Pandora Papers Siapa Bekas Menteri Yang Disiasat Sprm
Pandora Papers adalah pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia termasuk Malaysia yang menyembunyikan kekayaan masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan ‘offshore’.
Offshore merujuk kepada syarikat berpangkalan di negara luar, mempunyai rangkaian dan struktur yang kompleks diwujudkan merentasi sempadan bagi menyembunyikan pemilikan kekayaan dalam bentuk wang dan aset.
Pada 4 Oktober 2021, Anwar yang ketika itu mewakili pembangkang mengemukakan notis usul kepada bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta supaya satu sesi perbahasan diadakan berkaitan pendedahan Pandora Papers.
Usul dikemuka Anwar, ketika itu sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Port Dickson, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Pada 6 Oktober 2021, usul berkenaan ditolak Azhar Azizan dengan alasan Pandora Papers tidak perlu disegerakan kerana mesyuarat sidang Dewan Rakyat harus didahulukan dengan aturan mesyuarat.
Tidak berhenti di situ, Anwar kemudian sekali lagi mengemukakan notis rayuan terhadap usul ditolak untuk meminta sesi perbahasan diadakan berkaitan pendedahan Pandora Papers pada 7 Oktober 2021.
Susulan itu, pada 25 Oktober 2021, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika itu Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan SPRM, BNM dan polis melakukan siasatan
Kata Wan Junaidi, pihak berkuasa dan agensi berkaitan diberikan tempoh untuk menyelesaikan siasatan kerana aktiviti itu sudah berlaku kira-kira 10 tahun lalu.
Susulan arahan Wan Junaidi, SPRM dalam satu kenyataan pada 16 Oktober 2021 berkata, agensi itu akan bekerjasama dengan BNM serta agensi lain bagi menyiasat mengenai pendedahan Pandora Papers.
Selepas dua tahun timbul persoalan apa status siasatan berhubung laporan dokumen Pandora Papers yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik dan tokoh perniagaan yang ‘menyembunyikan’ kekayaan mereka di luar negara?
Rakyat tertanya-tanya sejauh mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melakukan siasatan kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) isu Pandora Papers seperti sudah ‘mati’.
Namun, isu tersebut dijangka dibangkitkan pada sidang Parlimen hari ini sehingga 30 Mac.
Rakyat berhak mengetahui dan sepatutnya siasatan berkaitan Pandora Papers diumumkan dan bila diajukan persoalan, agensi penyiasat wajar memberi jawapan. Contoh siasatan sudah ke tahap mana, siapa individu disiasat, ditahan dan apakah ada individu didakwa.
Ini kerana pendedahan Pandora Papers bukan membabitkan wang kecil tetapi berbilion wang negara dibawa keluar secara ‘tidak telus’ dan ia menjadi antara punca kerugian besar kepada negara sekali gus kepada rakyat.
Bagaimanapun, sehingga kini perkembangan siasatan tidak diketahui umum..
Adakah ianya masih disiasat atau dibiarkan berlalu begitu saja?..
Bacalah..
PETALING JAYA: Keterangan seorang bekas menteri telah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung pendedahan Pandora Papers mengenai kekayaan yang disembunyikan di luar negara hasil daripada syarikat perkhidmatan offshore.
Mengesahkan perkara itu kepada Media, keterangan beliau berusia 84 tahun itu diambil pagi semalam selepas hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Kata sumber itu, keterangan membabitkan bekas pemimpin berkenaan disyaki diambil bagi menjelaskan aliran dan jejak kewangan membabitkan 12 syarikat offshore miliknya dan keluarga yang disyaki memiliki kekayaan luar biasa.
“Difahamkan, SPRM juga sedang memfokuskan siasatan melibatkan pelbagai sudut untuk mengesan aset-aset dan pelaburan yang dikaitkan pemimpin itu dan keluarganya di luar negara kemungkinan ia hasil daripada projek kerajaan atau tidak,” katanya di sini semalam.
Tambah sumber itu, siasatan SPRM masih di peringkat awal dan setakat ini tiada pembekuan sebarang akaun dilakukan.
“SPRM masih dalam peringkat mengesan aset-aset yang ada selain meneliti aliran transaksi kewangan syarikat-syarikat offshore yang dikaitkan dengan pemimpin berkenaan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Media difahamkan, selain bekas menteri itu, keterangan seorang anak kepada bekas Perdana Menteri juga akan diambil SPRM hari ini.
“Berkemungkinan akan ada lagi individu dipanggil berhubung pendedahan Pandora Papers itu,” katanya.
Menerusi pendedahan sama, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari negara ini.
Laporan penuh sila baca di SINI
Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan isu Kertas Pandora ‘mati’ begitu sahaja tanpa melakukan sebarang siasatan untuk mengetahui punca dan dalang yang terlibat dalam aktiviti ekonomi gelap.
Menurut beliau, kerajaan diberikan dua pilihan sama ada membuat suruhanjaya diraja (RCI) atau mewujudkan kertas putih bagi melihat semula dakwaan yang timbul ekoran pendedahan tersebut.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang telah menghantar soalan untuk dijawab secara lisan atau bertulis dalam sidang Parlimen bermula esok agar menteri bertanggungjawab dapat memberi jawapan berhubung perkembangan siasatan Kertas Pandora yang dikatakan perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.
Siapa agaknya Bekas Menteri yang sedang disiasat SPRM itu.. adakah beluai akan didakwa atau dibiar begitu saja bila isu ini kembali sepi?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/02/pandora-papers-siapa-bekas-menteri-yang.html