Sidang 5 Hari Perlu Perbahasan Penuh Atau Speaker Letak Jawatan



Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mendakwa Pakatan Harapan (PH) mahu melaga lagakan beliau dengan Istana Negara kerana tidak berniat untuk membenarkan perbahasan dalam mesyuarat khas Parlimen bermula 26 Julai ini.
Majlis Presiden PH berkata, Azhar tidak wajar membuat kenyataan sedemikian yang jelas tidak mengikut peraturan Parlimen memandangkan taraf beliau sebagai Speaker.
“Majlis Presiden PH terkejut membaca kenyataan media Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang mendakwa PH cuba melagakan beliau dan Istana Negara. Ini bukanlah satu kenyataan yang patut dikeluarkan seorang Speaker Dewan Rakyat, dan menggunakan bahasa yang tidak mengikut peraturan Parlimen
“Isu pokok di sini ialah keputusan-keputusan Kerajaan Perikatan Nasional berkenaan perjalanan sidang khas Parlimen tidak mencapai maksud penuh titah pandangan yang dizahir Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.
“Sidang khas ini tiada perbahasan ke atas sebarang usul, hanya mendengar kuliah Menteri, dengan kehadiran jumlah Ahli Dewan Rakyat yang tidak lengkap, dan tanpa sebarang undian terutama berkait Proklamasi Darurat.
“Maka jika Speaker Dewan Rakyat tetap melaksanakan keputusan-keputusan Kerajaan itu, pada ketika beliau menyedari ianya tidak mencapai maksud sebenar Duli-Duli Tuanku, maka Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah turut sama mengingkari titah tersebut,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut Majlis Presiden lagi, titah titah pandangan Seri Paduka Baginda mestilah dijunjung tinggi oleh Kerajaan dan juga Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Tambah mereka, Speaker tidak perlu bimbang untuk membenarkan sesi perbahasan kerana PH telah berjanji tidak akan memasukkan sebarang usul Undi Tidak Percaya ke atas Perdana Menteri.
“Kami hanya mahu menumpukan perhatian sidang khas ini kepada perkara-perkara penting pandemik Covid-19 dan kesusahan rakyat dalam krisis ekonomi masakini,” ujar kenyataan itu.
Tegas PH, untuk mencapai maksud penuh titah Yang di-Pertuan Agong berkenaan sidang Parlimen, Speaker wajib melakukan tiga perkara penting yang mengekalkan kebebasan dan keunggulan institusi Parlimen.
“Speaker jangan meletakkan had 80 orang dan membenarkan semua Ahli Parlimen hadir dan berada di dalam Dewan pada bila-bila masa mesyuarat berjalan. Ini untuk memastikan semua Ahli Parlimen yang ingin berbahas boleh berbuat sedemikian.
“Membenarkan perbahasan penuh berasaskan usul Menteri untuk semua isu-isu yang telah dinyatakan dalam titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, termasuk Pelan Pemulihan Negara, Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan program vaksinasi, langkah-langkah mencegah Covid-19, serta usaha memulihkan ekonomi dan
menjamin kelangsungan hidup rakyat. Kami tidak boleh terima sidang Parlimen yang dipanggil hanya untuk mendengar ceramah atau kuliah Menteri tanpa perbahasan penuh.
“Speaker perlu putuskan sama ada beliau menjunjung penuh titah pandangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, atau sekadar mengikut arahan Kabinet.
“Jika Speaker Dewan Rakyat merasakan beliau tidak mampu melaksana tiga perubahan berkenaan maka beliau dipelawa untuk meletakkan jawatan,” kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32612

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjelang Sidang Parlimen Esok Umno Ancam Letak Jawatan

Menjelang Sidang Parlimen Esok Umno Ancam Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 322 hits
Bersempena Sidang Parlimen Khas yang akan bersidang pada 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021 UMNO dengan ini membuat ketetapan berikut 1 Ahli Ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan pendirian parti untuk mengusulkan agar Parlimen mesti membahaskan d...
Lima Hari Pembatalan Ordinan Darurat Dirahsiakan Kabinet Xxl Pm Mesti Letak Jawatan

Lima Hari Pembatalan Ordinan Darurat Dirahsiakan Kabinet Xxl Pm Mesti Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 280 hits
HASSAN ABDUL KARIMBeberapa kali saya telah bangun di Dewan Rakyat semalam untuk berucap tetapi tidak diberi peluang oleh Speaker dan juga Timbalan Speaker Saya ingin berucap ringkas sahaja iaitu tentang perkara Perdana Menteri dan Menteri M...
Speaker Perlu Letak Jawatan Jika Tidak Penuhi 3 Tuntutan

Speaker Perlu Letak Jawatan Jika Tidak Penuhi 3 Tuntutan

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 346 hits
Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Yang di Pertua Dewan Rakyat supaya menjunjung maksud sebenar titah Yang di Pertuan Agong dan Raja Raja Pemerintah dengan membenarkan perbahasa...
Buat 3 Perkara Ini Atau Azhar Harun Letak Jawatan

Buat 3 Perkara Ini Atau Azhar Harun Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 321 hits
MALAYSIA DATELINEMajlis Presiden Pakatan Harapan memberi kata putus kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu melaksanakan tiga perkara yang disarankan atau meletakkan jawatan Tiga perkara tersebut yang disarankan oleh Pakatan Harapan iaitu Y...
Malam Hari Raya Korban Orang Ramai Desak Azmin Berkorban Letak Jawatan

Malam Hari Raya Korban Orang Ramai Desak Azmin Berkorban Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 343 hits
FAZLI RADZIPerutusan Hari Raya Aidiladha oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam ini hanya mengundang deretan kecaman dan sindiran warganet Orang ramai dilihat terus menempelak Ahli Parlimen Gom...
Kempen Lawan Selama 3 Hari Bermula Esok Gesa Muhyiddin Letak Jawatan

Kempen Lawan Selama 3 Hari Bermula Esok Gesa Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 345 hits
Malaysiakini Kempen secara fizikal dan dalam talian selama tiga hari yang dinamakan Lawan bakal bermula esok sebagai protes terhadap cara kerajaan menangani wabak Covid 19 Penganjur kempen Sekretariat Solidariti Rakyat menyenaraikan tiga tu...
Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Desak Ph

Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Desak Ph

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 253 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan selepas kehilangan sokongan Umno susulan penamatan sokongan serta merta parti berkenaan malam tadi Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataannya berkata ...
Desakan Muhyiddin Letak Jawatan Apa Kesudahannya

Desakan Muhyiddin Letak Jawatan Apa Kesudahannya

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 332 hits
Nasser AnfaniPETALING JAYA Pagi ini beberapa menteri dan Peguam Negara Idrus Harun dilaporkan bermesyuarat dengan Muhyiddin Yassin di kediaman Perdana Menteri itu Hasil perbincangan tidak diketahui lagi tetapi tentunya selamat untuk diramal...
Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Mixed Thoughts Prevail Among Malays Non Malays To Pmx S Unreadiness To Step Down

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Pertama Kali Beli Handbag Dato Aliff Syukri

Ikan Bakar Kak June