Solat Istikharah


Bagaimana cara solat istikharah?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat istikharah.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami. Doa istikharah juga turut disediakan.
Apa yang menarik:
Panduan cara solat taubat ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Panduan ini mengandungi perkara berikut: Pengenalan Waktu sesuai untuk solat sunat istikharah Niat solat istikharah Jumlah rakaat Cara mengerjakan (surah yang boleh dibaca) Bacaan dalam sujud terakhir Doa istikharah Tanda istikharah terjawab Penutup  
Pengenalan Solat sunat istikharah ialah solat untuk memohon petunjuk daripada Allah.
Ia dilakukan apabila seseorang itu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan atau menentukan apa yang terbaik.
Contohnya, apabila seseorang itu mencari kerja dan mendapat dua tawaran pekerjaan secara serentak, yang mana kedua-duanya dirasakan adalah bagus.
Oleh kerana keliru dalam menentukan kerja mana yang patut diterima, maka disunatkan untuk melakukan solat sunat istikharah.
Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti bab pemilihan jodoh, tawaran melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang disampaikan oleh Jabir bin Abdullah r.a yang bermaksud:
Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua perkara, seperti mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda berkata: “Apabila seseorang daripada kamu mahu melakukan perkara yang tidak jelas dia perlu solat dua rakaat yang bukan fardu, kemudian berdoa” 
— Diriwayatkan oleh semua kecuali Muslim
Solat sunat Istikharah dilakukan dengan mengharapkan supaya keputusan yang diambil nanti mendapat pedoman daripada Allah SWT.
Solat Istikharah hanya wajar dilakukan untuk perkara atau pekerjaan yang menepati syariat Islam.
Solat yang dilakukan ke atas perkara yang nyata bercanggah dengan agama sudah tentu tidak dipimpin oleh Allah SWT.
 
Waktu Sesuai Solat Sunat Istikharah Solat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.
Apabila tidak dapat, boleh dilakukan pada waktu selain waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat).
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya.
InsyaAllah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul
 
Lafaz Niat Solat Istikharah
 Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala 
Niat dalam bahasa melayu:
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
 
 
Jumlah Rakaat Solat istikharah boleh dikerjakan 2 rakaat  atau sehingga 12 rakaat dengan 6 salam.
 
 
Cara Mengerjakan Solat Istikharah Tunaikanlah dua rakaat solat ini dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain.
Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Kafirun.
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas.
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
 
Bacaan Dalam Sujud Akhir Ketika sujud akhir di rakaat kedua (sebelum tahiyat akhir), bacalah sebanyak 40 kali:

 Subhanaka laa i’lma lana illa ma a’lamtana, innaka anta a’limul hakim (40x) 
Maksudnya:
Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
 
Selepas salam, bacalah surah Al-Fatihah dan wirid-wirid.
Perbanyakkan istigfar dan memohon keampunan kepada Allah.
 
Doa Istikharah Yang Boleh Dibaca Doa boleh dibaca dalam bahasa arab dan bahasa melayu.
Jika sukar, berdoa sahaja dalam bahasa melayu. InsyaaAllah Allah Maha Memahami doa setiap hambaNya.

Doa dalam ejaan rumi:
Allahumma inni astakhiruka bi ilmika, wa asta’diruka bi qudratika wa as aluka min fadlikal a’zim, fainnaka takdiru wala akdiru wa ta’lamu wala a’lamu, wa anta a’llamamul rhuyub, Allahumma in kunta ta’lamu anna haza amra hairun li fi zi ni wa ma a’shi wa a’kibati amri faqdirhu li wa yassirhu li, summa barikli fih, wa inkunta ta’lamu anna haza syarru li fi ziini wa ma a’shi wa a’kibati amri fasrifhu anni fasrifni anhu waqdirlal haira haishu kana summar dhinii bih.
Doa Istikharah Bahasa Melayu:
Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.
Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.
Selesai berdoa, mintalah apa-apa yang baik dilaksanakan menurut tujuan kita melaksanakan solat sunat istikharah ini.
Sebarang keputusan yang kuat mendatangi hati kita, itulah keputusan yang kita akan pilih.
 
Tanda Istikharah Terjawab Bagaimana istikharah kita terjawab?
Bermohonlah kepada Allah dengan penuh keyakinan agar diberi petunjuk melalui mimpi, gerak hati (rasa lebih cenderung & kuat) dan dipermudahkan urusan yang mana baik.
 
Penutup: Istikharah Simbolik Pergantungan Kita kepada Allah Mengerjakan solat istikharah adalah simbolik pergantungan kita kepada Allah.
Menunjukkan bahawa kita ni adalah hamba Allah yang lemah, yang sangat memerlukan pimpinanNya.
Jadi mohonlah kepada Allah agar diberikan petunjuk dan dipermudahkan urusan.
Dan setelah keputusan dibuat, yakinlah kepada Allah setiap apa yang terjadi selepas ini adalah pasti yang terbaik untuk kehidupan kita, InsyaaAllah.
Semoga bermanfaat.
The post Solat Istikharah (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-istikharah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Sunat Tasbih Di Bulan Ramadhan Bersama Penghayatan Asmaul Husna

Solat Sunat Tasbih Di Bulan Ramadhan Bersama Penghayatan Asmaul Husna

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 893 hits
Solat Sunat Tasbih di Bulan Ramadhan Allhamdulillah Ramadhan kali ni baru saya berpeluang menghadirkan diri untuk solat sunat tasbih menerusi penghayatan Asmaul Husna Susah nak meloloskan diri dari ofis so kali ni dengan izin Allah dan Alla...
Cara Mengerjakan Solat Jumaat

Cara Mengerjakan Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 933 hits
shoes on pray by Bagaimana cara mengerjakan solat fardu jumaat Ini adalah panduan mudah untuk melakukan sembahyang fardu jumaat Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difaham...
Puasa Tapi Tak Solat

Puasa Tapi Tak Solat

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 499 hits
Puasa tapi tak solat Macamana tu Boleh ke Kalau ikutkan hukum dua dua wajib di buat tapii yang mana lebih utama Sebabnya dua dua antara 5 Rukun Islam Sebenarnya sebelum ini lagi isu yang satu ini menjadi persoalan banyak pihak bukan setakat...
Rukun Dan Syarat Sah Solat

Rukun Dan Syarat Sah Solat

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 668 hits
Syarat dan Rukun Solat mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah Orang Islam Menghadap arah KiblatSuci dari Haidh Nifas dan Junub Akil balig...
Solat Maghrib Di Surau Ittihad Seksyen 1 Bandar Baru Bangi

Solat Maghrib Di Surau Ittihad Seksyen 1 Bandar Baru Bangi

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 658 hits
SERDANG 25 MEI 8211 Datuk Seri Ahmad Zahid menunaikan solat Maghrib ketika menghadiri Iftar Jama 8217 i UMNO Bahagian Bangi di Surau Ittihad Seksyen 1 Bandar Baru Bangi hari ini Foto MediaUMNO
Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Mudah Di Hafal

Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Mudah Di Hafal

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 2829 hits
Doa adalah salah satu daripada anugerah yang diberikan oleh Allah S W T untuk hamba hambaNya sebagai senjata yang amat berguna Ianya dikurniakan kepada kita semua untuk membuat hajat dan memohon apa sahaja pertolongan daripada Yang Maha Esa...
Anak Belum Stabil Selepas Bedah Sharnaaz Ahmad Anjur Majlis Solat Hajat

Anak Belum Stabil Selepas Bedah Sharnaaz Ahmad Anjur Majlis Solat Hajat

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 442 hits
Berikutan tahap kesihatan anaknya Jebat Jayden yang masih belum stabil pelakon Sharnaaz Ahmad akan mengadakan majlis solat hajat di Masjid As Syakirin KLCC malam ini Menerusi laman Instagram miliknya Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahm...
Bahagia Bukan Terletak Pada Lamanya Hubungan Tapi Pada Solat Baca Perkongsian Deep Lelaki Ini

Bahagia Bukan Terletak Pada Lamanya Hubungan Tapi Pada Solat Baca Perkongsian Deep Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 303 hits
Bahagia Bukan Terletak Pada Lamanya Hubungan Tapi Pada Solat Baca Perkongsian Deep Lelaki Ini Bahagianya sesebuah rumah tangga itu bukan dilihat dari lamanya sesebuah hubungan Tapi bagaimana ia dibentuk Jika pengemudinya hancur maka hancurl...
Selesai Pembedahan Jebat Belum Recover Lagi Sharnaaz Lakukan Solat Hajat Malam Ini

Selesai Pembedahan Jebat Belum Recover Lagi Sharnaaz Lakukan Solat Hajat Malam Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 257 hits
Selepas menjalani pembedahan akibat saluran kencing baru baru ini tahap kesihatan Jebat Jayden masih belum stabil Menerusi laman instagram pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi dia akan mengadakan majlis solat hajat di Masjid As Syakirin KLCC ma...
Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Hashima Syurga Arang Batu Yang Menjadi Pusara Senyap

The New Soul Of La G Ode By Loci Anima

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Loke Sets Exit Timeline Eyes Bold Reforms For Dap

Unlocking The Value Of Data Why The Data Sharing Act 2025 Matters