Solat Jenazah Niat Panduan Bagi Jenazah Lelaki Dan Wanita


Solat Jenazah merupakan satu-satunya solat yang dilakukan oleh manusia ke atas manusia yang lain. Solat ini dilakukan ke atas diri seorang muslim yang telah meninggal dunia.
Solat ini merupakan fardhu kifayah, yang bermaksud ia wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat-umat muslim pada waktu itu.
Berikut kami kongsikan kepada anda tentang panduan dan niat melakukan solat ini. Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel bagi mengetahui lebih lagi tentang hal ini.
Apa itu Solat Jenazah? Solat jenazah merupakan solat yang dilakukan oleh seorang muslim terhadap saudara seagamanya yang telah meninggal dunia, yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat-umat muslim pada waktu itu.
Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan solat ini, antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R. Anhuma dimana beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :
 مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ
Maksudnya : Tidak ada seorang lelaki muslim yang meninggal dunia, kemudian terdapat empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun mendirikan solat jenazah ke atasnya, melainkan Allah akan memberikan syafaat dari mereka buat dirinya (jenazah tersebut).
Riwayat Muslim (948) Oleh itu, sebagai umat Islam, kita sepatutnya tahu dan mempelajari tentang solat ini, agar dapat kita lakukan apabila tiba masanya bagi mengelakkan jatuhnya dosa ke atas kita dan masyarakat.
Rukun Solat Jenazah Berbeza dengan solat yang lain yang mempunyai 13 rukun di dalamnya, solat jenazah hanya mempunyai 7 rukun sahaja iaitu:
Niat Berdiri tegak. Solat ini TIDAK ADA rukuk mahupun sujud, dan dilakukan dalam keadaan berdiri. Takbiratul Ihram Dilakukan sebanyak 4 kali termasuk takbir pertama. Baca Al-fatihah Ucap Selawat Doa kepada Jenazah Salam Dapatkan Set Lengkap Pengurusan Jenazah sebagai persediaan pada masa akan datang.
Niat Solat Niat bagi solat ini berbeza mengikut jantina si mati. Berikut merupakan niat mengikut jantina jenazah yang bersesuaian:
NIAT JENAZAH LELAKI
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala  
Makna: Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.
NIAT JENAZAH PEREMPUAN
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazihil-Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 
Makna: Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.
NIAT JENAZAH KANAK-KANAK LELAKI
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 
Makna: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala
NIAT JENAZAH KANAK-KANAK PEREMPUAN
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyitati al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 
Makna: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala
Panduan Solat Jenazah Melakukan solat jenis ini adalah sangat mudah kerana ia tidak mempunyai banyak rukun di dalamnya. Berikut adalah panduan untuk menjalankan solat ini:
Berdiri bagi yang mampu. Berniat dalam hati ketika melafazkan takbiratul ihram. Membaca Al-Fatihah. Takbir Kedua. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W Takbir Ketiga. Berdoa untuk jenazah Jenazah lelaki. أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ Makna: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya. Jenazah perempuan. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Makna: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya. Takbir Keempat Berdoa untuk jenazah: Jenazah lelaki. للَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ  Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati. Jenazah perempuan. اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهَا Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati. Memberi salam. Kedudukan Jenazah, Imam & Makmum Sama seperti niat, kedudukan jenazah sewaktu menjalankan solat ini berbeza mengikut jantina. Anda boleh lihat rajah di bawah sebagai panduan anda pada masa akan datang:
Maklumat Lanjut Untuk anda yang mengingikan maklumat yang lebih terperinci tentang pelaksanaan Solat Jenazah ini anda boleh baca buku Panduan Pengurusan Jenazah dan Pusara Orang Islam di bawah:
Pengurusan-Jenazah-PusaraDownload

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/solat-jenazah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=solat-jenazah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Sunat Rawatib Niat Panduan Solat Sunat Ba Diyyah Qabliyyah

Solat Sunat Rawatib Niat Panduan Solat Sunat Ba Diyyah Qabliyyah

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 281 hits
Solat sunat rawatib merupakan satu ibadah dalam agama Islam yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam bagi mengeringi solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat Solat sunat jenis ini berfungsi sebagai pelengkap ataupun ta...
Solat Subuh Niat Bacaan Panduan Menjalankan Solat

Solat Subuh Niat Bacaan Panduan Menjalankan Solat

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 296 hits
Solat fardhu merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia 5 kali sehari iaitu pada waktu Subuh Zohor Asar Maghrib dan Isyak Solat ini merupakan tiang agama bagi penganut agama Islam dan hukum bagi orang Islam...
Niat Solat Jumaat Dan Panduan Melaksanakannya

Niat Solat Jumaat Dan Panduan Melaksanakannya

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 261 hits
Niat Solat Jumaat dan Cara Melaksanakan Solat Jumaat Sebagai Panduan Anda Solat Jumaat merupakan solat dua rakaat yang didahulukan dengan khutbah dan dijalankan dalam waktu Zohor yang dilaksanakan hanya pada hari jumaat Solat ini merupakan ...
Niat Solat Fardhu Amp Solat Solat Sunat

Niat Solat Fardhu Amp Solat Solat Sunat

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 147 hits
Niat Solat Fardhu amp Solat Sunat Solat adalah merupakan tiang agama Ia dimulakan dengan niat dan diakhiri dengan salam nbsp Mempelajari niat solat adalah penting untuk memastikan ibadah solat kita sempurna nbsp Berdasarkan perkongsian dala
Niat Wudhu Rukun Doa Selepas Berwudhu Panduan Lengkap

Niat Wudhu Rukun Doa Selepas Berwudhu Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 421 hits
Niat Wudhu Rukun Doa Selepas Berwudhu Panduan Lengkap Sebelum beribadah khususnya menunaikan solat kita diwajibkan untuk mengambil wudhu dengan sempurna untuk memastikan ibadah kita sah Oleh itu mempelajari cara menunaikan wudhu dengan semp...
Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat

Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 269 hits
Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat Solat Isyak adalah merupakan salah satu solat fardhu yang wajib ditunaikan oleh umat Islam Ia mempunyai 4 rakaat dan boleh ditunaikan secara bersendirian mahupun berjemaah apabila sudah masuk waktu...
Dia Menolak Badan Saya Berkali Kali Individu Dedah Suspek Yang Melanggar Zaharif Pernah Memukul Wanita Mengandung

Dia Menolak Badan Saya Berkali Kali Individu Dedah Suspek Yang Melanggar Zaharif Pernah Memukul Wanita Mengandung

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 333 hits
Susulan kes kematian pelajar sekolah berumur 17 tahun Muhammad Zaharif Affendi yang terjadi berhampiran SMK Jati di Meru Ipoh kini ada yang mendedahkan fakta baru tentang suspek yang merupakan seorang pegawai kanan polis itu Pegawai kanan b...
Bukan Kes Pertama Tular Dakwaan Pelaku Langgar Zaharif Pernah Tolak Wanita Hamil

Bukan Kes Pertama Tular Dakwaan Pelaku Langgar Zaharif Pernah Tolak Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 157 hits
Satu dakwaan tular di media sosial apabila akaun X milik mynewshub memuat naik tangkapan layar dipercayai pendedahan dari saluran Telegram Edisi Siasat yang mendedahkan bahawa tindakan pelaku melanggar remaja 17 tahun bukan kes pertama dila...
Wanita Maut Kemalangan Di Sekincan

Wanita Maut Kemalangan Di Sekincan

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 151 hits
Seorang wanita maut dalam kemalangan jalan raya di Sungai Nibong Sekinchan pada 5 50 pagi pada Isnin SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LI
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Cycling 9 Februari 2025

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

Ikiru Hotel A Harmonious Fusion Of Architecture And Nature

Johor Princes Switch To Corvette For Gt Races


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Nenek Siapa Asyik Melompat Be Like

Startups Vs Established Industries

Nasi Lemak Lobster Jb

Salam Rmadhan Kareem 1446 Hijrah

Selamat Pagi 1 Ramadan Melayan Taman Kecilku

Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan