Solat Gerhana Bulan Bukan Sembah Tuhan Hubal Ini Jawapan Untuk Siti Kasim


Oleh : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Liberal Jangan Hina Sunnah Rasulullah

1. Saya ditanya berkenaan tulisan Siti Kasim yang seakan cuba menyamakan Sunnah Rasulullah dengan elemen penyembahan berhala (Paganism). Menurut saudara yang bertanya, tulisan FB Siti Kasim ini seakan cuba menyamakan Solat Gerhana sebagai aktiviti menyembah Hubal (Moon God), salah sebuah berhala terbesar yang disembah oleh Quraysh ketika zaman Jahiliyyah.


2. Pemikiran sebegini menggambarkan betapa kelirunya Liberal tentang Sunnah Rasulullah itu sendiri. Solat Gerhana telah disyariatkan oleh Allah melalui Sunnah Rasulnya. Ketika berlakunya gerhana di zaman Rasulullah, ada dikalangan sahabat yang masih berfikir bahawa gerhana itu berlaku disebabkan oleh kematian seseorang. Rasulullah membetulkan kefahaman ini lalu bersabda:إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ“Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan itu tidak berlaku disebabkan kerana kelahiran atau kematian seseorang. Sekiranya kamu menyaksikan gerhana berlaku maka dirikanlah solat dan berdoalah kepada Allah.” (HR al-Bukhari)
3. Sebahagian sarjana Muslim berpandangan bahawa hukum solat gerhana ini adalah Sunat Muakkad. Ini kerana Rasulullah bukan sahaja mengarahkan umatnya supaya mendirikan solat gerhana, bahkan Baginda sendiri menunaikannya. Kata al-Imam Ibn Qudamah:وصلاة الكسوف سنة مؤكدة؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم فعلها وأمر بها
“Dan solat gerhana itu adalah Sunat Muakkad. Kerana Rasulullah bukan sahaja melakukan solat tersebut, bahkan Baginda turut memerintahkan para sahabat untuk menunaikannya.”

4. Solat Gerhana ini langsung tiada kaitan dengan konsep paganism atau kepercayaan dalam penyembahan berhala. Dakwaan Liberal yang mengaitkan Solat Gerhana dengan penyembahan berhala Hubal (Mood God) adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana Rasulullah mendidik umatnya supaya menolak Hubal bahkan Baginda sendiri mengarahkan agar Hubal dimusnahkan. 

5. Ketika umat Islam berada dalam situasi yang sukar di dalam Perang Uhud, Abu Sufyan dengan megah menjerit dan menyeru supaya Quraysh mengangkat dan memuliakan berhala Hubal. Rasulullah menempelak seruan Abu Sufyan ini dengan menyatakan bahawa Allah lebih tinggi dan mulia dari Hubal. Peristiwa ini direkodkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan:

قَالَ أَبُو سُفْيَانَ: اعْلُ هُبَلُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَجِيبُوهُ» قَالُوا: مَا نَقُولُ؟ قَالَ: " قُولُوا: اللَّهُ أَعْلَى وَأَجَلُّ“(dalam Perang Uhud) Abu Sufyan berkata: Tinggikanlah (angkat dan sanjunglah) berhala Hubal! Mendengar seruan Abu Sufyan ini Rasulullah lantas bersabda: Sahutlah (iaitu bantahlah) seruan Abu Sufyan itu! Para sahabat bertanya: Apa yang harus kami ucapkan? Rasulullah berkata: Ucapkanlah: Allah lebih tinggi dan lebih mulia (dari Hubal).” (HR al-Bukhari)

6. Jelas melalui hadith ini bahawa Rasulullah menolak sama sekali Hubal bahkan menegaskan bahawa Allah adalah Tuhan manusia. Ia jauh mulia dari tuhan ciptaan manusia iaitu Hubal. Bagaimana Liberal menyatakan bahawa Solat Gerhana adalah menyembah Hubal sedangkan Rasulullah sendiri menolaknya.

7. Bahkan ketika berlakunya pembukaan Kota Mekah, Rasulullah sendiri mencucuk mata berhala Hubal dan memerintahkan agar berhala tersebut dirobohkan. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya. Sirah al-Halabiyyah turut merekodkan:

فأتى في طوافه على صنم إلى جنب البيت: أي من جهة بابه يعبدونه وهو هبل وكان أعظم الأصنام فجعل يطعن بها في عينيه، ويقول: {جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا} أي فأمر به فكسر“Selesai Tawaf (ketika berlaku Pembukaan Kota Mekah), Baginda menuju ke sisi Ka’bah yang terdapat Hubal, berhala yang paling besar. Baginda mencucuk kedua mata Hubal dengan busur panah dan berkata: “Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik)”. Rasulullah memerintahkan agar Hubal dimusnahkan. Maka, hancurlah Hubal di tangan Nabi SAW. (Sahih Ibn Khuzaimah dan Sirah al-Halabiyyah)8. Berdasarkan hadith yang sahih serta sumber penulisan sejarah, telah jelas di sini bahawa Rasulullah dengan tegas menolak berhala Hubal, bahkan mencucuk mata Hubal dan memerintahkan sahabat agar memusnahkan berhala tersebut. Tindakan sebahagian Liberal yang seolah cuba mengaitkan Solat Gerhana dengan kefahaman paganism adalah tindakan yang tidak wajar. Ia kelihatan merendahkan Sunnah Rasulullah bahkan seakan menghinanya. 

Semoga Allah membimbing kita serta menyelamatkan kita dari penyelewengan pemikiran Liberal yang memfitnah Islam. -sozcyili

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/07/solat-gerhana-bulan-bukan-sembah-tuhan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Sunat Gerhana Bulan Khutbah Masjid Kota Iskandar

Solat Sunat Gerhana Bulan Khutbah Masjid Kota Iskandar

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 396 hits
Solat Sunat Gerhana Bulan Khutbah Masjid Kota Iskandar Assalamu alaikum Muslimin Muslimat dijemput hadir bagi bersama sama untuk melakukan solat sunat Gerhana Bulan dan mendengar Khutbah seperti ketetapan berikut Tarikh 17 Julai 2019 bersam...
Umat Islam Digalak Solat Sunat Gerhana Bulan Mufti Melaka

Umat Islam Digalak Solat Sunat Gerhana Bulan Mufti Melaka

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 613 hits
Melaka Umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana bulan berjemaah dan mengadakan khutbah gerhana bulan awal pagi esok berikutan fenomena gerhana bulan separa yang dijangka berlaku antara pukul 4 01 dan 6 59 pagi esok Mufti Melaka ...
Tata Cara Salat Gerhana Bulan Lengkap Dengan Niat Dan Bacaan

Tata Cara Salat Gerhana Bulan Lengkap Dengan Niat Dan Bacaan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 225 hits
Saat terjadi Gerhana Bulan sebagian umat Islam diimbau untuk melakukan sejumlah amalan Satu di antaranya salat gerhana atau shalat khusuf Salat gerhana bulan dapat dilakukan sendirian atau berjemaah di masjid Selain salat gerhana umat Islam...
Gerhana Bulan Parsial Malam Ini Simak Cara Menyaksikannya

Gerhana Bulan Parsial Malam Ini Simak Cara Menyaksikannya

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 260 hits
Gerhana bulan sebagian bisa disaksikan oleh masyarakat Indonesia pada Rabu dini hari hingga terbit fajar Tidak perlu peralatan khusus untuk menyaksikan fenomena alam ini Simak cara menyaksikan gerhana bulan berikut ini Menurut keterangan te...
Firdaus Wong Saman Fitnah Siti Kasim Rm2 Juta

Firdaus Wong Saman Fitnah Siti Kasim Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 539 hits
Firdaus Wong Wai Hung dan Siti Zabedah Kasim UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR 12 Julai Pendakwah Islam Firdaus Wong Wai Hung mengambil tindakan saman fitnah berjumlah RM2 juta terhadap peguam dan aktivis sosial Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim ...
Saksikan Gerhana Bulan Separa 17 Julai Ini

Saksikan Gerhana Bulan Separa 17 Julai Ini

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 531 hits
Saksikan Gerhana Bulan Separa 17 Julai IniGerhana Bulan SeparaRakyat di negeri ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa pada Rabu 17 Julai bermula jam 4 01 pagi hingga 6 50 pagi Mufti Kerajaan Negeri Sabah Sahibus Samahah Da...
Siti Kasim Disaman Rm2 Juta Kerana Fitnah Oleh Pendakwah Islam Terkenal

Siti Kasim Disaman Rm2 Juta Kerana Fitnah Oleh Pendakwah Islam Terkenal

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 578 hits
PENDAKWAH Islam Firdaus Wong Wai Hung mengemukan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam dan aktivis sosial Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim pada Jumaat Dalam laman sosial Facebook peribadinya Firdaus berkata saman fitnah ke atas Siti Kasi...
Lapan Gerhana Bulan Sebagian 17 Juli Bisa Dilihat Di Seluruh Indonesia

Lapan Gerhana Bulan Sebagian 17 Juli Bisa Dilihat Di Seluruh Indonesia

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 224 hits
Pada Rabu 17 Juli 2019 dini hari gerhana bulan sebagian akan muncul di seluruh wilayah Indonesia Fenomena alam ini dilaporkan akan terlihat di sejumlah belahan dunia seperti Amerika Eropa Afrika Australia dan Asia termasuk seluruh wilayah R...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord

Criimson Atta Halilintar Dj Noiz Bebecita Chord