20 Minit Bersama Wanita Berpurdah


 
Baru-baru ini saya ada menaiki sebuah kereta e-panggilan yang pemandunya seorang wanita, dan dia berpurdah. Sebaik melangkah masuk dalam keretanya, ternyata beliau mengenali saya menerusi kolum ini, dan kemudian di hujung menyarankan supaya saya menuliskan perbualan kami untuk pengetahuan ramai.
Pada mulanya sembang kami hanyalah basa-basi biasa. Dia bertanyakan tentang buku-buku saya, tentang UKM, tentang ISEAS sebelum merebak perihal pilihan raya negeri yang bakal mendatang. Saya memberitahu beliau yang saya belum betul-betul serius turun padang untuk mengutip data maka saya memang tidak mengetahui apa yang akan berlaku kelak. Sebagai ahli akademik saya harus berhati-hati meramal. Kecuali mungkin Khairy Jamaludin yang begitu yakin menulis di Fulcrum untuk ISEAS-Singapura. Tidak tahu siapa yang memeriksa ramalan dan dakwaannya itu.
Pada mulanya saya ada sedikit cuak, dan dalam benak ini tidak dapat tidak ada menduga bahawa wanita ini penyokong Perikatan Nasional yang ingin merasa-rasa fikiran saya. Akan tetapi lama-kelamaan jangkaan saya itu meleset dan menjangkau ke luar.
Kepada beliau saya bertanyakan tempat pengundiannya. Wanita berpurdah itu beritahu saya yang beliau pengundi di DUN Semenyih. Perbualan kami merancak dan saya pula mengambil giliran menebak-nebak jihat pandang beliau.
Saya bertanyakan beberapa soalan. Namun sebuah pertanyaan saya nampaknya membuatkan beliau mengomel panjang. Saya bertanyakan apakah beliau – seorang wanita Melayu Islam – awal 30-an yang memandu kereta sewa-pesan merasakan kedudukan Islam dan Melayu dalam keadaan terancam. Ini kerana itulah balik-balik bahan yang akan dikemukakan oleh para politikus Melayu.
Saya teringat kata-kata Prof Mahmood Zuhdi Abdul Majid, guru saya, yang baru sahaja meninggal dunia mengenai perangai parti politik Melayu; kata beliau, “PAS sememangnya ‘parti ideologi’ kerana itu modal untuk ia terus menempatkan diri dalam politik negara. PAS akan terus bercakap soal ideologi sampai bila-bila. Kita kena tengok keadaan semula jadi parti itu kerana PAS kalau tidak bercakap mengenai ideologi, maka ia tiada (tempat). Itu modal dia (PAS)…itulah modalnya, disebabkan ideologi itu, politik di Malaysia sudah ‘rosak’, justeru perlu dilakukan pembaharuan dalam ekosistemnya. Saya melihat secara ‘mata burung’, itulah yang berlaku dalam masyarakat kita. Parti politik sekarang ini sudah berada dalam persekitaran rosak,” demikian kata almarhum.
Wanita berpurdah itu menjelaskan kepada saya beliau muak dan jelak dengan kata-kata ahli politik yang tidak konsisten, hampas, dan berbolak-balik. “Lagi tua lagi dekat kubur lagi tidak takut Tuhan. Saya ini Dr FT, saya pengundi DUN Semenyih. Saya masih ingat ‘abah’ berkempen dalam pilihan raya kecil di DUN kami dalam tahun 2019. Waktu itu Bersatu dalam Pakatan Harapan. Masa itu dia cakap lain. Sekarang dia cakap lain. Dulu dia kata Melayu dan Islam tidak terancam. Tiba-tiba kemudian Islam dan Melayu dah terancam pula.”
Keterangan wanita berpurdah ini memanglah benar. Kita bukannya berjarak dua ratus tahun dari 2019 itu yang membuatkan kita kehilangan jejak, rekod, dan dokumentasi mengenai kata-kata pemimpin Melayu yang dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Sekarang apa yang kita lakukan semua diarkibkan dan berada di hujung jari untuk diperiksakan. Sama ada kita ingin jadi peka dan pandai, atau jadi pekak dan bodoh menonton apa dipantak di TikTok.
Abah pernah menyatakan begini dalam tahun 2019; “…saya tidak faham kenapa ada yang akan mudah membangkitkan sentimen marah seolah-olah kerajaan (PH) hari ini tidak melindungi Islam. Saya tak percaya, itu tanggapan yang betul tapi itu adalah tipu muslihat (pihak tertentu) untuk menggambarkan bahawa kerajaan hari ini lemah. Tidak memberi apa-apa perlindungan kepada agama Islam.”
Ads by KioskedMuhyiddin ketika itu menteri dalam negeri mengulas Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam anjuran beberapa badan bukan kerajaan Islam, yang di belakangnya PAS pada Mei tahun itu.
Seperti yang saya katakan, jika kita pandai dan memeriksa kembali kenyataan-kenyataan Muhyiddin ketika di dalam kerajaan PH kita akan mendapati beliau sama sekali berlainan nada. Misalnya, seperti disebutkan pemandu berpurdah itu, ketika berkempen di Semenyih dalam Februari 2019, Muhyiddin menyebut betapa kerajaan Pakatan Harapan sangat menjaga hak-hak Melayu-Islam.
Bahkan pada waktu itu, Muhyiddin yang didambai sebagai ‘abah’ oleh Melayu PN menyalahkan PAS kerana membangkitkan keraguan dan fitnah semberono (ketika itu belum menebuk atap dengan Langkah Sheraton); dalam kempen di Semenyih itu beliau menyebutkan terang-terang parti pembangkang yang tidak keruan. Kata beliau tatkala itu; “Ada beberapa isu yang diputarbelitkan pembangkang, seperti isu Melayu dan Islam, seolah-olah PH tak pertahankan hak Melayu, atau ambil remeh hal Islam. Ini palsu dan tidak betul. “Jadi kita ambil kesempatan terangkan isu PAS, isu BN, kepincangan waktu pentadbiran dahulu, yang saya fikir rakyat tak akan lupa. Ini kita akan terangkan sejelasnya. Juga kedudukan hubungan dalam PH seperti hubungan kita dengan DAP, orang bangkitkan seolah-olah DAP tak sokong perjuangan kita, ada tindakan berbeda, pandangan ini diputarbelitkan pembangkang.”
Dalam satu laporan agensi Islam di bawah kerajaan iaitu Yadim, Muhyiddin malah pada 2019 itu mengecam pihak yang menggunakan sentimen Islam-Melayu terancam. Beliau berhujah; “Sebagai menteri dalam negeri, KDN menerusi PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menghina mana-mana agama. Tindakan tegas yang diambil oleh pihak polis alhamdulillah telah berjaya mengekang perbuatan menghina agama daripada menular dalam masyarakat kita. Janganlah kita mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk meraih laba politik dengan sengaja mengapi-apikan sentimen kaum dan agama. Kita tahu di Malaysia sudah ada sejarah yang lampau, kalau ia (isu agama dan perkauman) dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, ia boleh mencetuskan keresahan di kalangan rakyat, perkara yang akan berlaku adalah suatu yang tidak baik.”
Pada tahun sama, perdana menteri pilihan PH selepas PRU14 iaitu Dr Mahathir Mohamad turut menolak dakwaan betapa Melayu-Islam sedang terancam dan mentertawakan dakwaan itu sebagai datang dari orang yang kalah. Menurut Mahathir, dakwaan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini terancam di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan merupakan taktik pihak pembangkang untuk menyelamatkan diri daripada keburukan yang mereka lakukan. Dakwaan itu dimulakan oleh parti yang tewas dengan mencari isu yang paling mudah iaitu berkaitan Melayu dan Islam untuk mengalih perhatian masyarakat.
Namun demikian hari ini, seperti yang dibangkitkan oleh pemandu Grab berpurdah; apa yang baru disebutkan di hadapan rakyat pada 2019 sudah terbalik semuanya pada 2023 seolah-olah rakyat bodoh dan tidak dapat merujuk tindak-tanduk mereka yang baru sahaja berlalu, dan berlaku.
Ads by KioskedWanita berpurdah itu dengan nada geram mengatakan, “Apa pasal Melayu senang dibodohkan konon Melayu-Islam terancam? Kita ada raja-raja Melayu…berapa orang? Apa yang terancamnya? Kenapa nak dibodohkan lagi berkali-kali?”
Saya memang tidak ada jawapan untuk wanita berpurdah ini. Ternyata apabila memakai litup begitu, otak beliau tidak ikut tertutup malah terbuka dengan segar. Bak kata wanita ini, semuanya boleh kita semak silang, rujuk balas, dan jawab tanding dengan hanya merujuk kata-kata geng politikus ini di hujung jari.
Menjelang PRN, semua mereka yang pernah mengatakan Islam dan Melayu tidak terancam ini, seperti Muhyiddin dan Mahathir, telah berbolak kata berbalik hujah. Kini tiba-tiba Melayu dan Islam terancam pula.
Sebabnya ringkas sahaja; mereka dalam keadaan tidak berkuasa, dan dalam keadaan kalah itu mulai meracau sembari menjaja kepalsuan yang sama seperti dibuat oleh PAS sebelumnya. Padahal mereka tahu itu. Lebih aneh, tanpa kemalu-maluan bersatulah PAS, Bersatu, dan parti Mahathir dengan hujah yang mereka sendiri tahu palsu tetapi pura-pura percaya ia benar.
Mereka berbuat begitu kerana ramai yang bodoh secara mengkagetkan. Tidak ramai yang ada usaha dan sedikit daya upaya untuk menjadi seperti wanita berpurdah ini. Perjalanan dari MRT Kajang ke UKM amat mencerahkan.
20 minit bersama-sama pemandu wanita berpurdah itu membuatkan saya agak lega. Masih ada pengundi yang bijak. Sewaktu saya turun di kampus di hadapan Fakulti Islam, beliau sempat berpaling kepada saya dan mengatakan; ‘Dr…tentu Dr ada perasaan yang saya ini walauntit kan? Saya tidak membabi buta wala. Kita orang Islam disuruh memeriksa fitnah bukan taksub melulu.”
Ads by KioskedTetapi, berapa ramai wanita berpurdah yang tidak mudah diperdaya seperti beliau? - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/20-minit-bersama-wanita-berpurdah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkin Sebab Wajah Saya Dah Berusia 49 Tahun Kim Byungchul Akui Sedang Cari Teman Wanita

Mungkin Sebab Wajah Saya Dah Berusia 49 Tahun Kim Byungchul Akui Sedang Cari Teman Wanita

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 191 hits
Sudah hampir mencecah usia 50 tahun Kim Byung chul pastinya seringkali memikirkan tentang perkahwinan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Kim Byung chul yang semakin dikenali menerusi Doctor Cha telah tampil sebagai tetamu dalam program Yoo Jae suk Y...
Isu Ustaz Amp Wanita Bertatu Viral Ramai Mesej Minta Maaf Dekat Caprice

Isu Ustaz Amp Wanita Bertatu Viral Ramai Mesej Minta Maaf Dekat Caprice

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 291 hits
Kontroversi melibatkan seorang pendakwah yang didakwa menjadikan seorang influencer bertatu dari Indonesia sebagai konten dakwahnya telah mendapat kritikan daripada netizen kerana dianggap sebagai berlebihan Susulan daripada itu selebriti y...
Tinggal Sebumbung Dengan Dua Suami Wanita Siap Guna Sistem Tidur Bergilir

Tinggal Sebumbung Dengan Dua Suami Wanita Siap Guna Sistem Tidur Bergilir

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 172 hits
MAISARAH AISYAPoliandri berlaku apabila seorang wanita berkahwin dengan lebih seorang suami hal ini adalah dilarang dalam ajaran IslamIni adalah disebabkan nasab keturunan ia adalah lebih sukar untuk menentukan anak itu terhasil dari sperma...
Viki Ria Mahu Buka Butik Pakai Dalam Wanita Di Kampung Honi Dalam Trailer Vik2ria Secret

Viki Ria Mahu Buka Butik Pakai Dalam Wanita Di Kampung Honi Dalam Trailer Vik2ria Secret

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 251 hits
Sebuah filem arahan A R Badul Vik2Ria Secret akan ditayangkan di pawagam pada 15 Jun ini Filem komedi ini mengisahkan Viki yang pergi ke Kampung Honi tetapi menghadapi perjalanan yang penuh dengan syak wasangka Dia bertemu dengan Ria dan me...
Seorang Wanita Di Ecuador Disahkan Mati Tapi Bangkit Semula Dalam Keranda

Seorang Wanita Di Ecuador Disahkan Mati Tapi Bangkit Semula Dalam Keranda

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 157 hits
Seorang wanita di Ecuador tiba tiba bangkit semula dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial Gilbert Balberan yang merupakan anak kepada Bella Montoya 76 memberitahu ibunya mengetuk keranda itu sel...
Curi Barang Kemas Kakak Ipar Rm90 000 Wanita Ditahan

Curi Barang Kemas Kakak Ipar Rm90 000 Wanita Ditahan

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 166 hits
BernamaBALIK PULAU Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian barang kemas bernilai lebih RM90 000 milik ahli keluarganya dalam serbuan pada Ahad Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata penahanan w...
10 Wanita Tercantik Di Dunia 2023 Berdasar Golden Ratio Taylor Swift Nomor Berapa

10 Wanita Tercantik Di Dunia 2023 Berdasar Golden Ratio Taylor Swift Nomor Berapa

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 205 hits
Golden Ratio atau Phi digunakan sebagai tolok ukur simetri dan nilai estetika wajah selebriti dunia
Wanita Ini Berderai Air Mata Ceritakan Kondisi David Bercucuran Darah Usai Dianiaya

Wanita Ini Berderai Air Mata Ceritakan Kondisi David Bercucuran Darah Usai Dianiaya

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 153 hits
Natalia mengaku sempat membentak Mario saat itu sambil tujuan datang ke kompleksnya Apalagi sampai membuat keributan dan melukai anak temannya hingga terkapar tak berdaya Tapi Mario menjawab itu karena David melecehkan adiknya
Mcgregor Dituduh Mencium Secara Agresif Terhadap Seorang Wanita

Mcgregor Dituduh Mencium Secara Agresif Terhadap Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 151 hits
BINTANG seni bela diri campuran Ireland Conor McGregor dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di Final NBA di Miami minggu lalu ESPN dan TMZ Sports memetik surat daripada peguam wanita itu yang mengatakan McGregor 8216 s...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation