Apabila Bekas Banduan Jadi Perdana Menteri



Kontrak NIISe adalah untuk menggantikan kontrak SKIN bernilai RM3.5 bilion yang diberikan kepada syarikat Prestariang oleh Zahid Hamidi Malaysia Today
Witch-hunting kerajaan Anwar-Zahid nampaknya belum habis lagi. Bermula dengan tuduhan kerajaan Perikatan Nasional atau PN seleweng RM600 bilion, kemudian turun kepada RM530 bilion, turun lagi kepada RM92.5 bilion, kemudian RM4–RM5 bilion dan, yang terkini, RM300 juta. Hairannya angka-angka yang berubah-ubah ini bukan dipetik daripada Pak Mat tepi jalan, tetapi keluar dari mulut Anwar.
Anwar secara konsistennya telah menjadi tidak konsisten (consistently inconsistent) dalam membuat tuduhan. Mungkin inilah yang berlaku bila bekas banduan jadi Perdana Menteri. Dia lupa pembohongan-pembohongannya yang lalu.
Tuduhan seleweng RM300 juta itupun mungkin akhirnya tinggal RM5 sahaja, sama dengan harga menu rahmah.
Yang terbaru tuduhan kononnya seorang bekas Perdana Menteri beri kontrak kepada anak dan menantu. Ini pun keluar dari mulut Anwar juga. Banyak kali dia sebut. Di dalam Parlimen dan di luar Parlimen. Bekas Perdana Menteri yang mana satu? Dia tak sebut.
Tetapi kiasannya itu disambut oleh beberapa portal berita. Kononnya, bekas Perdana Menteri itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pandai dia karang cerita karut. Kalau dia sebut nama mungkin Tan Sri Muhyiddin saman dia. Dia cuma beri “bayangan” tetapi yang sebut nama ialah orang lain.
Yang penting bagi Anwar ialah untuk mencalar imej Tan Sri Muhyiddin dan memberi persepsi buruk terhadap BERSATU dan Perikatan Nasional. Itu saja yang dia mahu. Betul tak betul belakang kira.
Ini kerana Anwar semakin terdesak dengan imejnya yang semakin teruk disebabkan perbuatannya sendiri. Mana pernah berlaku dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri lantik anak sebagai penasihat.
Berbakul Anwar disumpah seranah oleh netizen termasuk oleh para penyokong tegarnya suatu masa dahulu. Jadi Anwar perlukan “diversion tactic” untuk mengalihkan cerita supaya orang tak bercerita tentangnya dan anaknya.
Sasarannya ialah Tan Sri Muhyiddin.
Tetapi Anwar terkenal sebagai seorang yang gelojoh. Sebab gelojohnya nak jadi Perdana Menteri lah dia terpaksa tunggu 24 tahun untuk sampai ke situ. Itu pun penuh dengan tipu helah, pembohongan dan pengkhianatan kepada prinsip perjuangan partinya sendiri.
Gelojoh Anwar kali ini ialah memberi “bayangannya” tanpa usul periksa dulu fakta yang sebenar. Sehinggakan sebuah portal berita menuduh kononnya Tan Sri Muhyiddin beri kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISe) kepada menantunya.
Orang yang menuduh ini tak selidik dulu sebenarnya kontrak NIISe diberikan kepada IRIS Corporation Bhd melalui proses tender terbuka. Kalau tender terbuka, ada prosesnya di peringkat Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan. Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri semasa kontrak diberikan kepada IRIS tak terlibat dalam proses perolehan dan tak ada kuasa untuk menentukan siapa menang tender. Jadi bagaimana dia nak salah guna kalau kuasa pun tak ada?
Bagi yang nak tahu, kontrak NIISe adalah untuk menggantikan kontrak Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bernilai RM3.5 bilion yang diberikan kepada syarikat Prestariang secara runding terus semasa pentadbiran kerajaan BN. Menteri Dalam Negeri pada masa itu ialah Zahid Hamidi yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri kesayangan Anwar.
Ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Dalam Negeri, kabinet kerajaan PH pada masa itu telah membatalkan kontrak SKIN dan digantikan dengan NIISe. Kos kontrak ini telah dikurangkan kepada RM1.1 bilion, iaitu 3 kali ganda lebih jimat daripada kontrak SKIN, dan perolehannya dibuat secara tender terbuka.
Sebenarnya, kalau kerajaan Anwar ini betul-betul nak jaga integriti dan ketelusan, yang perlu disiasat ialah Zahid, bukan Tan Sri Muhyiddin. Tapi apa boleh buat. Ini kerajaan luar tabi’e. Maka apa yang dibuat pun bukan luar biasa, tetapi luar daripada kebiasaan.
Perolehan secara tender terbuka satu bab. Satu bab lagi ialah seperti yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin dalam kenyataannya, tidak ada mana-mana ahli keluarganya mempunyai kepentingan dalam syarikat IRIS yang menang tender NIISe. Ini pun orang yang menuduh tak semak.
Bukan susah nak semak. Maklumat SSM ada di hujung jari. Ini dia senarai Ahli Lembaga Pengarah dan pemegang saham IRIS.
Tan Sri Muhyiddin dah kata tiada seorang pun daripada penama-penama di atas merupakan menantu atau ahli keluarganya. Boleh semak. Bukan susah nak semak.
Yang paling senang nak semak ialah Anwar. Dia Perdana Menteri. Petik saja jari bergegas pegawai SSM berikan maklumat. Tetapi dia bukan jenis yang semak fakta dulu sebelum bercakap. Mulutnya lebih laju daripada akalnya.
Kalau yang dimaksudkan oleh Anwar itu ialah bekas Perdana Menteri lain dan projek lain, maka sebutlah dengan terang supaya portal berita tak reka cerita dan tak buat tuduhan melulu.
Ini tidak. Dia beri “bayangan” dan orang lain buat tuduhan dengan mereka cerita yang bukan-bukan.
Itulah dia Anwar. An ex-convict whom by luck became a rogue Prime Minister.




 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/02/10/apabila-bekas-banduan-jadi-perdana-menteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Siasat Bekas Perdana Menteri Dan Menantu

Sprm Siasat Bekas Perdana Menteri Dan Menantu

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 158 hits
Kalbana Perimbanayagamam hmetro com myKuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat seorang bekas Perdana Menteri dan menantunya berhubung kontrak kerajaan Sumber SPRM berkata siasatan tertumpu kepada kemungkinan sala...
Dewan Rakyat Sesi Soal Jawab Perdana Menteri

Dewan Rakyat Sesi Soal Jawab Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 133 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pengurusan kewangan lemah serta isu ketirisan menyebabkan hutang negara kini RM1 5 trilion iaitu 82 peratus daripada KDNK Beliau menjawab soalan berkenaan tahap hutang negara dikemukakan ...
Langsung Perdana Menteri Berlepas Ke Turkiye 14 Feb 2023

Langsung Perdana Menteri Berlepas Ke Turkiye 14 Feb 2023

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 85 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Turkiye dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Bekas Timbalan Menteri Umno Yang Dipecat Mahu Sertai Pkr

Bekas Timbalan Menteri Umno Yang Dipecat Mahu Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 145 hits
FMT ReportersZahidi Zainul Abidin dipecat oleh Umno pada November lepas selepas bertanding sebagai calon bebas pada PRU15 setelah digugurkan oleh parti itu PETALING JAYA Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin akan menye...
Cari Jalan Lain Bantu Rakyat Tapi Bukan Pengeluaran Kwsp Kata Perdana Menteri

Cari Jalan Lain Bantu Rakyat Tapi Bukan Pengeluaran Kwsp Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 106 hits
nbsp Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mencari jalan lain selain simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi membantu kumpulan yang mengalami masalah kos sara hidup tinggi Perdana Menteri berkata kerajaan sedang mencari alte...
8 Februari 2023 Sidang Media Yab Perdana Menteri

8 Februari 2023 Sidang Media Yab Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 121 hits
Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM
Langsung Perdana Menteri Hadir Festival Quranic Arts 28 Jan 2023

Langsung Perdana Menteri Hadir Festival Quranic Arts 28 Jan 2023

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 140 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Quranic Arts Festival di Kompleks Nasyrul Quran
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Bercakap Dengan Jun Lakonan Nadiya Nisaa Dini Schatzmann

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Yuecheng Yanyuan Entrepreneurial Space By Jin Design In Hebei China

15 Delightful Dried Flowers Spring Wreath Designs

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar