Solat Sunat Wuduk



Bagaimana cara melakukan Solat Sunat Wuduk?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat sunat wuduk secara lengkap, mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.
Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.
Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Isi Kandungan: Pengenalan Niat solat sunat wuduk Cara mengerjakan solat ini Kelebihan mengerjakan solat sunat ini Pengenalan Solat sunat wuduk dilakukan selepas mengambil wuduk.
Ia juga dikenali sebagai solat syukur wuduk.
Solat Sunat Wuduk merupakan solat sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk.
Tidak ada waktu yang ditetapkan, samaada pagi, petang, siang ataupun malam.
Sembahyang sunat ini juga tergolong kepada sembahyang sunat muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk.
Dengan itu solat sunat ini boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.
Rasulullah SAW menyebut tentang solat ini dengan sabdanya:
Sesiapa daripada kalangan Muslim yang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya. Kemudian melakukan solat dua rakaat dengan mengadap kiblat dengan sepenuh hati pasti mendapat syurga
— Riwayat Muslim, Abu Dawud dan an-Nasa’i
 
Niat Solat Sunat Wuduk Niat solat sunat wuduk adalah seperti berikut:

 Usolli sunnatal wudu’i rak’ataini lillahi taala 
Niat dalam bahasa melayu:
Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala.
Selepas selesai mengambil wuduk, disunatkan untuk membaca doa selepas wuduk:

 
Maksudnya:
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya, dan aku naik saksi Nabi Muhamad itu hamba dan pesuruhNya. Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah aku daripada golongan yang bersih, jadikanlah aku daripada golongan yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon keampunan dan taubat kepadaMu, dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
 
Cara Mengerjakannya Rakaat pertama Dimulai dengan lafaz Takbiratul ihram berserta niat. Membaca doa iftitah. Membaca surah Al-Fatihah. Membaca ayat al-Kursi atau surah al-Kafirun atau surah lain daripada al-Quran. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
https://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2018/11/surah_al_kafirun.mp3 Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Rakaat kedua Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua). Membaca surah Al-Fatihah. Membaca surah al-Ikhlas atau surah lain daripada al-Quran. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
https://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2018/10/surah_al_ikhlas.mp3 Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
 
Penutup: Kelebihan Mengerjakan Solat Wuduk Ternyata solat sunat setelah wuduk itu memiliki kelebihan yang sangat besar sebagaimana yang termaktub di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau Barangsiapa yang berwuduk menurut sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Menurut Humran pembantu ‘Uthman, ‘Uthman pernah menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Wudhu’, no: 159
2. Mengerjakannya akan dimasukkan ke syurga Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata Baginda bersabda:
Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya.
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.
Oleh itu marilah kita semua merebut mengerjakan solat sunat ini.
Semoga panduan ini dapat membantu anda!
The post Solat Sunat Wuduk (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-wuduk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Sunat Istisqa

Solat Sunat Istisqa

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 376 hits
Ini adalah panduan lengkap cara melakukan solat sunat Istisqa Panduan ini akan membimbing anda secara langkah demi langkah dengan mudah Apa yang menarik Artikel ini akan menjelaskan bagaimana melakukan solat minta hujan yang sempurna Pandua...
Fadhilat Solat Sunat Isyraq

Fadhilat Solat Sunat Isyraq

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 292 hits
SOALAN Apakah kelebihan solat sunat isyrak JAWAPAN Pahala mengerjakan solat sunat isyrak adalah seperti pahala mengerjakan haji dan umrah Anas bin Malik r a meriwayatkan dengan katanya Telah bersabda oleh Rasulullah saw Barangsiapa mengerja...
Solat Sunat Mutlak

Solat Sunat Mutlak

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 520 hits
Apakah solat sunat mutlak Bagaimana pula cara mengerjakannya Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat sunat mutlak secara langkah demi langkah dengan mudah Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini Isi Kandungan Pengenalan Solat ...
Solat Sunat Gerhana Matahari Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Matahari Gerhana Bulan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 512 hits
Ini adalah panduan lengkap cara melakukan solat sunat gerhana matahari dan bulan Dalam panduan ini anda akan dibimbing secara langkah demi langkah dengan mudah Apa yang menarik Panduan solat sunat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk m...
Cuaca Panas Kering Jerebu Digalakkan Untuk Kita Lakukan Solat Sunat Istisqa Minta Hujan Padanya

Cuaca Panas Kering Jerebu Digalakkan Untuk Kita Lakukan Solat Sunat Istisqa Minta Hujan Padanya

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 362 hits
Cuaca Panas Kering Jerebu Digalakkan Untuk Kita Lakukan Solat Sunat Istisqa Minta Hujan PadaNya Dalam keadaan negara di landa jerebu kita juga turut berdepan dengan masalah cuaca kering Ini adalah disebabkan hujan yang tidak turun dan menye...
Solat Sunat Awwabin

Solat Sunat Awwabin

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 799 hits
Ini adalah panduan mengerjakan solat sunat awwabin Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan solat awwabin dengan betul Apa yang menarik Ejaan dalam rumi juga turut disertakan bagi membantu mereka ya...
Tiga Kali Dipenjara Bekas Gengster Peluk Islam Selepas Diajak Solat

Tiga Kali Dipenjara Bekas Gengster Peluk Islam Selepas Diajak Solat

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 507 hits
KETIKA hidup dibelenggu masalah kegiatan gengsterisme hutang dan rumah tangga seorang lelaki berketurunan Tionghua diberi hidayah untuk kembali kepada fitrah Chee Yin Wei 38 dari Taman Derga Jaya di Alor Setar berkata dia sangat bersyukur d...
Yana Samsudin Pening Tengok Anak Bergayut Belakang Suami Tengah Solat

Yana Samsudin Pening Tengok Anak Bergayut Belakang Suami Tengah Solat

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 445 hits
Anak kecil memang tidak lari daripada suka bermain Kadang kala keletah comel mereka membuatkan kita sedikit terhibur walaupun sedikit mengganggu Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pelakon dan juga pengacara terkenal Yana Samsudin dia tel...
Dilanda Jerebu Ribuan Warga Indonesia Solat Hajat Beramai Ramai Mohon Hujan Diturunkan

Dilanda Jerebu Ribuan Warga Indonesia Solat Hajat Beramai Ramai Mohon Hujan Diturunkan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 653 hits
Ribuan penduduk Indonesia membuat solat hajat memohon agar hujan turun untuk mengurangkan jerebu yang melanda beberapa bandar di kepulauan Sumatra dan Borneo pada hari ini kebakaran hutan berlaku kerana Indonesia kini sedang menghadapi musi...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap

Jokowi Bekas Pemimpin Konoha Berdoa Pada Kematian Pope Ini Penjelasan Ustaz Malaysia

Dolar Terus Dijual Unjuran Kekal Lemah

Usd Gagal Menunjukkan Ketahanan