu calon anak tempatan mewakili mereka pada PRK DUN Chini. 
 
"Sentimen penduduk di Chini adalah kuat mahukan anak kelahiran setempat mewakili mereka. 
"Antara nama yang menjadi pilihan penduduk dan diharapkan menjadi calon mereka di Chini adalah seorang pegawai KEMAS bergelar ustaz, Mohd Shaqawi Mahussin, berusia 53 tahun. 
"Anak jati Kampung Salong, Pekan itu berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Islam Negeri, Sumatera Barat, Indonesia dan kini bertugas sebagai Penyelia Kanan KEMAS Daerah Bera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Haslihelmy berkata, berdasarkan maklumat yang diterima PSAP, Shaqawi merupakan Naib Ketua UMNO Cawangan Salong dan pernah menjadi AJK dalam Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pekan. 
"Beliau (Shaqawi) sangat aktif berpolitik dan terlibat dalam pelbagai aktiviti UMNO Bahagian Pekan. 
"Ustaz Shaqawi juga sering menjadi wakil DUN Chini berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan dan disaksikan sendiri oleh Najib. 
"Pegawai KEMAS itu mempunyai keperibadian yang cukup luhur dan mulia serta tiada sebarang isu salah laku atau rekod yang tidak baik," katanya. 
Selain itu katanya, Shaqawi juga merupakan anak kepada Almarhum Mahussin Mat Taib yang merupakan tokoh penting dalam kepimpinan UMNO di Kampung Salong sejak zaman Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri. 
"Menjelang hari penamaan calon pada 20 Jun ini, PSAP menyatakan hasrat penduduk di DUN Chini yang mahu BN dan UMNO memilih calon yang sesuai dan menjadi pilihan penduduk. Apa yang penting calon haruslah anak tempatan. 
"Selain itu, dalam keadaan UMNO sedang berusaha membina semula kekuatannya, faktor meletakkan calon yang tepat mestilah diperhalusi bagi menjamin kemenangan UMNO pada PRK DUN Chini," jelasnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/06/penduduk-chini-mahu-calon-anak-tempatan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Anak Najib Jadi Calon Lebih Mudah Atur Strategi Prk Chini

Jika Anak Najib Jadi Calon Lebih Mudah Atur Strategi Prk Chini

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 466 hits
PEKAN Aktivis dan Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat yang baru saja menawarkan diri untuk jadi calon bebas di Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai ini mendakwa beliau lebih suka anak mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak me...
Prk Dun Chini Bbc Pahang Saran Calon Bebas Tidak Bertanding

Prk Dun Chini Bbc Pahang Saran Calon Bebas Tidak Bertanding

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 369 hits
KUANTAN Kelab Penyokong Kerajaan Pahang menggesa mana mana pihak melakukan pengorbanan dengan menarik semula niat atau hasrat bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil Chini memandangkan negara masih lagi menghadapi krisis pan...
Prk Chini N 23 Nik Amar Cadang Ph X Hantar Wakil Bertanding

Prk Chini N 23 Nik Amar Cadang Ph X Hantar Wakil Bertanding

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 263 hits
PRK Chini Harap PH nampak dari undi laluALOR SETAR Cadangan Naib Presiden PAS Dato Mohd Amar Nik Abdullah supaya Pakatan Harapan tidak menghantar wakil bertanding pada PRK N 23 Chini adalah pandangan ikhlas dalam konteks semasa dan situasi ...
Pakatan Harapan Pkr Umum Tak Bertanding Prk Dun Chini

Pakatan Harapan Pkr Umum Tak Bertanding Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan memutuskan supaya PKR tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini di Pahang yang akan diadakan pada 4 Julai depan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ...
Keadilan Tidak Bertanding Prk Dun Chini Kerana Covid 19 Saifuddin Nasution

Keadilan Tidak Bertanding Prk Dun Chini Kerana Covid 19 Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 387 hits
PRK DUN CHINI Umum sedia maklum masalah wabak Covid 19 masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara kita Usaha gigih Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan telah berupaya mengekang penularan yang lebih meluas Pada masa yang sama...
Bn Dicabar 2 Calon Bebas Di Prk Chini

Bn Dicabar 2 Calon Bebas Di Prk Chini

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 471 hits
PETALING JAYA Pilihan Raya Kecil Chini akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon Barisan Nasional dan 2 calon bebas Calon BN Mohd Sharim Md Zain 41 berdepan saingan daripada ahli perniagaan Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin 64 d...
Sah Tidak Bertanding Prk Chini Bersatu Tunjuk Setiakawan Pada Bn

Sah Tidak Bertanding Prk Chini Bersatu Tunjuk Setiakawan Pada Bn

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 528 hits
KUALA LUMPUR Keputusan ini dibuat untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon yang akan diputuskan oleh Barisan Nasional bagi mewakilil Perikatan Nasional Seluruh jentera Bersatu juga akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil ...
Prk Chini Penyokong Tak Dibenarkan Berarak Iring Calon

Prk Chini Penyokong Tak Dibenarkan Berarak Iring Calon

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 313 hits
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya akan melaksanakan prosedur operasi standard yang ketat sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini ekoran penularan Covid 19 Pengerusin...
Tahun Baharu Azam Baharu Ke Arah Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat Lebih Panjang Umur

Remaja Parah Disyaki Dibakar Bapa Kandung

Speed Read The New Ktm 390 Smc R Yamaha Xmax And More

Prioritise Peace Ceasefire Over Elections Asean Tells Myanmar Junta

Pm Anwar Santuni Rakyat Malaysia Di Belgium Luxemborg

Sze Fei Izzuddin Juara Terbuka India

Buffet Ramadhan Ponderosa Golf Country Club Sajian Lagenda Buffet

Doa Solat Dhuha Dan Maksudnya


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Having A Strong Team For A Startups

Jeruk Pak Ali Seberang Jaya

Misi Jiwa Prihatin Mcm Ke Syria Bermula Harian Metro 19 01 2025

Apa Nak Buat Kalau Geran Tanah Hilang

Drama Boleh Saya Bantu 2

Ahmad Dhani Feat Raisa Begitulah Cinta Chord