Solat Jumaat Jemaah Tak Lebih 30 Orang Dibenar Di Zon Hijau Di Wp



PUTRAJAYA: Semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah pada setiap waktu, termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima cadangan kebenaran itu, tetapi hendaklah mengikut syarat ditetapkan.

“Lain-lain solat secara berjemaah di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat esok berdasarkan cadangan mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5,” katanya pada sidang media hari ini.

Zulkifli berkata, mesyuarat memutuskan bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah tidak kurang daripada 3 orang, tidak termasuk imam, dan tidak lebih 30 orang.

Katanya, keputusan itu adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 12 Mei lepas.

“Pihak masjid, surau Jumaat dan surau terpilih perlu memastikan adanya kawalan keadaan daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri.

“Saya berhubung dengan ketua polis negara mengenai hal ini dan beliau bersetuju untuk memberi kerjasama penuh,” katanya.


Zulkifli Mohamad
Zulkifli berkata, ahli jawatan kuasa masjid, surau Jumaat dan surau terpilih perlu memastikan tatacara operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi sepenuhnya.

Beliau juga berkata kebenaran solat itu mestilah mengikut SOP ditetapkan seperti melaksanakan penjarakkan sosial di dalam dan luar masjid.

Selain itu, Zulkifli berkata jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai penutup muka.

“Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal.

“Jemaah yang mengidap penyakit kronik, warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid.

“Semua ahli jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing-masing ke masjid,” katanya.

Zulkifli berkata, jemaah juga perlu dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang dan tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat sama ada di dalam atau di luar masjid.

Beliau berkata, dalam masa yang sama, pihak berkuasa agama negeri juga diminta mengambil serius isu itu dan mengambil langkah perlu bagi menyekat penularan covid-19 seperti mengadakan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta merekodkan kehadiran jemaah.

“Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya, termasuk tandas dan ruang wudhu’ sebelum dan selepas solat.

“Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa. Ahli jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, mereka perlu diarah pulang.

“Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran, pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/solat-jumaat-jemaah-tak-lebih-30-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Lebih 30 Makmum Surau Masjid Zon Hijau Mula Solat Jemaah

Tidak Lebih 30 Makmum Surau Masjid Zon Hijau Mula Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 443 hits
Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan semula di masjid surau Jumaat dan surau terpilih dalam zon hijau Covid 19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok dengan bilangan jemaah minimum tiga orang tidak termasuk imam dan ti...
Pkpb Solat Jumaat Di Zon Hijau Metrotv

Pkpb Solat Jumaat Di Zon Hijau Metrotv

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 531 hits
KERAJAAN membenarkan semua masjid surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat berjemaah tarawih dan Aidilfitri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menteri di Jabatan Per...
Sop Solat Jumaat Jemaah Diketahui Khamis Ini

Sop Solat Jumaat Jemaah Diketahui Khamis Ini

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 491 hits
Dr Zulkifli KUALA TERENGGANU 12 Mei Prosedur Operasi Standard bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dijangka diketahui Khamis ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehw
Johor Dan Perak Benar Solat Jumaat Dengan 12 Jemaah Sahaja

Johor Dan Perak Benar Solat Jumaat Dengan 12 Jemaah Sahaja

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 700 hits
Johor Dan Perak Benar Solat Jumaat Dengan 12 Jemaah Sahaja Kerajaan negeri Johor dan Perak membenarkan solat Jumaat di masjid dan surau mulai esok dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dengan mengenakan beberapa syarat Pejabat ...
Khamis Ini Dapat Tahu Sop Solat Jumaat Jemaah

Khamis Ini Dapat Tahu Sop Solat Jumaat Jemaah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 405 hits
BANGI Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengesahkan berbincang dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini berkaitan Prosedur Operasi Standard bagi solat Jumaat dan berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan ...
Pulau Pinang Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan Terhad 15 Jemaah

Pulau Pinang Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan Terhad 15 Jemaah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 637 hits
Pulau Pinang akan membenarkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid dan surai mulai minggu depan tetapi jumlahnya terhad kepada 15 jemaah pada satu satu masa Mufti negeri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata semua masjid dan surau perlu m...
Solat Jumaat Bersyarat Di Perlis Mulai 15 Mei Maips

Solat Jumaat Bersyarat Di Perlis Mulai 15 Mei Maips

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 481 hits
Jumlah jemaah termasuk imam khatib tak lebih 12 orang KANGAR Sebagai langkah permulaan untuk membolehkan Syiar Jumaat dihidupkan kembali Perlis membenarkan Solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini Peraturan yang ditetapkan ialah jumlah jemaa...
Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat Mufti Perlis

Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 588 hits
Sebelum ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa kebenaran untuk solat Jumaat dan solat berjemaah terawih ketika Perintah Kawalan Pergerakan bakal dibincangkan Menurutnya semua kementerian bakal menyertai perbinca...
Umat Islam Di Songkhla Tunai Solat Jumaat

Umat Islam Di Songkhla Tunai Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 384 hits
UMAT Islam di wilayah Songkhla selatan Thailand hari ini menunaikan solat Jumaat pertama selepas larangan pada 27 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak Covid 19 Hampir 400 umat Islam di Pekan Chana Songkhla menunaikan solat Jumaat...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sayonara Tokyo Masak Udang Dan Kisah Mesin Basuh

Resepi Stew Ayam

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi