Sorok Ratusan Bilion Bekas Menteri Kewangan Antara Disiasat


hmetro.com.my14/02/2023
GAMBAR hiasanKuala Lumpur: Seorang bekas Menteri Kewangan dan beberapa individu kenamaan lain antara disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan 'Pandora Papers' yang mendedahkan mengenai penyimpanan harta luar biasa di luar negara.

Difahamkan, menteri berkenaan sudah diambil keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Sumber yang dilapor BH berkata, siasatan ketika ini adalah menjurus kepada kekayaan luar biasa yang dimiliki beberapa individu dan kaitan dengan syarikat luar pesisir di luar negara.

SPRM juga menyiasat, adakah terdapat hubung kait kewangan yang dimilik hasil daripada tender dan projek kerajaan.

Setakat ini juga, difahamkan tiada pembekuan aset dilakukan oleh SPRM.

Malah ramai lagi individu termasuk bekas menteri dan keluarga yang mempunyai kaitan dengan dakwaan 'Pandora Papers'.

Sementara itu, usaha BH untuk menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika ini masih belum berhasil.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Ketua Pembangkang pernah mengusulkan untuk membahaskan pendedahan Pandora Papers.

Beliau pada sesi Parlimen 2021, berang malah menuduh Speaker Dewan Rakyat ketika itu sengaja menolak usul itu, malah mendakwa, Datuk Azhar Azizan bertindak sebagai 'peguam bela' kepada pemimpin politik dan ahli perniagaan yang dikaitkan dalam laporan itu.

Anwar berkata, pendedahan `Pandora Papers' itu perlu dibentang dan dibahaskan dengan segera kerana wujud dakwaan menyatakan jumlah wang dari Malaysia yang disimpan di luar negara, mencecah ratusan bilion.

Katanya, ia wajar dibahaskan segera kerana ia bukan saja membabitkan Pandora Papers, tetapi juga laporan Global Financial Integrity 2012 serta pendedahan Panama Papers pada 2015.

Pendedahan Pandora Paper menyebut, kira-kira 12 individu Malaysia termasuk empat ahli politik di antara puluhan ketua negara, kerajaan dan pemerintah dari serata dunia yang didapati menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir bagi menyembunyikan aset bernilai ratusan juta dolar, sepanjang 25 tahun lalu.
Disiarkan pada: Februari 14, 2023 @ 2:07pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/sorok-ratusan-bilion-bekas-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Menteri Disiasat Sprm Kes Sorok Ratusan Billion Duit Rakyat

Bekas Menteri Disiasat Sprm Kes Sorok Ratusan Billion Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 261 hits
Seorang bekas Menteri Kewangan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung Pandora Papers yang mendedahkan mengenai penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit Difahamkan menteri berkenaan sudah diambil k...
Bekas Menteri Kewangan Berusia 80 An Didakwa Menyimpan Harta Ratusan Bilion Ringgit Di Luar Negara

Bekas Menteri Kewangan Berusia 80 An Didakwa Menyimpan Harta Ratusan Bilion Ringgit Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 354 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan sedang menjalankan siasatan terhadap seorang bekas Menteri Kewangan yang didakwa menyimpan harta berjumlah ratusan bilion ringgit di luar negara yang didedahkan Pandora Papers Difahamkan pem...
Pandora Papers Siapa Bekas Menteri Yang Disiasat Sprm

Pandora Papers Siapa Bekas Menteri Yang Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 229 hits
Pandora Papers adalah pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia termasuk Malaysia yang menyembunyikan kekayaan masing masing dengan menggunakan perkhidmatan offshore Offshore merujuk kepada syarikat berpangkalan...
Kertas Pandora Sprm Panggil Bekas Menteri Anak Bekas Pm Laporan

Kertas Pandora Sprm Panggil Bekas Menteri Anak Bekas Pm Laporan

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 236 hits
BERITAKertas Pandora SPRM panggil bekas menteri anak bekas PM SPRM telah merekodkan kenyataan seorang bekas menteri berhubung kekayaan di luar negara sebagaimana didedahkan kebocoran Kertas Pandora yang dilaporkan pada 2021 menurut laporan ...
Sprm Siasat Bekas Perdana Menteri Dan Menantu

Sprm Siasat Bekas Perdana Menteri Dan Menantu

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 366 hits
Kalbana Perimbanayagamam hmetro com myKuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat seorang bekas Perdana Menteri dan menantunya berhubung kontrak kerajaan Sumber SPRM berkata siasatan tertumpu kepada kemungkinan sala...
Apabila Bekas Banduan Jadi Perdana Menteri

Apabila Bekas Banduan Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 226 hits
Kontrak NIISe adalah untuk menggantikan kontrak SKIN bernilai RM3 5 bilion yang diberikan kepada syarikat Prestariang oleh Zahid Hamidi Malaysia Today Witch hunting kerajaan Anwar Zahid nampaknya belum habis lagi Bermula dengan tuduhan kera...
Pandora Papers Sprm Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara

Pandora Papers Sprm Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 267 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kini mengesan jejak kewangan dan aset bekas menteri dan taikun perniagaan yang didakwa disembuyikan di empat negara Satu sumber mendedahkan kepada Media kesemua aliran kewangan dan aset b...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supermoon 5 November 2025 9 19 Malam

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih