Peguam Negara Akan Saman Goldman Sachs As 4 5 Bilion



Putrajaya bersiap sedia untuk memfailkan saman sivil terhadap Goldman Sachs bagi menuntut kerugian berjumlah AS$4.5 Bilion (RM18.88 bilion) daripada bank pelaburan Amerika Syarikat (AS) itu atas peranannya mendapatkan dana yang kemudiannya digelapkan daripada 1MDB, menurut laporan Asia Times.

Ini berikutan saman yang difailkan oleh International Petroleum Investment Co milik Abu Dhabi (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investment pada 21 Nov terhadap Goldman Sachs kerana didakwa memberi rasuah kepada bekas pegawainya dalam skandal kewangan 1MDB itu.


Loading... Memetik sumber “yang mengetahui tentang persediaan” itu, laporan Asia Times berkata, Peguam Negara, Tommy Thomas akan mengemukakan hujah bahawa pihak pengurusan tertinggi bank berkenaan mengetahui tentang penipuan tersebut.

Saman berkenaan akan menamakan eksekutif kanan Goldman, termasuk mereka yang belum didakwa dalam kes jenayah yang difailkan baru-baru ini oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Menurut laporan itu lagi, Putrajaya akan mengemukakan hujah bahawa eksekutif kanan Goldman mengetahui perolehan daripada 3 keluaran bon 1MDB yang diruskan oleh bank berkenaan disalurkan kepada sebuah syarikat, Aabar BVI yang ditubuhkan di Kepulauan Virgin British, untuk kelihatan seperti syarikat dengan nama hampir sama, iaitu Aabar Investments, milik penjamin bon tersebut, syarikat pelaburan milik Abu Dhabi, IPIC.

Laporan itu menyebut, saman sivil terbaru Malaysia bernilai AS$4.5 bilion itu boleh menyebabkan penjualan baru saham senaraian awam bank berpangkalan di New York berkenaan.

Selepas memfailkan saman mereka, IPIC dan Aabar Investments berkata dalam satu kenyataan, “Goldman Sachs bersubahat dengan individu dari Malaysia untuk merasuah dan menyuap 2 pegawai, iaitu Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, bagi melanjutkan perniagaan Goldman Sachs, sekali gus merugikan kepentingan perniagaan IPIC dan Aabar Investments.”

DoJ sebelum itu mendakwa 2 bekas pegawai bank Goldman Sachs, iaitu Tim Leissner dan Roger Ng, selain ahli perniagaan yang kini diburu, Low taek Jho atau Jho Low, kerana peranan mereka yang membenarkan berlakunya penipuan dana 1MDB.

Pada 12 Nov, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Putrajaya akan menuntut dikembalikan wang berjumlah AS$600 juta yang dibayar kepada Goldman sebagai fi untuk mendapatkan dana berjumlah AS$6.5 bilion bagi pihak 1MDB dalam 3 keluaran bon berasingan antara 2012 dan 2013.

Menurut Asia Times, peningkatan mendadak dalam kerugian yang dituntut oleh Putrajaya daripada fi sebanyak AS$600 juta kepada AS$4.5 bilion, selain niat untuk memfailkan kes sivil formal terhadap Goldman, membayangkan paras keyakinan baru kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menuntut keadilan berhubung penipuan berkaitan skandal 1MDB melalui sistem perundangan asing.

Ia mengisyaratkan, menurut laporan itu, bahawa Dr Mahathir kini mengambil “pendekatan agresif tetapi praktikal” dalam menunaikan janji pilihan raya untuk segera mendapatkan semula wang berjumlah berbilion ringgit yang dicuri daripada 1MDB.

Janji tersebut merupakan sebab utama kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya yang menjatuhkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan kerajaan Barisan Nasional pimpinannya, kata laporan itu lagi.

“Sehingga kini, usaha kerajaan Malaysia mendapatkan semula wang 1MDB yang hilang bergantung sebahagian besarnya atas kerjasama dengan DoJ dalam satu langkah sejagat yang bertujuan membina kes sivil dan jenayah terhadap individu terbabit dalam usaha mendapatkan semula aset serta dana yang bertaburan di lebih sedozen sistem perundangan di seluruh dunia.

“Walaupun ini kelihatan seperti langkah penting dalam strategi mendapatkan semula dana 1MDB oleh Malaysia, namun penyiasatan DoJ yang lembab ke atas beberapa individu setakat ini, ternyata menyebabkan Tommy mengambil remedi perundangan lebih cepat dengan menyasarkan Goldman di mahkamah AS,” kata laporan tersebut.

Pada 30 Okt, Tommy berkata, pejabatnya akan mencabar “bayaran persetujuan” yang ditandatangani Najib dan difailkan di Mahkamah Timbangtara London, yang menghendaki Malaysia membayar sebanyak AS$5.78 bilion kepada IPIC dalam tempoh 5 tahun sebagai penjamin bon 1MDB yang dikeluarkan dengan bantuan Goldman.

Fi terbabit merangkumi sejumlah besar bayaran faedah, yang jika dilunaskan akan terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai di Malaysia.

Di bawah perjanjian itu dan setakat Okt 2018, kerajaan Malaysia berhutang dengan IPIC sebanyak AS$1.2 bilion – jumlah yang mahu diketepikan oleh kerajaan Dr Mahathir.

Najib, yang menubuhkan 1MDB, kini berhadapan dengan pertuduhan pengubahan wang. Beliau bagaimanapun memohon dibicarakan. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/peguam-negara-akan-saman-goldman-sachs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Icerd Dibawa Kepada Pertimbangan Jabatan Peguam Negara

Isu Icerd Dibawa Kepada Pertimbangan Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 240 hits
19 November 2018 8 56 PM KUALA LUMPUR Isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskrinimasi Kaum telah dibawa kepada pertimbangan Jabatan Peguam
Why Not Anwar Call His Friends At The Imf World Bank They Are Also From Goldman Sachs

Why Not Anwar Call His Friends At The Imf World Bank They Are Also From Goldman Sachs

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 243 hits
Here is a joke govt has to take aggressive action for compensation from Goldman Sachs over 1MDB scandal that tarnished country s reputation Dewan Rakyat told todayAnwar said M sia should take action to demand return of US 600m commission no...
Kit Siang To Goldman Sachs Sorry Is No Cure Pay Up

Kit Siang To Goldman Sachs Sorry Is No Cure Pay Up

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 239 hits
Banking giant Goldman Sachs must now explain how it intends to compensate Malaysians for its role in the 1MDB controversy said DAP parliamentarian Lim Kit Siang It is not enough for the global mega bank Goldman Sachs to feel horrible for it...
Goldman Sachs Group Menipu Tun M

Goldman Sachs Group Menipu Tun M

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR Bank bank di Goldman Sachs Group Inc menipu Malaysia dalam urusan membabitkan dana 1Malaysia Development Bhd kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Bank pelaburan Amerika Syarikat itu berada di bawah pengawasan susulan pe...
Pas Ragu Tindakan Peguam Negara

Pas Ragu Tindakan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 232 hits
by Published on November 13 2018 KUALA LUMPUR Pas meragui tindakan Peguam Negara yang menghentikan tindakan perundangan yang sedang berjalan terhadap pemimpin PH Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sedangkan tindakan terhadap lawan politik ...
Report Ag Thomas To File Rm19 Bil Suit Against Goldman Sachs

Report Ag Thomas To File Rm19 Bil Suit Against Goldman Sachs

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 199 hits
Putrajaya is preparing to file a civil suit against Goldman Sachs seeking US 4 5 billion in damages for the US investment bank s role in raising funds that were later misappropriated from 1MDB according to a report in Asia Times This comes ...
Ipic Saman Goldmand Sachs Pihak Lain Berhubung Kes 1mdb

Ipic Saman Goldmand Sachs Pihak Lain Berhubung Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 307 hits
IPIC mendakwa bank pelaburan itu memainkan peranan utama dalam usaha untuk merasuah bekas eksekutif IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investments
Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Disember ini untuk pengurusan kes saman Penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang didakwa mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya di sebua...
Tommy Thomas Premature And Untrue That Malaysia Will Seek Us 4 5bil In Damages From Goldman Sachs

Tommy Thomas Premature And Untrue That Malaysia Will Seek Us 4 5bil In Damages From Goldman Sachs

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 225 hits
Attorney General Tommy Thomas has said that it was premature and untrue that Malaysia would be seeking US 4 5bil in damages from Goldman Sachs refuting an Asia Times article When contacted Thomas did not elaborate on the issue The article s...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo