Spa Ceylon Ayurveda Tawarkan Rangkaian Produk Spa Dan Kecantikan



Spa Ceylon Ayurveda Tawarkan Rangkaian Produk Spa Dan Kecantikan. Setiap wanita memang menitikberatkan penjagaan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ada sesetengah wanita mungkin terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk ke spa. Oleh kerana memahami yang wanita memang sukakan kecantikan diri, Spa Ceylon Ayurveda telah memperkenalkan rangkaian produk spa, wellness dan kecantikan.

Spa Ceylon tidak menyediakan rawatan spa sebaliknya menjual produk spa, wellness, kecantikan dan you all boleh melakukannya sendiri di rumah.

Pemandangan salah satu outlet Spa Ceylon
Spa Ceylon Ayurveda Menyediakan Rangkaian Produk Spa Dari Sri Lanka

Spa Ceylon menawarkan pelbagai produk seperti produk penjagaan badan dan mandian, produk kecantikan, produk kesihatan dan aroma. Termasuklah juga minyak rawatan, minyak urut, minyak mandian dan minyak pati dengan bauan yang menenangkan. Setiap produk Spa Ceylon menggunakan pendekatan berasaskan Ayurveda dimana ia menggunakan herba, mineral eksotik dan buah-buahan dari Sri Lanka.

Setiap rangkaian produk Spa Ceylon adalah merupakan hasil hampir 50 tahun kepakaran dalam bidang produk kesihatan dan kecantikan semulajadi dari perintis dalam rawatan kecantikan Ayurveda moden di Sri Lanka.

Jika dilihat pembungkusan produknya pula, kelihatan canggih dan kotak hadiah nampak mewah dengan seni istana tradisional yang berwarna warni.



Produk-produk Spa Ceylon diformulasi menggunakan bahan-bahan semulajadi terbaik seperti Aloe Vera segar, minyak kepala dara, garam Lautan India yang kaya dengan mineral dan rempah Ceylon. kesemua produk bebas dari alkohol dan tidak mempunyai ramuan asal haiwan. Jadi tak perlu ragu-ragu untuk menggunakannya.

Antara produk-produk Spa Ceylon
Pembungkusan kotak yang nampak mewah dan bercirikan seni tradisional
Mengenai Ayurveda
Ayurveda merupakan salah satu sistem penyembuhan holistik tertua di dunia dimana ia diasaskan beribu tahun yang lalu di India, berdasarkan kepercayaan bahawa kesihatan dan kesejahteraan bergantung kepada keseimbangan antara minda, badan, dan semangat.

White Jasmine Facial Cleanser Foam dan Night Repair Face Treatment Oil 

Zaza sendiri juga tidak melepaskan peluang untuk memiliki produk Spa Ceylon. Dua produk yang zaza dapatkan adalah White Jasmine Facial Cleanser Foam 100ml dan Night Repair Face Treatment Oil.


White Jasmine Facial Cleanser 100ml

Dengan formula buih yang kaya dengan bahan bunga tulen dan herba Ayurveda yang kuat untuk membersihkan kulit secara mendalam tanpa mengeringkan kulit. Mengandungi minyak zaitun dan Kokum Butter yang membantu membuang kotoran dan berkesan menghapuskan minyak dan kesan solekan pada wajah. Turut mempunyai Aloe Vera organik dan Vitamin semulajadi yang membantu menyegarkan, mencerahkan dan melembutkan kulit. Ekstak Licorice, Green Tea, Watercress dan Bearberry pula membantu menghalang pembentukan sel-sel kulit gelap dan Aroma eksotik Jasmine membantu mencerahkan kulit.

* Dosha Type  - Vatha*Untuk kulit kering normal * Bebas Mercury * Bebas Paraben * Bebas Paraffin* Penuaian Lestari * 100% Vegetarian* Tidak diuji pada Haiwan * Menyokong Komuniti Trad
White Jasmine Facial Cleanser Foam
Night Repair Face Treatment Oil

Merupakan Minyak Jasmine 100% tulen bagi membantu meringkankan, mencerahkan dan menerangi kulit dengan lembut. Mengandungi Ekstrak Minyak Zaitun yang berkonsentrasi menggabungkan Rice Bran dan vitamin semulajadi yang dapat memberikan ketenangan, menyuburkan dan menghidrat klit.Ia juga membantu dalam mempercepatkan proses pemulihan kulit. Almond Sweet, Avocado dan Wheat germ pula membantu menenangkan kulit keseluruhan secara menyeluruh sekaligus menyihatkan kulit.

Cara penggunaan : dipakai pada waktu malamSelepas cuci muka, oleskan pada wajah. Kemudian ratakan dengantangan secara menyeluruh sehingga ke leher
Night Repair Face Treatment Oil
Kedua-dua produk ini zaza dah pakai seminggu. Zaza suka akan bauannya yang wangi dari bauan Jasmine. Memakaianya cukup menenangkan. You all kalau tengah rileks dimalam hari, boleh pakai ni..memang best.

Harga untuk Facial Cleanser Foam ( RM82.00 ) dan Night Repair Treatment Oil ( RM193.00 )
Lain-lain produk yang terdapat di Spa Ceylon

Spa Ceylon mempunyai 5 outlet di Malaysia. Outlet ini terletak di :
1. NU Sentral, LG 12, NU Sentral Shopping Mall, Jalan Tun Sambanthan, KL2. KLIA - Departure Area3. Publika, Jalan Dutamas 1, KL4. Taman Danau Desa, 11-0-10, Danau Business Centre, KL5. Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, KL
Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk-produk dari Spa Ceylon, boleh lah mengunjungi mana-mana outlet yang berhampiran dengan you all.

Untuk melihat produk-produk dan pembelian boleh melayari 
Website : https://spaceylon.com.my Jangan lupa MASUKKAN KOD DISKAUN : SPAWITHZAZAInfo terkini di laman facebook rasmi https://www.facebook.com/spaceylonmalaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2019/04/spa-ceylon-ayurveda-tawarkan-rangkaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rangkaian Produk Penjagaan Bayi Joielle Baby Selamat Untuk Bayi Anda

Rangkaian Produk Penjagaan Bayi Joielle Baby Selamat Untuk Bayi Anda

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 480 hits
RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN BAYIJOIELLE BABY Selamat Untuk Bayi AndaHai Hari ni TB nak share tentang satu produk yang popular jugak dikalangan mommy mommy yang sukakan produk produk yang sudah terbukti menggunakan bahan bahan yang selamat da...
Spa Ceylon Virgin Coconut Home Spa Set

Spa Ceylon Virgin Coconut Home Spa Set

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 413 hits
Sebut pasal SPA mesti dalam kepala akan fikir harga dan promosi yang mana patut di ambil Mesti banyak senarai SPA yang pernah korang kaji dan buat penyelidikan mana terbaik dan berbaloi untuk di ambil Pernah tak kalau kau terfikir kalau bua...
Safi Dermasafe Baharu Rangkaian Produk Pembersih Muka

Safi Dermasafe Baharu Rangkaian Produk Pembersih Muka

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 525 hits
Sekali lagi ana nak terbitkan di sini mengenai rangkaian produk pembersih muka yang pastinya telah di kenali wanita di seluruh tanahair iaitu Safi Safi kini telah banyak menghasilkan formulasi yang sesuai mengikut keperluan permasaalahan je...
Apps Verify Halal Bantu Pelancong Islam Kenali Produk Halal

Apps Verify Halal Bantu Pelancong Islam Kenali Produk Halal

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 405 hits
Apps Verify Halal Bantu Pelancong Islam Kenali Produk Halal ok Keperluan umat Islam terutamanya pelancong dalam mencari produk halal kini lebih mudah dengan pengenalan Aplikasi Verify Halal Menerusi aps tersebut pengguna boleh membuat semak...
Jakim Halal Semakan Online Dan Sms Senarai Produk Yang Dapat Sijil

Jakim Halal Semakan Online Dan Sms Senarai Produk Yang Dapat Sijil

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 750 hits
Jakim Halal Semakan Online dan SMS Senarai Produk Yang Dapat Semak Sijil Halal Jakim Berbanding bukan Islam kita sebagai orang Islam ada tanggungjawab yang wajib untuk memastikan makanan yang masuk dalam badan kita adalah bersih daripada pe...
Jauh Sebelum Mengenal Tekonologi Begini 12 Gambaran Iklan Produk Indonesia Zaman Jebot Lucuk Ya

Jauh Sebelum Mengenal Tekonologi Begini 12 Gambaran Iklan Produk Indonesia Zaman Jebot Lucuk Ya

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 323 hits
Kalau zaman dulu iklannya udah oke begini nggak heran dong kalau sekarang banyak kreator Indonesia yang mendunia Salut
Kemenperin Siapkan Regulasi Produk Tembakau Alternatif

Kemenperin Siapkan Regulasi Produk Tembakau Alternatif

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 257 hits
Perkembangan industri 4 0 harus bisa dikembangkan dengan baik Sehingga pihaknya memberikan apresiasi ketika induk perusahaan Sampoerna mulai mengembangkan produk tembakau alternatif Iqos yang dipanaskan bukan dibakar
3 Produk Asam Ini Disahkan Tidak Selamat Untuk Dimakan Oleh Kkm

3 Produk Asam Ini Disahkan Tidak Selamat Untuk Dimakan Oleh Kkm

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 745 hits
Jika anda peminat asam atau jeruk dalam botol mungkin selepas ini anda perlu lebih berhati hati Baru baru ini pihak KKM mengeluarkan amaran tentang beberapa produk asam yang disahkan bah aya untuk kesihatan Difahamkan produk ini telah diamb...
Anzalna Nasir Duta Eksklusif Produk Nr

Anzalna Nasir Duta Eksklusif Produk Nr

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 420 hits
MISB Resources Sdn Bhd mengumumkan pelakon Anzalna Nasir sebagai duta jenama produk NR untuk tempoh setahun bermula 25 Mac 2019 Pemilihan selebriti yang memasuki trimester kedua kehamilan itu bertepatan dengan misi meremajakan jenama produk...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan