Misteri Kematian Dua Pendaki Wanita Kris Kemmers Dan Lissane Froon


Kedua-dua Wanita ini hilang tanpa jejak di hutan Panama. 2 bulan kemudian, pihak berkuasa menemui mayat di samping kamera dan telefon mereka dengan lebih daripada 100 gambar pelik yang diambil sebelum kematian mereka. Inilah yang berlaku.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Apa yang Berlaku kepada 2 Remaja Wanita ini ketika berada di Panama? Pada 15 Mac 2014, dua orang pelajar wanita warganegara Belanda yang bernama Kris Kremers (21 tahun) dan Lissane Froon (22 tahun) telah memulakan penerbangan mereka dari Amsterdam menuju ke Costa Rica. Selepas tiba di destinasi, dua rakan karib itu kemudian menuju ke Bocas del Toro, Panama. Sepanjang dua minggu berada di kawasan itu, Kris serta Lissane menghabiskan masa dengan berseronok di tepi pantai, mempelajari bahasa Sepanyol dan menikmati makanan. Pada masa sama, mereka berdua sempat berkenalan dengan dua orang lelaki yang juga berasal dari Belanda. Seterusnya tanggal 29 Mac 2014, Kris dan Lissane bergerak ke bandar Boquete.


Mengikut program asal Kris dan Lissane, mereka berdua sepatutnya akan melakukan kerja-kerja sukarelawan di sebuah sekolah Sepanyol pada pekan Boquete itu. Namun, program tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu. Meskipun berasa agak kecewa dengan keputusan tersebut, Kris dan Lissane kekal berada di Panama selama empat minggu dengan menginap di rumah keluarga angkat mereka yang terletak pada bahagian selatan Boquete.


Menjelang 1 April 2014, Kris dan Lissane keluar dari rumah dengan menaiki teksi untuk pergi mendaki di sekitar kawasan yang dinamakan La Pianista. Menurut keterangan daripada pemandu teksi yang pada kemudiannya memberitahu pihak berkuasa bahawa dia telah menurunkan Kris dan Lissane di tempat permulaan pendakian pada sekitar jam 1.30 petang. Walau bagaimanapun, bukti pada kamera yang ditemui menunjukkan bahawa dua rakan karib itu tiba di lokasi dua jam lebih awal. Puncak La Pianista


Jadi sewaktu aktiviti pendakian itu, Kris dan Lissane ada membawa beg galas yang berisi sekeping pasport, kamera digital model Canon Powershot SX270, telefon jenis Iphone serta Samsung Galaxy, botol minuman, dan sejumlah wang dalam anggaran $80. Kris dan Lissane kemudian berjaya tiba di puncak pendakian pada jam 1.00 petang. Pada waktu sebelumnya, penduduk tempatan di kawasan situ sempat memberi peringatan kepada dua rakan karib itu untuk tidak mendaki mengikut sesuka hati mereka. Satu peringatan yang bagaimanapun telah diendahkan oleh Kris dan Lissane.


Selepas waktu malam kian menjelma, cuma anjing yang pada sebelum itu keluar untuk menemani Kris dan Lissane pergi mendaki saja yang telah pulang ke rumah. Sementara itu, Kris dan Lissane sendiri pula langsung tidak muncul-muncul. Ini termasuklah pada keesokan harinya di mana mereka berdua telah terlepas temujanji dengan seorang pemandu pelancong tempatan. Disebabkan berasa bimbang dengan kehilangan Kris dan Lissane, maka keluarga angkat tersebut pergi membuat laporan polis.


Pihak berkuasa telah melakukan operasi pencarian mangsa secara besar-besaran dengan bantuan para sukarelawan, penduduk tempatan dan termasuk ibu bapa Kris serta Lissane yang tiba di Panama pada 6 April. Namun selepas minggu demi minggu berlaku, masih tiada sebarang petunjuk yang berjaya ditemui.


10 minggu kemudian, seorang penduduk wanita tempatan telah menemui beg galas milik Lissane dalam keadaan kering dan bersih di sebuah kawasan sawah padi yang berhampiran sebatang sungai dengan jaraknya bersamaan 8 kilometer dari puncak La Pianista. Wanita yang menemui beg tersebut begitu yakin bahawa beg galas itu tiada berada di situ pada sehari sebelumnya. Jika difikirkan secara logik, adalah sesuatu yang mustahil beg itu boleh dalam keadaan bersih sedangkan kawasan di sekelilingnya adalah hutan dan sungai. Lebih-lebih lagi apabila pada beberapa minggu sebelumnya kawasan situ telah dilanda hujan lebat. Perkara ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa ada seseorang yang meletakkan beg Lissane di kawasan tersebut.


Berdasarkan pemeriksaan, beg galas itu mengandungi 2 helai bra, 2 telefon pintar, cermin mata, botol minuman kosong, kamera digital, pasport Lisanne, wang tunai dan kad insurans perubatan. Meskipun begitu banyak jumlah cap cari asing yang telah ditemui pada barang bukti-bukti tersebut namun tiada satu pun yang berjaya membantu terhadap perkembangan siasatan kes.


Barang bukti telefon pintar dan kamera digital sudah semestinya akan menjadi fokus utama oleh para penyiasat. Hasil pemeriksaan mendapati telefon pintar mangsa masih lagi aktif dalam tempoh 10 hari pertama kehilangan mereka. Sepanjang tempoh tersebut, terdapat 77 percubaan untuk menghubungi pihak polis dengan mendail nombor kecemasan iaitu 112 untuk talian Belanda dan 911 pula talian Panama. Ketiadaan isyarat telah menyebabkan semua panggilan itu menemui kegagalan dengan fakta satu panggilan berjaya dibuat namun kembali terputus hanya selepas dua saat. Pada masa sama, terdapat juga usaha untuk menyahkunci telefon Kris dengan memasukkan nombor pin yang salah secara berulang kali. Selepas 11 April, telefon pintar Kris dan Lissane tidak lagi berfungsi akibat kehabisan bateri.


Beralih pula kepada kamera. Sebanyak 133 keping foto telah disimpan pada kamera itu dengan foto pertama yang diambil oleh Kris dan Lissane adalah pada 1 April iaitu ketika mereka mula keluar untuk melakukan pendakian. Namun keanehan sebenar adalah menerusi 90 foto yang diambil pada malam 8 April iaitu dari jam 1.00 pagi hingga 4 pagi. Foto-foto aneh yang diambil menunjukkan keadaan gelap gelita dan foto juga darah pada bahagian rambut Kris. Biarpun begitu banyak teori tentang apa yang berlaku waktu itu, masih sukar untuk diperjelaskan punca sebenar mengapa Kris dan Lissane mengambil foto sedemikian rupa. Harus diingatkan juga pada waktu tersebut mereka berdua sudah berada di dalam hutan itu selama seminggu.


Hinggalah 19 Jun 2014, tulang milik Kris dan Lissane telah ditemui di sebuah kawasan yang tidak jauh dari sungai. Ini termasuklah penemuan bahagian kaki kiri Lissane yang masih melekat di dalam kasut butnya dan juga tulang pelvis Kris. Berkenaan kaki kiri Lissane itu, pasukan forensik mendapati potongan tulangnya adalah dalam keadaan bersih tanpa sebarang kesan darah. Tiada juga tanda-tanda tembakan, gigitan, dipijak mahupun dicakar.


Jadi, apa sebenarnya yang berlaku kepada Kris dan Lissane? Hingga pada hari ini, pihak berkuasa Panama mahupun Belanda masih lagi gagal untuk menentukan konklusi sebenar kes. Bagaimanapun kecenderungan dalam kes ini dilihat lebih ke arah berpunca daripada kemalangan. Jika dinilai dari segi luaran, kematian Kris dan Lissane sebenarnya adalah kes kematian biasa. Gambaran mudah, mereka berdua yang terjatuh dari tempat tinggi telah mengalami kecederaan parah dan seterusnya berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan untuk meneruskan hidup. Namun bila difikir semula tentang beg galas yang bersih itu, sukar untuk memperincikan keadaan sedemikian. Jika benar ada unsur jenayah sekalipun, mengapa barang bukti yang penting ditinggalkan begitu sahaja.


Sebenarnya banyak lagi persoalan yang timbul. Antaranya adalah mengapa tiada satu pun cap jari yang ditemui berjaya untuk dikenalpasti? Mengapa tiada gambar anjing sedangkan anjing itu didakwa keluar bersama Kris dan Lissane? Bagaimana mereka berdua boleh sesat? Mengapa Kris dan Lissane bersedaya upaya untuk menghubungi talian kecemasan berkali-kali namun tiada satu rekod pun untuk berhubung dengan anggota keluarga mereka? Paling tidak pun, cubaan untuk menghantar teks mesej atau membuat ucapan perpisahan dalam bentuk rakaman video?

SOURCE: mykmu.net

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://seriushaha.blogspot.com/2023/06/misteri-kematian-dua-pendaki-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kertas Siasatan Dibuka Terhadap Wanita Herdik Polis Pangkat Rendah

Dua Kertas Siasatan Dibuka Terhadap Wanita Herdik Polis Pangkat Rendah

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 99 hits
Polis Diraja Malaysia membuka dua kertas siasatan berhubung video tular yang memaparkan seorang wanita tempatan menghina dua pegawai polis di sebuah kedai makan di Taman Sri Gombak Batu Caves tengah hari semalam Dalam kejadian kira kira puk...
Tinggal Sebumbung Dengan Dua Suami Wanita Siap Guna Sistem Tidur Bergilir

Tinggal Sebumbung Dengan Dua Suami Wanita Siap Guna Sistem Tidur Bergilir

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 123 hits
MAISARAH AISYAPoliandri berlaku apabila seorang wanita berkahwin dengan lebih seorang suami hal ini adalah dilarang dalam ajaran IslamIni adalah disebabkan nasab keturunan ia adalah lebih sukar untuk menentukan anak itu terhasil dari sperma...
Terperosok Bawah Treler Posting Terakhir Rider Wanita Di Fb Undang Sebak

Terperosok Bawah Treler Posting Terakhir Rider Wanita Di Fb Undang Sebak

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 169 hits
Pemergian seorang penunggang motosikal wanita yang meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Gunung Pulai Kulai semalam mengundang rasa sebak ahli keluarga dan kenalan terdekat Menerusi perkon...
Move Kuda Its My Turn Bergegar Tulang Rusuk Wanita Melihat Lelaki Hensem Menunggang Kuda Secara Pelik

Move Kuda Its My Turn Bergegar Tulang Rusuk Wanita Melihat Lelaki Hensem Menunggang Kuda Secara Pelik

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 243 hits
Pagi itu sinar mentari perlahan menyinari ladang hijau yang terbentang luas Di antara rumput yang menggoda berdirilah seekor kuda bernama Bintang Jingga Ia memiliki bulu cokelat keemasan yang berkilauan di bawah terik matahari Aku berdiri d...
Jenama Kitsui Menjadi Pilihan Kaum Wanita Untuk Kelihatan Awet Muda

Jenama Kitsui Menjadi Pilihan Kaum Wanita Untuk Kelihatan Awet Muda

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 171 hits
KITSUI Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan Ia telah menjadi sifat semulajadi para wanita yang inginkan kulit yang bersih cerah juga badan yang ideal Kebanyakkan wanita Asia terlampau obses inginkan kulit yang bersih cerah juga bada...
Hiburan Penyanyi Wanita Bertudung Didakwa Berskandal Dengan Pengurus Sendiri Berstatus Suami Orang

Hiburan Penyanyi Wanita Bertudung Didakwa Berskandal Dengan Pengurus Sendiri Berstatus Suami Orang

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 466 hits
Memetik Utusan seorang penyanyi wanita berhijab dikatakan tangkap cinta dengan pengurusnya sendiri yang berstatus suami orang Difahamkan hubungan tersebut sudah lama dihidu oleh rakan rakan dalam industri sejak ia berputik beberapa tahun in...
Wanita Hamil Disiasat Kes Hina Agong

Wanita Hamil Disiasat Kes Hina Agong

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 204 hits
BernamaGEORGE TOWN Seorang wanita hamil enam bulan ditahan bagi membantu siasatan memuat naik kandungan di media sosial berbaur penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung penganugerahan pingat kepa...
Hina Anggota Bawahan Inspektor Wanita Ditahan

Hina Anggota Bawahan Inspektor Wanita Ditahan

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 199 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pegawai polis wanita yang dirakam menghina anggota bawahannya ditahan susulan dua kertas siasatan dibuka terhadapnya Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata wanita berpangkat inspektor itu pertama k...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free