Gerhana Bulan Penuh 7 8 September 2025 Lokasi Tarikh Masa


Khas untuk peminat astronomi! Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Malaysia dari 7 September 2025 sehingga awal pagi 8 September 2025, di mana fasa penuh maksima dijangka berlaku pada jam 2.11 pagi. Gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang fenomena ini serta di mana anda boleh saksikannya di daerah berdekatan anda.
Pengenalan – Fenomena Gerhana Bulan Penuh Di Malaysia 7-8 September 2025 Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 7 – 8 September 2025 akan berlaku 2.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 364,773 km dengan saiz sebanyak 33.4 arc minit.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada pada kedudukan di antara Matahari dan Bulan menyebabkan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan. Bulan akan kelihatan berwarna merah / jingga Ketika kemuncak Gerhana Bulan Penuh disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari oleh atsmosfera Bumi. Atas sebab itu juga, gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon.
Fenomena ini akan dapat disaksikan oleh masyarakat di seluruh kawasan Eropah, Afrika, Asia, Australia dan New Zealand.
Di Malaysia, Bulan berada di atas ufuk sepanjang gerhana berlaku. Oleh itu, dalam keadaan cuaca yang baik, keseluruhan fasa gerhana dapat dilihat dengan menggunakan mata dan bantuan seperti binokular atau teleskop.
Fasa Gerhana Bulan Penuh 7-8 September 2025 Di Malaysia, Tarikh & Masa Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 – 8 September 2025, bermula pukul 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia.
Fasa Gerhana Bulan Penuh dijangka akan berlaku mengikut masa / waktu seperti berikut :
🌑 Fasa Penumbra bermula: 11.28 malam, 7 Sept – Fasa Penumbra Bermula (P1). Bulan mula memasuki bayang penumbra. 🌓 Fasa Separa bermula: 12.26 pagi, 8 Sept – Bulan mula memasuki bayang umbra, gerhana mula jelas kelihatan. 🌕 Fasa Penuh bermula: 1.30 pagi, 8 Sept – Bulan kini sepenuhnya berada dalam bayang umbra bumi. 🌕✨ Fasa Penuh Maksima : 2.11 pagi, 8 Sept – Kemuncak gerhana, bulan kelihatan paling gelap dan kemerahan! 🌕 Fasa Penuh berakhir: 2.53 pagi, 8 Sept – Bulan mula keluar dari bayang umbra. 🌓 Fasa Separa tamat: 3.56 pagi, 8 Sept – Bulan sepenuhnya keluar dari umbra. 🌑 Fasa Penumbra Tamat : 4:55 pagi, 8 Sept – Bulan kembali normal. Senarai Lokasi Cerapan Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang bakal berlaku pada 7 September 2025 (Ahad malam) hingga 8 September 2025 (Isnin awal pagi). Fenomena ini dijangka bermula sekitar 11.00 malam hingga 5.00 pagi.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan bahawa beberapa lokasi cerap di seluruh negara akan dibuka kepada orang awam. Semua dijemput hadir bagi sama-sama menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT ini.
Nota: Aktiviti pencerapan adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.
Senarai Lokasi Cerapan Gerhana Bulan Penuh
LEMBAH KLANG Planetarium Negara Penganjur: Planetarium Negara, MOSTI Pekarangan Foyer Pentadbiran Balai Cerap PERMATApintar Penganjur: Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM Masjid Alam Impian, Shah Alam Balai Cerap Selangor Penganjur: Jabatan Mufti Selangor PUTRAJAYA Dataran Masjid Putra, Putrajaya Penganjur: PMWP, JAKIM, JUPEM, Masjid Putra NEGERI SEMBILAN Balai Cerap Negeri Sembilan Penganjur: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) MELAKA Masjid Al-Azim Penganjur: Jabatan Mufti Negeri Melaka PERAK Kurau Inn Farmstay, Kuala Kurau Penganjur: Sahabat Langit Utara Masjid Al-Khairiah, Kg Sungai Batu, Pantai Remis Penganjur: Jabatan Mufti Negeri Perak PERLIS The Wheel Estate Campsite, Chuping Penganjur: Astronomical Society of Penang PULAU PINANG Pulau Betong Observatory, Balik Pulau Penganjur : Astronomical Society of Penang Masjid Negeri Pulau Pinang, Air Itam Penganjur : Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang KEDAH MAHA Tower, Langkawi Penganjur: MYSA, MAHA Tower & Tourism Malaysia Muzium Kota Kuala Kedah Penganjur: Jabatan Mufti Negeri Kedah KELANTAN Balai Cerap Kota Bharu, Salor, Pasir Mas Penganjur : Balai Cerap Kota Bharu TERENGGANU Balai Cerap KUSZA Penganjur : ESERI, UniSZA & Jabatan Mufti Terengganu SARAWAK Pusat Falak Miri Pusat Falak Bintulu Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) Penganjur : Jabatan Mufti Sarawak SABAH Balai Cerap Al-Biruni Sabah Penganjur : Pejabat Mufti Negeri Sabah LIVE Streaming – Jangan Lupa, Save The Date! Rasai pengalaman mencerap fenomena langit yang menakjubkan!
Bagi yang tak dapat nak pergi ke lokasi cerapan, anda juga boleh mengikuti penstriman langsung (live streaming) fenomena gerhana bulan penuh pada 7-8 September 2025 ini melalui Facebook MYSA : https://www.facebook.com/mysaangkasa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/gerhana-bulan-penuh-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gerhana-bulan-penuh-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2025 Malaysia

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2025 Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4465 hits
Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 8 September 2025 bermula pukul 11 28 malam hingga 4 55 pagi waktu Malaysia Fasa Gerhana Bulan Penuh Fasa Penumbra bermula 11 28 malam Fasa Separa bermula 12 26 pagi Fasa Penuh bermul...
Joc Cooking Challenge September 2025

Joc Cooking Challenge September 2025

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4856 hits
For our September 2025 JOC Cooking Challenge we ll be cooking a beloved Japanese homestyle dish that s simple nourishing and the ultimate weeknight hero READ
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 2964 hits
Membincangkan Pengisian Program Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2025Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni Menjelang Ogos biasanya setiap agensi atau Jabatan akan mulai membuat berbagai program pengisian sempen...
Salam 1 September 2025

Salam 1 September 2025

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 4054 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Selamat pagi Isnin semua Selamat bercuti kepada yang masih bercuti dan selamat bekerja buat yang dah mula bekerja hari ini Apa pun mood uguys pagi ni semoga kita semua memulakan bulan September dengan lan...
Finalize Kerja Awal Bulan September Hadap Sistem Baru

Finalize Kerja Awal Bulan September Hadap Sistem Baru

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2074 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bila masuk bulan baru automatik meja kerja pun penuh dengan fail lama campur fail baru Kadang kadang CCL rasa macam tak cukup tangan nak buat semua Tapi biasalah itu memang lumrah kerja kat opis nii Ada m...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 5078 hits
Ya Allah jangan biarkan hati ini jauh dari Mu walau sesaat Dekatkan ia dengan cahaya Mu kuatkan ia dengan kasih Mu dan lembutkan ia dengan cinta Mu Di hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad jadikanlah kami umat yang mencontohi akhlakn...
Doa 8 September 2025

Doa 8 September 2025

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3942 hits
Ya Allah jika hati ini lemah Engkau lah sebaik baik penguat
Monolog Khas Khamis 11 September 2025

Monolog Khas Khamis 11 September 2025

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 4723 hits
Monolog Jiwa 11 Dalam Reda Ada Tenang 11 September 2025 Aku pernah marah pada takdir bertanya kenapa hidup aku begini Tapi bila aku mula belajar reda langit rasa lebih dekat hati terasa lebih ringan dan aku mula melihat cahayameskipun hari ...
Food Festival Kip Mall Senawang 4 7 September 2025

Food Festival Kip Mall Senawang 4 7 September 2025

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5785 hits
Assalamualaikum Selamat pagi uolls jom kita sambung entry2 dalam draft banyak hutang ni hehehe Lepas balik dari kat Pantai 3 beranak tu kami balik rumah terus dan nak amik PZ bawak pi ST Rosyam dia nak redeem MySara dia berzikir je hari har...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Makanan Minuman Tidak Pernah Habis Mia Boat Noodle Di Aeropod

Hari Gaji Datang Sekejap Pergi Pun Sekejap

Tl19 Travelog Kelantan

Confessions Of A Drained Mom When Your Cup Is Empty

Gubahan Bunga Istimewa Dari Chenille Stem

A Legend Reimagined Seven Honda Cb750s That Redefined An Icon