Sop Ziarah Kubur Kerajaan Tunggu Keputusan Kkm Dan Mkn Ismail Sabri


PUTRAJAYA, 19 Mei — Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi aktiviti menziarahi kubur semasa Aidilfitri hanya akan dikeluarkan sekiranya Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata buat masa ini KKM hanya menasihati orang ramai untuk tidak menziarahi kubur seperti kelaziman yang dibuat setiap kali hari raya bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dalam komuniti.
“Saya tidak tahu sama ada akan dikeluarkan SOP atau tidak kerana tidak dibincangkan dalam mesyuarat tadi, tetapi seperti kita kata MKN dan KKM boleh sentiasa membincangkan kalau mereka boleh keluar SOP mungkin boleh maklum pada kita, tetapi setakat ini hanya nasihat,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga akan mendapatkan nasihat daripada KKM dan MKN sebelum mengeluarkan sesuatu SOP atau membenarkan sesuatu aktiviti dijalankan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), termasuk pembukaan premis perniagaan gunting rambut.
“Saya pun terima rayuan daripada pengusaha-pengusaha dan persatuan-persatuan gunting rambut supaya kalau boleh diberi kebenaran. Setakat ini (kerajaan) belum bincang lagi dan gunting rambut masih dalam senarai larangan,” katanya.
Ditanya mengenai cadangan untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa dan penjaga yang membawa kanak-kanak bawah 12 tahun ke tempat awam, Ismail Sabri berkata belum ada SOP atau peraturan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkenaan perkara tersebut.
“Setakat ni tidak ada SOP, tidak ada peraturan. Tapi setakat hari ini setiap hari pun, saya dan Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) memberi nasihat, kita bincang tadi ada implikasi lain yang kita pertimbangkan, sebab tu kita tidak putuskan lagi.
“Sebagai contoh, ada ibu tunggal yang ada anak kecil, kalau mereka dihalang untuk bawa anak ke pusat beli-belah dan jika bawa mereka dikenakan kompaun, jadi di mana mereka nak tinggal anak.
“Kalau mereka bawa kena saman, kalau dikunci di rumah, jika berlaku sesuatu pada anak mereka, kalau mereka tinggal anak mereka dalam kereta takut ada kes kematian anak dalam kereta. Banyak pertimbangan yang kita perincikan tadi, beberapa isu, sebab itu tadi kita minta KKM dan MKN bincang dengan lebih mendalam, kita takut akhirnya nanti timbul isu baharu akibat daripada tindakan kita,” katanya.
Sementara itu, ditanya tentang SOP rumah ibadat yang dibentangkan Kementerian Perpaduan Negara hari ini, beliau berkata kerajaan belum mencapai persetujuan kerana ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.
“Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique akan berjumpa semula dengan pemimpin-pemimpin agama lain, selain Islam, untuk memberikan cadangan balas yang dikemukakan dalam mesyuarat pagi tadi,” katanya.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kawalan kendiri pada setiap anggota masyarakat penting bagi memastikan rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.
Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan virus COVID-19 akan berada dalam masyarakat sehingga lima tahun atau sehingga vaksin bagi wabak itu ditemui, justeru itu mustahil untuk kerajaan terus menguatkuasakan PKP selama tempoh tersebut.
“Apabila PKP ditamatkan, SOP dan peraturan tidak boleh lagi dikenakan kepada rakyat, kawalan kendirilah yang melindungi kita. Kitalah yang perlu sedar apakah tindakan kita merbahaya atau tidak.
“Contoh, kalau bawa anak kecil ke pusat beli-belah itu mendatangkan bahaya, tak payah bawa anak kita ke pusat beli-belah,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menafikan laporan yang menyatakan terdapat larangan rentas daerah pada musim perayaan ini seperti yang tular di media sosial semalam.
Sumber: BERNAMA
The post SOP Ziarah Kubur, Kerajaan Tunggu Keputusan KKM Dan MKN – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/19/sop-ziarah-kubur-kerajaan-tunggu-keputusan-kkm-dan-mkn-ismail-sabri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermalam Dikira Langgar Sop Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri Ismail Sabri

Bermalam Dikira Langgar Sop Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 512 hits
Bermalam dikira melanggar Prosedur Operasi Standard yang dikeluarkan kerajaan bagi aktiviti ziarah menziarahi sempena Aidilfitri jelas Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menerusi sidang media harian mengenai Perintah
Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri Tegaskan Ziarah Ketika Aidilfitri Tidak Dibenarkan

Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri Tegaskan Ziarah Ketika Aidilfitri Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 401 hits
Meskipun kerajaan kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang mempunyai sedikit kelonggaran namun ziarah ketika musim perayaan khususnya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi sama sekali tidak dibenarkan Kesukaran ...
Ziarah Aidilfitri Tidak Dibenarkan Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri

Ziarah Aidilfitri Tidak Dibenarkan Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 397 hits
Ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan Siapa yang akan periksa suhu semasa beraya Ismail SabriMenteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sesi Program Ruang Bicara Khas bertajuk Disiplin Diri Demi Negara terbitan Bernama TV di Wisma...
Ismail Sabri Nsc Moh Still Discussing Sop For Hair Salons

Ismail Sabri Nsc Moh Still Discussing Sop For Hair Salons

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 386 hits
The Standard operating procedure for hair salons to operate are still being discussed between National Security Council and Ministry of Health said Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Bernama file photo KU
Kerajaan Sedang Teliti Sop Sebelum Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka Kkm

Kerajaan Sedang Teliti Sop Sebelum Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka Kkm

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 381 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan akan meneliti prosedur operasi standard sebelum membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula Kerajaan telah terima surat dari persatuan terseb...
Ziarah Hari Raya Hanya Dibenarkan Pada Hari Pertama Sahaja Ismail Sabri

Ziarah Hari Raya Hanya Dibenarkan Pada Hari Pertama Sahaja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 600 hits
Dalam sidang media Keselamatan yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi terdapat beberapa SOP yang perlu diikut oleh orang ramai terutamanya mereka yang meraikan hari perayaan kurang dari dua minggu lagi Jika sebel...
Tidak Perlu Mohon Kerajaan Larang Rentas Negeri Ismail Sabri

Tidak Perlu Mohon Kerajaan Larang Rentas Negeri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 2448 hits
Tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan selepas ini tegas Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara hari ini susulan masih ada yang beratur pa...
Orang Ramai Dinasihat Jangan Kunjung Mengunjung Ziarah Kubur Raya Tahun Ini Kkm

Orang Ramai Dinasihat Jangan Kunjung Mengunjung Ziarah Kubur Raya Tahun Ini Kkm

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 327 hits
Putrajaya 18 Mei Orang ramai dinasihatkan agar tidak menziarahi kubur ketika hari raya bagi memutuskan rangkaian COVID 19 Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tindakan ini penting kerana virus tersebut masih ada da...
Finas Sudah Ambil Inisiatif Tunggu Keputusan Kerajaan

Finas Sudah Ambil Inisiatif Tunggu Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 320 hits
PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia sudah mengambil inisiatif untuk merangka garis panduan dan prosedur operasi standard bagi aktiviti perfileman semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akibat penularan pand
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

Jam Tangan Pintar Beteknologi Kesihatan Dan Kecergasan Amazfit Active 2