Solat Sunat Awwabin



Ini adalah panduan mengerjakan solat sunat awwabin.
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan solat awwabin dengan betul.
Apa yang menarik:
Ejaan dalam rumi juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Isi Kandungan: Pengenalan Waktu dan Jumlah Rakaat Niat Solat Awwabin & Cara Mengerjakan Doa selepas salam solat awwabin Kelebihan Solat Awwabin Penutup Pengenalan Solat Sunat Awwabin ialah sejenis solat sunat.
Awwabin sendiri berasal daripada Bahasa Arab yang bererti orang yang sering bertaubat.
Mengikut fahaman Mazhab Shafi’e yang dipegang orang Islam di Malaysia, Solat Sunat Awwabin membawa pengertian solat yang dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isyak.
 
Waktu Dan Jumlah Rakaat Solat sunat Awwabin dikerjakan dalam masa antara Maghrib dan Isyak.
Dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebaik-baiknya enam rakaat dengan tiga salam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang solat selepas Maghrib enam rakaat, maka disamakan untuk orang itu ibadah selama 12 tahun
– Riwayat Tirmizi
 
Niat Solat Sunat Awwabin & Cara Mengerjakannya 1 Dua rakaat pertama diniatkan untuk memelihara iman.

 Usolli sunnatal awwabin ma’a hifzil imani rak’ataini lillahi taala 
Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat dua rakaat sunat Awwabin serta menjaga iman sunat kerana Allah Taala.
Rakaat pertama: membaca surah Al-Fatihah, surah al-ikhlas enam kali, surah al-Falaq sekali dan surah an-Nas sekali.
Rakaat kedua: membaca seperti bacaan pada rakaat pertama
2  Dua rakaat kedua dilakukan dengan niat bertaubat.

 Usolli sunnatal awwabin ma’al taubati rak’ataini lillahi taala 
Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat dua rakaat sunat Awwabin serta bertaubat kerana Allah Taala
Pada rakaat pertama dan kedua dibaca Al-Fatihah diikuti dengan mana-mana surah.
3  Dua rakaat ketiga dilakukan dengan niat istikharah

 Usolli sunnatal awwabin ma’al istikharati rak’ataini lillahi taala 
Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat dua rakaat sunat Awwabin serta istikharah kerana Allah Taala
Rakaat pertama: Membaca Al-Fatihah dan surah al-Kafirun. Rakaat kedua: Membaca Al-Fatihah dan surah al-ikhlas  
Doa Solat Awwabin Selepas Salam Selepas setiap kali memberi salam, bacalah doa berikut:

 Allahumma saddidni bil imaan wahfazhu Alaiyya fi hayaa tii wa inda wafaa tii wa ba’da mamaa tii 
Maksudnya:
Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu matiku dan selepas matiku.
 
Kelebihan Solat Sunat Awwabin Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Rabi‘ah bin Ka‘ab al-Aslami, bahwasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah bersabda kepadanya yang maksudnya:
“Pohonlah sesuatu (kepadaku). Lalu aku (Rabi‘ah) berkata: Aku memohon kepada Tuan untuk menemani Tuan di syurga. Lalu Baginda bersabda: Ada lagi? Lalu aku (Rabi‘ah) menjawab: Itu sahaja. Baginda bersabda: Bantulah aku (untuk memperbaiki) dirimu dengan memperbanyakkan sujud (sembahyang sunat).”
– Hadis riwayat Imam Muslim
Imam Ahmad pula meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah bersabda yang maksudnya,
“Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari kiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada MalaikatNya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hambaKu, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hambaKu ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hambaKu itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.”
– Hadis riwayat Imam Ahmad
Penutup Lakukan solat sunat ini sementara menanti waktu Isyak.
Ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu.
Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah ﷻ merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat :-)
The post Solat Sunat Awwabin (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-awwabin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Sunat Istisqa

Solat Sunat Istisqa

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 399 hits
Ini adalah panduan lengkap cara melakukan solat sunat Istisqa Panduan ini akan membimbing anda secara langkah demi langkah dengan mudah Apa yang menarik Artikel ini akan menjelaskan bagaimana melakukan solat minta hujan yang sempurna Pandua...
Fadhilat Solat Sunat Isyraq

Fadhilat Solat Sunat Isyraq

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 312 hits
SOALAN Apakah kelebihan solat sunat isyrak JAWAPAN Pahala mengerjakan solat sunat isyrak adalah seperti pahala mengerjakan haji dan umrah Anas bin Malik r a meriwayatkan dengan katanya Telah bersabda oleh Rasulullah saw Barangsiapa mengerja...
Solat Sunat Mutlak

Solat Sunat Mutlak

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 548 hits
Apakah solat sunat mutlak Bagaimana pula cara mengerjakannya Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat sunat mutlak secara langkah demi langkah dengan mudah Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini Isi Kandungan Pengenalan Solat ...
Solat Sunat Gerhana Matahari Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Matahari Gerhana Bulan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 537 hits
Ini adalah panduan lengkap cara melakukan solat sunat gerhana matahari dan bulan Dalam panduan ini anda akan dibimbing secara langkah demi langkah dengan mudah Apa yang menarik Panduan solat sunat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk m...
Cuaca Panas Kering Jerebu Digalakkan Untuk Kita Lakukan Solat Sunat Istisqa Minta Hujan Padanya

Cuaca Panas Kering Jerebu Digalakkan Untuk Kita Lakukan Solat Sunat Istisqa Minta Hujan Padanya

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 376 hits
Cuaca Panas Kering Jerebu Digalakkan Untuk Kita Lakukan Solat Sunat Istisqa Minta Hujan PadaNya Dalam keadaan negara di landa jerebu kita juga turut berdepan dengan masalah cuaca kering Ini adalah disebabkan hujan yang tidak turun dan menye...
Solat Sunat Wuduk

Solat Sunat Wuduk

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 781 hits
Bagaimana cara melakukan Solat Sunat Wuduk Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat sunat wuduk secara lengkap mudah dan boleh difahami oleh semua orang Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai Jika anda memerlukan ...
Tiga Kali Dipenjara Bekas Gengster Peluk Islam Selepas Diajak Solat

Tiga Kali Dipenjara Bekas Gengster Peluk Islam Selepas Diajak Solat

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 560 hits
KETIKA hidup dibelenggu masalah kegiatan gengsterisme hutang dan rumah tangga seorang lelaki berketurunan Tionghua diberi hidayah untuk kembali kepada fitrah Chee Yin Wei 38 dari Taman Derga Jaya di Alor Setar berkata dia sangat bersyukur d...
Yana Samsudin Pening Tengok Anak Bergayut Belakang Suami Tengah Solat

Yana Samsudin Pening Tengok Anak Bergayut Belakang Suami Tengah Solat

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 461 hits
Anak kecil memang tidak lari daripada suka bermain Kadang kala keletah comel mereka membuatkan kita sedikit terhibur walaupun sedikit mengganggu Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pelakon dan juga pengacara terkenal Yana Samsudin dia tel...
Dilanda Jerebu Ribuan Warga Indonesia Solat Hajat Beramai Ramai Mohon Hujan Diturunkan

Dilanda Jerebu Ribuan Warga Indonesia Solat Hajat Beramai Ramai Mohon Hujan Diturunkan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 677 hits
Ribuan penduduk Indonesia membuat solat hajat memohon agar hujan turun untuk mengurangkan jerebu yang melanda beberapa bandar di kepulauan Sumatra dan Borneo pada hari ini kebakaran hutan berlaku kerana Indonesia kini sedang menghadapi musi...
Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital