Pengalaman Bertemu Aurora Hanya Dari Balkoni Rumah
Selepas makan malam dan dah tutup semua lampu, suami dan apak saya mula mencari kot ada Aurora di langit luar rumah.
Tapi tak jumpa.
Langit dah cerah. Bintang bertaburan ‘Milky Way’ dah kelihatan dengan sangat jelas. (Subhanallah sangat-sangat)
Sepatutnya Aurora akan muncul bila-bila masa.
Tapi sebab di balkoni belum nampak apa-apa petanda, maka Apak pun nak cuba cari di belakang rumah pula.
Dah siap sedia untuk keluar rumah.
Tiba-tiba sambil dokong baby Hajar, dari dapur saya ternampak jalur cahaya putih yang semakin membesar.
Eh, ini macam petanda di Svolvaer tempoh hari.
Saya minta suami sahkan menggunakan kamera beliau.
Tengok-tengok, cahaya tersebut adalah cahaya hijau Aurora!
Masa mula-mula Aurora nak muncul
Nota : Untuk ambil gambar Aurora, seeloknya guna kamera betul, bukan kamera telefon. Sebab kamera betul boleh ‘adjust’ beberapa paramete untuk mencerap cahaya di dalam gelap pekat malam.
Umpama kita nak ambil gambar bintang di langit, kalau guna iPhone sekalipun, ia tetap tak nampak apa. Kena guna kamera juga.
Subhanallah Subhanallah Subhanallah jumpa lagi Aurora 😭😭😭
Tak lama selepas itu, cahaya putih tersebut menjadi hijau. Subhanallah.. Betul-betul tak sangka dapat jumpa Aurora dari balkoni rumah 😱😱😱
Kali ini boleh bergambar sakan sebab duduk rumah saja dan kami semua satu rumah. Anak-anak dah masuk tidur pun tiada masalah sebab kami bergambar di balkoni rumah saja 😍
Kalau rasa sejuk sangat, masuk rumah dulu. Kemudian keluar semula.
Aurora kali ini bergerak lama, dari lebih kurang jam 7:30 pm hingga nak masuk Subuh pun masih ada.
Ianya bermula dengan satu jalur, kemudian membelah menjadi 2 jalur. Kemudian ‘spiraling’-ini yang paling mengujakan. Subhanallah!
Muhammad kena berdiri atas kerusi kecil kalau tak, tak nampak muka
Sanggup mak tahan mengantuk
Hanya dari balkoni rumah, Subhanallah terima kasih ya Allah.. 😭
Tu ha hood merah itu Muhammad. Subhanallah sangat-sangat kan 😭😭😭
Sekali saja dapat ‘background’ biru ini. Ya ia biru tiba-tiba walaupun ‘setting’ kamera sama saja. Subhanallah
Masya-Allah
Ini lah balkoni yang nampak dapur dan dining room dalamnya
Satu keluarga. Patut ada Muhammad kat tengah tapi kecil sangat. ‘The girls’ pula dah tidur dalam rumah.
The girls semua dah tertidur. Sejuk ni kat luar rumah pun. Memang kagum dengan Aurora Hunter
Testing gambar jadi duduk sorang
Sayang kamera kami tak mampu ambil gambar ‘time-lapse’ untuk dijadikan video.
Tak mengapa mungkin lain kali 😁
Oleh kerana saya nak juga anak-anak lain yang sedang tidur ada kenangan bersama Aurora, saya minta suami cuba ambil gambar dari tingkap bilik tidur kami. Nanti saya ‘update’ gambar mereka.
Wah wah wah!!! Memang teruja sangat-sangat sambil anak-anak tidur dalam kehangatan rumah, sambil boleh menyaksikan Aurora.
Subhanallah..
Kawan,
Andai ada antara kalian dah lama teringin nak jumpa Aurora tapi tak sanggup tinggalkan anak-anak kecil, juga tak sanggup nak sertai ekspedisi memburu Aurora sebab fikirkan keselesaan anak-anak; maka saya sangat-sangat ‘recommend’ datang lah ke Lofoten.
Berbaloi-baloi.
Aurora pun dapat, syukur Alhamdulillah selesa pun dapat, syukur sangat-sangat anak-anak pun ada bersama kita.
‘It never hurt to dream for the impossible.’ ❤️
Download Itenary Lofoten Trip Kami
Download
Tahniah! Sila semak emel anda dalam 3-5 minit dari sekarang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://diaryofmuhammad.com/pengalaman-bertemu-aurora-hanya-di-balkoni-rumah/