Solat Jenazah Panduan Lengkap Untuk Jenazah Lelaki Dan Jenazah Wanita


Solat Jenazah Panduan Lengkap Untuk Jenazah Lelaki Dan Jenazah Wanita | Baru-baru ini, surau di kawasan rumah bonda mengadakan kursus uruskan jenazah. Alhamdulillah, memang ramai peserta muda dan tua yang ingin belajar dari cara memandikan jenazah dan seterusnya cara solat jenazah. Urusan menguruskan jenazah ni wajar dipelajari supaya kelak kita mampu menguruskan jenazah ahli keluarga yang kita kasihi buat kali terakhir.
Isi Kandung
Solat jenazah adalah FARDHU KIFAYAH dan solat jenzah juga HARUS DISEGERAKAN. 



Terdapat banyak perbezaan dalam mengerjakan solat jenazah dengan solat fardu mahupun solat sunat, solat jenazah tidak perlu ruku’, iktidal, sujud, atau tahiyyat. Solat ini disempurnakan dengan 4 takbir dan salam diberikan ketika berdiri dalam mengerjakan solat

Solat jenazah adalah solat yang kita kerjakan pertama dan terakhir buat orang yang kita sayangi



Hukum Solat JenazahHukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah, bermaksud ianya wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.


Sabda Rasulullah SAW

Ertinya: “Sembahyangkanlah oleh kamu akan orang-orang yang mati dari kalangan kamu.”(Riwayat Ibn Majah)


Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwa’, katanya:

Ertinya: “Pada satu ketika kami sedang duduk dekat Nabi SAW ketika dibawa seorang jenazah, Baginda bersabda: Sembahyangkanlah sahabat kamu itu.”(Riwayat Bukhari)


Syarat-Syarat Solat Jenazah1. Syarat-syarat Solat Jenazah serupa juga dengan syarat-syarat solat yang lain seperti menutup aurat, bersih badan dan pakaian daripada najis dan menghadap kiblat.
2. Jenazah itu telah dimandikan dan dikafankan.
3. Jenazah itu hendaklah diletakkan di hadapan jemaah (di sebelah kiblat) kecuali Solat Jenazah ghaib.




Niat, Doa, Rukun dan Cara Solat Jenazah RingkasSalah satu tanda kasih sayang dan kecintaan seseorang itu kepada si mati ialah solat ke atasnya. Solat jenazah dituntut kepada kaum lelaki dan perempuan. Solat jenazah mempunyai kelebihan yang besar kepada yang melakukan solat dan kepada si mati yang disolatkan.


Firman Allah SWT
Maksudnya: Dan bagi setiap umat (manusia) mempunyai ajal. Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun. – Surah al A’raf 7: 34


Perkara Sunat Wajar Dilakukan Pada SimatiPara ulamak berpendapat bahawa hukum menguruskan jenazah adalah fardu kifayah ke atas semua orang Islam jika terdapat kematian di kawasan mereka.


1. Memejamkan kedua-dua matanya dan mengikat kedua-dua rahangnya dengan kain supaya mulutnya tidak terbuka.


Ketika Nabi Muhammad SAW masuk menemui Abu Salamah, dia berada dalam keadaan matanya terbuka, lalu Baginda menutupnya. – Hadis Riwayat Muslim


2. Melembutkan tulang-tulang sendinya dan dikembalikan setiap sendi ditempatnya.


3. Meletakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya supaya ia tidak kembung hingga menjadikannya kelihatan buruk.


4. Disunatkan menanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain nipis.


Kewajiban Orang Hidup Terhadap Jenazah
Memandikan jenazahMengkafankan jenazahMenyembahyangkan jenazahMengebumikan jenazah


Kelebihan Solat JenazahWaktu solat jenazah adalah harus pada setiap waktu, dan tidak makruh pada waktu-waktu yang diharamkan solat kerana ia mempunyai sebab. Walaubagaimanapun, makruh jika sengaja memilih di dalam waktu-waktu tersebut. Yang tidak makruh adalah jika ianya berlaku secara tidak sengaja.


Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: ‘Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga dia solat, maka baginya satu qirat, dan sesiapa yang menghadiri sehingga jenazah itu dikebumikan maka baginya dua qirat.’ Dikatakan, ‘Apa itu qirat?’ Jawab Baginda, ‘Seperti dua bukit yang besar.’ – Hadis Riwayat Bukhari


Hukum Solat Jenazah

Mazhab As Shafie meletakkan solat jenazah sebagai wajib fardu kifayah. Sekurang-kurangnya, bilangan bagi orang yang menunaikan solat jenazah adalah seorang. Namun, solat jenazah secara berjemaah adalah lebih afdal dan lebih ramai adalah lebih afdal.


Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda, maksudnya: Tiada daripada satu mayat yang disolatkan ke atasnya satu umat dari kalangan orang Islam, bilangan mereka sampai 100 orang, semuanya mensyafaatkan baginya, kecuali mereka diberi syafaat pada orang lain. (Allah SWT menerima syafaat mereka untuk mayat). – Hadis Riwayat Muslim


enazah Rasulullah disolatkan oleh para Sahabat dan mereka melakukan sendiri-sendiri sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadis.


Daripada Bahz, bahawasanya dia menghadiri solat (jenazah) ke atas Rasulullah SAW. Para sahabat bertanya: ‘Bagaimana kami solat jenazah ke atas Baginda?’ Jawabnya, ‘Kamu hendaklah masuk, sekumpulan-sekumpulan.’ Katanya,’Mereka masuk dari pintu ini, lalu mereka solat ke atasnya, kemudian keluar dari pintu yang lain.’. – Hadis Riwayat Ahmad


Bahawa Rasulullah SAW wafat pada hari isnin dan dikebumikan pada hari selasa dan orang ramai solat jenazah sendiri-sendiri, mereka tidak diimamkan oleh seseorang pun – Hadis Riwayat Imam Malik


Para ulama ada menerangkan punca mengapa para sahabat solat ke atas jenazah Rasulullah sendiri-sendiri. Kata Imam Asy Syafie, Orang ramai solat ke atas (jenazah) Rasulullah SAW sekumpulan-sekumpulan tetapi mereka tidak diimamkan oleh seseorang pun. Ini disebabkan keagungan Rasulullah SAW dan mereka bersungguh-sungguh supaya tiada seseorang pun menjadi imam solat ke atas Baginda.


Rukun Solat Jenazah
Niat beserta dengan takbiratulihramBerdiri bagi sesiapa yang mampuBertakbir dengan 4 kali takbir termasuk takbiratulihram yang disertakan bersama niatMembaca Surah al Fatihah selepas takbiratulihramSelawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas takbir keduaBerdoa untuk jenazah yang disembahyangkan selepas takbir yang ketiga dan keempat.Memberi salamSolat jenazah kendaklah dilakukan selepas jenazah selesai dimandikan.


Cara Solat Jenazah 1. Berniat dan takbiratulihram serentak dengan meniatkan dalam hati solat jenazah berdasarkan jenazah yang hendak disembahyangkan sama ada lelaki atau perempuan. Lafaz niat solat jenazah adalah seperti berikut:-
    Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى


Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala


    Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى


Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala


    Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى


Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala


    Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى


Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala


    Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى


Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala


    Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى


Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala


2. Takbir Pertama (Takbiratul Ihram). Mengangkat takbir pertama berseerta dengan niat di dalam hati dan diteruskan membac surah Al-Fatihah:


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (١) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ (٣) مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥) اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (٦) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (٧)




3. Takbir untuk kali kedua ‘Allahu Akhbar’ dengan mengangkat tangan ke telinga kemudian meletakkannya kembali ke badan. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW seperti berikut:


اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ


Ya Allah berikanlah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W, dan ke atas keluarganya. S.A.W




4. Takbir Ketiga. Takbir untuk kali ketiga ‘Allahu Akhbar’ dengan mengangkat tangan ke telinga kemudian meletakkannya kembali ke badan. Membaca doa untuk jenazah


Lelaki: أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ


Perempuan: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا


Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya.


*Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira doasa pahala oleh malaikat.


5. Takbir Keempat. Selepas membaca doa ditakbir yang ketiga, hendaklah diiringi dengan takbir yang keempat pula dan membaca doa.


Mengangkat takbir keempat kemudian baca doa berikut:


Lelaki:  أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ


Perempuan:  اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَ اغْفِرْ لَنَا وَلَهَا


Ya Allah, janganlah engkau menutup-nutupi pahala mayit ini kepada kami dan janganlah diberikan fitnah kepada kami setelah kami meninggalkan mayit tersebut, ampunilah kami dan ampunilah dia.


6. Memberi Salam Ke Kanan dan Ke kiri. Bacaan sesudah salam:
1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
2. Surah Al-Falaq 1 kali.
3. Surah An-Nas 1 kali.
4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
5. Surah Al-Baqarah 1-5.
6. Surah Kursi 1 kali.
7. Doa yang sesuai.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
sumber : siraplimau 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/06/solat-jenazah-panduan-lengkap-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Menanam Salad Dalam Pasu Di Malaysia Panduan Lengkap

Bagaimana Menanam Salad Dalam Pasu Di Malaysia Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 296 hits
Salad adalah salah satu sayuran yang mudah dan cepat untuk ditanam di rumah Salad juga sangat berkhasiat kaya dengan vitamin mineral dan serat Anda tidak perlu mempunyai kebun yang luas untuk menanam salad kerana salad boleh ditanam dalam p...
Panduan Lengkap 5 Cara Beli Tiket Flight Murah

Panduan Lengkap 5 Cara Beli Tiket Flight Murah

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 350 hits
Setiap kali anda merancang untuk travel mesti benda pertama yang anda fikirkan adalah bagaimana cara beli tiket flight murah Sebagai seorang kaki travel yang sentiasa on budget saya juga memikirkan perkara yang sama Survey tiket flight meru...
Panduan Lengkap Menanam Jagung Di Malaysia

Panduan Lengkap Menanam Jagung Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 388 hits
Jagung adalah salah satu tanaman yang penting di Malaysia kerana ia merupakan bahan utama dalam makanan ternakan Namun pengeluaran jagung tempatan tidak dapat menampung permintaan industri ternakan yang semakin meningkat terutamanya ruminan...
Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir

Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 314 hits
Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir Islam itu indah dan mudah tidak pernah menyusahkan dan membebankan buat umat Islam dalam banyak perkara termasuk dalam bab solat yang menjadi kewajipan untuk ditunaikan Solat Jamak dan Qa...
Panduan Lengkap Penanaman Kelapa Pandan

Panduan Lengkap Penanaman Kelapa Pandan

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 534 hits
Kelapa pandan adalah sejenis kelapa yang mempunyai bau harum yang menyerupai daun pandan Kelapa pandan juga mempunyai air kelapa yang manis dan segar serta daging kelapa yang lembut dan berkhasiat Kelapa pandan boleh dijadikan minuman santa...
20 Minit Bersama Wanita Berpurdah

20 Minit Bersama Wanita Berpurdah

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 110 hits
Baru baru ini saya ada menaiki sebuah kereta e panggilan yang pemandunya seorang wanita dan dia berpurdah Sebaik melangkah masuk dalam keretanya ternyata beliau mengenali saya menerusi kolum ini dan kemudian di hujung menyarankan supaya say...
Kepala Air Di Hulu Selangor 1 Wanita Ditemui Lemas

Kepala Air Di Hulu Selangor 1 Wanita Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 275 hits
FMT ReportersBomba masih mencari seorang lagi mangsa PETALING JAYA Seorang wanita ditemui lemas dalam kejadian kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak dekat Kuala Kubu Bharu Dalam kejadian 5 30 petang itu mangsa belum dikenal pas...
Cuba Buka Tunjuk Kalau Tak I Saman You Wanita Ini Tergamam Anggota Polis Suruh Buka Baju

Cuba Buka Tunjuk Kalau Tak I Saman You Wanita Ini Tergamam Anggota Polis Suruh Buka Baju

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 170 hits
8216 Cuba buka tunjuk kalau tak i saman you 8217 Wanita ini tergamam anggota Polis suruh buka baju Di media sosial baru baru kecoh apabila seorang pengguna Twitter telah mendedahkan di mana dalam satu kejadian di Pulau Pinang Dia telah dihu...
Misteri Kematian Dua Pendaki Wanita Kris Kemmers Dan Lissane Froon

Misteri Kematian Dua Pendaki Wanita Kris Kemmers Dan Lissane Froon

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 378 hits
Kedua dua Wanita ini hilang tanpa jejak di hutan Panama 2 bulan kemudian pihak berkuasa menemui mayat di samping kamera dan telefon mereka dengan lebih daripada 100 gambar pelik yang diambil sebelum kematian mereka Inilah yang berlaku Apa y...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization