Sokongan Mp Bersatu Walaupun Baik Untuk Anwar Tapi Nampaknya Meresahkan Umno




Kehadiran satu demi satu sokongan daripada Ahli Parlimen PN mungkin sesuatu yang tidak mampu untuk ditolak oleh Anwar Ibrahim, walaupun realitinya kedudukan majoriti kerajaan perpaduan pimpinannya pada ketika ini boleh dikira sudah cukup stabil.


Yalah, nampak sombonglah pulak jika beliau menolak kehadiran mereka itu, meski disedari kedatangan mereka membawa sokongan itu bukannya percuma.


Peruntukan atau pemberian dana kerajaan adalah tukar ganti yang dihajati kepada sokongan yang diberi.


Bahkan, mungkin ada lagi lain-lain “jajan” turut menyusul kemudiannya.


Dengan Suhaili Abdul Rahman (MP Labuan) memaklumkan beliau telah memperolehi peruntukan untuk kawasannya hanya seminggu selepas mengumumkan sokongan kepada Anwar, ini tentu saja menerbitkan rasa ghairah kepada Ahli-Ahli Parlimen PN yang lain untuk mengambil langkah yang sama.


Sebagai wakil rakyat, siapa tak mahu peruntukan yang dianggarkan RM3 juta setahun?


Lantaran itu, hakikat bahawa ada beberapa Ahli Parlimen PN akan “menyeberang” tanpa membakar jambatan hampir pasti akan berlaku lagi.


Meskipun kehadiran satu demi satu sokongan itu adalah baik kepada Anwar , namun ia nampaknya bukanlah sesuatu yang mengujakan buat UMNO, rakan sekutu paling penting dalam kerajaan perpaduan.


Dalam respon berkenaan peralihan sokongan empat Ahli Parlimen Bersatu kepada Anwar setakat ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi jelas hanya memberi reaksi “suam-suam kuku” saja mengenainya.


Katanya, UMNO tidak boleh mengambil sikap terlalu selesa dengan tindakan tersebut kerana mereka adalah Ahli Parlimen yang berjaya mengalahkan calon BN pada PRU15 lalu.


“Ia adalah satu perkara berlainan kerana mereka adalah Ahli Parlimen (pembangkang).


“Mereka ini adalah Ahli Parlimen, yang mana calon BN tak cukup jumlah undi untuk menang di kerusi itu di mana kita berada pada kedudukan yang kedua,” katanya.


Menurut beliau lagi, walaupun sokongan beberapa Ahli Parlimen Bersatu kepada kepimpinan Anwar merupakan perkembangan baharu yang baik kepada kerajaan, namun kata Zahid Hamidi, UMNO berpendirian kerusi itu perlu menjadi milik UMNO semula sekiranya perkembangan terbaru politik ini diambil kira sebagai landasan untuk bergerak ke hadapan.


Terlihat ada maksud tersirat yang dalam di sebalik yang tersurat daripada kata-kata Zahid Hamidi itu.


Ahli MT UMNO, Ahmad Maslan pula dilihat sependirian dengan Mahiaddin Md Yasin tentang perlunya akta lompat parti dikaji semula dan ditambah baik susulan sokongan empat Ahli Parlimen PN kepada Anwar itu.


“Amat janggal bila mana Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan kepada kerajaan namun ia tidak membawa kesan kepada kedudukan kerusi mereka.


“Selain itu, amat janggal bila seseorang Ahli Parlimen pembangkang yang berlawanan dengan parti mereka tetapi dalam masa sama masih berada dalam kelompok pembangkang.


“Oleh itu kejanggalan berkenaan perlu dilihat semula melalui pindaan tertentu.


“Akta lompat parti perlu diperhalusi semula kerana sebelum ini kita tidak pernah berhadapan situasi sebegini, ia perkara baharu, maka saya harap akta ini akan diperbaiki atau dipinda selepas ini,” katanya lagi.


Baik melalui reaksi Zahid Hamidi, mahu pun Ahmad Maslan, adalah jelas nada mereka berdua tidak begitu gembira dengan perlembangan yang berlaku kebelakangan ini.


Mengapa UMNO dilihat tidak gembira, malah semacam resah?


Apakah UMNO resah kerana bimbang dengan tindakan Ahli Parlimen Bersatu yang mengalih sokongan itu akan menjejaskan harapan mereka untuk merampas balik kawasan-kawasan tersebut pada PRU16 akan datang? – ShahbudinHusin 13/11/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/sokongan-mp-bersatu-walaupun-baik-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekarang Lebih Baik Pn Umum Saja Sokongan En Bloc Kepada Anwar

Sekarang Lebih Baik Pn Umum Saja Sokongan En Bloc Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 144 hits
Seorang lagi Ahli Parlimen PN memgumumkan sokongannya kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Kali ini giliran Ahli Parlimen Gua Musang daripada Bersatu Mohd Azizi Abu Naim yang berbuat demikian Bermakna sekarang sudah tiga Ahli Par...
Simpan Pun Tak Guna Lebih Baik Bersatu Pecat Segera Dua Ahli Parlimennya Yang Kini Sokong Anwar

Simpan Pun Tak Guna Lebih Baik Bersatu Pecat Segera Dua Ahli Parlimennya Yang Kini Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 284 hits
Sehingga ini sudah dua Ahli Parlimen blok pembangkang mengumumkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Kedua duanya adalah daripada Bersatu Iskandar Dzulkarnanin Abdul Khalid dan Suhaili Abdul Rahman Meski berada di blok yan...
Bagus Ingatan Sanusi Ni Dia Perli Puak Puak Dalam Bersatu Tapi Orang Kata Kepala Bapak Hang Dok Sembang Deras

Bagus Ingatan Sanusi Ni Dia Perli Puak Puak Dalam Bersatu Tapi Orang Kata Kepala Bapak Hang Dok Sembang Deras

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 146 hits
Bagus peringatan yang Sanusi berikan ni Memang betul katanya Pengkhianat pasti akan terus diburu rasa bersalah Hidup mereka sentiasa gelisah Kira hebat la Sanusi ni neraca di sound Mahiaddin Hamzah Azmin dan ramai lagi pemimpin Bersatu yang...
Bersatu Stole Our Members Claims Sabah Umno

Bersatu Stole Our Members Claims Sabah Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 129 hits
Sabah Umno information chief Datuk Suhaimi Nasir claimed that Umno also had its members stolen when Pribumi Bersatu Malaysia decided to spread its wings to Sabah He claimed that many Umno members were unaware that their names were registere...
Annuar Selar Anwar Selamat Deepavali Tapi Bagi Bakul Saja

Annuar Selar Anwar Selamat Deepavali Tapi Bagi Bakul Saja

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 224 hits
Setahun Anwar diberi peluang tiada juga perubahanKEMAMAN Orang Melayu Islam telahpun menunjukkan penolakan kepada parti parti liberal sosialis dan sekular pada PRU15 lalu namun kerana politik manipulasi gabungan tersebut dapat membentuk ker...
Bincang Baik Jangan Sombong Anwar Ulas Dakwaan Kerajaan Galak Rasuah

Bincang Baik Jangan Sombong Anwar Ulas Dakwaan Kerajaan Galak Rasuah

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 174 hits
Anwar Ibrahim terus meminta Ahli Parlimen pembangkang berbincang bersama Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berhubung peruntukan PETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pembangkang jangan sombong untuk berbincang dengan wak...
Lagi Mp Bersatu Isytihar Sokong Anwar

Lagi Mp Bersatu Isytihar Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 237 hits
Seorang lagi anggota parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Maka dengan ini saya juga mengisytiharkan untuk menyokong sebarang dasar dasar dan inisiatif yang Kerajaan lakukan dalam memuli...
3rd Bersatu Mp Backs Anwar S Govt

3rd Bersatu Mp Backs Anwar S Govt

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 176 hits
Azizi Abu Naim won the Gua Musang seat in the last general election PETALING JAYA Another Bersatu MP has decided to back Prime Minister Anwar Ibrahim s government becoming the third parliamentarian from the party to do so Azizi Abu Naim sai...
Gua Musang Mp Latest Bersatu Lawmaker To Back Anwar

Gua Musang Mp Latest Bersatu Lawmaker To Back Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 146 hits
Gua Musang MP Mohd Azizi Abu Naim is the latest Bersatu MP to break ranks and give his support to Prime Minister Anwar Ibrahim Following in the footsteps of Kuala Kangsar MP Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid And Labuan MP Suhaili Abdul Rahm...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Makan Mee Champa Di Itu Kopi X D Nara Meesup Melayu Champa

Beragam Manfaat Air Tajin Kalau Tahu Pasti Bakal Simpan Air Beras Ini

36 Hours In Palm Springs Calif

Hiburan Beg Bagasi Rosak Norman Hakim Luah Rasa Kesal 30 Saat Saya Istighfar Dan Kawal Nafas

Saya Lalui Banyak Masa Sukar Sebagai Seorang Song Hyekyo Song Hyekyo

Tak Dak Kisah Cuma Murah Sangat Nama Jihad