Spr Tetapkan 18 Disember Prn Sarawak


AGENDA DAILY
Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN).
Satu lagi pilihan raya akan diadakan selepas Melaka, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.
Bagi PRN-12 Sarawak kali ini, SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.
Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh selepas mempengerusikan mesyuarat khas.
SPR tidak dapat mengadakan PRN Sarawak selepas tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada 6 Jun lalu berikutan perisytiharan darurat di seluruh negara ketika itu.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 11 Januari sehingga 1 Ogos, bagi mengekang penularan COVID-19.
Apabila darurat di seluruh negara berakhir pada 1 Ogos, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Februari 2022.
Darurat ini ditarik balik pada 3 November lalu, sekali gus membolehkan SPR mengadakan pilihan raya Sarawak.
Susulan penamatan darurat itu, DUN Sarawak turut terbubar pada 3 November dan ia memberi laluan kepada PRN-12 Sarawak yang mempunyai 82 kerusi DUN.
Dalam sidang media itu, Abdul Ghani berkata, seramai 1,252,014 orang pengundi di negeri itu layak mengundi dalam PRN-12 dan mereka terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan, 10,458 anggota polis dan pasangan serta 113 pengundi tidak hadir luar negara.
Sebanyak 1,866 pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi/saluran dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.
“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 dengan 3,666 tempat mengundi/saluran. PRU DUN Sarawak Ke-12 ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM150 juta,” katanya.
Abdul Ghani juga berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam, 17 Disember.
Beliau juga memaklumkan, Daftar Pemilih Pilihan Raya itu akan mula dijual pada 1 Disember dan pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka.
Mereka boleh berbuat demikian menerusi laman sosial SPR iaitu pengundi.spr.gov.my atau menghubungi talian 03-88927018 atau menerusi aplikasi MySPR Semak dengan semakan boleh dibuat mulai 1 Disember,” katanya.
Bagi urusan permohonan undi pos luar dan dalam negara, permohonan undi pos untuk mengundi Kategori Borang 1B dan Kategori Borang 1C dibuka mulai 8 November lalu sehingga 24 November.
“Bagi kategori Borang 1A pula bermula 24 November sehingga 3 Disember manakala permohonan undi pos bagi kategori 1B dan 1C dilaksanakan secara dalam talian berbanding secara manual sebelum ini.
“Permohonan untuk mengundi secara pos boleh dilakukan menerusi MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/spr-tetapkan-18-disember-prn-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sarawak Spr Mengadakan Mesyuarat Khas Pada 24 November

Prn Sarawak Spr Mengadakan Mesyuarat Khas Pada 24 November

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 214 hits
AGENDA DAILY Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri Satu mesyuarat khas akan diadakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 24 November berhubung Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke 12Perkara itu disahkan Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin...
Spr Umum Prn12 Sarawak Diadakan 18 Disember Depan

Spr Umum Prn12 Sarawak Diadakan 18 Disember Depan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 160 hits
Oleh RAYMOMD LUI November 24 2021Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia hari ini telah mengumumkan tarikh bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 12 akan diadakan pada 18 Disember depan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pihaknya telah p...
Prn Sarawak Spr Dijangka Umum Tarikh Tarikh Penting Hari Ini

Prn Sarawak Spr Dijangka Umum Tarikh Tarikh Penting Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 292 hits
Suruhanjaya Pilihanraya dijangka umumkan tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Negeri Sarawak hari ini Sidang akhbar oleh pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh akan berlangsung pada jam 11 pagi di sebuah sebuah hotel di Kuching Sarawak SUBS...
Prn Keadilan Lancar Selda Program Pembangunan Tanah Pertanian Moden Sarawak

Prn Keadilan Lancar Selda Program Pembangunan Tanah Pertanian Moden Sarawak

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 198 hits
KEADILAN Sarawak bakal melancarkan rancangan pembangunan tanah seperti Felda di Semenanjung sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri kali ini Menurut Setiausaha KEADILAN Sarawak Joshua Jabeng parti itu menamakan rancangan berkenaan...
Prn Sarawak Harga Tiket Kapal Terbang Melambung Tinggi

Prn Sarawak Harga Tiket Kapal Terbang Melambung Tinggi

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 424 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang menyatakan kebimbangannya terhadap perjalanan pilihan raya negeri apabila mungkin ramai pengundi yang berada di luar negeri itu tidak dapat pulang Kata Hassan Abdul Karim mereka termasuk ramai yang berada di Pasir...
Prn Sarawak Dap Minta Pkr Usah Bazir Masa Tenaga Lagi

Prn Sarawak Dap Minta Pkr Usah Bazir Masa Tenaga Lagi

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 242 hits
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien meminta PKR negeri itu tidak membazir masa dan tenaga membicarakan isu agihan kerusi Pakatan Harapan yang didakwa mereka sebagai tidak sah Sebaliknya Chong berkata lebih baik untuk PKR memberi fokus p...
Prn Sarawak Muhyiddin Tegaskan Bersatu Tetap Bertanding Walaupun Bukan Semua Kerusi

Prn Sarawak Muhyiddin Tegaskan Bersatu Tetap Bertanding Walaupun Bukan Semua Kerusi

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu tidak akan bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Pilihan Raya Negeri bulan depan Sebelum ini Setiausaha Agung B...
Prn Sarawak Pas Akan Tanding

Prn Sarawak Pas Akan Tanding

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 206 hits
PRN Sarawak PAS akan tanding Menu Pas akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada bulan hadapan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pas Pusat akan berunding dengan PAS Sara...
Prn Sarawak Memperkasa Sukan Elektronik Di Kapit

Prn Sarawak Memperkasa Sukan Elektronik Di Kapit

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 243 hits
Untuk laporan menuju Pilihan Raya Negeri Sarawak langsung dari Kapit bersama rakan setugas Syaff Shukri SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terki
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord