Solat Sunat Mutlak
Apakah solat sunat mutlak?
Bagaimana pula cara mengerjakannya?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat sunat mutlak secara langkah demi langkah dengan mudah.
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..
Isi Kandungan:
Pengenalan
Niat solat sunat mutlak
Cara mengerjakan solat ini
Penutup
Pengenalan
Solat sunat mutlak ialah solat sunat semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT.
Solat sunat mutlak adalah solat sunat yang didirikan tanpa sebab dan tidak ditentukan waktunya, juga tidak dibatasi jumlah rakaatnya.
Dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Bahawasanya ‘Itban bin Malik seorang sahabat Rasulullah SAW.
Beliau juga seorang sahabat Ansar yang bersama dalam peperangan Badar, beliau datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Aku sudah tidak berapa nampak, aku menjadi imam bagi kaumku, apabila hujan maka mengalirlah air di lembah yang terletak di antaraku dengan kaumku, aku tidak dapat datang ke masjid untuk menjadi imam kepada mereka, aku bercita-cita, wahai Rasulullah, engkau datang kepadaku dan solat di rumahku untuk aku jadikannya sebagai tempat solatku.”
Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “InsyaaAllah. Aku akan lakukan.”
Kata ‘Itban, “Rasulullah SAW datang bersama Abu Bakar ketika matahari naik, maka Rasulullah SAW meminta izin, lalu aku memberi izin kepada Baginda.”. Tanpa duduk, Baginda masuk ke dalam rumah, kemudian Baginda bertanya, “Di mana tempat yang engkau suka aku solat di rumahmu ini?” Kata ‘Itban, maka aku menunjukkan kepada Baginda satu tempat di rumahku. Rasulullah SAW pun berdiri dan solat dengan memulakan takbiratulihram, maka kami pun berdiri membuat saf solat. Baginda solat dua rakaat kemudian memberi salam”
— Riwayat Bukhari
Niat Solat Sunat Mutlak
Niat solat ini adalah seperti berikut:
Usolli solatal sunnati rak’ataini lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala
Cara Mengerjakan Solat Ini
Rakaat Pertama
1. Dimulakan dengan lafaz takbiratul ihram berserta niat
2. Membaca doa iftitah
3. Membaca surah al-Fatihah
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
4. Membaca ayat daripada surah-surah dalam al-Quran. Contohnya surah an-Nas
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat Kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Membaca surah al-Fatihah
3. Membaca ayat daripada surah-surah dalam al-Quran. Contohnya surah al-Ikhlas
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
5. Memberi salam.
Penutup: Solat Sunat Untuk Meraih Kasih Sayang Allah
Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau Tatawwu’ iaitu solat yang dilakukan secara sukarela.
Solat sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih kasih sayangNya.
Orang yang mengerjakan solat sunat dengan ikhlas lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah SWT berbanding orang yang hanya mengerjakan solat fardu semata-mata.
Kelebihan solat sunat adalah:
Menambah kesempurnaan solat fardu
Meningkatkan iman
Mendekatkan dirinya dengan Allah.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda!
The post Solat Sunat Mutlak (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-mutlak/