Tiga Kali Dipenjara Bekas Gengster Peluk Islam Selepas Diajak Solat
KETIKA hidup dibelenggu masalah kegiatan gengsterisme, hutang dan rumah tangga, seorang lelaki berketurunan Tionghua diberi hidayah untuk kembali kepada fitrah.
Chee Yin Wei, 38, dari Taman Derga Jaya di Alor Setar berkata, dia sangat bersyukur dipilih Allah menjadi seorang Islam yang dan kini merasa hidupnya semakin tenang.
Katanya, dia tidak pernah terlintas untuk memeluk Islam sehinggalah bertemu seorang rakan yang dikenali sebagai Adam di perkarangan sebuah masjid di Alor Setar untuk menceritakan masalahnya.
“Namun lain jadinya, apabila sampai di situ, saya diajak Adam untuk solat, saya bertanya kepada Adam adakah saya boleh solat sedangkan saya bukan Muslim, Adam kata boleh lalu mengajar saya berwuduk dan menunaikan solat Asar, ketika itu.
“Saya hanya mengikut sahaja pergerakan solat sehinggalah selesai dan ternyata setiap sujud itu memberi ketenangan kepada saya, sejak itulah saya sering memandang ke langit seperti mencari sesuatu.
“Akhirnya saya sedar, apa yang perlu saya cari adalah Tuhan yang mencipta kita, dari situ saya berhasrat memeluk Islam dan pergi ke masjid untuk mencari imam, tapi sayangnya empat buah masjid yang saya pergi, tidak ada imam pada waktu itu,” katanya.
Dia ditemui ketika ditemui pada Program Kacau Bubur Asyura Bersama Saudara Baru anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Alor Setar, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Chee atau nama Islamnya Abdul Rahman Abdullah berkata, pada masjid terakhir iaitu Masjid Jalan Pegawai, di Alor Setar, semasa menghidupkan motosikal untuk pulang ke rumah, tiba-tiba bilal memanggilnya memberitahu imam sudah sampai.
Katanya, selepas mengucapkan dua kalimah syahadah 7 Ogos tahun lalu di hadapan imam dan ahli jawatankuasa masjid berkenaan, dia akhirnya merasa semua masalahnya selesai.
“Ketenangan yang saya perolehi tidak dapat digambarkan dengan kata, walaupun pada mulanya ibu saya tidak dapat menerima saya sudah memeluk Islam, namun kini dialah insan yang menghantar saya menunaikan solat Jumaat di masjid.
“Kehidupan saya sebelum ini ternyata hanya nampak hebat di sisi manusia tapi ia sebenarnya tidak menenangkan jiwa… jiwa yang tenang adalah dengan mengingati Allah.
“Agama Islam adalah agama yang sempurna, mengajar manusia dengan penuh adab dan ilmu dalam setiap perbuatan walaupun hendak masuk tandas dan menukar pakaian.
“Saya dahulu sudah tiga kali dipenjarakan, selepas peluk Islam saya tinggalkan dunia gengsterisme, walaupun hidup saya kini susah tapi saya tetap bersyukur kerana berada di landasan dengan agama Allah,” kata bapa kepada dua orang anak ini.
Bekas chef sebuah hotel di Singapura ini berkata, dia kini mengambil upah memasak namun tidak selalu mempunyai tempahan.
Katanya walaupun ada kalanya terpaksa mengikat perut dengan hanya makan mi segera, namun dia tetap menganggap itu rezeki dari Allah.
CEMPEDAKCHEESE
The post Tiga kali dipenjara, bekas gengster peluk Islam selepas diajak solat appeared first on Media Serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaserius.my/tiga-kali-dipenjara-bekas-gengster-peluk-islam-selepas-diajak-solat/