Sokongan Umno Dialu Alukan Untuk Kerajaan Anti Rasuah



Dr Mujahid Yusof Rawa
Solidariti MP PH dari PKR, AMANAH dan DAP telah dinyatakan sebaik DSAI mengumumkan ada majoriti pada 22hb Sept lalu. Aset solid 92 MP menjadikan blok PH DSAI sebagai terbesar berbanding blok-blok lain dari MF, PN dan GPS yang apabila digabungkan (MF+PN+GPS) mereka melebihi blok PH dengan lebihan yg tidak melepasi majoriti 114 vs108 = 222.Jika 6 MP berpindah kerusi dari mana-mana blok selain PH, DSAI akan dapat 114 membentuk majoriti yang rapuh sama seperti TSMY. Apakah DSAI akan ambil risiko sekadar mengumumkan mendapat 6 atau 7 MP yang meletakkan kedudukannya rapuh seperti TSMY?Di sinilah teka-teki bermula, berapa DSAI ada? DSAI membayangkan majoritinya kukuh, meyakinkan dan selesa. Dia juga menyebut majoriti MP bersamanya adalah Melayu Bumiputera. Siapa mereka yang Melayu Bumiputera? Kita tahu MP UMNO semua Melayu seramai 39 orang. Andaian yang mengatakan MP UMNO berpindah sokongan sangat tinggi, ini tidak termasuk MP PKR yang mungkin buat u turn meninggalkan DSAA.Paling menarik ialah andaian sebilangan signifikan MP UMNO akan sokong DSAI. Pada sesetengah pihak ia seolah mustahil dan jika berlaku ia seolah mendedahkan ‘kemarahan’ penyokong tegar DAP, AMANAH dan PKR kerana ‘berkrompomi’ dengan musuh politik lama.Jikalau andaian kita benar ada MP UMNO dalam senarai DSAI 13hb Oktober nanti, bagaimana kita perlu sediakan diri untuk memahami terlebih dahulu langkah DSAI ini? Bagi penyokong UMNO, AMANAH, PKR dan DAP bagaimana reaksi mereka, bagaimana pula reaksi pengundi yang lain?Adalah penting untuk memahami beberapa perkara dalam kekusutan dan kebimbangan ini, iaitu; a. DSAI memulakan langkah dengan keputusan Majlis Presiden PH pasca March 2020 yang memberikan kepercayaan penuh padanya memimpin dan mencari majoriti yang diperlukan untuk kembalikan mandat rakyat.
b. Masalah sedari awal ialah DSAI tidak ada majoriti Melayu dalam blok PH yang sangat penting dalam caturan politik Malaysia buat masa ini setelah TSMY menjalankan kerja ‘scheme of things’ disokong oleh DSAA. Majoriti Melayu dalam langkah DSAI adalah keperluan strategik dan realiti yang perlu ditangani dengan penuh berhikmah.
c. DSAI diingatkan sebagai panduan dari Majlis Presiden PH tentang prinsip teras seperti Integriti, Prinsip Hukum dan Ketelusan dalam menjalankan misi mendapat majoriti di Parlimen. Dengan kata lain sokongan hendaklah atas prinsip dan bukan syarat pada apa-apa kompromi dasar teras PH. Usaha mestilah berperinsip dan tidak menggadaikan maruah!
d. Sedari awal selama 22 bulan pemerintahan PH, prinsip yang kita tegaskan kepada sesiapa sahaja yang hendak menyertai blok PH dari MP UMNO hendaklah menyokong atas individu yang menerima prinsip dan dasar PH. Kita menolak kemasukan ‘en block’ iaitu masuk secara kelompok atas nama parti, kita hanya menerima kemasukan atas individu dari MP UMNO. Syarat itu tetap kekal kepada usaha pasca kejatuhan PH, tidak berubah dan kekal sebagai syarat sokongan.
Memahami perkara asas di atas akan menjawab kekeliruan dan spekulasi yang menjadi perbualan hangat selepas sidang media DSAI pada 22hb Sept lalu. Jika kita berpegang kepada panduan di atas, MP UMNO tidak mungkin masuk secara kelompok parti tetapi atas kapasiti individu-individu MP yang memilih menyokong tanpa syarat.Penyokong PH dan pengundinya sangat sensitif dengan kelompok UMNO yang mereka tolak kerana gagal memelihara integriti dan amanah sebagai pemerintah. Skandal besar 1MDB, Felda, Mara, TH dikaitkan dengan kegagalan memelihara institusi Melayu lalu mereka ditolak. Menerima sokongan mereka hanyalah ‘mensia-siakan’ penolakan pengundi kepada UMNO dan PH dilihat bersengkongkol dengan UMNO. Ini perasaan yang real di kalangan PH. Manakala soalan yang real di kalangan UMNO pula ialah sanggupkah mereka MP UMNO bersengkongkol dengan.DAP yang sangat dibenci oleh UMNO?Saya amat memahami perasaan ini dan kesukaran menerima realiti ini tetapi asas penerimaan sokongan dari MP UMNO saya yakin bukanlah atas penerimaan parti UMNO tetapi individu dari MP UMNO dari kalangan 222 MP yang memilih atas kapasiti individu. Apakah secara sukarela? Itu hanya terjawab pada 13 Oktober nanti jika benar DSAI dapat mengemukakan SD mereka yang menyatakan demikian.Apabila ia pilihan individu, saya juga amat yakin ia bukan perjanjian parti dengan parti, yakni PH+UMNO dan kerana itu saya juga yakin DSAI tidak tertekan dengan apa sahaja tuntutan dari UMNO melainkan tuntutan membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan fokus kepada pengurusan krisis covid 19.Bagaimana MP UMNO yang ada kes-kes di mahkamah? Apakah mereka diterima sebagai senarai penyokong DSAI? Bukankah nanti akan ada ‘udang sebalik mee’ sekurangnya sebagai balasan meringankan kes mereka? Maaf, tulisan ini tiada jawapan, dalam hal ini analisis saya berhenti setakat ini sehinggalah 13 Oktober saya harap akan terdedah semuanya nanti. Pasca 13 Oktober lebih suspens dan menarik tetapi saya yakin istana lebih bijak dan berhikmah mengendalikan keadaan kerana kunci jawapan sebenar terletak nanti kepada hasil pertemuan bersejarah antara DSAI dan YDPA untuk menentukan halatuju negara dalam suasana sukar hari ini.
Sama-sama kita doakan, semoga sukses.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30108

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rai Sokongan Wakil Rakyat Umno Selamatkan Rakyat Amk

Rai Sokongan Wakil Rakyat Umno Selamatkan Rakyat Amk

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 413 hits
Sokongan wakil rakyat Umno kepada Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu perlu dirai kata seorang pemimpin Pemuda PKR mengulas khabar angin mengatakan semakin ramai wakil rakyat parti itu menyokong Anwar Setiausaha Pemuda Ahmad Syukr...
Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 423 hits
malaysianow comOct 10 2020 8 05 AM Penganalisis mengatakan Amanah hanya akan mengikut keputusan bakal diambil DAP Semua senario berkata Anwar mungkin tidak menjadi Perdana MenteriParti terbesar Pakatan Harapan DAP akan kehilangan sokongan p...
Sokongan Mp Umno Kepada Anwar Sudah Bertambah

Sokongan Mp Umno Kepada Anwar Sudah Bertambah

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 306 hits
Sumber PKR mendedahkan bahawa presiden parti itu Anwar Ibrahim masih mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan daripada wakil rakyat Umno sebelum dia dijadual mengadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah S...
Kerajaan Perikatan Nasional Sokongan Pemilih Ke Muafakat Nasional

Kerajaan Perikatan Nasional Sokongan Pemilih Ke Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 373 hits
JUMLAH SOKONGAN PEMILIHTERHADAPMUAFAKAT NASIONAL A LATAR BELAKANG Setahun lalu UMNO dan PAS telah memetri satu persefahaman yang dinamakan MUAFAKAT NASIONAL BN mempunyai 49 kerusi Parlimen di mana UMNO mempunyai 47 kerusi dan MCA dan MIC Se...
Pemimpin Parti Dalam Grs Belajar Daripada Upko Tidak Sokongan Pembentukan Kerajaan Haram Warisan Plus

Pemimpin Parti Dalam Grs Belajar Daripada Upko Tidak Sokongan Pembentukan Kerajaan Haram Warisan Plus

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 286 hits
Selepas PRN Sabah WARISAN Plus mahu mengulangi cara ia membentuk kerajaan Sabah pada Mei 2018 Mereka cuba membeli parti parti bersama dengan GRS Salah satu tawaran terbaik WARISAN Plus adalah kepada Presiden sebuah parti GRS ialah memberika...
Sokongan Ahli Parlimen Umno Kepada Anwar Perlu Dirai Kata Pemimpin Pemuda Pkr

Sokongan Ahli Parlimen Umno Kepada Anwar Perlu Dirai Kata Pemimpin Pemuda Pkr

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 378 hits
October 10 2020 8 24 AMPETALING JAYA Sokongan wakil rakyat Umno kepada Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu perlu dirai kata seorang pemimpin Pemuda PKR mengulas khabar angin mengatakan semakin ramai wakil rakyat parti itu menyokon...
Anwar Serahkan Dokumen Sokongan Majoriti Kepada Agong Dan Anggap Kerajaan Pn Sudah Jatuh

Anwar Serahkan Dokumen Sokongan Majoriti Kepada Agong Dan Anggap Kerajaan Pn Sudah Jatuh

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 288 hits
Anwar Ibrahim mengesahkan telah menyerahkan dokumen sahih sebagai bukti sokongan majoriti sokongan kepadanya Anwar menyatakan dia ada lebih 120 ahli parlimen bersamanya Menurutnya lagi Agong akan memanggil ketua ketua parti selepas ini Anwa...
Anwar Dapat Sokongan Jika Penuhi Kehendak Umno Kata Tajuddin

Anwar Dapat Sokongan Jika Penuhi Kehendak Umno Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 471 hits
Anwar dapat sokongan jika penuhi kehendak Umno kata Tajuddin Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Oct 2020 4
Siapakah Yang Umno Lebih Percaya Muhyiddin Atau Anwar Jadi Kunci Kerajaan Baru

Siapakah Yang Umno Lebih Percaya Muhyiddin Atau Anwar Jadi Kunci Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 792 hits
malaysiadateline com Siapa yang Umno lebih percaya Bos atau Muhyiddin Terbukti Umno tidak boleh percaya kepada Muhyiddin selepas diberikan peluang untuk membentuk kerajaan bersama Umno kata orang kanan Anwar Kegagalan kerajaan Tan Sri Muhyi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat