Speaker Perlu Letak Jawatan Jika Tidak Penuhi 3 Tuntutan



Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan. Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya menjunjung maksud sebenar titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah dengan membenarkan perbahasan penuh pada sidang khas Parlimen mulai 26 Julai depan.
Tegas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun diminta meletak jawatan jika tidak memenuhi ketiga-tiga tuntutan mereka.
“Isu pokok di sini ialah keputusan-keputusan Kerajaan Perikatan Nasional berkenaan perjalanan sidang khas Parlimen tidak mencapai maksud penuh titah pandangan yang dizahir KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.
“Sidang khas ini tiada perbahasan ke atas sebarang usul, hanya setakat mendengar kuliah Menteri, dengan kehadiran jumlah Ahli Dewan Rakyat yang tidak lengkap, dan tanpa sebarang undian terutama berkait Proklamasi Darurat,” ujar mereka.
Justeru itu, Azhar Azizan dilihat turut sama mengingkari titah tersebut jika kekal melaksanakan keputusan berhubung sidang khas Parlimen.
Ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu menuntut tiga perubahan pada sidang khas Parlimen, termasuk membenarkan perbahasan penuh, tidak mengehadkan jumlah Ahli Parlimen serta memilih antara titah Yang-Dipertuan Agong dan tuntutan Kabinet.
“Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu putuskan sama ada beliau menjunjung penuh titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, atau sekadar mengikut arahan Kabinet.
“Jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat merasakan beliau tidak mampu melaksana tiga perubahan ini, beliau dipelawa untuk meletakkan jawatan.”
Pada masa yang sama, mereka turut memberi jaminan bahawa sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tidak akan dikemukakan pada sidang khas tersebut.
“Kami hanya mahu menumpukan perhatian sidang khas ini kepada perkara-perkara penting pandemik COVID-19 dan kesusahan rakyat dalam krisis ekonomi masa kini,” tegas tiga pemimpin itu.
Sebelum ini, Majlis Presiden PH dalam kenyataan berasingan juga telah menyuarakan pandangan mereka bahawa tempoh lima hari Dewan Rakyat bersidang terlalu singkat untuk membahaskan perkara yang dititikberatkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kata mereka, Parlimen adalah medan mendengar masalah, menyuarakan rintihan dan memulihkan harapan rakyat di samping mencari penyelesaian kepada krisis negara.
Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan Baca Artikel Menarik :
Polis cari warga asing solat sunat Aidiladha luar surau Pemuzik cedera perut ditikam penagih Polis kesan keluarga panjat palang besi lari dari kawasan PKPD Osman Sapian bidas Puad, Jaga UMNO bukan BersatuBersatu Ratusan ‘Solat Raya’ luar surau, Polis mohon maaf terlepas pandang [VIDEO] Asia Tenggara medan perang terburuk pandemik COVID-19 Layari Laman Facebook MYKMU

Ramai DM Caprice Minta Maaf, Penjelasan Nadir Al-Nuri Buka Mata Kisah Ebit Lew Di Bumi Gaza[ VIDEO]

 
The post Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/21/speaker-perlu-letak-jawatan-jika-tidak-penuhi-3-tuntutan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang 5 Hari Perlu Perbahasan Penuh Atau Speaker Letak Jawatan

Sidang 5 Hari Perlu Perbahasan Penuh Atau Speaker Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 362 hits
Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mendakwa Pakatan Harapan mahu melaga lagakan beliau dengan Istana Negara kerana tidak berniat untuk membenarkan perbahasan dalam mesyuarat khas Parlimen b...
Buat 3 Perkara Ini Atau Azhar Harun Letak Jawatan

Buat 3 Perkara Ini Atau Azhar Harun Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 345 hits
MALAYSIA DATELINEMajlis Presiden Pakatan Harapan memberi kata putus kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu melaksanakan tiga perkara yang disarankan atau meletakkan jawatan Tiga perkara tersebut yang disarankan oleh Pakatan Harapan iaitu Y...
Tak Sengaja Baik Ko Letak Jer Jawatan Mb Kedah

Tak Sengaja Baik Ko Letak Jer Jawatan Mb Kedah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 297 hits
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor telah menjelaskan kompaun kerana melanggar prosedur operasi piawai pada 5 Jun ketika tempoh sekatan pergerakan penuh jelas setiausaha akhbarnya Muhamad Mat Yakim berkata bayaran itu dibuat pada hari sama ko...
Tok Mat Akhirnya Mengalah Letak Jawatan

Tok Mat Akhirnya Mengalah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 331 hits
TOK MAT AKHIRNYA MENGALAH LETAK JAWATAN KUALA LUMPUR Selepas 18 tahun menerajui Persatuan Sepak Takraw Malaysia Datuk Seri Ahmad Ismail akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden badan induk itu berkuatkuasa 12 tengah malam ini...
Doktor Letak Jawatan Beri Notis 24 Jam Kata Kumpulan

Doktor Letak Jawatan Beri Notis 24 Jam Kata Kumpulan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 407 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kumpulan Hartal Doktor Kontrak berkata doktor memberi notis 24 jam kerana kepenatan dan kecewa dengan kekurangan peluang kerjaya Dalam satu kempen media sosial Hartal Doktor Kontrak menggesa doktor kontrak bermogo...
Agong Boleh Pecat Pm Enggan Letak Jawatan Ikut Draf Asal Perlembagaan

Agong Boleh Pecat Pm Enggan Letak Jawatan Ikut Draf Asal Perlembagaan

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 400 hits
Keengganan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk meletak jawatan meskipun telah hilang majoriti merosakkan imej kerajaan Malaysia di mata dunia Bagi pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz Bari Perlembagaan negara tidak memperinci...
Malam Hari Raya Korban Orang Ramai Desak Azmin Berkorban Letak Jawatan

Malam Hari Raya Korban Orang Ramai Desak Azmin Berkorban Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 378 hits
FAZLI RADZIPerutusan Hari Raya Aidiladha oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam ini hanya mengundang deretan kecaman dan sindiran warganet Orang ramai dilihat terus menempelak Ahli Parlimen Gom...
Menjelang Sidang Parlimen Esok Umno Ancam Letak Jawatan

Menjelang Sidang Parlimen Esok Umno Ancam Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 369 hits
Bersempena Sidang Parlimen Khas yang akan bersidang pada 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021 UMNO dengan ini membuat ketetapan berikut 1 Ahli Ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan pendirian parti untuk mengusulkan agar Parlimen mesti membahaskan d...
Itu Kenyataan Palsu Pmo Nafi Muhyiddin Letak Jawatan

Itu Kenyataan Palsu Pmo Nafi Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 442 hits
Kenyataan palsu itu turut mendakwa Kabinet sebulat suara menerima peletakan jawatan Muhyiddin Yassin dan meminta beliau menasihatkan Yang di Pertuan Agong melantik perdana menteri baharu PETALING JAYA Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwa...
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berat Turun Dengan Mudah Tanpa Perlu Dipaksa

Final Muzikal Lawak Superstar 2025 Malam Gelak Kudap Kudap Lengkapkan Hujung Minggu Anda

Thanksgiving Mencetuskan Refleksi Pelabur Tentang Masa Depan S P 500

Codpiece Henry Viii Kuasa Maskuliniti Propaganda Zaman Tudor

Tips Dan Rincian Biaya Nikah Sederhana 10 Juta Simpel Tapi Berkesan

Pempengaruh Danny Evans Dilapor Buta Sebelah Mata Netizen Titip Doa Sokongan