Rangkaian Produk Penjagaan Bayi Joielle Baby Selamat Untuk Bayi Anda



RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN BAYI
JOIELLE BABY | Selamat Untuk Bayi Anda
Hai.. Hari ni TB nak share tentang satu produk yang popular jugak dikalangan mommy-mommy yang sukakan produk-produk yang sudah terbukti menggunakan bahan-bahan yang selamat dalam penghasilannya.. Produk tu ialah dari jenama Joielle Baby iaitu Rangkaian Produk Penjagaan Bayi yang selamat digunakan untuk bayi.

Mommy-Mommy yang baru kenal atau baru dengar tentang Joielle Baby ni, meh baca sedikit info tentang Joielle Baby ni.. Joielle Baby  ni telah berada di pasaran selama 4 tahun  dan menghasilkan produk baby yang berkualiti dan mempunyai piawaian tersendiri. Haa.. untuk info selanjutnya korang boleh la search lebih detaildi link2 website yang TB nyatakan dibawah sekali ni yea.. klik je.. hehehe..

Haaa sebab apa kita perlu memilih Joielle Baby? Sebab utama mengapa kita harus memilih ialah kerana ia telah mendapat kelulusan KKM dan telah Diperakui oleh HALAL JAKIM. serta telah diuji secara Dermatologist oleh Badan persijilan Eropah, Harlan Lab Ltd dan juga diuji dari SWISS LAB mengatakan bahawa semua ramuan yang digunakan adalah selamat dan sesuai untuk bayi. Ia juga Hypoallergenic (merujuk kepada semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk Joielle Baby jarang dikaitkan dengan reaksi alahan, ini berdasarkan ujian yang dilakukan oleh Joielle Baby dimana hasilnya menunjukkan 92% bayi sesuai dengan Joielle Baby).

Yang pasti.. Mommy-Mommy akan jatuh cinta pada pembungkusan produk Joielle Baby sebab packaging dia memang comelll sangat-sangat tau.. dengan design yang soft dan kotak yang cantik.. Buat TB sendiri rasa geram je tau.. hehehe


Haaa.. inilah rupa kotak dilihat dari luar.. comel kan.. packaging TB bagi A+ laa.. heheh.. 
Dekat TB ni ada 6 item/produk dari Joielle Baby, iaitu Baby Bath, Baby Oil, Baby Shampoo, Baby Cream, Baby Lotion dan Joielle Chest & Tummy Rub dan bukan ada 6 saja produk Joielle Baby  ni tau.. ada banyak lagi yang lain.. korang boleh tengok kat website kat bawah ni yea..

Untuk pengetahuan korang sepeerti yang TB nyatakan tadi.. Kebanyakan produk Joielle Baby berasaskan dari bahan-bahan semulajadi... Joielle Baby turut diuji secara klinikal.. Jadi, Joielle Baby selamat digunakan untuk babies dan mommies yea.. 



1) Joielle Baby Bath 
Joielle Baby Bath sangat-sangat sesuai untuk kegunaan harian, Produk ini dapat membantu memperbaiki struktur kulit.. haaa.. bau dia juga sedap (bukan sedap nak makan ye) sedap hidung menghidunya.. bau lembut.. hehehe..

Antara kebaikan Joielle Baby Bath ialah ia membantu mengembalikan kelembapan kulit bayi, so ia dapat mengurangkan masalah kulit kering ..


Joielle Baby Bath juga mengandungi relaxing scents bagi memberi ketenangan kepada bayi sebelum tidur. ha.. tak perlu risau, ia kan telah diuji secara klinikal, so bolehlah digunakan setiap hari

✅Memberi dan melindungi kelembapan pada kulit bayi ✅Merawat masalah keradangan dan kemerahan. ✅Mempunyai kandungan relaxing scent yg mampu menenangkan bayi, dan memudahkan bayi untuk tidur lebih lena.

Haaa.. dalam Joielle Baby Bath  ni kan, ada Vitamin E dan ekstrak Aloe Vera tau..  Vitamin E & Aloe Vera ni boleh melembapkan kulit bayi dan merawat kemerahan serta keradangan kulit.  

Antara kelebihan Vitamin E ni ialah ia mengandungi antioksidan yang berguna untuk mencegah masuknya radikal bebas ke dalam kulit dan berfungsi untuk membuat kolagen terbentuk kembali dengan cepat sehingga kulit menjadi lebih cerah dan tidak kusam


Manakala Aloe vera pula bertindak sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit dan membantu memulihkan keadaan kulit yang kering dan rosak. 
Cara nak guna? senang aje.. tak yah gitau pun korang tau dah kan... 

Mesti mommies suka baby wangi sentiasa kan.. Joielle Baby Bath yang mengandungi wangian dapat memberikan ketenangan kepada babies .


2) Joielle Baby Cream 
Joielle Baby Cream ni membekalkan kelembapan kepada kulit bayi setiap hari. Haa.. Sangat sesuai untuk bayi yang mudah terkena ruam pada kulit dan juga bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Oh ya.. Mommy-mommy Jangan risau, Joielle Baby Cream ni serta semua produk Joielle Baby ni.. No Paraben, No SLS, dan No Steroid yea.. ! Joielle Baby adalah Produk Asli. So, dont worry nak sapu ke baby korang..



Joielle Baby Cream Sesuai bagi bayi yang mempunyai kulit normal dan juga kulit sensitif. Selain boleh melembapkan kulit dan beri pelindungang pada kulit baby ia juga boleh digunakan untuk melegakan ruam lampin. Dismaping itu penggunaan yang betul boleh menghilangkan atau mengurangkan keradangan seperti kemerahan dan kegatalan pada kulit bayi

Kandungan Joielle Baby Cream ni juga selamat kerana ia diformulasi dari extract Aloe Vera & Vitamin E juga.. haa.. baguskan semua produk ada Vitamin E dan Aloe vera..

Fungsi dan kegunaannya pula ialah Joielle Baby Cream  ini berfungsi untuk menangani masalah demam panas, ruam susu, ruam lampin, dan kulit kemerah-merahan . . . 


3.) Joielle Baby Shampoo
Joielle Baby Shampoo ni kalau korang nak tahu ia adalah salah satu produk kegemaran mommy-mommy tau sebab Bau dia, Tekstur dia, perfect! nyaman je.. hihi.. TB baru test tadi.. kih3.. Sorry Harraz.. mama try sikit.. hehe.. 

Joielle Baby Shampoo ni boleh menyelesaikan masalah cradle cap yang menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. So.. kulit kepala baby korang akan bersih dan tiada kuping-kuping atau kulit mati yang sukar dibersihkan

Seperti produk-produk Joielle Baby  yang lain.. Joielle Baby Shampoo  ini juga mengandungi Vitamin E dan Aloe Vera ekstrak, Baby mommy-mommy akan berasa segar dan bersih je lepas dimandikan dan di syampu dengan Joielle Baby Shampoo ni.. Ia adalah Symapu bayi yang Intensif dimana ia berkesan melembabkan dan melindungi kulit kepala baby kita secara mendalam .

Selepas guna mommy-mommy akan perasan rambut baby korang nampak lembut dan bersinar.. cewah.. betul.. tak caya cubalah.. hehehe.. Macam TB kata tadi.. ia diuji secara Dermatologi.. so, seuai untuk kegunaan harian.. selamat.. InsyaAllah..


Ni cara guna.. baca sendiri ye.. hehe


5.) JOIELLE CHEST & TUMMY RUB  
Haa.. ni lagi satu produk Joielle Baby yang TB dah test tadi.. ehhh.. hahahaha.. mommy yang test dulu yea.. eh. eh.. mesti lah tau.. kita kena test dulu sebelum beri pada baby..

Haaa.. produk yang ni namanya Joielle Baby Chest & Tummy Rub yang diperkaya dengan eucalyptus , rosemary , dan peppermint yang berkesan dalam melegakan masalah pencernaan, ia juga dapat melegakan selesema dan batuk si kecil, seterusnya dapat mengatasi masalah perut kembung. Sesuai untuk kegunaan harian juga.. Paling best sebab ia sesuai untuk kulit normal, kulit sensitif, dan kulit kering.. So, semua baby boleh pakai.. mama baby pun boleh pakai.. yeayy.. opss.

Joielle Baby Chest & Tummy Rub 
Haaa.. kalau si kecil ada masalah perut kembung atau kerap merengek sebab perut tidak selesa tu, boleh la try sapu Joielle Baby Chest & Tummy Rub ni sebab ia dapat memberikan keselesaan kepada Bayi korang untuk atasi perut kembung tu.. Mommies hanya urutkan baby korang dengan Joielle Baby lotion dan mommies kemudian sapukan Joielle Baby Chest & Tummy Rub pada bahagian dada, perut dan bahagian belakang badan bayi korang. 

Joielle Baby Chest & Tummy Rub ni comel sangat.. so, amat mudah untuk dibawa kemana-mana dan ia disediakan dalam bentuk krim yang memudahkan mommies untuk menggunakannya dalam kuantiti yang diperlukan. Teksturnya dalam bentuk krim dan bukan oil/minyak ni dapat mengurangkan risiko tertumpah jika tidak disimpan dalam keadaan baik

Yang paling penting.. ia juga tidak mengandungi PARABEN, Tidak mengandungi SLS, dan Tanpa bahan kimia berbahaya.. dan diulangi.. ia juga diikitiraf oleh HALAL JAKIM , KKM dermatologist tested dan hyposllergenic. Jadi ! Mommies tidak perlu risau untuk memakainya.


6.) Baby Oil 
Ok .. Last.. TB nak citer pasal Joielle Baby Oil ni pulak. Banyak kebaikan juga Baby Oil ni tau, ditambah pula kelebihan yang ada dalam kandungan produk Joielle Baby ni.. Kalau korang nak tahu Joielle Baby Oil ni  diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan Vitamin E juga.. Kalau kita sapu pada kulit baby kita, ia dapat melindungi kulit si kecil dari sinar UV , melembapkan kulit dan melembutkan kulit si kecil.. 
Joielle Baby Oil ni sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit seperti kulit sensitif , kulit kering , dan kulit normal sebab ia bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya dan berasaskan dari bahan-bahan semulajadi.. So, insyaAllah baby yang ada lahan kulit tu pun boleh guna dengan selamat.. 
Kebaikan  Joielle Baby Oil ni antaranya ialah ia boleh membantu menghindarkan dan membersihkan kuping kepala baby, hanya sapu pada kulit kepala baby tu dan biarkan ia meresap sendiri, tekstur dia yang mudah menyerap ke dalam kulit tu akan membuatkan kulit kepala baby jadi lembap dan sekata seterusnya menjadikan kulit kepala baby sihat..

Boleh juga digunakan semasa membuat urutan pada badan si kecil untuk kulit yang lebih lembut dan lembap. Haa.. Bukan sahaja boleh melembutkan , malah ia sesuai sebagai minyak rambut untuk mendapatkan rambut yang lebih kuat , lebat , dan bersinar ..

Boleh tengok bawah ni benefit menggunakan Joielle Baby Oil  ni yea..    
Haa.. untuk kesan lebih baik.. Mommies bolehlah gunakan Joielle Baby oil ni selepas mandikan baby dan urut guna Joielle Baby Oil  dalam 5 minit.. Untuk bahagian kepala pula, lepas sapu dalam 5 minit tu.. kemudian , sikat kepala baby untuk menghilangkan kerak kepala tersebut .. hati-hati.. jangan kasar-kasar .. kang luka pulak kulit kepala baby tu.. 

7.) Joielle Baby Lotion 
Okeh.. Last produk yang TB nak syor kan ialah .. Joielle Baby Lotion . Haa.. yang ni pun antara produk hot piluhan mommy-mommy tau.. TB saja je intai-intai Instagram Joielle Baby  dan ternampak ada yang komen best guna Joielle Baby Lotion  sebab ia dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada bayi diorang, Antaranya ialah ia memberikan kesan kelembapan kepada kulit bayi sepanjang hari, dan semestinya bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya, paraben dan SLS kannn.
Joielle Baby Lotion dapat membekalkan kelembapan kepada bayi sepanjang hari tau mommies.. Digalakkan untuk menggunakan selepas mandi ye mommies.. Dapat juga memberikan kesegaran kepada si kecil



Haaaa.. Bahan-Bahan yang terkandung dalam Joielle Baby Lotion  ni juga turut diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan Vitamin E.. Vitamin E mengandungi antioksidan yang berguna untuk mencegah masuknya radikal bebas ke dalam kulit. Juga berfungsi untuk membuat kolagen terbentuk kembali dengan cepat sehingga kulit menjadi lebih cerah dan tidak kusam. Aloe vera pula bertindak sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit dan membantu memulihkan keadaan kulit yang kering dan rosak.

Hai.. lembut lagilah kulit baby kita yea lepas guna Joielle Baby Lotion ni yea.. hehehe.. Ops.. jom tengok cara guna lak.. baca sendiri ye.. 


Joielle Baby boleh didapati di kedai-kedai seperti kedai penjagaan Ibu, Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah), Bangi, Tateh, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Mrissa Shoppe .

Jangan lupa lawati website Joielle Baby juga di link-link dibawah ni untuk info lebih detail tentang produk-produk terbaik dari Joielle Baby untuk si kecil korang :


Website :
www.joiellebaby.com
Instagram :
www.instagram.com/joiellebabyhq
Facebook :
www.facebook.com/joiellebaby



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/SharingMyCeritera/~3/RnbC50KmNao/rangkaian-produk-penjagaan-bayi-joielle.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Joielle Baby Setiap Ibu Harus Miliki Untuk Si Manja

Joielle Baby Setiap Ibu Harus Miliki Untuk Si Manja

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 419 hits
Apa sahaja yang berkaitan kesihatan keceriaan anak anak adalah menjadi satu keutamaan bagi setiap pasangan suami isteri masa kini Zuriat yang di anugerahkan kepada kita adalah menjadi satu amanah untuk kita mempastikan mereka dapat membesar...
Doktor Tunjuk Bawah Lapisan Kudup Bayi Banyak Kotoran Baby Ziyad Bersunat Seawal Umur 3 Bulan

Doktor Tunjuk Bawah Lapisan Kudup Bayi Banyak Kotoran Baby Ziyad Bersunat Seawal Umur 3 Bulan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 547 hits
Amalan berkhatan baik dan diperintahkan dalam Islam Berkhatan pada usia kanak kanak memberi 100 peratus perlindungan daripada barah kelamin dan perlindungan maksimum bagi lelaki dewasa Menerusi akaun facebook Puan Sakinah telah berkongsi pe...
Produk Bayi Young Living Bebas Kandungan Sls Paraben Pewangi

Produk Bayi Young Living Bebas Kandungan Sls Paraben Pewangi

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 562 hits
Bukan lagi rahsia bagi mereka yang mengikuti saya di Facebook Selain kes saman antara saya founder tati tu Ni kes antara saya dengan orang dalam perut Macam hangpa dok baca kat facebook kadang kadang kadang saya ada update tentang kehamilan...
3 Produk Asam Ini Disahkan Tidak Selamat Untuk Dimakan Oleh Kkm

3 Produk Asam Ini Disahkan Tidak Selamat Untuk Dimakan Oleh Kkm

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 745 hits
Jika anda peminat asam atau jeruk dalam botol mungkin selepas ini anda perlu lebih berhati hati Baru baru ini pihak KKM mengeluarkan amaran tentang beberapa produk asam yang disahkan bah aya untuk kesihatan Difahamkan produk ini telah diamb...
Penjelasan Tentang Produk Cetaphil Yang Di Katakan Mengandungi Bahan Tidak Selamat

Penjelasan Tentang Produk Cetaphil Yang Di Katakan Mengandungi Bahan Tidak Selamat

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 835 hits
Khairul Yoi satu entiti yang dalam kategori anonymous tapi sebenarnya tak berapa anonymous juga Cuma ramai yang tak tahu siapa dia termasuklah saya Saya cuma banyak follow posting posting berkaitan info info produk di page beliau Khairul Yo...
Tak Sampai 4 Jam Tahan Kontraksi Linda Beego Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tak Sampai 4 Jam Tahan Kontraksi Linda Beego Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 342 hits
Pelakon Linda Hashim telah selamat melahirkan anak ketiganya bayi perempuan yang sangat comel pada isnin minggu lepas Berita gembira ini dikongsi beliau baru baru ini buat semua peminatnya menerusi akaun instagram Beliau yang mendirikan rum...
Love Earth Menawarkan Pelbagai Produk Organik Sedap Termasuk Mee Dan Beras Untuk Bayi

Love Earth Menawarkan Pelbagai Produk Organik Sedap Termasuk Mee Dan Beras Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 2248 hits
Assalamualaikum hi korang Eh nak tanya korang pernah dengar tak nama LOVE EARTH Ini bukan nama filem ataupun pusat kitar semula tau tapi Love Earth yang daku maksudkan ini adalah jenama bahan makanan yang selamat dan bersifat semulajadi sep...
Label Botol Bayi Silikon Baby Koala

Label Botol Bayi Silikon Baby Koala

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 492 hits
Label Botol Bayi Silikon Baby Koala Bukan buku je mummy pakai label nama untuk anak anak Botol minuman mereka pun mummy gunakan label Senang tak bergaduh nanti tanya botol ini air siapa Sebab kami banyak belikan air mineral di rumah mak Sen...
Kerja Keras Dapatkan Stok Susu Buat Baby Ally Dr Tengku Ezulia Kongsi Tip Konsisten Susukan Bayi Walaupun Sibuk Bekerja

Kerja Keras Dapatkan Stok Susu Buat Baby Ally Dr Tengku Ezulia Kongsi Tip Konsisten Susukan Bayi Walaupun Sibuk Bekerja

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 660 hits
Bila habis sahaja tempoh berpantang satu hal yang menjadi kerisauan ibu ibu pastinya untuk menyediakan stok bekalan susu sebelum kembali bekerja Risau anak tidak cukup susu ketika bekerja nanti Perkongsian Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias