Solat Subuh Niat Bacaan Panduan Menjalankan Solat


Solat fardhu merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia 5 kali sehari iaitu pada waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Solat ini merupakan tiang agama bagi penganut agama Islam dan hukum bagi orang Islam yang telah memenuhi syarat sah, namun masih tidak menjalankan solat fardhu ini adalah haram dan berdosa besar.
Oleh itu, disini kami kongsikan kepada anda yang baru mula belajar atau yang ingin belajar semula cara, niat dan makna bacaan dalam solat sebagai panduan anda dalam menjadi umat Islam yang lebih baik.
Solat Fardhu Solat merupakan ibadah utama bagi umat Islam di seluruh dunia dan ia dikatakan sebagai tiang agama. Jika solat fardhu itu tidak dijalankan oleh seseorang individu, ibadah lain yang dilakukan juga tidak akan diterima.
Solat ini dari segi bahasa ia bermaksud doa, manakala, dari segi syarak, solat ialah amalan yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
Solat fardhu yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam setiap hari ada lima jenis iaitu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Syarat wajib solat juga ada lima:
Islam Baligh Berakal Suci daripada haid dan nifas Sempurna pendengaran dan penglihatan (Jika mempunyai salah satu WAJIB baginya untuk melakukan ibadah solat ini) Bagi individu yang telah memenuhi syarat solat ini anda wajib melaksanakan rukun Islam kedua ini. Jika anda meninggalkannya, hukumnya adalah berdosa besar.
Malah dalam keadaan individu yang sedang sakit teruk sekali pun jika mata individu tersebut masih boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya dengan menggunakan isyarat mata.
Pengenalan Solat Subuh Solat Subuh merupakan solat pertama yang dilakukan oleh umat Islam pada waktu pagi sebelum matahari terbit, pada setiap hari. Ia merupakan satu-satunya solat fardhu yang terdiri daripada dua rakaat.
Solat ini merupakan solat fardhu, yang bermakna ia wajib dilakukan oleh semua umat Islam yang memenuhi syarat sah solat.
Bagi individu yang sengaja meninggalkan solat ini, hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Manakala, bagi individu yang tertinggal anda wajib menggantikan solat ini dengan niat qada.
Waktu Mendirikan Solat Subuh Waktu untuk menunaikan solat subuh ini adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.
Pada saat ini, waktu Subuh di Malaysia di anggarkan bermula pada pukul 5:50 pagi di Semenanjung Malaysia, dan di Sabah dan Sarawak waktu Subuh ini dianggarkan pada pukul 4:50 pagi.
Bagi anda yang ingin menyemak waktu solat boleh dilakukan pautan ini: Waktu Solat Malaysia
Panduan dan Makna Bacaan Solat Subuh 1. BERDIRI TEGAK & NIAT
Pastikan anda berdiri tegak dan menghadap kiblat. Jika anda tidak boleh berdiri, anda boleh melakukan solat dalam keadaan duduk atau berbaring. Hanya pastikan anda menghadap kiblat sewaktu menjalankan solat. Lafazkan niat di bawah : اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً للهِ تَعَالَى
 Usolli Fardhal Subhi Rakataini Adaan Lillahi Ta’ala 
Makna: Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
*NOTA : Niat hanya di baca di RAKAAT PERTAMA SAHAJA.
2. MELAFAZKAN TAKBIRATUL IHRAM
Angkat kedua belah tangan separas telinga dan lafazkan takbiratul ihram iaitu:
اللّٰهُ أَكْبَر‎
Allahuakbar
Makna: Allah Maha Besar
Pada waktu mengangkat takbir ini, anda perlu mengucap niat “Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala” di dalam hati.
3. MEMBACA DOA IFTITAH
Lepas mengangkat takbir letakkan tangan di atas pusat dengan  tangan kanan di atas tangan kiri dan wajah memandang ke arah tempat sujud. Kemudian lafazkan doa iftitah di bawah: اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. إِنِّىْ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ.
Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Makna: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.
*NOTA : Doa Iftitah hanya di baca di RAKAAT PERTAMA SAHAJA.
4. MEMBACA AL-FATIHAH & SURAH LAIN
Bacaan Al-Fatihah adalah bacaan yang wajib dibaca pada setiap rakaat dalam setiap solat yang dilakukan tidak kira solat fardhu ataupun solat sunat. Jika tidak dibacakan, solat anda adalah tidak sah, kerana ia merupakan salah satu rukun dalam solat. Setelah membaca Al-Fatihah, anda digalakkan untuk membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran. Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin
Makna: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
5. RUKUK
Setelah selesai membaca Al-Fatihah dan surah pilihan anda teruskan bertakbir dan rukuk. Baca tasbih rukuk di bawah sebanyak 3 kali: Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih
Makna: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.”
6. I’TIDAL
Kemudian, bangun daripada rukuk sambil mengucapkan:  Sami Allahu liman hamidah
Makna: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya.
Dan setelah berdiri hendaklah membacakan bacaan iktidal. Rabbana lakal hamdh 
Makna: Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
7. SUJUD
Setelah itu, bertakbir dan lakukan sujud. Pastikan anggota badan di bawah menyentuh sejadah dengan keadaan punggung berada pada paras yang lebih tinggi dari kepala: Dahi Hidung Kedua belah tapak tangan Ibu jari kaki Baca tasbih sujud di bawah sebanyak 3 kali: Subhana Rabbiyal A’laa Wabihamdih 
Makna: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Selepas itu, bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan) dan lafazkan ayat di bawah:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa a’fini Wa’fu Anni 
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Selesai membaca tasbih di atas, maka lakukan sujud kedua, dengan bacaan yang sama seperti sujud pertama. Kemudian bangun untuk rakaat kedua dengan takbiratul ihram, dengan ini, sudah selesai bahagian rakaat pertama dalam solat Subuh anda. 9. DOA QUNUT
Khas bagi solat Subuh sahaja, selepas melakukan i’tidal di rakaat kedua, anda disunatkan membaca doa Qunut. Sebelum sujud, kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan dan membaca doa Qunut di bawah: Rumi:
Allahummah dini fii man hadait, wa ‘afini fiman ‘afait, wa tawallani fi man tawallait, wa barik li fi ma a’thait, wa qini syarra ma qadhait, fa innaka taqdhi wa la yuqdha ‘alaik, wa innahu la yazillu man wa lait, wa la ya’izzu man ‘adait, tabarakta rabbana wa ta’alait, fa lakal hamdu a’la ma qadhait, wa astagfiruka wa atubu ilaik, wa shallallahu ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallam. 10. TAHIYAT AKHIR
Pada RAKAAT TERAKHIR anda tidak perlu bangun selepas sujud kedua. Pada saat ini, anda perlu melakukan tahiyat akhir dengan lafaz bacaan di bawah, anda perlu pastikan lafaz bacaan anda jelas dan dapat di dengar oleh telinga anda: Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidum-majid.
Makna:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
11. SALAM
Selesai membaca tahiyat akhir, palingkan muka anda ke sebelah kanan dan ucapkan: “Assalamualaikum wa rahmatullah”. Lakukan perkara yang sama, dengan kali ini muka anda dipalingkan ke bahagian sebelah kiri. Dengan ini selesailah solat Subuh dua rakaat anda. Diharapkan panduan yang kami kongsikan ini dapat membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang ibadah wajib ini. Diharapkan juga, panduan ini dapat membantu dalam menjadikan anda sebagai seorang muslim yang lebih baik. Aamiin.
Bagi anda yang baru mula ingin belajar tentang solat, anda boleh dapatkan sejadah yang cantik dan selesa di sini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/solat-subuh/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=solat-subuh

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Sunat Rawatib Niat Panduan Solat Sunat Ba Diyyah Qabliyyah

Solat Sunat Rawatib Niat Panduan Solat Sunat Ba Diyyah Qabliyyah

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 251 hits
Solat sunat rawatib merupakan satu ibadah dalam agama Islam yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam bagi mengeringi solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat Solat sunat jenis ini berfungsi sebagai pelengkap ataupun ta...
Solat Jenazah Niat Panduan Bagi Jenazah Lelaki Dan Wanita

Solat Jenazah Niat Panduan Bagi Jenazah Lelaki Dan Wanita

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 257 hits
Solat Jenazah merupakan satu satunya solat yang dilakukan oleh manusia ke atas manusia yang lain Solat ini dilakukan ke atas diri seorang muslim yang telah meninggal dunia Solat ini merupakan fardhu kifayah yang bermaksud ia wajib dilakukan...
Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat

Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 235 hits
Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat Solat Isyak adalah merupakan salah satu solat fardhu yang wajib ditunaikan oleh umat Islam Ia mempunyai 4 rakaat dan boleh ditunaikan secara bersendirian mahupun berjemaah apabila sudah masuk waktu...
Doa Selamat Ringkas Panduan Bacaan Rumi Dan Maknanya

Doa Selamat Ringkas Panduan Bacaan Rumi Dan Maknanya

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 394 hits
SENARAI DOA SELAMAT RINGKAS DAN PENDEK SEBAGAI PANDUAN BUAT ANDA Membaca doa merupakan satu amalan yang diterapkan dalam kehidupan umat Islam sejak kita kecil lagi Doa doa ini di ajar kan ke atas umat Islam sebagai salah satu cara untuk kit...
Maksud Bacaan Dalam Solat

Maksud Bacaan Dalam Solat

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 239 hits
Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan ye Solat adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan di hisab di akhirat nanti Kerana itu penting untuk kita tahu Maksud Bacaan Dalam Solat supaya dapat kita hayati makna dan mendapat kekhusyukka...
Niat Cara Solat Jenazah Di Mekah Dan Madinah

Niat Cara Solat Jenazah Di Mekah Dan Madinah

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 238 hits
Bagaimana niat dan cara mengerjakan Solat Jenazah di Mekah Madinah Ini adalah panduan lengkap mengerjakan solat jenazah di dua tanah suci tersebut Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah dan teratur Setiap bacaan juga dipermudahkan ...
Niat Wudhu Rukun Doa Selepas Berwudhu Panduan Lengkap

Niat Wudhu Rukun Doa Selepas Berwudhu Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 374 hits
Niat Wudhu Rukun Doa Selepas Berwudhu Panduan Lengkap Sebelum beribadah khususnya menunaikan solat kita diwajibkan untuk mengambil wudhu dengan sempurna untuk memastikan ibadah kita sah Oleh itu mempelajari cara menunaikan wudhu dengan semp...
Alif Satar Ajak Solat Subuh Berjemaah Takut Disoal Allah Takkan Ada 3 4 Juta Pengikut Ajak Bersenam Saja

Alif Satar Ajak Solat Subuh Berjemaah Takut Disoal Allah Takkan Ada 3 4 Juta Pengikut Ajak Bersenam Saja

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 251 hits
Selebriti versatil Alif Satar tidak menyangka kempen GengSubuhMacamJumaat nbsp yang pada asalnya memberi galakan kepada orang ramai menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengikut Ali...
Betul Idola Bercuti Di Korea Alif Satar Ajak Geng2 Oppa Pula Solat Subuh Di Masjid

Betul Idola Bercuti Di Korea Alif Satar Ajak Geng2 Oppa Pula Solat Subuh Di Masjid

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 199 hits
Selebriti Versatil Alif Satar ajak geng oppa memeriahkan solat subuh di masjid pula selepas kejayaannya menguar uarkan GengSubuhMacamJumaat di Malaysia Dia dan keluarga yang sedang bercuti di Korea Selatan telah berkongsi momen selepas sele...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord