Cara Mengerjakan Solat Jumaat


shoes on pray by parasutumacilmiyo Bagaimana cara mengerjakan solat fardu jumaat?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan sembahyang fardu jumaat.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Apa yang menarik:
Panduan cara solat taubat ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa RUMI untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Panduan ini mengandungi perkara berikut: Pengenalan Lafaz Niat Solat Jumaat Cara mengerjakan solat Jumaat Syarat Wajib Solat Jumaat Syarat Sah Solat Jumaat Perkara Sunat pada Hari Jumaat Permasalahan Berkaitan Solat Jumaat Solat Jumaat untuk orang yang musafir Solat Jumaat untuk orang yang bermukim Solat Jumaat untuk Polis dan Tentera yang sedang bertugas Solat Jumaat untuk orang yang bermastautin Solat Jumaat untuk golongan yang tidak diwajibkan Melangkah tengkuk orang ketika di dalam masjid Makmum masbuk dalam solat Jumaat Hukum solat ketika khutbah Jumaat  
Pengenalan Solat Jumaat wajib bagi lelaki muslim yang baligh tetapi tidak wajib ke atas perempuan.
Sembahyang Jumaat juga tidak wajib sekiranya dalam keadaan musafir.
Solat ini ditunaikan pada hari Jumaat menggantikan sembahyang fardu Zohor. Ianya dikerjakan di masjid dan wajib dikerjakan secara berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal secara tetap di kawasan itu.
Sembahyang jumaat mestilah didahului dengan dua khutbah dan diikuti dengan solat dua rakaat.
 
Lafaz Niat Solat Jumaat Lafaz niat untuk makmum ialah:

 Usolli fardol jum’ati rak’ataini makmuman lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala
 
Cara Mengerjakan Solat Jumaat Sesudah pembacaan dua khutbah oleh imam atau khatib dan sesudah iqamat, maka berdirilah sebagai persediakan mengerjakan solat.
Lafaz niat adalah seperti yang dinyatakan di atas.
Rakaat Pertama 1. Sesudah imam mengangkat Takbiratul Ihram, maka makmum (kita) turut mengangkat takbiratul ihram dengan niat sebagaimana maksud lafaz niat di atas. 2. Bacalah doa iftitah dan selepas habis dibaca doa tersebut, berdiamlah seketika sehingga imam habis membaca surah al-Fatihah. 3. Apabila imam habis membaca ayat akhir surah al-Fatihah, para makmum secar serentak mengucapkan “Aamiiiinn”. 4. Sesudah itu, bacalah surah al-Fatihah secara perlahan hingga akhirnya sementara imam membaca ayat/surah dari Al-Quran. 5. Setelah selesai dibaca ayat/surah al-Quran oleh imam, maka ikutlah segala gerak dan perbuatan imam bermula dari rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud kedua. Makmum jangan mendahului imam dari segi perbuatan.
Rakaat Kedua 1. Sehabis sujud kedua, bangun berdiri tegak kembali dengan tangan diletakkan di atas pusat untuk rakaat kedua. 2. Ulangi langkah 3-5 seperti yang dinyatakan pada rakaat pertama di atas. 3. Bangun dari sujud kedua dan duduk tahiyat akhir. 4. Selepas imam memberi salam, makmum juga perlu turut memberi salam. 5. Sehabis salam, amat baik jika kita mengikut imam bertasbih, tahmid, takbir dan berdoa.  
Syarat Wajib Solat Jumaat Berikut adalah beberapa syarat yang mewajibkan seseorang itu untuk mengerjakan sembahyang Jumaat:
Islam Baligh Merdeka Berakal Lelaki Untuk perempuan hukumnya harus  
Syarat Sah Solat Jumaat Berikut adalah syarat sah solat fardu Jumaat:
1. Ditunaikan di satu tempat atau bangunan di dalam kawasan kediaman tetap, pekan atau kampung walaupun tidak di dalam masjid. 2. Ditunaikan pada waktu Zuhur pada hari Jumaat. 3. Ditunaikan secara berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang ahli jemaah termasuk imam dan mereka adalah penduduk yang bermastautin di kawasan itu. 4. Tidak ada kumpulan lain yang mendahului atau melakukan sembahyang jumaat di dalam kawasan yang sama. Maksudnya, tidak boleh mendirikan dua sembahyang Jumaat di dalam satu tempat atau kawasan walaupun di masjid yang berlainan. Kecuali untuk kawasan penempatan kampung atau pekan yang terlalu besar dan penduduknya sukar untuk berkumpul di satu tempat, maka sembahyang Jumaat boleh dibuat lebih daripada satu tempat.
5. Didahului dengan dua khutbah  
Perkara Sunat pada Hari Jumaat
Perkara-perkara yang disunatkan pada hari Jumaat khusus untuk mereka yang hendak menunaikan solat Jumaat.
Mandi sebelum pergi ke masjid, sebaik-baiknya ketika hendak berangkat ke masjid. Memakai pakaian yang bersih, elok dan kemas, seeloknya berwarna putih. Memakai bau-bauan. Memendekkan kuku, merapikan misal, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari dan bersugi. Bersegera ke masjid dengan tujuan mendapatkan saf hadapan. Perbanyakkan zikir, istigfar, doa dan terutama sekali selawat. Rasulullah SAW menyatakan, pada hari jumaat ada satu waktu mustajab yang diperkenankan doa orang yang berdoa pada waktu itu. Memberi perhatian pada khutbah yang disampaikan oleh khatib. Makruh menggunakan telefon bimbit atau benda-benda lain termasuk tasbih  ketika khatib sedang berkhutbah.  
Permasalahan Berkaitan Solat Jumaat Solat Jumaat untuk orang yang musafir Apabila bermusafir selepas terbit fajar hari Jumaat, wajib untuknya menunaikan solat Jumaat sama ada ketika masih dalam perjalanan atau sudah tiba di tempat yang dituju.
Sebaliknya apabila musafir sebelum terbit fajar hari Jumaat, maka tidak wajib untuknya menunaikan solat Jumaat.
Bagaimanapun, sekiranya mereka mengerjakannya, itu adalah lebih utama.
Solat Jumaat untuk orang yang bermukim Orang yang bermukim ialah orang yang tinggal di suatu tempat lebih dari tempoh musafir iaitu tempat hari empat malam, tetapi tidak berniat untuk menetap di situ.
Seperti orang yang datang kerana berniaga, belajar dan sebagainya.
Mereka wajib menunaikan solat Jumaat, tetapi tidak boleh dikira sebagai bilangan ahli Jumaat.
Iaitu mereka dikecualikan dari bilangan 40 orang ahli Jumaat yang diwajibkan.
Solat Jumaat untuk Polis dan Tentera yang sedang bertugas Harus bagi polis dan tentera meninggalkan solat Jumaat kerana menjalankan tugas-tugas keselamatan yang dikira uzur syari’e disebabkan mereka terpaksa bertugas dengan syarat tidak meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.
Solat Jumaat untuk orang yang bermastautin Orang yang bermastautin ialah orang yang tinggal tetap di sesuatu tempat sama ada dilahirkan di situ atau sudah membeli tanah atau rumah atau menyewa rumah dan menetap di tempat itu.
Mereka wajib solat Jumaat dan mereka dikira sebagai bilangan ahli Jumaat.
Solat Jumaat untuk golongan yang tidak diwajibkan Golongan yang tidak diwajibkan solat jumaat adalah wanita, kanak-kanak dan orang yang musafir sebelum terbit fajar hari Jumaat.
Sekiranya mereka mengerjakan solat Jumaat, maka solat mereka adalah sah dan tidak perlu lagi mendirikan solat fardu zohor pada hari itu.
Melangkah tengkuk orang ketika di dalam masjid Orang yang datang lewat untuk bersolat Jumaat perlu duduk di saf yang belakang.
Makruh hukumnya apabila dia mencelah dan menyelit sehingga melangkah tengkuk jemaah lain kerana mahu duduk di saf hadapan kerana perbuatan ini menunjukkan kesombongan dan akan mengguris hati ahli jemaah yang lain.
Sebaik-baiknya datang lebih awal jika mahu duduk di saf hadapan.
Makmum masbuk dalam solat Jumaat Untuk makmum yang masbuk, makmum perlu mengikut imam sekurang-kurangnya sempat membaca al-Fatihah dan rukuk bersama imam dalam rakaat kedua.
Sekiranya tidak sempat rukuk bersama imam dalam rakaat kedua, dikira tidak dapat bersolat Jumaat pada hari itu.
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Sesiapa yang sempat satu rakaat dalam solat Jumaat maka dia sempat dengan solat itu.
— Riwayat Bukhari dan Muslim
Hukum solat ketika khutbah Jumaat Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar, maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyatul masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyatul masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain daripada solat sunat tahiyatul masjid yang tadi.
The post Cara Mengerjakan Solat Jumaat (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-fardu-jumaat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Jumaat Serta Perkara Sunat Hari Jumaat Dan Syarat Sah Kutbah Jumaat

Solat Jumaat Serta Perkara Sunat Hari Jumaat Dan Syarat Sah Kutbah Jumaat

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 1212 hits
Solat Jumaat ialah solat fardu yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor dan ianya dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan s...
Ini Cara Solat Di Surau Rnr Yang Ramai Orang Terlepas Pandang

Ini Cara Solat Di Surau Rnr Yang Ramai Orang Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 1043 hits
Ini cara solat di Surau RnR yang Ramai orang terlepas pandang Dalam perjalanan jauh Pasti sekali kita akan singgah di mana mana surau di perjalanan Sama ada surau di RnR atau Hentian Sebelah Tapi kadang bila ramai orang pelbagai ragam kita ...
Cara Solat Witir Rumi Jawi Selepas Terawih

Cara Solat Witir Rumi Jawi Selepas Terawih

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 3022 hits
Ini merupakan cara dan bagaimana mengerjakan solat sunat witir Cara Solat Witir Tarawih Kebiasaan umum umat islam di bulan Ramadhan akan melakukan solat sunat witir apabila selesai mengerjakan solat Untuk mengerjakan solat witir ada dua car...
Panduan Cara Qada Solat

Panduan Cara Qada Solat

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 669 hits
Ini adalah panduan qada solat iaitu cara menggantikan solat Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul Apa yang menarik Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qa...
Tafsir Ayat Puasa Niat Dan Tata Cara I Tikaf

Tafsir Ayat Puasa Niat Dan Tata Cara I Tikaf

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 343 hits
Bagaimanakah niat dan cara i tikaf Kita bisa kaji kembali dari Surah Al Baqarah ayat 187 Posting ditampilkan lebih awal di
Lapan Cara Terbaik Pujuk Suami Merajuk

Lapan Cara Terbaik Pujuk Suami Merajuk

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 346 hits
Jangan berumah di tepi pantai jika tidak mahu dilanda badai Begitulah bila sudah mengikat hubungan sah sebagai suami isteri Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri Perkara biasa jika berlaku salah faham dan perbalahan sehingga s...
Adik Kena Puasa Nanti Tak Dapat Duit Raya 6 Cara Latih Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Adik Kena Puasa Nanti Tak Dapat Duit Raya 6 Cara Latih Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 667 hits
Sedangkan kita yang telah dewasa ini pun bertarung dengan nafsu makan rasa letih sepanjang hari mengantuk dan mudah marah apa lagi kanak kanak yang baru belajar berpuasa kan Untuk anda yang nak melatih anak berpuasa tu bolehlah ikut tip ni
Cara Menangani Jika Terkena Cacar Monyet

Cara Menangani Jika Terkena Cacar Monyet

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 216 hits
Cacar monyet bisa dideteksi dari gejala gejala ringan Berikut gejala dan cara pencegahan cacar monyet
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization