Solat Di Masjid Yang Jauh Dari Rumah



Soalan:Pada waktu subuh saya pergi menunaikan solat ke masjid yang jauhnya lebih kurang 6KM dan meninggalkan surau di tempat saya. Adakah salah perbuatan saya ini?
Jawapan:Kelebihan mengimarahkan Masjid
Allah SWT berfirman:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَHanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. (Surah At-Taubah: 18)
Syeikh Al-Tantawi dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan di dalam kitabnya “Orang yang mengimarahkan masjid merupakan mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T dengan apa yang disuruh dan apa yang dilarang dengan petunjuk daripada Baginda S.A.W dengan hati yang penuh dengan keikhlasan”. (Rujuk Tafsir al-Wasit Li Tantawi: 6/228)
Keperluan Mengimarahkan Masjid Dan Kelebihan Mengerjakan Solat jemaah
Mengerjakan solat di tempat yang mempunyai ramai jemaah dan jauh perjalanan adalah lebih besar ganjarannya. Ini seperti yang dinyatakan di dalam hadis daripada Abi Musa Al-Asya’ri R.A Sabda Nabi S.A.W:
‏إن أعظم الناس أجرًا في الصلاة أبعدهم إليها ممشى، فأبعدهم، والذي ينتظر الصلاة حتى يصليها مع الإمام أعظم أجرًا من الذي يصليها ثم ينامManusia paling besar ganjaran pahalanya di dalam solat adalah yang paling jauh perjalannya, kemudian yang lebih jauh jaraknya. Dan seseorang yang menunggu solat sehingga melakukannya bersama imam lebih besar pahalanya daripada yang melakukannya (bersendirian) kemudian tidur. (Riwayat Imam Al-Bukhari: 651)
Imam Al-Shaukani dalam mensyarahkan hadis di atas semakin jauh jarak perjalan dari rumahnya ke masjid adalah lebih afdhal berbanding jarak rumah yang berdekatan dengannya. (Rujuk: Nil Al-Autar: 3/159)
Begitu juga dengan hadis yang menceritakan tentang kelebihan melakukan solat secara berjemaah. Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar R.A Sabda Nabi S.A.W:
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةًSolat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Riwayat Imam Muslim: 650)
Di dalam konteks untuk menentukan keperluan mengimarahkan masjid Imam Al-Syirazi menyebut di dalam kitabnya:
إن كان في جواره مسجد تختل فيه الجماعة ففعلها في مسجد الجوار أفضل من فعلها في المسجد الذي يكثر فيه الناسSekiranya berdekatan dengannya terdapat masjid yang kurang jemaahnya maka lebih baik menghadirinya bertujuan untuk meramaikan jemaah daripada menghadiri ke masjid yang mempunyai ramai jamaah. (Rujuk: Al-Muhazzab Fi Fiqh Al-Syafie: 1/177)
Begitu juga Imam Nawawi di dalam kitab beliau mengariskan beberapa panduan sepertimana yang dinukilkan di dalam kitabnya:
Lebih afdhal sekiranya mengimarahkan masjid yang jauh dan ramai jemaahnya berbanding dengan masjid yang berdekatan dan kurang jemaahnya melainkan dalam dua perkara:
• Sekiranya untuk mendamaikan permusuhan di antara jemaah dengan imam atau sekiranya ia hadir ke masjid maka orang ramai akan hadir dengan keberadaannya. Oleh itu sebaiknya hadir ke masjid yang berdekatan dengannya bertujuan untuk mengimarahkannya.
• Adapun afdhal hadir ke masjid yang lebih dekat sekiranya masjid yang jauh itu berimamkan orang yang sesat, fasik dan tidak mengambil berat tentang rukun solat. (Rujuk: Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab: 4/198).
Begitu juga Ibnu Qudamah di dalam kitabnya menukilkan tentang keperluan untuk menghidupkan masjid atau surau yang lebih memerlukan seperti yang dinyatakan:
وَإِنْ كَانَ فِي جِوَارِهِ أَوْ غَيْرِ جِوَارِهِ مَسْجِدٌ لَا تَنْعَقِدُ الْجَمَاعَةُ فِيهِ إلَّا بِحُضُورِهِ فَفِعْلُهَا فِيهِ أَوْلَى؛ لِأَنَّهُ يَعْمُرُهُ بِإِقَامَةِ الْجَمَاعَةِ فِيهِSekiranya sekitar tempatnya atau di tempat yang lain terdapat masjid yang tidak mempunyai jamaah melainkan dengan kehadirannya maka hadirnya ke tempat itu lebih utama. Ini bertujuan mengimarahkan dan mendirikan jamaah di dalamnya. (Rujuk: Al-Mughni Li Ibnu Qudamah: 2/132)
Kesimpulan
Berdasarkan kepada persoalan yang diajukan di atas dengan melihat kepada nas dan dalil yang didatangkan seharusnya kita meneliti keadaan dan situasi masjid dan surau tersebut. Ia juga dapat dibahagikan kepada beberapa situasi:
• Sekiranya surau yang berdekatan dengan rumah itu sudah mempunyai jemaah yang ramai maka afdhal menunaikan solat di masjid.
• Sekiranya surau yang berdekatan itu tidak mempunyai jemaah yang ramai dan memerlukan kepada pengimarahannya maka sebaiknya menunaikan solat di surau.
Oleh itu sebaik-baiknya kita meraikan kedua-dua tempat dengan menggilirkannya sekiranya surau yang berdekatan itu sudah mempunyai jamaah yang ramai. Ini kerana bagi mendapatkan kelebihan ganjaran pahala melakukan solat di masjid serta dapat mengimarahkan surau yang berdekatan dengannya. Namun sekiranya surau yang berdekatan itu tidak mempunyai jamaah yang ramai maka sebaiknya kita dapat mengimarahkan dan menghidupkannya.
Wallahualam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/solat-di-masjid-yang-jauh-dari-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapitra Sarankan Masyarakat Bermunajat Di Rumah Atau Masjid

Kapitra Sarankan Masyarakat Bermunajat Di Rumah Atau Masjid

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 268 hits
Alumni aksi 212 menggelar aksi di area Monumen Nasional Acara yang diberi nama Munajat 212 ini diisi dengan doa bersama selawat serta salat Magrib berjamaah ini turut mengundang Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan
Cara Solat Jamak Sewaktu Dalam Perjalanan Jauh Rileks Media

Cara Solat Jamak Sewaktu Dalam Perjalanan Jauh Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 603 hits
Tentu ramai yang sedar diri mereka berstatus musafir ketika berhenti di Hentian R R Lebuhraya untuk menunaikan solat namun tak tahu tatacara dan panduan yang betul tentang Solat Jamak dan Qasar Biasanya di R R juga ada sediakan panduan ini ...
Terengganu Akan Adakan Solat Hajat Seluruh Masjid Dan Surau Hari Ini

Terengganu Akan Adakan Solat Hajat Seluruh Masjid Dan Surau Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 388 hits
Hari ini semua masjid di Terengganu akan mengadakan solat hajat secara serentak selepas solat Jumaat Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu berkata solat hajat ini bertujuan bagi memohon kebesaran Allah agar keharmonian negara te...
Hina Nabi Semua Masjid Surau Di Terengganu Adakan Solat Hajat Esok

Hina Nabi Semua Masjid Surau Di Terengganu Adakan Solat Hajat Esok

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 392 hits
KUALA TERENGGANU Semua masjid diminta mengadakan solat hajat secara serentak di seluruh negeri ini sejurus selesai solat Jumaat esok Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata solat hajat itu untuk memohon kebesaran Allah agar keharmoni...
Pengalaman Bertemu Aurora Hanya Dari Balkoni Rumah

Pengalaman Bertemu Aurora Hanya Dari Balkoni Rumah

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 559 hits
Selepas makan malam dan dah tutup semua lampu suami dan apak saya mula mencari kot ada Aurora di langit luar rumah Tapi tak jumpa Langit dah cerah Bintang bertaburan Milky Way dah kelihatan dengan sangat jelas Sepatutnya Aurora akan muncul ...
Tak Sangka Guna Uncang Teh Boleh Halau Tikus Dari Rumah Macam Mana

Tak Sangka Guna Uncang Teh Boleh Halau Tikus Dari Rumah Macam Mana

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 657 hits
Tak Sangka Guna Uncang Teh Boleh Halau Tikus Dari Rumah Macam Mana Kehadiran tikus di dalam rumah pastinya akan membuatkan kita tidak berasa selesa kerana bakteria yang ditinggalkan oleh haiwan pemusnah ini sangat berbahaya Untuk mengusir h...
Kerajaan Ph Optimis Bina 100 000 Rumah Mampu Milik Kos Rendah Tahun Ini

Kerajaan Ph Optimis Bina 100 000 Rumah Mampu Milik Kos Rendah Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 356 hits
Kerajaan Pakatan Harapan telah mengenai pasti lokasi 100 000 buah rumah mampu milik dan kos rendah unuk dibangunkan pada tahun ini lapor Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata pembinaan akan diadakan di beberapa ...
Berhati Hati Dengan Dasim Syaitan Perosak Rumah Tangga

Berhati Hati Dengan Dasim Syaitan Perosak Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 1819 hits
Berhati Hati Dengan Dasim Syaitan Perosak Rumah Tangga l Perasan tak dalam rumah tangga ada ketika serba tak kena kadang rasa nak marah tak tentu pasal kerap prasangka buruk pada pasangan isu kecil pun boleh jadi isu besar Tengok muka pasan...
Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel

Ole Ole Dari Dubai

Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa

Mat Sabu Menteri Gagal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paylater Cara Bijak Atau Perangkap Hutang

Saiz Dan Bentuk Label Pelekat Bagaimana Memilih Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Kehadiran Si Panjang Berbelang

Lirik Lagu Angin Manusia Biru

Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance